Kelas Teori Bosan Kan? - corEtan akAsHah

Friday, February 09, 2018

Kelas Teori Bosan Kan?

Teori dan Bosan Berpisah Tiada
Bila kita pernah jadi student, kita tau lah konsep kebosanan tu. Lebih2 lagi bila last day class, mood masing2 dah ke laut, bulan bagai. siap da ada yang whatsapp tanya "ada kelas ke Miss Jumaat ni?" haha melampau, last week baru bagi cuti, ni nak cuti lagi.
Cultural Diversity merupakan subjek yang kalau sorong bantal tu, confirm boleh tido nyenyak lah.  So, fikir jap ingat student je ke yang bosan, pensyarah pon terbawa2 sekali kalau subjek tu semua tulisan je.
Video Biteable.com
Bila nak bagi mood student yang dah ke laut tu, kita tarik jap dia ke daratan balik.. hah camne?
buat brainstorm sikit pasal topic ni, daripada sebut satu persatu, baik tayang video aje.. video animasi ni kasha create guna web 2.0 je, tak payah download software pon.. tu yang mudah tu.  
 https://biteable.com/
  1. login/signup guna gmail account
  2. Pilih template yang kita nak
  3. Edit aje tulisan
  4. Kalau pilih template yang ada gambar upload gambar yg kita nak
  5. Nak senang tengok video tutorial sini
  6. Untuk download kena poat kat youtube baru save. 

Ha mana Video biteable kasha?
Nama pon short video, ini jelah simple video yang kasha buat.
Kasha pegang benda ni je bila mengajar kat sini

"the way to entertain yourself by doing what you mostly like"
nak bagitau jugaklah,  dulu lepas download kasha selalu edit kat powerpoint tutup watermark biteable tu letak nama kita ke apa ke? Cthnya camni
 Tapi disebabkan takde microsoft office 2013, tak dapat lah edit cenggitu kan? ..  Haha (rindunya lah ngan office 2013) sebab boleh edit video jugak selain edit gambo.  😭😭😭😭
Tapi kena bersyukur kan, buat2 ada (tu je lah ayat kasha)
Tadaa, ini lah hasilnya walaupon tak sehebat pakar.

Respons student?
Miss, ulang lagi.. tetiba rasa macam kat tadika plak.(diorang kata gitu lah)
tadika pon tadika la dek oi.. janji dari mood  Tadi yang kelaut tu nampaknya dah berpatah balik ke darat kan?
Dan akhirnya
So sesi brainstorm berjaya dibuat.
selalu pinjam speaker unit, kat sini pinjam terus dari ICT, gedabak speaker dia.. huhai.. leceh sikit la nak pasangnya, baik ada student yang rajin tolong pasangkan dan simpankan jugak.. rasa macam alien plak speaker ni.. huhu. Bunyi dia terbaik.. penting ni untuk tayang video ngan kahoot untuk penutup nanti.
Dan laptop tu, laptop sendiri lah beli thn pertama keje kat poli dulu..  Alhamdulillah boleh guna lagi walaupon bukan jenama buah epal. Haha 😝😝. Laptop zaman belajar master tu. Harap boleh berjasa lama lagi. 
Kasha ada sebut Kahoot 
Kahoot adalah satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran yang menyeronokkan. Soalan yang terdapat dalam aplikasi ini sebenarnya di buat oleh kita sendiri dengan beberapa pilihan jawapan
(tu ayat google, bukan ayat kasha)
 Penutup kelas. Layankan aje kahoot. Muzik kahoot ni sebenarnya yang menghantui.. 
buat kita Rasa nervous nak jawab
Selalu x inform pon ada hadiah.. 
Bila dah kuar keputusan baru bagitau 
"Tahniah Fizah.. Nti dtg office.. 
Tuntut hadiah ngan saya eh.". 
"Alaa miss x cakap pon ada hadiah"
"Haha memang saje xnak bagitau.korang kan mood nak balik Kg
Selamat bercuti untuk student2 "
#cutisemkatanya #sedekahjumaat
ni video masa buat kahoot last week, masa kat bilik tecc.
Kelas yang tadi kasha tak berkesempatan buat rakaman video masa game kahoot sebab tadi ada "pengawas" datang monitor. Jadi tak ingat pulak nak amik video tu. (nebes agaknya) 😆😆.tapi gambar tetap ada. 
*sebenarnya nak buat animation video ni ada banyak je web 2.0 yang kita tak payah nak install software.  Cuma kena rajin explore lah..  Antaranya macam powtoon, pretzi ke?  Next time, kalau ada peluang dan level kerajinan kasha nak update pasal powtoon,  maybe boleh la cite pasal video powtoon pulak
*manakala,  kalau games selain dari kahoot,  kita boleh guna cramp ataupon quizizz.  Ha tu pon ok gak..  Layan gak diorang main benda2 gitu dalam kelas..
*Sekarang ni cuma kelemahan yang kita jumpa ialah line LAJU ke TIDAK..  Kalau tak LAJU,  feeling tu tak datang..  Macam minum teh ais lah..  Kalau tak sedap teh nya feeling sedapnya teh ais tu hilang..  😂😂😂

ok dah tu je la nak cite.. 
#jommakan
makan je mana tak gemok?hehe

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.