January 2017 - corEtan akAsHah

Sunday, January 15, 2017

Esok

Tuesday, January 10, 2017

Keputusan 10.1.2017
January 10, 20170 Comments
Hajatnya nak tunggu jam 12.01 pagi.  Tapi sebabkan sakit kepala, kecundang juga jam 11 da terlena.
.
Terjaga jam 3 pagi..  Terperanjat jap ada wasap dalam group upp dari kak maria..
As Salam. Makluman utk2 kawan2... keputusan penempatan telah keluar. Saya ditempatkan di Poli METrO JB.
Sayangnya geng nota dan cidos dah takde.😭😭😭

Ok nebes..  Terus login sendiri punya..  Alhamdulillah

Cuma ada berita seterusnya..  Iza pulak. Poli mersing.   Alahai..😭😭😭 Terus tak boleh tido sampai ke subuh.. Terus masuk keje dengan senoneng kepala. 

Tak tahu lah apa yang Tuhan rancang apa yang terbaik untuk hambaNya.  Sebab apa yang kita suka belum tentu terbaik untuk kita..  Doakan hidup kita sentiasa diberikan yang terbaik dari segala segi
Reading Time:

Saturday, January 07, 2017

Ada apa dengan 2017
January 07, 20170 Comments
Salam muafakat Johor
Lama rasanya tak post apa2 dalam ni

Pembuka tirai posting 2017
Banyak berita gembira..  Alhamdulillah..
-rumah siap dapat kunci 2016..  Cuma banyak benda nak kena buat sampai membawa ke 2017 tak dapat masuk lagi

Throwback post kat fb jap

Melangkah setapak lagi
InsyaAllah sebulan dua lagi.. 
Ibu gigih panjat tingkat kedua
Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..
Alim pon sedia dari shah alam drive ke bumi Pasir Gudang
Biar tiada lagi ayahanda di depan mata
Tapi pasti dia tersenyum gembira
Akhirnya teratak sendiri telah tersedia
Semoga semuanya dipermudahkan sentiasa
#semogatenangdisana


- dr 41 ke 44..

Throwback validasi. 
Tahniah semua  @memyselfizaahmad  @maria.ayei @salinasipellizan @nurhidayahzulkifliofficial @naidaham5826 dan kak @lynnnadzari (kita xde amik gambo plak ms tu) #alhamdulillah
Gambar ke6 tu muka nervous tggu giliran nak masuk bilik temuduga
Saya rasa saya nampak lebih ceria bahagia dengan warna pastel

Ada juga berita yang mendebarkan.. Menunggu penempatan 16hb Januari. Biar je la dok sini senyap2.. Tak boleh bayang kalau tak dapat rasmi rumah dan cita2 nak bawa ibu dok rumah tu tak dapat.. 😮Semoga diizinkan Allah.  Amin


Untuk kesihatan,  pembuka 2017 dipenuhi dengan sakit kepala..  Tak tahu la kenapa..  Dah masuk 6 hari tak berhenti sakit kepala.. Kalau ikut gambar ni sebab tension? Hah? Sampai sekarang masih sakit kepala.. Maybe doktor dah rindu kat kita ni.  

2016..tahun kehilangan😭
Ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya

Perginya seorang insan yang dipanggil ayah.. yang memegang amanah ayah kepada 7 orang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki dan memimpin isteri... 

Lunas sudah tanggungjawabnya dialam fana , lenyap sudah segala kesakitan angin ahmar ditanggung selama 11 tahun..  semoga itu menjadi asbab penghapus dosa..insyaAllah

kini, yang  dulunya menjadi amanah bakal menjadi amalan pahala berkekalan buat seorang insan bernama ayah di alam barzakh.. semoga tenang disana

Coretan amanahmu,
... bin kassim


Beberapa saudara terdekat juga telah menghadap Ilahi

2016 juga..  Geng gaduh dah takde..
Patutlah tiba2 penuh hp saya dengan gambar dia minggu ni..kebetulan kan..
Macam comel je berbusana tu kan sampai shoot banyak kali
Siapa nak melayan hobi snap2 gambar sana-sini lepas ni
Nak kritik bila kita edit something kat komputer walaupon tanpa diminta?
Siapa lagi nak ajak amik gambar jetty,  pasir, pokok, pantai, pelangi kat Pulau Sibu?
Siapa lagi nak ajak lawan perang mulut?
Nampaknya tak lama lagi sebelah meja saya bakal bersih..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
2010-2016
Jika kami disini sedang bersedih atas perkara ini
Kurang 1team marine, team jenjalan
Di sebelah sana, pihak keluarga menangis kegembiraan diatas perkhabaran ini
Semoga setiap langkah selepas ini menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Boleh la ada alasan pergi Sarawak lepas ni.. (ini ayat poyo)

Tahun orang kahwin👰
Penghujung tahun housemate kita dah tamatkan zaman bujang dia dengan perhubungan jarak jauh.  Izzah syazwani.  Masih dok serumah ni ha..  Hujung minggu je jumpa hb dia



Anak sepupu ada 2 orang kahwin tahun 2016.. Sepupu kita dah lebih kurang sebaya mak kita.. Tahniah..
 


Alhamdulillah setakat ni pergi rumah orang kahwin dah takde dah orang tanya,  ha ko bila lagi?  Heheh..  Bagus lah da ada transformasi adab dan sensitiviti.
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.