2018 - corEtan akAsHah

Thursday, November 29, 2018

Puisi BN 2018
November 29, 2018 5 Comments


Suatu hari nanti, dia mungkin akan bercerita tentang engkau kepada seseorang. 

Tentang engkau yang telah menyerah. 
Tentang dia yang telah menang. 
Dia mungkin bercerita dengan bangga. 
Tentang kemampuannya membuat engkau jatuh cinta. 
Tentang galaunya hatimu mengawal rasa itu. 
Mungkin lukamu menjadi trofi buatnya. 
Mungkin tangisanmu menjadi lambang kehebatannya.

Biar! 
Biarkan dia terus berfikir apa-apa yang dia suka.
Biarkan dia terus mengukir cerita seenak rasa. .

Engkau... .
Engkau terus saja berpegang pada satu tali. 
Tali yang mampu menarik engkau kembali menemui diri. 
Tali yang mampu membuat engkau lebih baik lagi. .

Sedar! 
Engkau telah kehilangannya. 
Justeru jangan sampai engkau kehilangan engkau. 
Berkuatlah wahai hati yang baru saja dilukai oleh satu kenyataan. 
Bertahan!


(bonda nor, 2018)

Kali ini share ayat dari instagram bonda Nor..bukan hasil karya kasha.. ayat dia memang telus.
Macam kalau memanah dalam filem robin hood tu.. memang sepantas menusuk terus mati.
Tak berkias, tersusun dan tajam menikam.
Reading Time:

Tuesday, November 13, 2018

Yang jengah suka baca-baca
November 13, 2018 4 Comments
Baca
Bukan ayat berbunga
Faham
Jangan sampai membawang

Reka
Bukan tuju siapa-siapa
Hobi
Sekadar mengisi hobi lama

Mengayat
Tapi bukan mengurat
Menyusun
Jangan sampai mengarut

Jarak
Antara langit dengan bumi
Berbeza
Memang dah jurang antara benua

Kelam
Takkan terang biar puluhan cahaya
Sepi
Diam-diam tanpa bunyi

Peluang
Laluan dah pon terbentang
Pilih
Antara kanan atau kiri

Takut
Kadang-kadang tak sampai hati
Resah
Ada rasa bersalah menghantui

Padam
Kalau semudah button delete di PC
Buang
Risau sesal tak sudah nanti

Tertekan
Bila dah degil tak puas lagi
Berundur
Sayang bukan macam perahu boleh berundur

Harap
Ada satu petunjuk dihujung nanti
Tuhan
Allah kan ada disisi

(Akashah, 2018)
11.30 pm



Yang menaip bukan kerana nama
Yang jengah suka baca-baca
Yang tengok kadang jatuh suka

Yang mentafsir jangan sampai mengata
Yang terasa eh nanti sakit hati pula
Yang bahagia kau lupakan sahaja

Yang benar aku cuma mereka
Yang ikhlas dalam blog hamba
Yang mana bukan sasterawan negara

Yang bukan penglipurlara
Yang mengantuk bawa-bawa tidurle..

(akashah, 2018)
11.42
Reading Time:

Wednesday, November 07, 2018

Eco Tourism Summit 2018
November 07, 2018 4 Comments
Bila lama sangat mencari rezeki di perantauan. Rasa rindu pulak kat geng-geng zaman belajar dan kerja,  tup2 bila dah bertenang dengan kerja2 di sana..ada pulak jemputan ke sesi dialog ecotourism summit kat JB. fuh ibarat pucuk dicita ulam mendatang.. bak orang mengantuk disorongkan bantal.. zass.. terus bagi nama. huraayy!!!
seawal pagi dah tercongok kat holiday villa tu nak menghadiri sidang dialog. sebenarnya ni ecotourism summit kali ke7. memang belum pernah miss lagi pergi sini. 
ha dari kiri ada dayah kuasa dua di situ.. seat ala-ala dewan kuliah oi. bersedia untuk menerima info2 terkini. bukan main duduk seat barisan tengah.
gambar kenangan bersama pensyarah UTM.. Dr Ija dan Prof Amran
Eh? tn syed pon ada? kak rut pon ada. dengar cite, kak rut pon dah dapat sambung belajar PHD , biasiswa HLP next year. Jan pon ada tu.. telah rasminya jadi pelajar PHD bulan 10 aritu. (hah selamat belajar lah korang) kasha bila? adoi.. mungkinkah?
memang tak nak cerita pasal content ecotourism summit pon.. tengok gambar sebelum dan selepas je.
sebab content dia banyak sangat.. menarik dan boleh update nota terkini
lebih kepada eco-tourism dan sustainable tourism.

Sesi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, intipatinya adalah:
Keynote adresss : National Ecotourism Plan 2016-2025: The Ecotourism Clusters
by YBrs Mr Mohd Daud Bin Mohd Arif
Undersecretary, Tourism Policy and International Affairs Division, MOTAC
Ecotourism - by UNWTO comprises of art and culture also. The scope is wider not only for nature, flora and fauna.

Paper 1 : The intersection between creative tourism and cultural heritage:The Terrapuri Heritage Village Experience
by Mr Alex Lee Yun Ping ( Owner of Terrapuri Heritage Village and CEO Ping Anchorage Travel & Tour Sdn Bhd

Paper 2 : The Role of Local Authorities in Ecotourism: A case study of Majlis Perbandaran Taiping
By Puan Hanim binti Ramly
Head of Corporate Public Relations and Tourism Division
Majlis Perbandaran Taiping

Paper 3: Synergy between High Value Ecotourism and Conservation: The competitive edge of Tanah Aina
By Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil
President of The Association for the protection of the Natural Heritage of Malaysia (Peka) and owner of Tanah Aina Eco Resort

Paper 4 : Upscalling Community-based Ecotourism : Innovation and Inclusiveness in KOPEL Batu Puteh
By En Mohd Hasim Abd Hamid
Local Champion Miso Walai Homestay, Kinabatangan Sabah
Reading Time:

Monday, November 05, 2018

jangan tanya kenapa
November 05, 2018 2 Comments
bukan tak nak cerita
tapi jadi fobia

bukan tak nak buat
tapi tau sendiri hadnya

dari jejak kaki 
sampai muka dah rasa tebal seinci

Kerana kau takkan pernah faham
biar penerangan seluas lautan

dan sesetengah soalan tak perlu jawapan
biar karangan beribu helaian

bukan aku tak rindu
tapi takut selalu sampai muntah

Jangan tanya aku kenapa
Elak aku mula menipu bila kau tak percaya
Bimbang aku sembang salahkan orang

(akashah, 2018)
Reading Time:

Saturday, November 03, 2018

Riadah @ Forest City
November 03, 20180 Comments
Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru, Johor (277.64 km)

Johor Bahru

ibu, ngah, sha, maya comel
Setelah minggu-minggu yang sibuk, lama rasanya tak menjejak kaki di bumi Johor. Balik kali ini, sha merangkap mak maya, cakap siap2 nak ajak pergi Tg Piai, tapi niat dihati kita lebihnya nak pegi tempat lain pulak. Pulau Kukup ke Forest City ke?so difikirkan nak bawa ibu, nampaknya forest city lebih sesuai. So,  Masa tu hujan kat pontian tapi degil gak gerak ke gelang patah. alhamdulillah masa sampai ke destinasi tu tak hujan. nampaknya cuaca merestui. ceh ceh.
Layanz cuti di forest city. Sesuai jalan2, pusing2 snap sana-sini.dah lama rasanya hakak tak tolak kerusi roda ibu, rindu pulak. Kalau tak dulu, petang lepas kerja mesti jogging tolak ibu keliling taman. haha . berpeluh gak lah basah baju sebab tu pakai track suit je (so jangan kecam hakak pakai macam tu). sape kecam nanti dia makan 5 kali tak kenyang. hahah padan muka.
Forest City ni adik-beradik la dengan Danga Country Garden & R&F Tg puteri kategori kawasan dia. opps lagi satu Eco World. cuma dulu post gambar kat FB. kat sini takde lah. Dia memang bina landscape untuk kawasan perumahan elit. So sape kaya boleh beli apartment situ. Kaya lah duit tak tau nak letak mana wei. tabur je. 
 Dah pindah baru berjaya jejak sini. padahal ulang-alik je pontian dengan pasir gudang memang lalu lah. sebenarnya sebelum ni dah ada cubajaya nak ke forest city ni tapi sudahnya sampai woodland.haha. itu tak boleh blah..
 gambar cantik-cantik ini guna hp ngah.. huawei.. 
hai cantik dan clear benor gambonya.
 muka bahagia walaupon sekejap aje.
gaya berselipar aje gi jalan. #aduakukesah
 alamak ibu lagi kurus ni macam mana?haha
Kalau bawa family bawa anak-anak , Nak swim ada kolam renang terbuka. rujuk gambar belakang tu.(untuk kanak2 sesuai lah).tapi jangan sibuk nak berenang kat tepi pantai pulak. (memang tak dibenarkan mandi tepi pantai tu.
ok nak balik dah. maya pon dah penat dan kelaparan tu. haha kesian dia.


Reading Time:
Halatuju Pelancongan dalam Bajet 2019
November 03, 20181 Comments
Bunyi tajuk entri kali ini macam serius sangat kan?
Bajet 2019 Malaysia telah pon dibentangkan. So nak tanya rasa apa?
betul ke orang kata ni?
kau dah makin tua bila kau mula berminat dengan bajet negara
ok lah sebenarnya entri ni saje nak kumpul info pasal bajet bagi industri pelancongan. 
Mana tau berguna untuk akan datang. Nak lari dari keadaan..sambung PHD ke?

Artikel 1: sedutan info: 

  • Fakta penting 1: Industri pelancongan menyumbang sebanyak 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM201.4 bilion pada 2017. 
  • Fakta penting 2 :Sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing yang bakal menyumbang RM100 bilion kepada ekonomi negara pada 2020
  • Bajet Pelancongan

  1. RM100 juta : geran sepadan kepada syarikat swasta untuk program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa dalam usaha meningkatkan angka ketibaan pelancong.
  2. RM20 juta diberi kepada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk jalinan kerjasama dengan hospital swasta terkemuka.
  3. RM500 juta : subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus untuk pinjaman Tabung Pelancongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) RM500 juta yang disediakan SME Bank.
  4. Taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan diperkembang manakala Pulau Pangkor akan dijadikan sebagai pulau bebas cukai.
  5. Kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bai menggalakkan lagi sektor pelancongan kapal persiaran
  6. Khazanah Nasional Bhd diberi tanggungjawab menerajui projek itu dengan kerjasama Think City dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi program pemuliharaan dan pembugaran bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara
Sumber: BERNAMA

Info Grafik 1: 
sekarang banyak je info grafik pasal bajet bagi yang malas baca  visual learner. cepat dan mudah kan? lagi senang paham kot. rasanya sama je input bawah ni dengan artikel kat atas yang biasanya orang baca tajuk je. (haha mengakulah)
Sumber : MOTAC
Cuma nak tanya dah hilang ke MTTP 36 juta 168billion menjelang 2020 tu? 





Reading Time:

Sunday, October 07, 2018

Berkurung Kedah
October 07, 20180 Comments
Meh kasha bagi kredit kat effa (3 dari kiri) yang rajin survey baju kurung kedah. So we all follow aje.
Special edition punya entri.. Bila set tema event berkurung kedah berkain batik.. Pakai kain batik pon tak pandai.. Nak ke hulu hilir masa event pulak pakai kain batik. Pening fikir. Padahal banyak lagi benda lain nak fikir.hahah..
Ahaa tu dia elok bersimpuh atas pentas.
Cukup sopan bersimpuh di atas pentas panggung lama sungai lembing. Tak semua ada.mana yang sempat aje
Hakak bukanlah kategori perempuan melayu terakhir yang berkain sarung dirumah.. Apa lagi saje-saje nak menggayakan masa mana-mana majlis. Kain batik dan kurung kedah  pon takde dalam simpanan..haha..Samalah yang lain-lain tu pon. Hehe.. Jadi inisiatif tercepat yang boleh fikir masa tu. 
Ruang panggung lama sungai lembing kawasan audience
Cari baju rm10 dan kain batik rm17. nak pakai sekali je pon.. Murah2 aje. Dan pergi hantar jahit je.senangnya lahai kalau event modal murah2 gini.tapi sebenarnya selalu tak amik kisah pon pasal tema ni. Sebabkan ada yamg rajin pergi survey 
Bila ramai-ramai pakai baju ikut tema, nampak cantik.cuma sayangnya tak dapat gambar sekaligus ramai-ramai. 
Kenangan bergambar bersama pengarah tourism Malaysia wilayah timur (tengah) Dr Zaliha atau Kak Ha lepas sesi pembentangan oleh pelajar.yang sebelah kasha,  Ketua Jabatan PMKu,  Kak Haslin merangkap penyelia bersama project CBT
Bermacam-macam gaya. Student lebih bergaya dari kita.last2 student present atas pentas kita duduk bawah, tengok kain die cantik ke tak.haha.tapi serius mereka lagi menang gaya.
Group Photo bersama pelajar, penghulu
Program pelancongan berasaskan komuniti (CBT)kerjasama bersama PMKu Volunteerism
Penglibatan pelajar Diploma pengurusan pelancongan semester 5
Sesi pembentangan projek CBT kepada komuniti Sungai Lembing, program kebudayaan dan perlaksanaan homestay 2hari 1 malam bersama keluarga angkat.
Taknak cerita panjang pasal program ni sebenarnya, nak share pasal baju je.haha
Yang mana baju tu entah bila nak digayakan semula. Kain batik?ada jadi kain basahan je nanti.haha.
Sedikit info berkenaan kurung kedah
Baju Kurung Kedah dipercayai berasal dari Selatan Thai, kerana baju tersebut menyerupai blaus pendek dibuat singkat sampai ke paras punggung di selatan Thai. Baju Kurung Kedah terdiri daripada baju yang longgar dan diperbuat daripada kain cita (kapas) yang berbunga kecil ataupun kain kasa tebal atau nipis yang jarang serta potongan leher bujur sireh. Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain sarung. 
Nota kaki:
Tengah dalam bas bosan lamanya duduk dalam bas..tak tau nak buat apa. Rasanya blog ni dah berhabuk lama dah tanpa dendangan cerita kan?so melayan blog sekejap. Sementara ada waktu terluang.. 


Reading Time:

Saturday, October 06, 2018

Buku 3 serangkai
October 06, 20180 Comments
Buku 3 serangkai ni sebenarnya masa penyediaanya berbeza tapi waktu cetak lebih kurang aje. Alhamdulillah.
Yang pertama:
Ada ISSN. Kasha rasa kasha dah banyak kali tanya kat doc.. Apa beza ISSN dan ISBN. So kita share kat sini supaya semua tau juga.. ISSN buku bersiri.so tak perlu mohon setiap kali cetakan.guna je lah no yaang sama setiap kali terbitan.
Digest Politeknik Metro Kuantan edisi 2/2018
Masa tu kasha buat sebab dapat porfolio penyelidikan dan inovasi. kebetulan ada penulisan yang belum terbit , menulis bersama kak ton. Ni dah mula kumpul bahan dan editing dari bulan 3 kot. Mencabar gak kumpul bila ada bahan yang tak dapat raw file..jadi agak blur sikit disitu. Tak boleh nak buat apa. Tapi part lain ok je..dan akhirnya bulan 10 baru berjaya dicetak. 
Size setting buku ni a4 tapi masa cetak buat separuh a4 iaitu A5.. 

Yang Kedua
Buku pelan strategik PMKu. Dalam gambar belah kanan sekali.
Hmm. Buku ini namanya buku terjebak. Semuanya terjebak. 
Terjebak tulis. (satu pengalaman baru, tapi rasa macam buat studio work masa Master dulu)
Terjebak edit, terjebak design. Ok itu je nak cakap
Boleh tengok dan jenguk-jenguk buku tu kat

Yang Ketiga:
Buku pelan pembangunan homestay sungai lembing
Sebenarnya buku ni hasil tulisan pelajar,
Kita selia je. Itu pon penuh kontroversi.opps.haha.. Seal seal.. 
Dah selamat Disampaikan kepada beberpaa pihak yang berkepentingan
1. Penghulu Mukim Ulu Kuantan
2. Tourism Malaysia
3. Majlis Perbandaran Kuantan

Notakaki:
Masih dalam bas
Panjang nya perjalanan tak sampai2 destinasi


Reading Time:

Friday, October 05, 2018

Bila ada tapi..
October 05, 20180 Comments

Bila ada tapi aku tak tunjuk 
Engkau tak nampak 
Bukan sebab ia tak ada 


Sebab ada sesetengah perkara 
Lagi elok dipendam 
Lebih cantik direndam 
Agar tak tertanam dendam


Ada ketika aku betul 
Ada masa aku salah 
Tapi jangan bimbang 


Bila tiba masa 
Ia perlu lepaskan bebas 
Agar aku akan rasa lebih bahagia 


(olahan akashah, 2018 
ilham dr tulisan bonda nor)
Reading Time:

Sunday, September 30, 2018

Riadah @ Air Terjun Pelangi
September 30, 20180 Comments
Trip ke Air Terjun Pelangi, Sg. Lembing seawal jam 6 pagi meredah hutan.
.Akhirnya smpai jugak ke sini setelah 18km perjalanan menaiki 4x4 dan meredah 1.2km trekking dan hiking..hah mencabar, indah, penat, semua ada.fuhh lap peluh sikit. 
Stop over menikmati matahari terbit
tak sangka selama ini, dapat tengok matahari terbenam je.. akhirnya dapat lah menikmati keindahan matahari terbit. subhanallah.. setiap ciptaan Allah tu memang indah. Sebab tulah, jadi hobi kita merakam setiap sesuatu sebagai kenangan. banyak-banyak bahagia. lain macam bahagia bila dapat snap yang indah-indah ciptaan Allah. Cantik sangat kan? 

laluan ke air terjun Pelangi
Bunyi air terjun pelangi tu memang best. Katanya laluan trekking je.. rupanya ada juga hiking.. part trekking ok lagi landai.. part hiking semput juga hakak. cuma nak dibandingkan dengan bukit panorama, ni ok sikit lah. takde la berhenti banyak kali macam bukit panorama. Trekking mencabar sebab trekking berbatu.
hakak dapat tongkat sakti untuk cover asik jatuh.(sila rujuk gambar untuk tongkat tersebut) Memang boleh dapat crown la hakak ni. "Ratu Jatuh" selamat datang boleh tahan lagi jatuh masa trekking berbatu.. yang tak boleh blah jatuh masa balik trekking jalan rata, takde batu langsung. haha layanzz.
Maggie Air Terjun Pelangi
Makan maggie je ke?
Makan selepas 1 jam hiking naik air terjun pelangi. Bagilah bekas maggie posing kat sini. gambar tengah tu pulak udang yang berjaya dicapai oleh budak2 tepi tu. kita kacau je dok snap sana-sini . pastu feeling2 macam kita yang tangkap. sudahnya melompat udang tu kat tanah. haha menjerit sekejap. nasib dapat balik masuk bekas. kalau tak mau kena kecam.haha
bergambar pegang tongkat. dah macam nenek kebayan
info: 
  • masuk kawasan ke air terjun pelangi memang kena awal pagi, kelebihan dia dapat tengok matahari terbit. 
  • lepas pukul 11 memang takde dah trip masuk sebab laluan dia sehala aje. 
  • kena dapatkan permit nak masuk air terjun ni kalau tak kena patah balik je, sia-sia. haha harga permit . rujuk sini
  • tapi sebenarnya kalau naik 4 x 4, semua tu rm60/pax dah include sekali harga permit dan makan maggie + air milo. nak melantak banyak2 lepas turun hiking lah. (limit sekurang2nya 4 orang) atau rm250 untuk sebuah 4x4. (kalau lbh 4 org untung lah kan.
  • boleh je pergi naik kereta sendiri kalau tak sayang absober semua.. atau kereta ko memang kategori tahan lasak. 
Jumpa benda ni wei kat timeline..  Terasa kerdil lah nak jalan ngan orang2 fit..  Sentap tu boleh tahan lagi.part jalan sikit dah semput tu pulak dah improve sikit. Haha
Yang penting nasiblah jalan asik jatuh die tak sebut dalam tu. Kalau sebut mereput lah..  Eleh sape yang tulis ni,  kurang sangat ke songeh die. Nak berkenalan jugak.. 😝😝😝
Reading Time:

Sunday, September 02, 2018

Kenapa kasha balik awal?
September 02, 2018 2 Comments
Dah sebulan lebih tak balik Johor, tup tup kena panggil kursus.. Balik tetap nak balik sebab banyak benda nak tengok kat Johor sana.. Ayat mudah bila orang tanya alah nak pi round kibar Jalur gemilang kat sana.

Kursusnya start esok pagi.hari ini perjalanan lah kiranya. Tengah sibuk nak mengemas , wasap berbunyi.. Ada notification bla bla bla has added you. Apa pulak group baru ni. Hakak da start nebes.
Adeh.. Kemas beg xsiap lagi..bergerak pon belum.. Group wasap dah ada.haha effisyen sangat kursus ni. Educator 4.0 sangat. Yang ini boleh bagi #pantastuntas
Kursus educator 4.0 ini lah punca kasha balik awal sikit dari Johor. Sebelum subuh dah terconogk kat terminal Kuantan tu ha.
Tu dia dah dapat buku program. 
Anyway masa sibuk menaip ada lagi barang tak masuk beg..memang habit gitu bila packing baju, selalu x fokus..macam2 benda nak buat. 💁💁
Janji ngan diorang gerak pukul 3.. Boleh bernafas lagi ni.. Cuma takut ngantok je tadi sampai pk4.30 pagi naik bas.. Petang ni nak drive bawa 2 ibu hamil. Katanya 3 jam perjalanan dari sini ke terengganu. Harap boleh bertahan mataku. Doa2 kan lah ya.

Gi kursus ni ibarat persimpangan dilema
Suka sebab 4.0 tu
Tapi yang tinggal berejam kat kelas tu sape nak ganti?  Kesian kesian..
Harap ada yang bermanfaat 2 hari di sana..
Ok dah, nak sambung mengemas sikit lagi.


Reading Time:

Wednesday, August 15, 2018

Boleh masuk Arkib Politeknik Malaysia
August 15, 20180 Comments
Gambar ni di snap masa nak pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri tahun lepas
Mukadimah
Kita ini sebenarnya ada satu tabiat. Tabiat susah nak buang barang-barang lama.  Lepas tu lama2 boleh buat muzium sendiri. padahal simpan dalam kotak yang mana berteman anai-anai aje. Kalau duduk rumah yang tak pindah2 memang elok je la dalam kotak tu. Kalau berpindah-randah mesti usik2 juga lah. dan satu masa bila pindah banyak kali, kita akan buat keputusan yang sangat berat untuk let it go. fuh memang berat hati kalau jadi macam tu.
Rupabentuk surat tawaran diploma 2003. 
ok jom kita ke tajuk asal entri ni. Mengimbau kenangan suatu ketika dahulu.. Kemasukan diploma politeknik.bersaiz separuh a4. warna biru. Nak buka kena koyak kiri kanan dulu. Ha ni dah boleh masuk muzium politeknik dah surta tawaran ni.. Kalau ikut kan rupabentuk surat ini, macam surat daftar KWSP dulu, daftar akaun bank dan slip gaji kilang .ha macam ni lah. sekarang semua online. hahah
meh singkap sikit cite lama kita 
Ada seorang pensyarah bertanya apa 'expectation' masa '1st day' jejak kaki ke politeknik.cuba tulis dalam sekeping kertas...
09DUP03f032 - 09 kod pjb, dup utk kod diploma pengurusan pelancongan 03 mewakili tahun kasha masuk 2003.. F sampai sekrang jadi misteri 032 tu kasha orang yg ke 32 daftar masa batch tu untuk DUP.. 
Ini kad matrik pjb yang terjumpa time nak pindah aritu.. Bayangkan lah dari lepas diploma dekat 5 kali kot pindah..tapi artifak ni tetap ada..dari kulai pergi batu pahat pastu pindah pontian, pasir gudang pindah 3kali.. Smapai sekarang kat kuantan ada lagi..tapi xbawa lah gi sini..buat harta pusaka kat rumah pasir gudang. Yang lagi 3 sem ada lagi tu tapi tak terjumpa.kalau korek memang jumpa.sebab xbuang. Muka comel zaman remaja terpaksa diblurkan ..takut korang tengok masuk mimpi ngeri.haha.
hah teka mana kasha? muka tak reti nak senyum dah amik gambo menghadap matahari.masing2 semua tak nampak mata. umur 18 tahun.hahah terasa tua sangat dah ni?

Kasha menulis sebuah karangan. Panjang dua muka surat.tapi  tak dapat penuh lah ingat apa kasha tulis sepenuhnya. Tapi antaranya adalah seperti berikut:



"Saya bayangkan semua pensyarah tua-tua haha rambut putih macam professor seperti yang dimomokkan dalam tv 11 tahun yg lalu.. tapi terkejut besar, rupanya semuanya muda2 belaka"



Tak tahu la apa reaksi pensyarah tu masa baca karangan tu eh.. dia ingat lagi tak? Haha agak2 siapa pensyarah tu eh? Tak sangka pula akhirnya menjadi rakan sekerja pulak ..(sebenarnya kasha rasa pensyarah tu pon tak ingat dia yang suruh buat benda ni. sebab masa taip benda yang lebih kurang sama posting macam ni, dia rileks je. hahah.biarlah rahsia)



Tapi sekarang pensyarah lagi muda2.. Tak dapat beza dengan student. maybe 10 tahun akan datang, ada yang bakal jadi macam ni juga.. Jumpa student sendiri pula


Sekadar menyebut nama pensyarah yang terlintas dalam kepala: 
pn dayang (PA), pn maria, pn azila, pn zaiton, pn anita, pn wan linda, pn hanirah, pn imas, pn nora, tn syed,en zul, en yusdi, en azamrul, en kamal, en ismail, ustzh rohamiah,
Barisan legend lecturer pjb yang dah jadi rakan sekerja.alamak nape kasha nampak sebaya pulak? Adeh macam mana ni?
Nota kaki
Post ni dah lama tulis tapi tak publish2. Bila cik kasha da mula stress kat sini medium penawarnya  tambah2 ayat sikit.masuk2 gambar buat hiasan.. Jadi terpublish lah entri ni..
Argh memang stress..sampai tak tau nak buat apa,..amik lah selalu entri kasha ada mukadimah je, sekarang tambah nota kaki plak..esok2 tak tahu lah..

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.