Google+ Followers

Bahan PdP: Galerry walk dan place mat

Mukadimahnye: kedua-dua kaedah ni memang sesuai utk pengajaran dewasa dan bekonsepkan OBE yang mana pelajar lebih aktif dari guru.

apa yg penting: Gallery walk digunakan utk membincangkan subtopik yang berlainan utk setiap kumpulan, yang place & mat pulak biasanya utk membincangkan topik yang sama utk semua kumpulan.


sesuai digunakan dalam kelas tapi kalau setiap subjek seminggu sume guna kertas majung, takut jadi fobia lak ngan kertas majung.hehe

KAEDAH GALLERY WALK

Cadangan alat yang boleh digunapakai:

- kertas majung ( ikut bilangan kumpulan)
- pen marker ( 3 warna kasi cantik sikit )
- ahli kum yang tulisan cantik, pandai dan suka melukis
- ahli yang bagi idea
- ahli yang berkeyakinan utktlg tampal kat dinding
- dan plg penting gembire :) utk buat presentation

Gambar sebelah ni: proses tgh melorek dan mencantikkan (touch up) peta minda yg dibuat . Ha nampak tak ada tangan2 yg diberi anugerah melorek tu?hehe

Proses:
1. Kump diberi topik mengikut pembahagian subtopik berlainan
2. Buat perbincangan bersama ahli
3. Tulis hsl perbincangan dalam kertas majung mengikut kreativiti ( biasa sng buat peta minda la, tgk kesesuaian)
4. da siap? tampal kat dinding, sorang akan tinggal utk prsent mewakili kumpulan
5. Ahli kumpulan yg lain akan melawat hsl pmbntgn kumpulan lain mengikut pusingan jam smpi habis
6. klu rase mcm ada nak tambah, bole terus tulis kat situ.

KAEDAH PLACE & MAT ACTIVITY
Alatan: sama dgn gallery walk
Proses:
  1. Setiap kumpulan mesti ada 4 ahli mewakili A, B, C DAN E
  2. Tanpa berbincang, tulis jawapan mengikut tajuk yang diberi dlm masa 1/2minit
  3. Bila masa tamat, bandingkan jawapan ahli , dan letakkan jawapan yg sama di petak E
  4. Secara rawak, guru memilih mana2 kump utk membuat ringkasan ttg aktiviti
(yg ni xde gmbar sbnr)
Share:

Media kit / press kit

Saje nak kongsi pengetahuan baru.Sebelum ni tak pernah ldengar term media kit atau press kit ni . Tak tau pon kewujudannya.. sekali dapat tugasan kena sediakan bahan tu. Apa lagi kite gi la jumpa Mr. Google dan berjaya dapat contoh.. selain tu, rupenye housemate, cik iza pernah buat media kit  masa die belaja kat uitm dulu.. berpandukan dua rujukan yang membantu ni, kasha kenalah prepare media kit untuk RSZA.

Inilah hasilnya.. buat dlm masa 8 jam..pastu da mengantok..sambung tido le jwbnye ..huhu terima kasih juga buat kak lin dan kak logais sbb wat proof reading..


pasni nak tunjuk diterima atau nak wat tambah2 kuah ke sambal belacan ke? tu kita tgk je la pasni
gambar google: Press Kit
Apa itu MEDIA/PRESS KIT?
Merupakan dokumen yang mengandungi informasi tentang sesuatu perniagaan, produk atau acara.Biasanya digunakan untuk event dan biasanya wujud dalam pakej informasi untuk membantu wartawan menerbitkan penulisan.

Membuat press kit yang media suka
nak jawab soalan ni patutnya kena tanya reporter lah kan? Tapi kita wat research sendiri je la.
  1. Menerangkan keseluruhan acara - Pengenalan acara boleh gunakan konsep 5W1H, Who, What, Why, Where, When, dan How
  2. Fact sheet -pastikan info yang diletakkan senang baca, dan mudah faham. Kalau ada info graphic lagi bagus. Sediakan informasi yang terkini. Kalau boleh tak lebih dari 6 bulan.
  3. Latarbelakang Organisasi - penting gak ni, organisasi, partnership, penaja , kolaborasi.. apa2 je yang berkaitan
  4. Pencapaian dan anugerah - benda2 gini kena higlight jadi macam satu Wow factor bila menulis.. Apa2 yang ada TER.. PALING.. dan sewaktu dengannya kena hebahkan. hoho.
  5. Brosur/FLiers/Buku Program - Biasanya bila ada apa2 acara mesti bahan hebahan ni dah disediakan. senang kan? minta siap2 pada jawatankuasa untuk asingkan sikit untuk jadikan salah satu bahanpress kit.
  6. Gambar/video- yang ber resolusi tinggi. sekarang dah senang.. bagi je url gallery untuk event letak siap2 dalam press kit.Sebab biasanya mesti la bagi soft copy. Kalau rajin bagi la bentuk CD
  7. Contact - Ini jangan lupa in case ada benda dia nak minta ke? macam CD tetiba corrupt, atau ada maklumat terkini yang dia nak, taulah dia nak cari siapa kan?
Bila nak praktis Electronic Press Kit Weh?
Sepatutnya bila dah zaman segalanya dihujung jari ini.. Segala bentuk press kit should be dalam soft copy aje. Senang dia nak edit ..Kalau wartawan ada baca ni pon dia akan angguk setuju.. CEPAT EDIT, cerita pon CEPAT PUBLISH. kan? kan?
green concept lagi. Dah xpayah cetak kan?jimat dah kertas kat situ.
Share:

Sistem punye wish

ha.. ni td buka esis.. pelik kenapa lambat sgt nak login. rupenye die nak kuarkan yg bawah tu? hehe
awal sehari ok.. 

mcm biasa juga x minta kek atau apa2 barang sbg hadiah
cuma doa yang terbaik dan alfatihah agar ditetapkan iman dihati
diberkati dan dirahmati.
senang je. :)

Share:

Dia terluka lagi :(

Hari ni blk lmbt , gelap hujan lak tu.. nak parking dlm umah sekali ada bunyi..
pergh.. bukan sekali tp 2 kali bunyi tu.. langgar batu dinding rumah tu kot..
rasa cam skrg jgk nak kapak dinding batu tu,.calar abis kete bhgn depan tu..
bukan sikit.. bergaris2 dan dlm luke tu..

rupe dr jarak dekat.ek? bape duit nak terbang ni?
ibarat kata pepatah..luka di kereta nampak calarnya, luka di hati sape yg tau? apa lagi luka dlm beg duit. (^_^)/

ok tu je nak citer

p/s : kpt n kpm bergabung.. pe jadi pasni? tunggu je la
Share:

spore trip


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh..

amik pembuka post kali ni siap lagu bawaku pergi lagi.. sebab setiap kali gi spore mesti kena bw buku merah tu kan? ye la x sangka pon bole gi sana sampai 3 kali dalam 1thn stgh ni.. kena la jgn membazir entah bape puluh muka surat dlm buku merah tu.. takkan se muka je dok cop kat imigresen tu

ni sedikit gambar gi negeri Temasek ni .. tp singa tu (merlion park) baru sekali ni jumpa.. da tu 1st time n 2nd time asik dok g USS je.. transformer x abes2.. ni baru gi kat mercu tanda dia


Cermin ajaib.. jd hantu jap.. arggh.. takot x?hehe

ini tiket masuk science centre singapore, ini dipanggil kraftangan @ ole2 yang xyah sibuk2 nak g cari kat kedai. simpan lah.. wat kenangan

haa kepala mesti nak senget ek? ni puteri x menjadi namanya.. kuning uh rmbutnye

Marina bay

patutnya gmbr ni ats sekali, tp halal la ni k..pintu masuk science centre
game 

merlion park


p/s: sdg terfikir, kenapa kat negara orang, tempat mcm ni berpusu-pusu orang sibuk nak masuk sampai beratur bagai nak rak. tapi dalamnya nak lawan kt Malaysia bole tahan jugk.. tp kat sini? hidup segan mati xmau je lagaknya

Share:

SPMP: pls be nice 2 me 2moRo..

Semester ni Poli guna sistem baru menggantikan PMIS.. sistem baru, semuanye pon baru. Masa sibuk kursus SPMP ni, x gi sbb kena gi kursus KIPA..penyudahnya terkial-kial jugak la guna sistem ni.

Tapi insyaAllah xde masalah. boleh belaja slow-slow. pelan-pelan kayuh.  belaja slow bole terima lagi tapi klu line internet slow?haish yg tu menguji kesabaran tu..


p/s: wahai encik spmp, sila baik2 dengan saya esok ek? klu x kite berpisah.. hahah..ini semua poyo (^_^)/
abaikan tajuk yg ala2 merosakkan bahasa kat ats tu.. ni sume gara2 internet biol..
Share:

Kali pertama mengunndi

PRU13 katanya ada yang bakal berubah? 5 MEI menentukan segalanya
Nampak kesedaran rakyat Malaysia tentang masa depan negara sgt terserlah terutamanya dengan ada media sosial. 

Sepatutnya da kali ke-2 mengundi, tp masa peluang kali pertama tu ada ujian masa degree dulu. Alhamdulillah berpeluang tahun 2013 ni.. Tempat mengundi Felda Taib Andak saluran 6. Tengok tu inai ungu , seb baik cantik calit.. 

Sekarang tengah dok depan tv.. tunggu keputusan  tunggu pengumuman esok cuti x? hehe
Share:

cerita May 2013

Pembuka tirai bulan Mei dengan kaca mata..

Hari terbuka Jabatan aritu g la periksa mata kat salah satu booth tu. Berita yg kurang sedap didengar:
  • rabun silau
  • ada selaput putih mata , xdpt detect kat mesin ni, nti gi kedai ek? 
ha.. amik.. dok mengadap teknologi canggih manjang.. mata saya sudah terceder.. KESIAN KAN...

Dalam rasa tak sedap ati tu ajak la sally gi check mata kat kedai cermin mata.. hahah die punye tak boleh terima kenyataan tu, sekali 3 kedai cermin mata di 3 kompleks membeli-belah yg berbeza..hahah keputusannya tetap sama.. rabun silau ye.. 

akhirnya awal Mei 2013, kasha kena pakai jugak walaupun degil xnk pakai bila:
  • mata da start berair pandang skrin komputer
  • gi sg wang, tgk lampu mcm2 kaler da pening
  • tgk hp pon kdg2 pening jgk
Gaji masuk, gi la kipmart tu hah.. g tempah kaca mata.. da la nak kena pilih lak yg mana 1 design. bab ni memang fail. last2 amik je la mana2 pon.. purple lagi ok..dan bermulalah kisah akashah dengan kaca mata ungu.. adoii. tp selalu ngelat tak pakai.. bila mata da sakit baru sibuk nak pakai..

ni pon tengah merah je mata menahan sakit.. cermin mata dlm kete.. malas nak pakai..

nasib le kasha.. tanggung sakit
spek makcik2 katanya?heheh AAK (ada aku kesah)


hahah gambar asal vs gambar edit cer tgk sikit.. penipuan yg berlaku tu.. isk isk isk kesian
Share:

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

akaSHa. Powered by Blogger.