September 2014 - corEtan akAsHah

Wednesday, September 03, 2014

Serambi Makkah PUNYA CERITERA
September 03, 2014 2 Comments
Menjejaki satu destinasi yang dulunya terkenal dengan jolokan serambi Makkah, tumpuan pedagang dan satu permulaan kesultanan Melayu..
Melaka.. Bandaraya Bersejarah diiktiraf organisasi dunia UNESCO.. bandarnya amat tersusun.. Papan tanda yang cantik susunan bahasanya.. Jadi tumpuan manusia seluruh dunia
Dondang sayang berlagu dengan Pantun melayu.. Pernah berjiran dengan warga emas yang berasal dari Melaka.. Masa berpindah sehelai kertas dibawa.. Berdondang sayang di ruang tamu kita.. Pantun dikarang mencetus rasa.. Terpana teruja seketika.. Masih ada warga yang meneruskan budaya.. Macam berada dalam drama P.Ramlee pula.
Bertandang ke Melaka..
Cencalok makanan penyedap rasa.. Asam pedas Melaka pon boleh tahan juga..rugi kalau tak merasa.. Coconut shake Klebang juga biasa jadi bualan rakyat jelata.. Sanggup berbaris untuk seteguk air penghilang dahaga..
Bandar Hilir..Dataran Pahlawan sudah terbentang didepan mata..
Muzium Samudera  melukis ceritera pedagang Melaka.. A-famosa,stadhuys kesan tapak penjajah negara..Muzium kesultanan.. Galeri Seni.. Mencetus suasana..Menara Taming Sari tarikan juga mrnjadi pelantar pemandangan seluruh Melaka.. River Cruise menyusur kg. Morten.. Diwaktu malam bermandi cahaya.. Sambil diiring lagu peneman gelita ..


Ok dah cukup kot tu cerita pasal Melaka..hehe.. Jam waktu taip kt hp ni menunjukkan pk 1.06am.. Huu xbole tidur sebab diserang flu @ selsema.. Jadi nak buat research mood x datang lagi kan.. So kita ber blog la kan..

Nak mengadu:
-pertama: tengah excited design student handbook utk degree, kena flu plak. Uwaa da lama xkena tau.. Kalau kna da la susah nak baik..cuba untuk berfikir positif - #penyakit_penghapus_dosa

-kedua: hari tu la kan.. G tesco.. Masa nak balik.. Beria lah nak hiduplan engine kete..sekali dia bunyi sikit tapi xnak start tau. Gedik manja tol kete ksygn ni.. Bau gaji la tu..masa tu bru 2 hari gaji.. Hmm fikir apa nak buat.. Pastu ternampak brother kat booth kat luar tesco n mtk tolong.. Kena beli jumper dlm tesco sbb dia pon xde jumper.. Pastu dpt lah hidup kete ksygn tu.
Sebelum idea nak jumper tu..ada mtk tolong dia pgglkn mekanik kt kdai yg jarak tak sampai 1km.. Kalau kt kg.. Org cakap sepelaung.. Kira panggil bole melaung je.hehe..cuma kat bdr ni ada jalan besar..melaung kang org kata gile plak.
Org tu cakap ..Dia nak caj keje luar rm25.. Tambah harga Btri 3++.. Amboi sepelaung pon kira kje luar ek.. Hmm bateri lak kasha pernah survey xde la harga smpi gitu sekali.
Bila kete da hidup.. Kasha g kedai bateri yg dekat ngan kolej komuniti psr gudang tu..mintak dia periksa bateri..rupanya bateri ok lagi.. Walaupun da 2tahun pakai.. Dia komen..sistem error sbb preve ni byk guna sistem.huh
Balik pontian.. Servis n mtk proton check..(kbtuln waktu servis da smpi) Hah memang betol sistem error.. Hmm xnak wat servis kt proton kmpleks pasir gudang .. Da la mahal caj..pastu jadikn error lak.. Aptb..


- ketiga: g Melaka kali ni..melawat planetrium.. Letak harapan tinggi walaupon dalam blog pernah baca macam xbest.. Sekali masuk kan..biasa la ada ruang pameran.. Tapi pergi masuk area theater dia.. Hah untuk adik yang jadi guide tu kena belajar customer service lagi.. Huhu.
Sambil tggu tayangan sekali ada lagi 2 kump. Kanak2 tadika.. Hahah.. Penuh la dewan tu dengan suara dorang.. Hmm bila start tayang.. Visual dan music background pon keluar.. Wah.. Macam tengah tengok cite ultraman kanak2 tadika bersorak dan tepuk.. Keluar suara narator yg speaking in english .. Terdiam sekejap.. Hmm video ni pon english omputih yg slang  die lain macam sikit.. Tetiba kita yg dengar ni pon macam jadi tak paham..hehe
Apa yang kasha wat time ni bukan tengok sgt video ala2 belaja sains tahun 5 dulu cuma dlm btuk 2d.. Bkn 3d.. Cuma skrin melengkung.. Nmpak kan dia macam 3d.. Masa tu kasha explore gelagat kanak2 tu..haha seronok tengok diorang lagi srbenatnya.. Yg teruja tepuk tangan berjemaah bila ada visual bulan dan matahari ala2 citer dragon ball. Ada yang sibuk tunjuk ke atas..dan reaksi yg paling best keluar masa visual ala2 kartoon angkasa.. Rupanya iklan tayangan akan datang..so terbantut separuh jalan keterujaan mereka..

- keempat: cd Zikir Terapi Diri3 da hilang..huwaa.. mana entah cmpak ni..hmm..ok done


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.