April 2018 - corEtan akAsHah

Monday, April 30, 2018

Throwback Konvo Master
April 30, 2018 2 Comments
Ini sebenarnya post yang dah tertangguh hampir 3 tahun.
Throwback lagi. tengah sibuk musim konvokesyen.  Kita pon sibuk lah tengok gambar konvo kita sendiri. Lama dah gambar2 ni. 2015 punya story. Photoshoot katanya sebenarnya time tu hujan. Masa ni, ibu dan arwah ayah tak dapat datang pon atas sebab kesihatan. jadi adik beradik aje lah.
If you ask me...What i'm feel right now... No single word can be express...All the pictures tell a part of them..Its not similar or as easy as beautiful novel chapter...But I'm really trust the best of my destiny..From Allah.. Alhamdulillah..
THANKS EVERYONE ....<3 <3 <3
Walaupon ibu dan arwah ayah tak dapat datang..  Ada juga lah wakil jenguk kat dewan time naik pentas.
Lepas tu sibuk juga gi kedai gambar nak snap picture buat kenang-kenangan. Cuma muka kasha tu pelik beno ngan kening ternaik gitu. Dah kenapa?masa ni dok pontian.  Lps amik gambar memang trus balik je sebab ayah dah tak larat masa tu duduk lama2.
Gambar studio katanya..  😭😭😭
Letak gambar ni kat sini sebab nak gantung frame tak elok katanya nanti malaikat tak masuk. 
rasanya kasha nampak muda sikit pakai tudung bawal kilat tu. haha. masa tu opis baru cat kaler purple. elok la pose banyak2
Gambar 1 - 3: Gambar feeling-feeling kat stadium UTM
Gambar 4: JAN : ha ni kawan gaduh..takde kerje asyik gado je..time keje gado..time belajar gaduh..
Gambar 5: Dayah : Dia..dan saya.. kawan secawan nescafe cicah biskut ping pong time degree dulu..

edit2 je batch berlainan: Zaiton, Liew Jan, Maria, Salina, Nur Hidayah, Wan Rosnani, Nur Fadillah, Nor Azimah, Rosmariati, Akashah, Surayahanim
TERPILIH: ini pulak gambar oleh Menteri Besar Johor dalam instagram dia. huhu siap snap gambar kitorang atas pentas lagi. 
semua lokasi gi bergambo: stadium, kolam renang, library. bergambo je lebih ni. Termasuklah meranti tempat teh ais sedap. 

ni cerita throwback. .jan dan iza pon da nk smbung PHD bulan 9 ni. Jangan tanya bila kasha nak sambung PHD pulak?. Sebab belum ada kekuatan tu.
Reading Time:

Sunday, April 29, 2018

header ke2 2018 blog kasha
April 29, 20180 Comments
salam cuti-cuti Malaysia. Seronok ke dapat cuti? untunglah..bila duduk rumah, macam tak tahu nak buat apa?masak 'asam pedas untuk aku'. haha bukan main sekuali. macam ada 4 orang nak makan sudahnya.. bawa esok lah kan lauk tu..time berdua tak sibuk nak masak beria. haha ni sebab kes malas keluar. #bertapa sekian kalinya kat sini 3minggu berturut2. Penyakit M yang besar. nak keluar gi tukar lampu kereta terbakar sebelah pon malas. ha kasha kasha.
Ok kita patah balik pasal tajuk entri kali ini.
Header baru lagi?
Ok saje interprem gambar selfie lama2 (hmm xde la lama sangat 2016, 2017)  dalam header kali ini. hmm termasuklah cermin mata lama yang hilang tak berkubur tu (selesa sebenrnya cermin mata tu).. sayang betul.entah apa tema kali header kali ini. merah biru.walaupon bukan merah dan biru sebenar. tapi just letak aje kasi up mood nak menaip entri lepas2 ni kan?
dan sibuk juga letak email kat situ dan label entri yang kasha banyak letak kat blog ni. kalau ikutkan hati nak letak gambar teh ais ke? baru rare.tapi tak de idea la nak letak macam mana. so setakat tu aje lah yang berjaya di buat.
Mobile view header penyek?
dalam sibuk tukar2 header ni. ada satu benda yang tak best. Sebab apa? bila kita buka blog ni guna mobile view. gambarnya terpenyek.haha. tanya kat adik kasha, alim.. kata dia kena guna CSS. haha memang tak pandai lah nak pakai CSS bagai ni. Doa2 lah dia nak buatkan.hahah. rajin ke dia melayankan benda tak berapa penting ni.hehe. kalau dia tak nak buat. kita approach ngah pulak. kalau dedua tak nak. baru kita buka youtube  belajar sendiri buat.

Kata hari ini 
terjumpa ayat ni kat timeline, letak aje lah sini kan? macam sedap je bunyinya
tak semua rindu perlu diluah
tak semua cemburu perlu dipamer
tak semua sayang perlu diberitahu
Lebih baik menjadi rahsia kita dengan Allah sahaja
Reading Time:

Wednesday, April 25, 2018

MOOC video storyboard @bipd
April 25, 2018 2 Comments
Ingat tak pasal MOOC kedua yang kasha pernah tulis sebelum ni. baca sini . 24hb april kena pergi mesyuarat menghadap jpp. 24 pergi,  23 baru bagitau.mengganti katanya. Bawa kete dr Kuantan pukul 4.30 pagi sampai sana pk8.00 pagi.
Sebenarnya dalam pembangunan web mooc ni, antara requirement dia adalah 12minit video merangkumi 1 video promo dan 3 video content yang dihasillkan sendiri. Dan sebab tulah BIPD (nama panjang dia Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital) panggil untuk meeting ni. kita buat storyboard dia tolong hasilkan video untuk politeknik yang takde UIDM. Ha ini logik.
Sebelum mula sesi, dia minta perkenalkan diri. Haha urusetia Pn Hanim tu kenal plak nama kita. katanya ada masuk pertandingan MOOC kan? Haa terus teringat en saravanan ada bagitau pasal ni aritu. yang ini kot.
Part pertama,  pengenalan untuk jenis-jenis video.  Masa encik mahadzir tu kenalkan video adalah macam2 jenis video tapi penerangan dia sama aje.haha. layankan aje. 
Yang kasha ingat antara jenis2 video yang diperkenalkan adalah:
  • Chalk & talk -  Khan academy style
  • RSA style - drawing
  • Kinetic Style -history (sesuai untuk memorize)
  • Video with Host 
  • 2d animation style video
  • TeD-ed video
  • Kinetic 3D animation style
  • 3D animation style
ada banyak lagi, tapi tak berapa ingat.
Gambar masa dia bagi pengenalan dan jenis-jenis video
Habis je pengenalan, terus dia share link google drive ikut Politeknik masing2. Dalam tu adalah power point template untuk kita edit storyboard ikut content kita.  Kita bagi orang pakar Tourism Geography keluarkan content. Kashah memang fail geografi ni.keh keh. So tolong susun storybaord  je la. Ha nak masukkan apa?
  • Text content
  • gambar
  • video contoh (link)
  • Skrip
ni gambar tengah dah setel 4 storyboard. just minta cadangan je.ha 2 story board kena reject. Haha. 
Ha ni time dok edit keluar cenggini. pastu restart. Tanya ngah kata dia window rosak. kena format balik.
Presentation stroyboard. sebelum balik. katanya nak sebelum/pada 27hb.siap ada whatsapp group lagi. 


Ini slide presentation dari politeknik lain. hmm comel2 je konsep dia. naruto lah, katak lah, cicak pon ada. kata dia student lagi paham bila kaitkan dengan watak kartun. generasi Z lain gaya nak ikut diorang ni..kreatif gak lecturer2 yang datang ni. ye la ada yang mengajar dip digital.. dr jtmk pon ada. First time jejak BIPD, selalu follow instagram and FB dia je. ok lah pengalaman baru.

pukul 5 gitu baru setel presentation. ada breakfast, lunch dan minum petang
makan sedap. nasi hujan panas. kenyang sampai malam. tapi kashah kira langgar pantang lah sebab makan ayam tu. akibatnya abes gatal2 muka. haha mendapat lah kasha oi. 
balik yang sangat menduga kesabaran. sebab Waze ajak jalan tour 1 KL. hehe.pk 10.30 baru sampai rumah sewa. jawabnya rabu masuk keje dengan mengantuk le. 

Reading Time:

Monday, April 23, 2018

Dia datang tak mengira usia
April 23, 20180 Comments
Bismillah..

“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un”
Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya


Pagi isnin dikejutkan dengan berita salah seorang bekas pelajar sup/dup PIS dulu. Nama dia Zulhafiz. Rasanya kasha pernah ajar dia travel agency -trip ke Melaka + CSR sekolah. Masa tu dia jadi pengarah program tu.  Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Betullah kan. ajal datang tak mengenal usia. Sakit tu cuma asbab. Kalau ajal da sampai tak tercepat atau terkurang walau sesaat.

Allah berfirman yang bermaksud: 
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah an-Nisa': 78) 

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari ajal kematian. Seseorang itu pasti akan menempuhi maut sama ada dia berada di medan perang atau di atas hamparan. 

Yang pasti, mana-mana yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya merupakan  penentuan dari Allah SWT semenjak kita masih dalam kandungan lagi.

yang kita perlu takutkan jika ketika malaikat izrail datang, amalan kita sangat kurang da dosa kita malah bertimbun tak terhitung.

syarat mati adalah hidup
Pernah hadir kursus menguruskan jenazah. Tapi bersediakah kita jika sampai saatnya menjadi jenazah?
- tulisan dari bakal jenazah kepada bakal jenazah
Reading Time:

Saturday, April 21, 2018

Jadikan gambar macam 3D dengan Power Point
April 21, 2018 2 Comments
Gambar bunga cantik ini kasha snap depan kompleks sukan PIS..  Satu2 nya bunga berkembang time tu.  Masa time gigih pergi fitness tiap2 minggu dulu sebab nak hilangkan sakit lutut. Bertemankan geng fitness siap ada group wasap dan bercoach kan Encik Hafiz. Alhamdulillah hilang juga sakit lutut. Masa tu plank da jadi rutin,  dengar lagu tabata je ingat plank. Haha
Ok kita patah balik cerita 3D. 
Nak buat benda ni tanpa install photoshop dalam komputer.  Entah kenapa kasha tak berjaya adapt lagi software tu. Lebih selesa guna power point nak edit gambo.
Syarat dia ialah:
  1.  kena pakai Microsoft power point 2013 ke atas.  2007 ke 2010 ke xboleh nak remove background. Dia cuma boleh remove plain transparent aje. 
  2. Ada gambar yang nak di3D kan.  Pilih apa objek yang kita nak 3D kan tu.  Pastikan warna objek tu contra ngan belakang dia lagi mudah. 
  3. Passion dan patience. Sabar banyak2 bila nak mencuba sesuatu yang baru..  
Pinjam gambo anak sedara kasha,  medina mikaela
Ok ready?
  1.  Insert gambar dalam power point (pic no. 1) 
  2. Pi dekat effect :yang nampak frame jatuh ke belakang.  (poc no. 4)
  3. Potong atau crop gmbar jadi separuh dari objek yang kita nak 3D kan (pic no. 2-3)
  4. Insert balik gambar asal. 
  5. Remove background (pic 6-8)
  6. Letak betul2 atas frame separuh tadi. (pic no. 5)
  7. Taraa.  Kan da jadi.senang je kan? 
semua step kat atas ni kasha tunjuk dalam gambar kat bawah ikut turutan



Agak2 kalau tak berapa faham kasha punya penerangan ni. Bole usha video tutorial ni.

kalau nak warna warni sikit..tukar background


Reading Time:

Friday, April 20, 2018

Bila ada waze
April 20, 20180 Comments
Sesi mengenal jalan ini agak mencabar untuk kasha.  22 kali lalu jalan yang sama pon belum tentu hafal..(yang bukan berturut-turutlah). Kasha selalu tanya sally, macam mana ko boleh ingat jalan? landmark2 kata dia.heheh awak rasa saya ada masa nak pandang kiri kanan masa bawa kete?
Ini teman jalan kita since 2012. larung aje lah kalau tak tau jalan. 
Perjalanan dari terminal bas balik ke rumah ditemani waze. (Padahal dah kali kedua tu , kelmarin baru g terminal ni) Syaratnya bateri hp kena ada lah dan internet jangan buat hal.  Alhamdulillah selamat sampai rumah.  Kalau tak mungkin jadi sampai ke Kemaman dengan baju balik kerja sehelai sepinggang. Biasalah kalau dah sensorang tu jadi aje. Alasan je lebih sebenarnya. Cuma sempat main hp lah menghadap kereta-kereta nak uturn balik dari terminal tu. Boleh tahan lama traffic light die.. sempat membawang satu dua cerita lah.
Lainlah kalau ada orang dok sebelah. Kasha sebut 'gps interaktif'.  Kadang kita cam jalan tu,  tapi nak double confirm. Sampai simpang,  nak belok ke terus ni?  Siap boleh ajak borak lagi.  Gitu lah ceritanya.  Jalan kt bandar JB dulu pon gitu.. Ini plak tempat baru. berdikari. Layan kan aje.Kalau tak, takde plak entri ni kan?
my interactive gps. awak ada?
Zaman dulu takde pon teknologi ini. Kiranya orang dulu2 hebat lah skill meng cam jalan kan?  Ataupon diorang bila tak jumpa patah balik.  Dan ada 1 lagi skill ringan mulut tanya orang sekeliling. Kalau tak hadap lah berjalan2 round sekeliling. Tawaf sampai jumpa jalan balik. walaupon yang guna waze ni pon kadang2 entah apa2 jalan hutan dibawanya kita. sama aje tawafnya.#jauhperjalananluaspemandangan
Hmm masuk minggu ini dah 2 minggu berturut bertapa kat rumah sewa ini.  Keterujaan nak balik kampung tu ada tapi keadaan tak mengizinkan.  #jangantanyakenapa .Duduk je lah diam2. ada hikmah disebaliknya.

Reading Time:

Thursday, April 19, 2018

Apa yang Kita Sayang Minta Allah Jaga Versi Video
April 19, 20180 Comments
Blog coretan akashah  asalnya memang diwujudkan untuk menyimpan segala macam bentuk puisi dan hasil sentuhan Nor Akashah Kassim dari tersimpan dalam buku tulis. Bermula tahun 2009 sampai sekarang, adalah sebanyak 49 entri dah diwujudkan dari bawah label #mengayat. Bila berbicara dialam maya. Ikut suka menulis..kadang bukan ada kena mengena pon kita tulis. Kadang berkongsi coretan orang juga yang memang kasha sangat suka.

Entri #mengayat yang ramai singgah view
Kalau ikut info grafik kat atas ni, 2 daripadanya adalah ciptaan kasha sendiri
  1. Puisi Maafkan Aku, 2011 klik sini untuk baca
  2. Apa yang Kita Sayang Minta Allah Jaga,2014 klik sini untuk baca

manakala Puisi rumah Kita (Wadi Leta SA) klik sini untuk baca dan selamat datang ke alam warisan klik sini untuk baca, kasha sedut dari ciptaan orang lain. Cuma berkongsi sahaja. Memang unik cara penulisannya.

Jadi kasha dah pilih satu puisi untuk buat versi Video. Cuma suara tak masuk lagi lah. Tengoklah nanti ada rezeki, dan mood cantik. Kasha masuk suara pula ye.



Reading Time:

Tuesday, April 17, 2018

Diakah Jodohku
April 17, 2018 6 Comments
Saja lah kashah letak tajuk buku tu sebagai tajuk entri kali ni. Dah lama jugak beli tapi baru berkesempatan nak menulis review.
Belum masanya nak bertanda tanya jodoh kita. (Eh silap tu,  jodoh saya.) Sebenarnya "diakah Jodohku" yang itu tak sampai lagi kat cik kasha.
Jadi kita amik aura aje lah. Aura buku cantik ni.
ehem bagi pose buku depan KCM bersama pen warna percuma
Alhamdulillah..
ini merupakan buku kedua kasha beli bagi tahun 2018
support bekas pensyarah PJB , ustazah rohamiah masa zaman diploma dulu
kita terlibat juga 0.01% (perasan sikit.. kotlah agaknya) dalam voting cover buku ni
follow masa ustazah rohamiah post kat facebook dia..hehe bukti okay.. 
sebenarnya kasha excited terlebih bila nampak cover pilihan pertama
 semua orang suka cantik kan? ha tipulah kalau geleng kepala.. 
Cantik yang subjektif kan? hehe

hmm ha masa dapat buku ni. buka lah muka surat pertama.
nampak ada ucapan bertinta pink di situ
baca pelan-pelan sampai habis. 
1 ayat aje, 2 baris cuma
kasha terdiam sekejap
mula baca semula dari baris petama
terkedu kali kedua. 

Akashah,Kampung halaman kita adalah syurga,bercita-citalah untuk kembali ke sana

hmm tersentuh sekejap. 
hmm dah jauh sangat kashah dariNya.
mungkin terlalu mengejar sangat dengan duniawi.
hai, ustazah ni baru page pertama ni.

Apa yang Best kat buku ni ye
  1. Cover- Hu ini memang punca utama kasha beli.  Tengok cover pon dah ada ayat "alang-alang bercinta biarlah hingga ke hujung nyawa.  Alang-alang bahagia biarlah hingga ke syurga"
  2. puisi  - kashah suka cipta puisi,jadi sukalah baca puisi orang juga. Jadi selain ada cerita, puisi yang turut dimuatkan dalam buku ini juga menjadi tarikan utama. Best. " dulu... Romantik gila.. Sekarang macam singa.. Dulu. . Sentiasa bertanya berita.. Sekarang senyap sentiasa.. Dulu hadiah tidak dipinta.. Sekarang belanja makan pun tiada.. 
  3. Pembahagi bab yang menarik- konsep dia sama ngan buku bonda nor.ada gambar berserta ayat yang sangat bermakna.  Macam 'quotation' gitu. 
  4. Content yang di highlighted - kasha suka scanning dulu sebelum baca. Jadi bila ada content yang dah dihighlighted siap2. Senanglah nak tarik kasha baca lebih mendalam. 
  5. Cerita alam perkahwinan dari pelbagai perspektif -hmm ni kena baca sampai habis lah. Kasha dah habis baca.  Selalu dengar, kita nampak alam perkahwinan orang yang terdekat dengan kita. Macam2 cerita. 
Antara pembahagi bab yang menarik perhatian
Untuk beli buku ni boleh contact terus dengan penulis dia.. Direct mesej ustazah rohamiah punya facebook
Atau ke mph bookstore
Atau online je kat mphonline dan galeriilmu
Harga buku rm20.
Itu sahaja cerita review kasha pasal diakah jodohku..
'selamat membaca'

Ada yang tanya?
Bila kasha nak review DIAkah Jodoh Kasha? Itu kena review juga ke?   Nervous soalan tu.  Hmm ahaa.. Itu kena lah doa ramai2.  Jangan tanya lebih2.  Nanti sentap. Cakap pasal sentap ni next buku kasha nak beli ni:
Nampak aida post kat ig dia..  Mesti cari dalam list ni. Almaklumle kasha ni pon suka sentap gak. Dah tua kot?

Updated 20 April
Terkejut kita. Tak sangka entri ni berbalas dengan empunya buku 'Jodoh Kita'. Seronok kan? Satu keterujaan di situ. #terglamertanpasengaja Kasha attach sekali sceenshot kat facebook bila penulis buku tag kita. hehe. Selamat meraikan buku ini di Pesta Buku ya..

#terglamertanpasengaja

Reading Time:

Monday, April 16, 2018

Coretan Bila Exam Menjelma
April 16, 20180 Comments
Bila mata pen dah mula menari
Kertas dah tersedia menanti
Menanti akal melayarkan memori 
Fikiran mencerna, menganalisis dan mengerti

Yang merenung bermacam situasi
dengan bismillah didalam hati
Terangguk-angguk cuba memahami
Tertunduk laju menulis
Tergeleng-geleng tak mengerti
Termenung sekejap mencari
Sementara detik masanya berhenti

Ada yang steady
Ada yang gigit jari
Ada yang berkerut seribu di dahi
Mencari ilham toleh kanan dan kiri
Tak kurang goyang pen, tangan dan kaki
Paling tidak melihat kawan sebelah beraksi
Sampai masa tiba eh dah angkat kaki
Maknanya final exam dah munculkan diri

Merentasi satu alam biasa
saatnya tiba engkau diuji 
Cuma atas satu kertas biasa

Satu masa di alam lain
Soalannya pasti bukan lagi rahsia
3 soalan dari Malaikat Munkar dan Nakir
(coretan akashah, 2018)
Reading Time:

Sunday, April 15, 2018

Kata Ukiran Hiasan (Bawang vs Cili)
April 15, 20180 Comments
Bawang
Kalau pandai diukir 
Halus buatannya cantik dipandang
Dihias hijaunya daun 
Nampaklah seperti  bunga berkembang
Tapi ia masih MACAM
sebabnya
Baunya tetap bau bawang
takkan dapat harumnya bunga
Jika diubahpon 
takkan serupa aslinya sifat bunga
Ada satu peribahasa
Siapa makan cili
Dia terasa pedasnya
Realitinya 
orang yang potong, 
Jiran sebelah orang yang potong pon terasa pijarnya

Tapi 
kalau dah cantik hias camtu,
Yang kita nampak cuma la.. 
Hai cantik merahnya 
Amik gambar cepat

takde apa nak dicerita
jangan fikir jauh sangat
ni ha dapat keje tetiba
soh buat design poster
cik kasha layankan aje.
cuma kalau soh jadi setiausaha
Muncung sedepa dulu baru keje jalan.haha
Throwback sikit pasal mem "bawang".



Reading Time:

Saturday, April 14, 2018

Kata Hari Ini
April 14, 20180 Comments
Nampak mudah kan
Sewaktu bicara tentang hak
Bila menentukan kehendak yang lain
Sedang satu masa dulu
Kau juga pernah berdiri ditempat mereka

Bukan ceritaranya  sehari dua
Adakala teruja mengatasi segalanya
Dalam senyuman bersuara
Membuat perbandingan yang tak setara
Antara muara dengan benua
nak dipadan contoh manakan sama

Seperti lemaknya sang raja durian
Seulas dua menambah selera
Berasa indah nikmatnya sementara
Namun terlebih pening kepala penangannya

Entah kenapa
Tiada suara nak dilontar rasa
tak perlu lagi air mata 
Semuanya pembaziran sahaja
Baik diamnya menjadi senjata
Ada satu ayat biasa penyedap jiwa
Ada hikmah sebaliknya
Doa pada yang Maha Kuasa
Mencipta kebaikan disebaliknya
Supaya tenang dan redha

Kita minta cubaan sahaja
Namun dicanang satu semesta
Bila tiba masa yang hak meminta
Eh yang dinanti tak kunjung tiba
Yang ternampak sindiran cuma 
Eh belum kena kat dia.. 
Seronok agaknya atau memang adatnya
Diperlaku sebegitu rupa

Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba
Tapi bulan malu-malu menjelma
Atau menanti kucing bertanduk pula
Tanduk tak muncul, ekor dipotong pula

Nampak macam biasa
Tapi bukan bintang berkilau yang merasa
Nak tunggu tahi bintang agaknya
Buat hajat dan tutup mata
Hakikatnya menimpa bumi jadi apa?

Ibarat kata selalu menongkat dunia
Tak sampai kemana
Yang mudah, mudahkan sahaja
Lepas satu logiknya dua
Kenapa perlu didarab, bahagi atau dipunca kuasa? 

berpegang pada Yang Esa
Janjinya setiap duka ada bahagia
Setiap kesabaran menghadapi ujianNya
Berdoa agar ada perkataan yang bertukar hurufnya
Bila esok menjelma
Ceria bahagia sentiasa.. 

(coretan akashah,  2018)


Reading Time:

Wednesday, April 11, 2018

Bila Suka-suki Menggubah Musim Tahniah
April 11, 20180 Comments
Fuhh berpeluh cik kasha ngan cik hanim layankan jambangan bunga ni. 😅😅😅.sementara hanim mengemas ruang tamu lokasi kami siapkan jambangan tadi.. Kasha jadikan kompilasi video. Video tergantung.. Takde rubrik markah kan?  Senyum aje lah. Jangan komen.. Dalam hati pon jangan. 
Sebenarnya bulan 3 & 4 ini penuh dengan musim Tahniah.
  • Tahniah dapat anak sedara baru. Lahir 10 April malam. Dia taknak kluar kat hospital pontian. Terpaksa transfer ke hospital jb. Baru kluar. 
nak kongsi gambo dari kejauhan. Request dalam group whatsapp.. Minta gambar baby katanya belum boleh tengok lagi. Bagi bibir aje. Kalau anak Dato Ct si comel pipi merah. Ni pula si comel bibir merah.. Tun Fatimah a. k. a Maya Alisha
Alamak tak sabo nak balik pegang baby 👶
Nape lah jauh sangat? Tunggu lah. Lamanya masa berlalu.  Nak balik oi.. 
  • Tahniah buat pengantin baru.selamat diijabkabulkan pada 24.3 kat rumah scientex pasir gudang.  Alhamdulillah syukur, dipermudahkan Allah atas urusan pernikahan keduanya, walaupon bertukar2 lokasi akadnya.
    Jutaan terima kasih kepada tetamu jemputan yang hadir kaum keluarga, saudara mara, kenalan, rakan2 jphpis dan jiran2. Harap maaf untuk semua kekurangan dan juga kepada yang tak diundang
    Kenduri pertama kat rumah sendiri. 
    Feeling dia macam kenduri anak bila tetamu tanya "mana tuan rumah?" dan orang bersalam (ayat lain ='salam keruk')nak balik dengan kita. Nampaklah rasa dah tua tu. Tq jugak geng rewang goodies dan teman berbelanja saat akhir iza, dayah, dan ija, Jiran sebelah-menyebelah dan pastinya anak2 sedara dan adik beradik.
Pengantin jahit sendiri baju dia. Balik 3hari sebelum kenduri dok menampal batu2 lagi dekat ruang tamu. 
  • Last week tahniah atas kenaikan pangkat untuk pegawai Politeknik ke DH44 & DH48. Syabas kengkawan (surayahanim,  rizal,  shufiah,  yatie, hanis atikah,  kak ira, kak  hariati, kak rut,  kak lin adan) cerita nervousnysa ramai kena tukar lokasi kerjanya. 
  • This week tahniah konvokesyen dak2 UiTM (uitm dihatiku,  meh salam sikit kat alumni ni ha)  -dulu ngah bagi jambangan bunga masa Konvo Master. Beruang biru pakai mortar board.tak tau lah harga dia. Hmm rasanya Norlina geng diploma pon konvo gak untuk Master dia kat Uitm..  
  • Dan esok tahniah Anugerah perkhidmatan cemerlang politeknik. (kasha dah pernah dapat dulu tahun 2015., so dah merasa lah jugak.  Sekarang turn kawan2 plak (rizal,  hanis -kejayaan berganda nampaknya,  kak aina,  kak ira,  en zul, wan, k. Del)  nanti dapat saham premium bernilai 1k.-😝😝 dah bole fikir lah nak buat apa?  Dulu kasha beli rantai tangan. -hehe teringin dah lama rantai tangan masa tu. Zaman belajo beli kat pasar malam. Tak tahan lama sebab gatal.  Alhamdulillah dapat gak. 
Patah balik bab menggubah tadi
adjust sikit bakat menggubah jambangan (first time cuba).  Google sikit youtube sikit. Tema bunga campur ngan fererro roche (betul ke eja ni?)nak sebut susah.. Nak eja pon susah. Apa yang senang?  Makan dia senang.
Ini kalau beli kat kedai nampak harga 70 gak lah..  Ok lah kan?  First time rupa gitu walaupon senget sikit. 
Biasanya Masa konvo, orang biasa jual bunga segar.  Lagi kebabom. Ada bau bunga segar. Tapi ini special lagi lah kan sebab DIY.. #untonglah
Menjadi tak,  jadi sambung balik cerita asal tadi pasal menggubah jambangan bunga.  Bila kita nak dapatkan dia bulat bersama2 bunga kita lekat guna lidi. Konon2  kelopak bubga pink yang balut cekelat tu pakai kertas tisu.  Pastu cucuk kat lidi..  Tak nak lidi tu direct cucuk kat coklat sampulkan pakai plastik. Semua blajo dari youtube. 
Tu aje nak cite sempena musim Tahniah. Dengan ucapan Semoga semua berita tahniah memberi cahaya kegembiraan berpanjangan buat mereka yang terlibat.kita tumpang sorak aje lah. Pon happy kan sekali. 
Oklah nak kena tidur awal. Esok kena bertugas kat karnival tvet pula.  Dah kalau update blog ni,  entah bila masanya boleh lelap kan mata..

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.