September 2017 - corEtan akAsHah

Thursday, September 21, 2017

Makan di Johor  @ Dreamliner Airways Cafe
September 21, 20170 Comments
The Dreamliner Airways Cafe- The first aviation theme cafe in Malaysia
Dreamliner Airways Cafe adalah kafe tema penerbangan pertama di malaysia yang terletak di desa tebrau, johor bahru. dibuka sejak 2016, menghidangkan makanan barat, asian, japanense, korea, Malaysia dan banyak lagi. Rekabentuk ruang makan seperti di dalam kapal terbang, termasuk tingkap, ruang pejabat, tali pinggang keledar, kerusi kelas perniagaan, bahagian ekonomi dan banyak lagi.
 (ayat copy paste ye atas ni dari page fb cafe ni)
Lokasi
Lokasi boleh mintak en. waze tunjukkan.. Apps yang boleh dimuat turun kat playstore. Boleh caya jugak apps tu untuk ke sini. Kadang2 je dia tempat lain die bawa lokasi yang menyeramkan. jalan kecik, takde lampu. sunyi dan mula membayangkan yang pelik-pelik. haha
Tapi nak lebih mudah kita kena ada pilihan. Pilihannya ialah, bila beruntungnya ada kawan yang pakar jalan (as known as ) a.k.a waze interaktif. waze interaktif yang pergi sekali pon dia boleh hafal macam dah lama duduk situ. dapat kat kasha 10 kali lalu kot baru hafal (tu pon nasib baik je)
Ok jom tengok design kafe yang diviralkan ni
Feeling aircraft seating
Adalah suasana macam dalam flight tu. kalau nak memenuhi situasi pelancongan sekarang. Melalui experience tu adalah. bukan nak merasa makanan sangat tapi just to experience .memang sesuai lah. Suasana bertambah dengan ada layanan ala-ala dalam flight. stewardess pon ada dengan pakaian dreamliner aiways dianampak macam duduk lain-lain tempat kan? yang duduk tepi tingkap seat biasa katanya. yang duduk tengah tu seat VIP. layanzz.
 
layan seat VIP
first visit kat kafe ni.. excited la duduk kat seat VIP. siap ada skrin tv bukan main besar atas kepala. ada lah kerusi exclusive sikit dari yang bahagian tepi. yang lain biar gambar berbicara.

Decoration semua ada lah rupa macam dalam flight. Dan minta sally check toilet die theme kan jugak x? Rupanya tidak. Haha ok tak nak komen panjang.. Anyway kita tak jumpa kapten Aidan atau mana2 waiter yang berupa seorang kapten. Yang ada waiter lah yang berpakaian pramugari.ye la dlm flight pon yg serve pramugari kan.. Service boleh tahan laju.. Sebab tak ramai orang masa tu.
Menu
Kalau ikutkan dalam menu kad dia tu memang serve macam-macam jenis makanan barat, asian, japanense, korea, Malaysia dan banyak lagi. Masa first visit punya experience Diorang punya makanan sedap-sedap semua.. Kasha salah order pergi pesan nasi ayam tomyam sape suruh.😅 so tips die tempat2 cenggini jangan sibuk nak order menu ala thai.. Dah tekak kita , tekak orang kampung, lapo nasi, acane tu? bila dah second visit, belajar dari kesilapan. so order yang betul-betul western haha. baru lah feel. walaupon balik lepas tu 2,3 jam nak cari nasi balik.haha
Orang katalah, pergi tempat hipster gini cuma nak ambil gambar je.. Tapi kitorang pergi memang time lapar.. Amik gambar tu mesti, tapi makan licin jugak.😄😄 sebab apa? harga dia harga makan gaji jugak(maksudnya harga baru dapat gaji, boleh la pergi). haha. paling penting makanan tu berasa. kalau setakat deco je cantik tapi makan tak berasa tak guna kan?
Rasanya sesuai jugak tempat ni nak sambut birthday ke..makan2 ke? Masa kitorang tu ada birthday party.. Elok je dia siap nyanyi lagu birthday, kitorang ikut je slow2 nyanyi sekali.. Memang gitu kan.. Kalau boleh nak tolong makan kek dia sekali.
Saya bagi 4 ha. Salah 4 ✈✈✈✈
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.