Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Politeknik Ibrahim Sultan menang Anugerah Pelancongan Johor 2012



JOHOR BAHRU, Rabu, 24 Oktober: Penganjuran Anugerah Pelancongan Johor 2012 yang berlangsung di PERSADA International Convention Centre Johor telah menobatkan Politeknik Ibrahim Sultan sebagai pemenang anugerah dalam kategori 'Best Tourism Education and Training Provider' dengan membawa pulang tropi dan sijil tersebut. Politeknik Ibrahim Sultan merupakan satu daripada 3 politeknik premier ini juga sebelum ini dikenali sebagai Politeknik Johor Bahru terlatak di Pasir Gudang.


Anugerah yang disampaikan kepada pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Tn Hj. Azizi Bin Lin dengan pemberian sijil dan trophi Anugerah Pelancongan Johor 2012. Turut hadir bersama adalah Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Hajah Rosnah Binti Rahmat, Ketua Program Unit Pengurusan Pelancongan, Pn Zaiton Binti Sarman, Ketua Program Unit Hotel Katering, En. Mohd. Amin Bin Zakaria,Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, Tn. Syed Sheikh Bin Syed A. Kadir, 9 orang pensyarah JPH. Menurut Tn. Hj. Azizi Bin Lin, p…

Bila Rasa Itu..

Bila rasa itu datang lagi,
Sesaat itu juga aku ingin kembali,
Merakam detik-detik bersama disisi,

Bila rasa itu hadir menghantui diri,
Terdetik dihati mungkinkah ia mampu kembali,
Mampukah aku berdepan lagi,
Adakah impian akan menjadi realiti,

Bila rasa itu menggamit mimpi,
terasa ingin masa itu jangan berhenti,
Tiada nokhtah terus didalam hati..

Namun makin aku kejar,
semakin pantas ia berlari,
semakin aku cari,
Terus hilang bayang tiada lagi..
Ingin ku rakam,
Tiada ilusi mampu ditayangi,

Bagi yang silap mentafsir,
terus meniti di lubuk hati,
bagi  yang terus menghukum,
tiada kalam mahu ditabur,
bagi yang membawa kabar,
kelak nanti bawa bahana..

Mencari hakikat mimpi,
Mencari erti realiti,
Mengenal diri tak rugi,
Berbalik pada ketentuan Ilahi,
Mencari keredhaan, mencapai keberkatan..
Memohon ketenangan, mencapai syurgawi..

nukilan asli: akashah

amik.. haha.. terjumpe post yang jd draft kat previous post yg x sempat publish..actually da siap separuh cuma sambungkan aje.. mungkin agak celaru di situ.. tp ada aku …

Puisi Hati

Berteladankan ombak memukul pantai,
Menghilangkan cakaran dek tingkahnya lawan,

Berpandukan angin,
Dari barat ia bertandang ke timur,
Titisan hujan tidak dihirau,
Hilang pasang surutnya air,

Yang dicengkam tiba masa perlu diurai,
Yang dipendam tiba masa harus dipadam,

Ibarat orang darat ke pulau,
Tiba masa naik ke darat,
Umpamapenyu bertelur dipantai,
Akhirnya laut juga tempat bermain..
nukilan (akashah, 05 oct 12, 10.20 pm)

ni penangan gi sibu sampai 2 kali dlm sebulan.. 
jd pencetus ilham lak.. stlh sekian lama blog ni berhabuk kot



Seloka Rasa

Yang selerak sudah disusun
Beralas cantik bertatah delima
Yang retak sudah meruntun
Hati dicarik duri terluka

Bukan suasa bukan berlian
Hanya meranti berhias mawar
Tersilap rasa dek katamu tuan
Sakit dihati tiada penawar

Meniti jambatan bertali reput
Hati-hati terputus talinya
Rasa terkilan terlalu berlembut
Akhir diri sendiri merana


Cantik tidak bukan puteri
Apa lagi emas untuk berbudi
Hanya berbekal ikhlas dihati
Salah tafsir berkalang benci


Berkaki ayam cuba berlari
Sayang kaki terpijak duri
Hendak diam cuba menyepi
Tapi rasa tak sampai hati



-nukilan akashah, 4 oct 2012, 9;41pm