Google+ Followers

PUISI -PANDANG PERTAMA

sumber gambar:theinterns.net
Kadangkala,
aku suka pada pandang pertama,
Mampu mengundang cahaya ceria,
Tak padat dililit selendang hipokrit,
Tak menipu, apa lagi meniru,

Di lain tika,
Aku benci tanggapan pertama,
Mengundang juraian air mata,
Bakal dikelabui fitnah dunia,
Membuku gelapnya mazmumah diri,
Haru-biru,menambah sendu...

Di saat itu pula,
Aku bersyukur dengan pandangan pertama,
Menyelamatkan diri dari kekal peritnya neraka, Walau bukan itu daku impikan,
Memimpin daku meniti titian indahnya syurga, dimartabatkan sebagai umat Muhammad...
Berkatnya pandangan, tanggapan pertama...


Dalam hidup ini, tak terlepas dek penangan pandang pertama,
Terpulang lah pada cara untuk menerimanya,
Diambil, dicicah menarik jadinya,
Dibuang, dijaja buruk padahnya,
NUKILAN asli dari akashah kassim.

alhamdulillah, stlh skian lama tdk brkarya, ktandusan ilham, trhasl juga sajak ni, trcipta akhrnya pandang pertama untuk renungan semua.
Share:

PUISI KOTAK HATI

andainya hati ini petak,
inginku susun kemas,
rapat, tiada ruang..
agar tak retak,

Namun hakikatnya
hati sentiasa berubah,
Senang g0yah,
kiranya tidak dikukuhi dengan pentag0n iman.

bayangi jiwa ini
berbentuk sfera,
kubina teguh kakinya,
agar tak melayang, tak g0yang.

Kerna pastinya
Pada jiwa yang tenang
Bila disulami bulatan zikrullah,
JanjiNya dilindungi zon kasihnya Allah.

Jika nurani itu pula bersegi,
Perlu dijaga tiap penjuru,
biar tetap tak lopong..













-satu benda yg plg lemah bila cpta sajak ke puisi adlh nk letak tajuk nya.
-last2 redah je la.
Share:

weee

Dimulakan dengan lafaz bismillah, Alhamdulillah disaat ini masih sihat dan bernafas lagi hamba-Mu ini. Rasanya sudah lama tidak berganti huruf dan 'posting' yang baru. Sebelum itu, rasanye mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung blog ini yang sudi melapangkan masa menatap blog yang tidak seberapa ini.
Hari berganti hari, ramai rakan2 yang akan menukar status diri mereka sebagai isteri, suami. Almaklumlah, diri pon masing-masing dah stabil, eloklah dipercepatkan apa yang baik ini. Tumpang gembira buat rakan-rakan yer, semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan selamat menjalankan tanggungjawab baru.
Tak kurang 2 hari lagi, Nurhidayah akan menamatkan zaman bujangnya, jadi poting kali ini dengan khasnya mengucapkan selamat pengantin baru buat dayah. Untuk dayah, jumpa di majlis kat kluang ye. Bestnyer, tunggu dayah upload pic yang kat Perak, tak dapat gi L.
Yang ini plak pic edit.Hmm masa ni, makan kat sek7 ngan dak2 class HM221. Cantik kan..kan..hehe baru abis presentation gak masa ni malam2. MAkan2 dan yang penting ada the ais. Rindu la jugak.
Buat masa ni, jual bahulu online jer. Tolong promote kat blog, FB, dan apa2 laman web yang difikirkan ssuai. Yang part paling best ialah masa packing ngan penghantaran. Hehe, memang best sangat rasa mcm businesswoman pon ada. Alhamdulillah jugak sebab bahulu ni dah smpai ke Sabah atas order dr Ana. Kebetulan die kat sana.
Tu je la buat masa ni, nak berkarya belum ada idea lagi
Share:

~AKSARA MERDEKA~

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah ini yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya,
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya,
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya,
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya,
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah tercinta ini yang cerah mata tetapi gelap hati,
Yang cerdik minda tetapi dungu peribadi,
Yang cantik bahasa tetapi buruk sikap,
Yang lembut budi tetapi keras lagak,
Yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah pusaka ini yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi,
Yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi,
Yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan,
Yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir aksara merdeka,
kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini,
Yang terlepas kaki tetapi terikat tangan,
Yang terlepas mata tetapi terikat jiwa,
Yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.

Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini,
Yang kasihkan bangsa tetapi membenci pemimpin,
Yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fakta

Setelah sekian lama menghargai dan menghormati aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah berdaulat ini,
Yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A
Share:

TeLur BisTik

Assalammmualaikum blogger...Untuk posting kali, saje je nak perkenalkan masakan yang paling aku suke sgt sjak poli dulu..huhu and special credit i give to my fren, Oya coz introducing this delicious fOod. Ye la time dok luar masa tu la berjinak2 makan kat rstaurant atau warung2.Mana tau nak order apa yg best..So, ikut j la die. Mmg sedap pon..


Prnah gak try masak bistik ni masa kat umah sewa shah alam ngan kengkawan.. jadi la jugak..sedap tu..and yang paling best dpt makan byk sikit dr makan kat kdai.huhu..For this, i'm giving spcial credit to Chef Dayah..Huhu..So tgah buka2 laman web luv islam trjumpe lak pic telur bistik ni...just want to put here as my cOllection..





Bahan - bahan :


Untuk telur :
3 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan untuk Sos


2 ulas bawang kecil, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 batang cili merah, dihiris halus
2 batang jagung muda, dipotong serong
Sedikit bunga kobis
Sedikit carrot, potong serong
1 biji buah tomato, dibelah
½ cawan sos cili
¼ cawan sos tiram
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis

Cara Memasak :


1. Telur dan garam dipukul dan digoreng seperti telur dadar, angngkat dan ketepikan


2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan lada merah sehingga naik bau.


3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kiub ayam, kacau sehingga ia sebati.


4. Masukkan jagung muda, bunga kobis dan karot, kacau sebati.


5. Masukkan sedikit air, masukkan garam dan serbuk perasa, masukkan tomato, kacau sosnya sehingga ia sebati dan sayurnya masak.

6. Kemudian tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi

7. Enak dihidangkan sewaktu ia panas.

Tu lah die resipi nyer.tp tak de ayam pon..kasi tambah aym poton kecik2..huhu baru layan..alhamdulillah kenyang walau tgk gambar.hhee..sekian
Share:

Ekspidisi ke Bukit Soga


Muahaha ekspedisi ke? ni wat kali ke 4 hiking kat sini.hmm cuba mempraktikkan gaya penulisan dimana gambar lebih bermakna dari seribu tulisan..
enjoy the picture..Gabungan warne
Share:

Kisah Diari online

Salam..dah lama rasenye tak berbasa-basi kat blog ni. Malkum ler da meninggalkan dunie suke-suki student ni.lmbt la plak nak ke cc mengupdate ape yg patot. Nak diharapkan broadband?hmm haram. Line pon wat sakit hati jer. Kejap ada kejap xde, lau ada pon macam hampeh. Nasib bek tak sign up broadband sendiri. Segalanye dihujung jari konon. Sudahnyer terpakse gak ke CC menmbntu perniagaan org la katakan. Rasenyer lau di campur darab bahagi jumlah duit byr CC tu dah boleg sign-up streamix kot..haha.tak berani lagi beb, blom stabil diri ini untuk melanggan benda alah ni.


Sekarang ni terfikir-fikir berbeza nya sekrang ngan dulu. Jom ler kite mengimbau zaman2 dulu-dulu. Kalau dulu sibuk mengumpul koleksi diari peribadi yang berbagai2, skrg masing-masing sibuk sign-up laman sosial yang dah bersepah macam cendawan tumbuh selepas hujan (hehe..takde pon Nampak cendawan kat sini..padahal bru hujan).apa kata kita tukar bak bertambahnya siswazah mengganggur lepas belajar. Opps ni suke-suki je, kang ada lak Dewan Bahasa dan Pustaka saman plak.Kalau nak difikirkan balik, masa tu ada ke org nak hebahkan kehidupan peribadi die kat sume org? Kisah suke, duke, pengalaman, tak puas hati, politik, agama, karier, keluarge n mcm2 lagi le. Pendek kata setiap langkah pon sume nak wat laporan.. hehe sampai nak tido pon nak tulis. Tapi yang bestnye, ada plak berbalas-balas terus ngan org len.kalo glamer, ramai lah yang membalas, kalo tak menyepi je la macam blog ni jugak kot.huhu..tapi tak kisah pon blog ni tak naik traffic macam org len.ada aku kisah?hehe..tak de la nak kejar glamer..apa dapat?hehe lau ty org len, maybe byk yang die dapat kot. For me, just for fun and to fulfill my satisfaction. Just for that.


Berbalik pada topic entry ni semula la. Da kuar topic lak.Andai dikenang-kenang kembali mana buku diari yang selama ini disorokkan dari pengetahuan umum, diletak bawah bantal ngan pen pendek tu. Bawak gi tidur, bwk gi outstation, n mana2 je la.Nak tgk pon tak bagi.yang jahatnyer, ada plak yang sibuk nak membaca diari orang len. Hmm, agak2 la kan dalam diari org tulis apa ekh?Sama ker ngan org tulis blogger ni.tp rasenyer lagi kreatif kot. Kalau kat laman web ni sume dah tersedie URL, html, n banyak gak ler. Yang manual n kreatifnye bile kat diari tu kita tulis ngan tgn sendiri. Cerita punye cerita, orang yang bercerita nip on tak pernah pon tulis diari.just imagine berdasarkan pengalaman tgk org nyer diari. Adoi! Kantoi lak..wat pecah rahsie je..huhu..tak la..tgk dlm cerita-cerita drama n filem tu..kan ctk2 org tulis diari.Siap bermadah-madah lagi. mana nak sma ngan org tulis kat website ni (sama jer).kalo lain pon just background die jer yang senang nak amik kat mana2.tak trkecuali ngan blog ni pon.hehe
tapi sekrang? hehe betapa senangnye nak baca diari org len dgn adanye blogger, FB, FS, Tagged, Myspace ngan ntah aper2 lagi kat website ni. Nak ngan tak nak jer bace sebab ada yang best, ada yang tak best langsung. Ada yang guna tok luah kan isi hati?hehe untung2 org tu ada baca entry kite. Nak plak dipanjangkan cerita, Kene luahkan cinta, berbalas lah jugak cinta tu, lau luahkan benci? Alamat perang dunia lah jadinye.huhu.Masing-masing pon ghairah menceritakan kehidupan peribadi di dada website..hehe bukan lah..apa perkataan sesuai yerk..boleh la tu..
Itu je la kot wat masa ni..idea tak berapa nak mencurah.maklum ajela da lama x mengarang. Papepon hidup blog..huhu..
Share:

HIDUP NI BUKAN MACAM NOVEL

Rase terpanggil t0k wat entry ni lepas tgk filem yg diadaptasi dr n0vel ahadiat akashah.hmm pe lg, cite lagenda budak setan tu la.perasan x trlalu byk impian dlm n0vel ni yg kdg2 mana ada dpt p0n dlm hdup realiti kite.
if kite tgk pl0t cite p0n best je kan. dr kecik bwk ke bsar, trsusun je.blaja, keje,kawin..x yah la nk cite pjalanan pl0t 2, yg ptg sume tersusn.. hehe, yg bt0lnye dlm hdup kite ni ada ke mcm 2.
kite tgk satu persatu ekh. kalau watak 2 perempuan, sectk2 0rg dgambrkan, s0pan,baik hati.. hehe.sebaek2
manusie la.ni maj0riti le x sume. lau wataknye lelaki nye plak, kacak (b0le cair sume org tgk) tmbh lg dgn kaye. plg xp0n keje best2 je. cubela kt tgk realiti hdup kite ni? ada ke?huhu. bertuah hdup oii. mcm cite sinderella 2. layan je la.
bab yg len plak, kal0 brcinte dlm n0vel 2 bgi nk rak. brkejar cinte,setia, alahai indahnye hdup..yg dgn jd rbutan p0n ye jugk.yg membce p0n trikt sama berangan..tersengih2 mcm kerang busuk. hehe. k0n0nnye harap hdup kt p0n jd mcm dlm n0vel 2..sbr je la.
nk senth lak bab cr keje, sng je dpt kan. untg2 mtk keje,dpt lak j0dh ngan b0s tmpt keje yg mude,hands0me, baik ati, setia. memg la bhagia hdup.
kalau nk cite byk lg.tp 2 la buat ms ni. hehe. fikr 2 kan lah..yg hdup pl0t die ala2 n0vel 2,best la. yg kt ni,brsyukurlah ats apa nkmt Allah bg kt kite. wpun kt bukan hdup mcm dlm n0vel,mknenye pjalanan hdup kite ni unik la. Alhamdulillah.
Share:

nafas dan Kehidupan

alhamdulillah, masih sihat dan hidup pada ahad ni..krana ajal maut kita tak tau bile.. baru-baru ni byk jugak berita kematian.. innalillahiwainnalillahirajiun. takziah pd keluarga si mati dan alfatihah pd arwah..
dah lama tak update blog ni sbb tetibe setting jd bhasa deuths.jerman k0t..harini baru jumpa tmpt nk tkr setting balik.
bagi p0sting kali ni,da dkat 1bulan lbh jugak start bekerja..cari2 kerja ik0t kelulusan xdpt2, amik je yg mana dpt.. h0pe akn dpt new j0b yg lbh ok..insya Allah.da nk start byr ptptn. ad0i.. berblik kpd kerja skrg,daily j0bnye, update attendance, w0rk calculati0n, threads n needle rep0rt, st0r keeping... hmm..2mgu keje dpt la gaji sparuh, ingat kan dpt la sh0pping ckt tp xdpt lak.kene beli batery kerete.sbr je la. putih mata je..baki2 wat byr pape yg pat0t..
beralih pada k0nv0kesyen uitm yg perlu dihadiri pd 30mei akn datg..byk y perlu dambl kira untk tambg, yuran, expenses, dan bju..insya Allah pergi sbb time dipl0ma dulu x dpt pgi,mse 2 tgah exam dgree. sbr aje la.. hmm ada misi penting yg perlu dselesaikan sbel0m k0nv0.. wait n see..adakh menjadi?
Share:

it's ok jer..

0n 13rd march, i've taken mtest kpli at S.M.K Tun Aminah,B.pahat. i'm n0t prepared or d0ing any revisi0n..h0h0..0nly review questi0n fr0m website. just try my best t0 answer all 5paper...unf0rtunately, i'm failed 2 answer math paper 0n time.. as a result, 'hentam je la! s0 h0rrible... after the test d0ne 0n 12pm, i'm have t0 wait my father to pick me up for 1 and half hour.. i'm s0 tired and end up it with 'teh ais'.hurmm in h0t day.. finally, back h0me and start 2 play with my niece and sleep, 'gem0k la jdnye'
Share:

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

akaSHa. Powered by Blogger.