December 2020 - corEtan akAsHah

Wednesday, December 23, 2020

Program haiwan angkat @ Kulim Bird Park
December 23, 2020 3 Comments

Sekali lagi menyertai program haiwan angkat.Kalau sebelum ini anjuran Zoo Negara, kali ini anjuran Kulim Bird Park pula.
Cantik pula kan certificate of adoption ni kan? 
Berwarna-warni. 
Jumpa iklan program ni macam menarik je kan?


Dear Kulim Bird Park Beloved Friends,
March 2020 an unpredictable Global Pandemic Covid-19 happened and MCO was enforced by the authority. By no means we have to abide by the ruling of having to temporary halt operation for the safety and well-being of our beloved customers, staffs and animals. During the course of these enforcement of MCO and CMCO, much hardship had resulted in the lost of income and supplies of essentials for all our beloved pets and animals.
Therefore we humbly appeal for your kindest concern and a little contribution to maintain the upkeep and those animals in the form of participating in our proposed " ADOPTION PROGRAM" without bringing the animals back home.

Teringin nak ada haiwan angkat juga?
sila klik link di sini https://www.ticket2u.com.my/event/23466/animal-adoption-program-by-kulim-bird-park

cara-cara untuk buat?
jemput singgah ke post haiwan angkat Zoo Negara sebelum ni. Kasha ada tulis panjang lebar
sila ke sini ---> 
https://akashahkassim.blogspot.com/2020/04/zoo-negara-malaysia-adopt-animal.html

Rekod haiwan angkat 2020

1. Zoo Negara  - Ring-tailed Lemur
2. Kulim Bird Park - Timorensis Deer
3. Next?








 

Reading Time:

Monday, December 21, 2020

Ride 5km
December 21, 2020 2 Comments

 Saat orang lain berkongsi jarak berbasikal beratus kilometer, dan engkau baru merangkak dengan jarak 5kilometer. Itu pun dah mula bergetar tangan dan menggigil lutut. 

Acara wajib snap gambar cantik

Sebenarnya baru habis kelas jam 12.00 tadi. Jadi waktu tidur dah habis. Jadi mari memenuhkan entri blog 2020. 

Alhamdulillah, untuk ride ketiga ada peningkatan dari yang sebelumnya. Pada kali ini, gerak jauh sikit melalui jalan utama untuk ke taman perumahan sebelah. Dia punya debar lain macam.

"Pergi taman sebelahlah, mau paling tidak dapatlah 6km. Takkan asyik kat rumah aje?"
"Alah ... Risau nak melintas!"
"Lalu je tepi-tepi dulu tak yah melintas. Masuk simpang perumahan sana nanti dah bertenang dah. Pakai topi"

Hanim yang dah pakar mengayuh, jadi konsultan untuk Kasha untuk pergi jauh sikit dari biasa. Buat pertama kali juga  merasmikan topi sebab sebelum ni round area rumah aje, tak pakai pun. 
Tracking eh perjalanan berbasikal yang kononnya jauh dari biasa tu.

5km dalam 53 minit. Gaya santai dengan kelajuan minima 5km/j dan max 23km/j. Hahah mana mau nak join orang lain.  Tunggu lah ride kali ke-20 kot baru boleh campur orang.

Sedar-sedar rupanya masih tak mencapai masa sejam mengayuh. Kiranya masa berhenti minum dan ambil gambar dia stop pengiraan tu. Padahal kalau ikut jam, adalah 1jam lebih juga mengayuh. Pandai eh apps ni. 

Ok lah ada peningkatan. Positifkan diri. Layanzzz.



Reading Time:

Sunday, December 20, 2020

Review Bahagia Tanpa Syarat
December 20, 20200 Comments

Petang-petang ni dapat review buku Bahagia Tanpa Syarat. 

Jemput baca dari rakan FB, Thaqifah Hussain. lalu di wall kita tadi.

Gambar buku BTS hasil bidikan dari beliau

Bahagia Tanpa Syarat. Sebagaimana tajuknya, begitulah isinya.

Sungguh, buku ini banyak mengajar diri memang bahagia tidak memerlukan syarat yang dikau tetapkan.

Tetapi syarat yang sama dari semua kisah yang dibaca,

Redha pada apa yang terjadi.
Bersyukur dengan apa yang diberi dan engkau miliki.

Bahagia boleh aja dirasai dalam pelbagai situasi.

Ada kisah yang ku menangis tanpa henti. Ada kisah yang menjentik pemikiran membuka dimensi. Ada kisah yang ku menjerut hati. Ada kisah tertampar sendiri. Ada kisah yang senyum terpatri.

Terima kasih buat semua 40 orang penulis di dalam buku ini dan tahniah kepada penyelaras, Abang Bomba, Zulkifli Che Noh.

Sungguh, besarnya nilai yang kalian beri.

*****


Terima kasih. Simpan review di sini. 
 

Reading Time:

Tuesday, December 15, 2020

Ride masuk kebun getah
December 15, 20200 Comments

Ride sekali lagi! Semangat nak bersukan tu takdelah sekuat mana. Tengok orang lain sihat, teringin juga sebab dah lama sangat lemau bergolek aje. Cuma yang nyata itulah ... Kadang rajin sekejap tapi lepas tu luntur. Buat masa sekarang ada semangat lagi. Jadi sambil ride kita snap sana sini buat hilang bosan. Tak jauh pun pusingnya, dekat-dekat kawasan rumah aje. Tak berani melintas jalan yang kenderaannya memecut laju macam tak sabo nak berr...

Hasil Karya berjudul Basikal di Kebun Getah

Seronok eh posingkan kuda besi ni walau hasilnya tak sampai tahap professional. Cuma puas hati tengok dia bersulam kehijauan alam. Belum pandai nak snap ala-ala professional photographer. Tunggu nanti Kasha pergi kursus travelogue 18-21 dis tengok perubahan gambarnya.
Bila cerita semula pasal berbasikal. Bawa pun santai-santai aje. Kalau terserempak pun dengan anak-anak jiran yang berbasikal tiga roda. ada masa kena salak dek anjing, mujurlah dia hanya power bersalak dalam pagar. Kalau dia keluar, mau basikal tinggal belakang. Tunggang langgang dibuatnya.

Rekod pertama: 1.5 km 23 minit dah  kecundang
Rekod kedua    : 3.4 km 37 minit dah tewas
Rekod ketiga? harap ada peningkatan kurang-kurang 1 jam ke? 

hehe rasanya belum layak lagi nak join pakar dok kayuh sampai 20 km. Nanti rasa menyusahkan orang aje menunggu kita. Teringat pula dulu petang-petang round taman tolak kerusi roda ibu. Sekejap je rupanya rezeki bersantai gitu.

 


Reading Time:

Monday, December 14, 2020

Road to 2021
December 14, 2020 3 Comments

Ngah hantar gambar hakak ride di Pontian dulu. Kasi frame kan buat kenangan. Alahai bila next?

Ohooi. 2020 dah nak menutup tirainya. Tak lama dah tinggal 18 hari je lagi. Pejam celik sekejap je dah nak habis 2020. Tak mahu menyebut tentang kereta terbang lagi, apa yang pasti doakan COVID19 berlalu pergi.

ᒍᗩᗪI ᑎᗩK TᗩᑎYᗩ, ᗩᑭᗩ ᑭEᖇᑌᗷᗩᕼᗩᑎ KITᗩ?

Kalau ikut blog ni, banyak berubah. Dari 2009 bawa ke 2020. Beza jumlah posting semakin bertambah tapi masih tak capai kuota bergelar seorang penulis tegar. Kiranya 80/360 hari. 22% je daripada jumlah hari setahun. Layanzzz sebab banyak menulis di medium lagi satu, facebook. Nampak tahun 2015 & 2016 adalah tahun malas menulis. 

Opps ... awak. 2009 punya post jangan dijengah lagi. Kadang malu sendiri entah apa-apa yang dimuatkan di situ. Nak delete? Hahah mungkin tidak. Biarkan jadi kenangan 11 tahun di media ini. 


Nak kata blog ni krik-krik, tak juga. Rasanya viewnya lebih tinggi dari tulisan di facebook. Cuma kebanyakan posting lama ni. Nampaknya tetamu yang singgah cenderungnya pada cerita berbeza.

Antara barisan posting yang menjadi pilihan pembaca. Lagi cantik kalau setiap viewer yang singgah klik sekali iklan dalam blog ni. Dapat juga income. Hehe sekali je tau jangan lebih, nanti kena banned. Hahah.

ᗩᗪᗩKᗩᕼ ᗷᒪOG IᑎI ᗩKᗩᑎ ᗷEᖇᑌᗷᗩᕼ ᖇᑌᑭᗩ ᑌᑎTᑌK Tᗩᕼᑌᑎ 2021? 
Tak tahu lagi. Doakan ... Sebelum mengakhiri posting, cuma nak kongsi susun doa cantik dari Ustazah Asma Harun ni. 
Didoakan pada diri dan semua yang membaca.

Petikan doanya

𝓢𝓮𝓶𝓸𝓰𝓪 𝓽𝓮𝓻𝓾𝓼 𝓼𝓲𝓱𝓪𝓽, 𝓽𝓮𝓻𝓾𝓼 𝓴𝓾𝓪𝓽
𝓓𝓲𝓫𝓮𝓻𝓲𝓴𝓪𝓷 𝓲𝓼𝓽𝓲𝓺𝓪𝓶𝓪𝓱 𝓾𝓷𝓽𝓾𝓴 𝓶𝓮𝓵𝓪𝓴𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓪𝓶𝓪𝓵 𝓲𝓫𝓪𝓭𝓪𝓱
𝓐𝓵𝓵𝓪𝓱 𝓴𝓾𝓻𝓷𝓲𝓪𝓴𝓪𝓷 𝓱𝓾𝓼𝓷𝓾𝓵 𝓴𝓱𝓪𝓽𝓲𝓶𝓪𝓱
𝓜𝓮𝓷𝓳𝓪𝓭𝓲 𝔀𝓪𝓷𝓲𝓽𝓪 𝓼𝓸𝓵𝓮𝓱𝓪𝓱
𝓑𝓲𝓭𝓪𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓭𝓲 𝓙𝓪𝓷𝓷𝓪𝓱
𝓟𝓮𝓻𝓱𝓲𝓪𝓼𝓪𝓷 𝓭𝓾𝓷𝓲𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓽𝓮𝓻𝓲𝓷𝓭𝓪𝓱

Amin... Amin ...





Reading Time:

Sunday, December 13, 2020

My First Ride
December 13, 20200 Comments
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta, tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua
Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua

Haa tiber ... Ternyanyi lagu ni.

Selepas sekian lama mimpi nak beli basikal, rupanya dapat juga pada tahun 2020. Itupun selepas dua bulan terperuk di KL, baru sampai ke Kuantan kelmarin. Alim pasang carrier kat bonet kereta dia. Sampai rumah, dengan no plate kereta dia tercabut! Hahah.
Pusing-pusing taman aje tapi jumpa tempat menarik. Sesuai buat photoshoot ni. Next time boleh pergi lagi.
Kalau diikutkan lama pasang impian, patut beli yang boleh lipat-lipat tu. Hahah. Takpe lah. Bukan apa risau nanti, apabila dah elok basikal depan mata akhirnya cuma jadi tempat sidai baju je. Kau rasa? 1 raket dan sepasang kasut dah lama jadi tukun tu bawah katil. Hahah. 🏸👟. Harapan.

Ok yang ini beli mur mur aje. Itu pun bayar ansur-ansur dengan Alim. Hahah. Nampak tak kedekutnya nak membeli tu. Eloklah bagi kategori orang beginner. Doakan harapnya tak jadi tukun.InsyaAllah.
Kembar tu basikalnya, Alim yang gigih membelinya. Kita on je mana-mana. Asalkan murah. 😂 Lagipun dia yang keluar duit masa tu. Layanzz..
Cubaan pertama tapi agak lemau sikit. Tak jauh tapi itu pun dah semput. Gara-gara lama dah bergolek aje,. Tak exercise.
Tak ada sarung tangan, sakit dibuatnya tangan kita. Kena cari lah lepas ni. Ah! Beria benor. 


Reading Time:

Sunday, December 06, 2020

Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan!
December 06, 2020 2 Comments

 
Ringkasan pengemakinian bagi *sektor Pelancongan & Kebudayaan* di bawah *SOP PKPB 05 Disember 2020* ini adalah:


1. *Pergerakan rentas daerah dan negeri* DIBENARKAN *TANPA* permit kebenaran PDRM dan berdasarkan *kapasiti penuh kenderaan* (pelancongan domestik, staycation dll) ✅

2. Pergerakan *keluar masuk ke negeri SABAH* dibenarkan, tertakluk kepada keputusan *negatif Ujian Calitan PCR atau RTK Antigen* yang wajib diambil *3 hari sebelum* berlepas. ✅


3. *MESYUARAT bersemuka di HOTEL* dibenarkan tertakluk kepada maksima 50% kapasiti asal dengan penjarakan sosial ✅

4. *Penggunaan kolam renang hotel* dibenarkan dengan penjarakan sosial ✅


5. Makan *dine in* dibenarkan tanpa had DENGAN penjarakan ✅

6. Aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi sehingga jam *12 tgh mlm* ✅


7. *Aktiviti rakaman* *TANPA PENONTON* dibenarkan tertakluk kepada krew yang minima 


8. Aktiviti *acara langsung* *TANPA PENONTON* dibenarkan ✅


9. *Indoor busking* dibenarkan *terhad* kepada *bilangan penonton* yg ditetapkan *KKMM* ✅


10. Semua aktiviti perniagaan lain di bawah Sektor Pelancongan di KAWASAN PKPB adalah dibenarkan KECUALI bagi aktiviti-aktiviti berikut : 


i. *Taman Tema, Pawagam dan Indoor Playground* TIDAK DIBENARKAN 📛


ii. *MICE / Seminar / Bengkel / Kursus / Latihan / Persidangan / Ceramah / Pameran* TIDAK DIBENARKAN 📛


iii. *Majlis Rasmi / Majlis Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, aktiviti SOSIAL* TIDAK DIBENARKAN 📛


iv. *Pameran hasil seni, muzium, perpustakaan dan galeri seni* 📛


v. *Pelancongan keluar/masuk negara* TIDAK DIBENARKAN 📛


Kawasan-kawasan *PKPB* / dilanjutkan sehingga *20 Disember 2020* adalah:


1. Seluruh *WP Kuala Lumpur* 


2. Seluruh *Negeri Sabah* 


3. Seluruh *Negeri Selangor* *KECUALI* *Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor*


4. Daerah *Seremban dan Port Dickson*, Negeri Sembilan


5. *Mukim 12 dan Mukim* *13* Pulau Pinang


6. *Daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong* , Perak


7. Daerah *Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Kelantan,* Kelantan


8. Daerah *Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai dan* *Kota Tinggi,* Johor


Walaupun Kawalan Pergerakan merentas Daerah/Negeri telah pun dilonggarkan dan boleh bergerak TANPA kebenaran PDRM, *AKTIVITI-AKTIVITI* berkaitn di atas adalah masih *DIKAWAL dan MEMPUNYAI LIMITASI* tertentu serta tertakluk di bawah *SOP PKPB bertarikh 05 Disember 2020.*



Sila rujuk dan patuh *SOP PKPB 05 Disember 2020* sepenuhnya🙏🙏🙏



*****

Kita dah boleh balik kampung wak! Cepat kemas apa yang patut. Lamanya alahai terputus hubungan. Dalam masa yang sama, jaga diri dan SOP. 

Reading Time:

Friday, December 04, 2020

Hebatkah kita?
December 04, 2020 2 Comments

𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐡𝐞𝐛𝐚𝐭?

Kadang dalam hidup kita, terdetik sekelumit perasaan. Mungkin ada, mungkin tidak.

"Akulah yang paling kuat. Akulah yang menyebabkan berjayanya sesuatu usaha. Kalau aku tak ada, semua takkan menjadi."


Istighfar kawan-kawan ... 

astaghfirullahal ‘adzim.


Nak tahu kenapa? Jom sambung baca lagi. Entri kali ini mungkin panjang dari biasa. Tapi bersabar dan baca satu persatu.


Ketahuilah ... 

Saidina Ali r.a pernah menceritakan ketika ditanya 

"Apakah yang paling kuat?"


Saidina Ali menjawab diatas penciptaan alam semesta ...


Sewaktu besi yang berbangga dengan kekuatan dan ketahanannya, Allah menjadikan api yang mampu mencairkannya. 

Lalu Allah menciptakan air pula yang mampu memadam api yang marak. 


Kemudian, 

Saat air berbangga dengan kekuatannya melawan api, Allah ciptakan awan yang mampu menampung air.

Lalu Allah cipta pula angin untuk membawanya


Kemudian, 

Allah cipta pula bukit-bukau menghalang angin, hujan dan awan. 

Lalu Allah ciptakan pula manusia yang mampu meratakan bukit untuk membina bangunan

Manusia berbangga dengan kekuatan dan keunikannya

Lalu Allah tewaskan mereka dengan tidur, lalu mengalahkan mereka

Sehebat atau setinggi mana IQ manusia pun apabila tertidur ketika memandu, boleh membahayakan nyawa. Bahaya ni mico sleep. Pernah jadi, alhamdulillah masa tu bukan berseorangan. Ada yang menegur suruh fokus. Bahaya kan?


Jadi Allah jadikan risau, maka tidur pun kalah

Maka risau menjadi yang paling kuat sehingga mengundang kesedihan dalam diri. Natijahnya ramai yang mengambil keputusan membunuh diri, dan macam-macam lagi.


"𝐘𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢!"

Risau dan sedih ini tempatnya dihati

Lalu Allah jadikan zikrullah di hati hambaNya supaya sentiasa dekat kepada Nya


Jadi apa yang paling kuat?


𝐙𝐢𝐤𝐫𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡!

Amalkan doa ini,


“ALLAHUMMA INNI A’UZU BIKA MINAL HAMMI WAL HAZANI, WA A’UZU BIKA MINAL AJZI WAL KASALI, WA’A UZU BIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI, WA A’UZU BIKA MIN GALABATIDDAINI WA QAHRIRRIJALI”


Bermakna;

Ya Allah, 

aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, 

dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil,

dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

Amin ....


Perkongsian pagi oleh Ustaz Hasni dalam

dari Omar Abdulkafi 

'𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐭'


Ada slot setiap Jumaat pagi kat opis. 


Semoga mesejnya lekat dihati InsyaAllah.

Salam Jumaat

Reading Time:

Tuesday, December 01, 2020

Review seadanya kuterima
December 01, 20200 Comments
Sesekali bila ada masa, cari #seadanyakuterima dalam facebook.  Terjumpalah review buku oleh Pn Zakiah Abd Ghafar. Alhamdulillah, simpan sini buat kennagan.

Siri Bercakap dengan Cermin

Seadanya Kuterima


🧬Membaca siri ini, membuatkan diri tertanya-tanya sendiri. Apa sebenarnya tafsiran cermin dalam tajuk siri ini? Dalam tak sedar, teringat cerita coretan Tamar Jalis dalam siri Bercakap dengan Jin yang dahulu ketika kecil kami baca bergilir-gilir.


😅Maaf-maaf, jauh sungguh ingatan saya. Terkenang-kenang zaman kanak-kanak. 


💈Sesungguhnya hanya dengan mendalami kisah di dalam buku ini, secara tidak langsung kita akan faham tafsiran figura cermin di dalam tajuk siri ini.


🎀Seadanya Kuterima adalah sebuah antologi kisah jujur keinsafan yang dinukilkan oleh setiap penulis. Betapa penulis menafsir kekesalan adegan hidup mereka dan disusuli dengan rasa sesalan untuk memperbaiki diri serta rasa tawakal dan redha supaya sentiasa bersyukur dengan kurniaan Ilahi. Indah nikmat Ilahi yang disyukuri bukti rasa kita redha dengan ujian yang diberi.


👩🏽‍🔬Bagi yang belum memulakan pembacaan, sungguh Seadanya Kuterima adalah antologi kisah keinsafan yang mudah difahami. Membacanya kita dapat rasakan ia sangat dekat dengan kisah seharian kita sebagai seorang anak, isteri, ibu, pekerja, pengusaha dan sebagai seorang Hamba Allah swt.


😭Sebagai seorang manusia biasa, bukan mudah membuang ego namun secara lembut dan tulus, penulis menyatakan beberapa contoh untuk kita selusuri buat sedikit panduan untuk kita teladani.


🙇🏼‍♀️Kisah pertama antologi adalah garapan Bonda Nor sendiri. Nukilan jujur rasa hati Bonda yang acapkali dirasai oleh semua wanita bergelar ibu. Bukan mudah melepaskan anak jauh di mata, berfikir yang tidak-tidak. Jujur rasa hati itu pun turut saya rasai. Membacanya seolah-olah terkena batang hidung sendiri. Dua perenggan terakhir adalah penutup rasa hati seorang ibu. Nasihat supaya sentiasa kuat pergantungan kepada Ilahi dan sentiasa positif mengharapkan yang terbaik dan bersiap siaga jika sebaliknya berlaku.


🤰Beberapa penulisan lain yang dikongsikan dalam antologi ini turut bercerita mengenai kisah hati seorang ibu kepada anak-anak mereka. Dalam kita sendiri berperang dengan diri kerana rasa gagal menjalankan tanggungjawab, sungguh berbesar hati tatkala mengetahui sesungguhnya bukan hanya kita berasa begitu.


🥺Jujurnya perasan penulis sebegini turut saya alami. Kadang-kadang rasa gagal menguasai diri. Saya menangis sendiri. 

“Aku gagal.”

“Aku tewas.”

“Aku tidak layak.”

“Aku putus ada.”

Mengapa saya tidak berjaya menjadi anak, isteri dan ibu yang hebat. Rasa beban tanggungjawab itu bagaikan tak terbuat. Betapa rasa tidak cukup masa untuk menjalankan semua tanggungjawab sedangkan orang lain hebat menjalankannya.


😷Membaca penulisan sebegini membuatkan saya terfikir, tidak perlu menyesali dan berputus asa. Ia tidak akan menyelesaikan masalah dan menyelamatkan keadaan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Kita perlu bercakap dengan cermin dan memuhasabah diri samada ia adalah ujian atau kifarah atau peringatan. Sama-sama renungi bahawa syurga bukan percuma untuk kita diami.


🤗Untuk antologi ini, saya bagi 10 bintang. Jom baca. Pasti anda tidak akan jemu dan tidak sabar untuk menelaahnya daripada kulit ke kulit.


👩🏼‍🦱Selamat membaca

Bagi yang ingin mendapatkna naskah ini, sila ke Kedai buku Popular .

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.