September 2020 - corEtan akAsHah

Tuesday, September 22, 2020

Bicara buku dalam talian
September 22, 2020 2 Comments

Tau tak sebenarnya ... dah dua kali buat percubaan live tapi dua-dua jadi restricted. Konon katanya pakar, tapi sudahnya engkau krik-krik dalam tu. Sorang-sorang tengok video live sendiri.

Tak tahu nak ketawa ke menangis dan akhirnya setkan video live di Pulau Ular tu kepada only me. Haa gasaklah engkau Kashah tengok live sorang-sorang. Whatever!

Alhamdulillah, dah jumpa punca jadi gitu kenapa beberapa jam sebelum live 20 September kelmarin.Rupanya set apps streamyard di facebook restricted. Memanglah sampai ke sudah tak keluar. 

Jadi Ahad lepas, Kasha buka Studio balik. Masa tulah external web cam tak nak bagi kerjasama. Sudahnya guna handphone je live guna streamyard + facebook.  Fuh mencabar juga.

Sejenis nak mengelat jugak, nak duduk behind the screen aje sebenarnya. Haha. Risau pula tengah live, dok berzikir lagi perkataan MQA. OK bye! 

Disebabkan studio tu hakak yang punya, tindakan sesekali mengelat keluar dari screen pun menjadi. Heheh bijak tak kita?

Cerita tentang buku Bahagia tanpa Syarat. Dengar je lah

Redah dah redah. Payah.

Dan inilah hasil livenya. Alhamdulillah yang ini public. Adalah tontonan 384. Hahah itu sebab ada penulis hebat yang lain tu. 



 

Reading Time:

Wednesday, September 16, 2020

Live kerana terpaksa aku relakan.
September 16, 2020 2 Comments

Bunga baru dapat dari Kakak Diet, Kak Ruqayah dah selit atas kepala. Bawa ke live terus. Gasaklah feeling gitu.

"Memang live dekat studio TV ke Kasha?"

"Taklah, dalam dewan seminar tu juga. Sejenis malas nak cari tempat lain."

"Habis yang sibuk sangat kat belakang tu macam pejabat berita buletin tu. Kenapa?"

"Hahah. Itulah realitinya. Waktu tu, masing-masing tengah berdebar menunggu giliran live yang diatur sendiri. Hanya dua jam arahan penyediaan tugasan diberi untuk promosi live dan perlu terus bersiaran."

Set topik dan masa live satu hal. Nak cerita apa wei? Sudahnya cerita je lah semula belajar apa dalam sesi sebelum ni bersama En. saiful Nang.

Berjaya snap gambar kenangan dengan Encik Saiful Nang. 

Penulisan dan digital marketing. Siapkan poster, upload dan hadap aje lah. Giler tak nervous wei. Entah apa orang cakap kita dok pung pang dalam live. Gila glamor ke apa? Tapi tak apalah, yang penting ilmu yag disampaikan untuk dimanfaatkan. Nak belajar dengan figura Saiful Nang bukan modal yang kecil-kecil punya cerita.

Cikgu yang bertanggungjawab buat Kashah terpaksa live pada hari tersebut. TQ Bonda Nor, untuk ilmu bermanfaat di Perkampungan Ilmu Akademi Bonda Nor.

"Nak tanya, macam mana live tu nampak macam berita."

Haa gitu. Bila respons lain yang keluar, maknanya kegugupan engkau masa live dapat diatasi dengan paparan visual yang menarik. Allahuakbar.

Mujur juga pernah menghadiri kelas dalam talian Rahsia Ceramah Memukau bersama Cikgu Faizul Ikhwan. Adalah asas sedikit tentang live.

Ok, menjawab soalan tadi. Kashah sambungkan live facebook menggunakan streamyard. Kelebihan menggunakan streamyard, 

- ada fungsi untuk memaparkan nama kita dan tajuk yang bergerak-gerak (scroll text) di bahagian bawah video. (Kah! Feeling sangat)

- Tambahan features untuk paparan slide juga sesuai untuk presentation.

- Boleh invite maksimum 5 orang dalam studio streamyard. 

Nak kongsi tutorial pun macam complicated. Jadi, sila rujuk tutorial video youtube sini

Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang menyokong dan respons dalam live. Tak sangka ada rupanya yang nak dengar. Semoga bermanfaat.


Bukannya tak ada spoil. Punya lama live, kisahnya set restricted. Kah! Kah! Sudahnya limited lah viewernya. Patutnya buat public. Dah selesai baru perasan. Buatlah watch party tapi dah tak excited macam kali pertama. Itulah cerita orang yang tak pernah live public.


Jadi,patut tak repeat live topik lain pula?

Gambar yang diselit-selit adalah alternative bila ko rasa macam tak dapat nanti nak eksklusif berdua. Hahah boleh lah. Tudung senget Kashah, entahlah kalau batuk aje memang tak kan betul lah tudung sampai bebila. 


Jadi, mohon doa rakan-rakan yang membaca supaya Kasha cepat sembuh sepenuhnya. Hari tu macam dah nak baik, pastu datang balik. 


Reading Time:

Wednesday, September 02, 2020

2 September
September 02, 20200 Comments
2 September 2016
Genap 4 tahun ayah telah pergi meninggalkan kami.

"Kita dah takde ayah..." 
Satu ayat dari Kak Yung sebaik selesai urusan pengkebumian. Pendek - namun ada rasa meruntun jiwa mendengarnya. Panas dirasakn seluruh muka, dan perasaan seakan bercampur-baur.

Mengenang kembali, beberapa  jam sebelum pemergian arwah.
"Allah, jika pemergiannya menamatkan segala derita sakit yang ditanggung selama ini, Aku redha Ya Allah. Sesungguhnya aku menyayanginya. Kau ampunkanlah dosa-dosanya, Ya Rahman. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui apa yang terbaik" 
Doa terakhir malam pemergian ayah. Saat diberi kekuatan, entah kenapa malam itu, doa itu terkeluar sebegitu usai bacaan yasin. Sedangkan sebelum ini, doanya berbeza ;dipanjangkan umur, disembuhkan penyakit dan seumpamanya. 

"Kita bukannya tak ada ayah, cuma pinjaman dari Tuhan telah dipulangkan kepada pencipta."
Dalam kenangan....
Seorang insan yang bergelar ayah, tetap tersemat dalam memori. Sampaikan rindu dalam doa. 

 Alfatihah buat Kassim bin Ghaffar.


Ayah semoga tenang disana...

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.