May 2018 - corEtan akAsHah

Wednesday, May 23, 2018

Kau nak tulis, Kau tulis je Lah
May 23, 2018 8 Comments
Kali ini kashah ada dapat 1 ayat ni dari page facebook.. dari ayat kasha convert kepada infografik sebab ayat dia boleh jadi motivasi kasha untuk menulis dalam blog ini. Kredit nya dah dinyatakan dalam setiap grafik di situ.
 ye lah kadang2 apa yang kita tulis boleh buat orang suka, tertanya2, meneka, dan tak kurang juga buat modal mem Bawang. (opps). Semoga apa yang kita tulis mendapat saham untuk akhirat kelak. InsyaAllah
 Hehe like eh? hmm teringat 1 video viral kat media sosial pasal trend zaman sekarang orang pilih menantu berdasarkan berapa follower, komen dan like kat instagram.. kalau sikit terkeluar dari senarai calon. haish macam2.
 sentuh hati? ayat terkini dia "touching". sambil genggam tangan kanan tepuk2 kat bahu kiri. (sape tahu-tahulah gaya tu)
 hmm sejarahnya menulis memang tak minta dipuji. Hanya berkongsi.
SYIRIK JALI ialah syirik yang jelas mata lahir melihatnya mempersekutukan Allah. Contohnya, sembah berhala, menduakan Tuhan, dan lain-lain seumpanya. Manakala SYIRIK KHAFI ialah, amalan-amalan hati yang berkait dengan amalan-amalan lahir. Contoh, bersedekah itu kebajikan dan kebaikan namun niatnya bukan kerana Allah. Buat kebaikan kerana menunjuk-nunjuk, bukan lagi kerana Tuhan.
Terbaik buat penulis yang mengarang. Keterujaan dengan ayatnya buat kashah transform jadi infografik. kashah follow aje page ni. seronok tengok diorang.

Updated.. Tuan tulisan yang admin acik bawang network dah muncul. Hehe..  Bonda Nor.. Memang suka baca hasil tulisan beliau dalam beberapa buku dalam simpanan kashah.. 
Gambar first time jumpa bonda Nor masa menghadiri kursus penulisan kreatif kat PIS dulu tahun 2016..sekarang follow fb dan buku secara maya aje lah.  


Reading Time:

Saturday, May 12, 2018

Bunga oh bunga
May 12, 2018 2 Comments
bila dah ternampak 
Hati tak boleh kata tidak
Mata mula meliar 
kearah yang cantik berkembang ini
tangan mula mencapai 
lebih-lebih lagi bila semakin dekat dengan kita
hidung dah cuba menghidu aromanya

Cuba tarik hp sendiri
Alamak lupa dia tak sihat lagi
Macam biasa hp hanim akan jadi mangsa
Snap sana snap sini
Sebab terlebih teruja
Sebab dijamu berjambak bunga
Teruja macam jumpa teh ais
Rasa nak makan je. Abes bunga pon nak buat makanan. Lapo sangat apa? 
Bukan memetik dari pohonnya
cuma tak nak bazirkan ia
cuma memanfaatkan apa yang ada
Dari hanya cuma jadi hiasan mata
tak gitu?
bau apa? 
bau bunga lah!! hehe..
wangi tak? 
bukan macam perfume.. 
tapi bau aroma semulajadi
bukan wangi dibuat-buat
kuning , putih dan merah
kalau ikutkan setiap warna bunga ada makna tersendiri
bunga kuning 
mewakili kepercayaan, kasih sayang, rasa hormat, persahabatan, dan rasa bakti.
bunga putih
mewakili kejujuran, kesucian, dan kesempurnaan.
Bunga merah 
adalah bentuk simbolik yang paling dekat dengan hati.

ooh pandai-pandai je kan..orang bagi makna bunga ni..
tapi kan kalau tengok depan2 
bunga merah tu memang paling cantik tau..
cantik sangat
kasha amik bunga ini masa kat tepi pentas
dari dia membazir kan kat situ
baik kita amik..
pastu asyik kena tegur je.
'tak abes2 ngan bunga dia'
hehe senyum lebih eh arini.
nak buat apa lah tu bawa balik
nak mandi bunga?
nak rendam buat air?
nak tabur atas katil? 
tidur atas bunga?
letak dalam kete lah.. 
kasi wangi sikit kete kita
lagipon perfume kete dah abis tu
Abeslah malam ni mimpi bunga aje. 
salam 26 syaaban
tak lama lagi akan tibanya bulan ramadhan
takkan tak move on lagi pasal politik
jom bersedia untuk bulan pengampunan
Reading Time:

Thursday, May 10, 2018

Buat apa tanya?

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.