Padlet @Class - corEtan akAsHah

Thursday, February 22, 2018

Padlet @Class

Hari ini masuk kelas teori lagi.. Nama kelas Cultural Diversity. 'Bertuah' sangat dapat ajar kelas teori gini yang mengulang-ulang benda teori dan konsep dalam alam pekerjaan. Nak elakkan kebosanan tunjuk slide, tak sempat lah kasha nak buat soalan Kahoot hari ini. So, idea nak guna padlet aje lah.
Padlet tu apa?
Aplikasi Padlet ialah web 2.0 yang boleh memerlukan capaian internet. Ia digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Padlet boleh digunakan untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi tujuan pembelajaran. Keistimewaan pembelajaran melalui Padlet ialah bahan pengajaran dan pembelajaran seperti teks, grafik, animasi, video dan pautan URL boleh disampaikan dan digunakan. Elemen-elemen tersebut sangat membantu murid dari segi pemahaman dan mengingat pelajaran dengan mudah. 
 Ini lah rupabentuk padlet tadi. Konsep online whiteboard lah. Dari kita pakai whiteboard @ sticker paper tampal kat kertas majong. Jadi kita manfaatkan keghairahan pelajar pegang Handphone tu dengan mengakses padlet untuk share idea secara online. 
hahah handphone yang tak boleh lekang dari tangan.
 Ada juga yang internet slow, kita mintak dia guna komputer. Nasib baik dapat kelas kat TECC(Technology Enable Collaborative Classroom) , jadi senang lah sikit.
Ha gambar kat atas ni masing2 tengah sibuk menjawab dalam padlet
step guna padlet
  1. login padlet guna gmail account kat sini
  2. Dia akan kluar dashboard. Rujuk gambar bawah
  3. Nak create baru click make a padlet, kalau nak buka yg kita dah buat just click kat senari padlet yang terpapar kat dashboard tu.
  4. dah siap bagi url kat student button tambah warna pink untuk bagi diorang add dia punya part.

Ini rupa bentuk dashboard padlet. ha tu antara padlet yang kasha pernah buat
Bagus ke guna padlet ni? 
ikut pengalaman kasha lah banyak kebaikan dia
  • kalau kita project padlet kat screen akan memberi lebih menambah keseronokan dikalangan pelajar. sebab dia nampak apa yang dia tulis, kawan2 dan pensyarah dia tulis secara langsung. Walaupon boleh je tengok kat hp masing2. Tapi perasaan dia tak sama.
  • Boleh direct comment, boleh like terus.
  • kat padlet boleh letak video, gambar, text, link
  • Eco-friendly-xpayah beli majong paper, solatip, marker pen.sebab lepastu takpayah fikir nak buang2 kertas mahjong kan.
itu je perkongsian penggunaan web2.0 yang kasha guna dalam kelas. Nanti kalau rajin, boleh post lagi guna benda lain plak.

2 comments:

Kak Long Wani said...

:) Lebih menarik benda ni bila jawab soalan , pernah pakai jugak dengan ustazah

Akashah Kassim said...

ha kan? semoga berfaedah dan jadikan pelajaran lebih bermakna

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.