October 2009 - corEtan akAsHah

Sunday, October 18, 2009

Malam pra graduan
October 18, 20090 Comments
Pose di main entrance of Holiday Inn

unik...


Chinese set dinner...
di hotel uitm
Reading Time:

Friday, October 16, 2009

HIID 2009
October 16, 20090 Comments


Tetibe je rase nak wat laporan pasal innovation competition kat Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan 10hb yang lalu...asalnya bukan la ikhlas sangat nak masuk competition tu, just terpaksa rela masuk sebab bawah subjek nye projek..lect suruh join n terpilih masa pra-presentation...memang macam2 gak dugaan masa wat bendalah ni..dengan tak dpt join program..huhu byk gak fulus abis masa wat preparation...ha tido pon tak cukup tau..sakit pinggang tak ilang agi...

Actually, for the frequent time, our batch will be as bahan ekperiment because the first batch who attend with this competition. Befor this only culinary, hotel n food service course attend this competition..so tired but gained more experienced in the competition...
masa judgement tu, entah apa yang aku merepek masa time judging tu.. bertubi-tubi gak soalan dr hakim tu..opss lupa lak ni group nyer not individual.. cam bese la ahli group nyer...aku, linda, ana, dayah, n pet... so dorang la yang bersama2 merealisasikan innovation yang dibuat untuk projek kami yang bertajuk "keep tasik chini Alive!!!"..haha masa pilih tajuk pon bole jadi isu..nak yang bombastik...last2 tu la hasilnyer...heheh bole tahan la...

yang bestnye tu, lepas dah setel sume, pegi la main plus word game ngan linda, dayah. bole lak menang...dapat la hadiah game ular
tu...tgah2 main tu..dapat berita yang ranking group kitorang ialah 25 dr 35 group yang bertanding..n just dapat pingat gangsa jer..huhu tak tahu la perasaan masa tu nak nagis ke ketwa ke terharu ker...last 2 dalam on the way balik umah..masing2 tak dapat tahan nak ketawa tak berhenti dalam kereta...nak release tension kot...aduhai entah berbaloi atau tak,...yang pasti lect kata boleh tambha marks tok group nanti...
Reading Time:
Sekadar Untuk Renungan
October 16, 20090 Comments


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN .

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT '

Pejam mata dan renung lah diri, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...


"mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.