August 2010 - corEtan akAsHah

Tuesday, August 31, 2010

~AKSARA MERDEKA~
August 31, 2010 2 Comments
Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah bersejarah ini yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya,
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya,
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya,
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya,
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah tercinta ini yang cerah mata tetapi gelap hati,
Yang cerdik minda tetapi dungu peribadi,
Yang cantik bahasa tetapi buruk sikap,
Yang lembut budi tetapi keras lagak,
Yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah pusaka ini yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi,
Yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi,
Yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan,
Yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir aksara merdeka,
kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini,
Yang terlepas kaki tetapi terikat tangan,
Yang terlepas mata tetapi terikat jiwa,
Yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.

Setelah sekian lama kita menjulang dan memartabatkan aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah bertuah ini,
Yang kasihkan bangsa tetapi membenci pemimpin,
Yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fakta

Setelah sekian lama menghargai dan menghormati aksara merdeka,
Kenapa masih ada lagi warga tanah berdaulat ini,
Yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A
Reading Time:

Sunday, August 01, 2010

TeLur BisTik
August 01, 20100 Comments
Assalammmualaikum blogger...Untuk posting kali, saje je nak perkenalkan masakan yang paling aku suke sgt sjak poli dulu..huhu and special credit i give to my fren, Oya coz introducing this delicious fOod. Ye la time dok luar masa tu la berjinak2 makan kat rstaurant atau warung2.Mana tau nak order apa yg best..So, ikut j la die. Mmg sedap pon..


Prnah gak try masak bistik ni masa kat umah sewa shah alam ngan kengkawan.. jadi la jugak..sedap tu..and yang paling best dpt makan byk sikit dr makan kat kdai.huhu..For this, i'm giving spcial credit to Chef Dayah..Huhu..So tgah buka2 laman web luv islam trjumpe lak pic telur bistik ni...just want to put here as my cOllection..





Bahan - bahan :


Untuk telur :
3 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan untuk Sos


2 ulas bawang kecil, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 batang cili merah, dihiris halus
2 batang jagung muda, dipotong serong
Sedikit bunga kobis
Sedikit carrot, potong serong
1 biji buah tomato, dibelah
½ cawan sos cili
¼ cawan sos tiram
1 kiub ayam
Garam secukup rasa
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis

Cara Memasak :


1. Telur dan garam dipukul dan digoreng seperti telur dadar, angngkat dan ketepikan


2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang kecil dan lada merah sehingga naik bau.


3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kiub ayam, kacau sehingga ia sebati.


4. Masukkan jagung muda, bunga kobis dan karot, kacau sebati.


5. Masukkan sedikit air, masukkan garam dan serbuk perasa, masukkan tomato, kacau sosnya sehingga ia sebati dan sayurnya masak.

6. Kemudian tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi

7. Enak dihidangkan sewaktu ia panas.

Tu lah die resipi nyer.tp tak de ayam pon..kasi tambah aym poton kecik2..huhu baru layan..alhamdulillah kenyang walau tgk gambar.hhee..sekian
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.