July 2018 - corEtan akAsHah

Sunday, July 15, 2018

Milo Breakfast Day 2018
July 15, 2018 4 Comments
Minggu ini kasha tak pergi memana pon. last week dah turun KL jumpa ibu dan layankan open house rumah kakyung. Tetiba boleh pulak dia bawa keluar DUA weight scale (ini betul2 suruh sedar diri ni). adeh ni yang lemah ni. dah menghadap makanan je sepanjang bulan raya ni.. memang melampau2 la jadinya.. #murungsekejap. (depan scale aje murung, depan makanan tak ingat dunia) nama je banyak alergik, tapi dalam dunia ni baaanyaaak lagi makanan boleh dimakan.
mukadimah post je tu

Milo Breakfast Day 2018
tak sah tak lompat
gambar kenangan selepas lari. sebelum lari macam tak amik gambar sebab nebes. hahah.
ni kira event tahunan milo (hanim kata ini yang ketiga), dulu kat pasir gudang ada je.. tapi kasha pergi hantar iza, ija dan kak ton je. dah drop diorang kasha balik. pastu diorang pm lagi bila nak balik, kasha pon pickup pula. haha malas join gitu la gayanya. kali ini kasha terjebak nak join saje2 bila fikir macam takde apa nak buat kan hujung minggu ni.. First experience setelah ada kesedaran kesihatan kononnya. Tq lah anim ajak.
Register?
sebenarnya kasha tak terlibat dalam proses pendaftaran online ni sebab ex-student dup jph pis, si aida ni ha yang tolong buat. amik baju kat kolej widad tu pon dia. pagi2 tadi pon dia gak pickup kasha. haha carpooling senang tak susah cari parking. masa tu lah baru dapat bajunya.. ketat sikit.. penampakan lemak merata2. kalau bagi kat kasha agaknya mendapatlah penuh. Dengar citer ramai yang tak sempat sebab dah penuh. sebab suka gak keje tangguh2 ni.
kejap je event nya. start dalam pukul 7. habis lari dapat goodies.. makanan, air milo..pastu kalau nak main permainan pon ada.. dalam pukul 10 selesai eventnya..

MEDAL
bila join event macam ni, medal dia tu memang selalu win selain baju.. baju pon cantik
biasanya memang win lah medal milo run.. dulu tengok je iza n ija dapat. sekarang kita plak dapat. apa lagi snap sikit. cantik dan comel kan? (ha.. tepuk)
nampak jari tu dah bercop.. done claim. 
Tempat tumpang tanya
Banyak je checkpoint “TANYA SAYA” Kat padang tu. Crew2 yang setia berdiri sepanjang event. Memang fit betul diorang. Tujuan dia nak meleraikan kekusutan dalam jiwa pasal event ni lah. Tapi hakak okay je boleh jawab bila orang tanya kita.segan agaknya nak gi kat crew yang cantik comel berdiri tu. haha maybe next time nak apply post crew tanya saya lah. tapi tak se fit diorang. tak sempat orang tanya dah pengsan.

Media infografik
yang ini buat modal kelas VIS
haha bajet milo run ni besar boleh buat semua benda promosi dia besar2.. peta, signage arah itinerari sume besar2. termasuk lah photo booth

makanan & minuman

  • air milo macam biasa tak pernah mengecewakan
  • cereal nestle pon terbaik
  • part bihun.. keras dan ada rasa basi dah. mungkin buat dalam kuantiti banyak.. gitu la gayanya kot. ada pilihan sandwich laku sangat..sampai2 dah abes.


terglamour tanpa sengaja
sampai rumah dah penat. jadi baring2 tertidur. bangun2 tidur tengok shira wasap.. macam kenal je? haha dia anta satu gambar yang dah post ke facebook. alamak! siapa pulak? rupanya shira kata kat fb Kuantan.. kita mintak url, dia soh bagi id fb.. memang taklah..cukuplah gambar aje.. takyah mention..
ceh terpampang muka ketat disitu. haha. tup2 dalam group plak gambar tersebar..adeh
Nih bagi zoom in sikit.. Sebenarnya ada perasan die selfie..tapi buat tak tau je lah. Xkan nak teekinja2 dalam tu plak kan.so cuma tak sangka plak masuk fb kuantan..

Bila ko nak larikan diri tak boleh

jadi apa yang boleh larikan kaki aje


Next milo run @JB 

Lepastu kat putrajaya

Selamat berlari
Reading Time:

Monday, July 02, 2018

Ada banyak pon tak pernah cukup
July 02, 2018 4 Comments
Gambar Hiasan Jarum tajaan orang bakal menjauh.. tq
Pagi2 ada pin tudung atas meja opis. Haha bukan main besar dan hijaucuma part nak pakai atas kepala ni tengah fikir2..
Dalam fikir2..eh snap sikit ar gambar pin ni
lepas snap terfikir nak letak ayat apa?
termenung sekejap, padahal asalnya nak letak kat insta je
bila dah start buka power point.. post sikit kat entri ni..
amik kau ayat coretan kuar versi english pulak.
kadang-kadang kita plak confuse
orang yang pindah plak bg hadiah kat kita? 

Item yang beli sikit ke banyak ke, tak pernah jadi cukup
cakap pasal pin ni, ada 1 item lagi bila pakai tudung
namanya kerongsang. masalahnya beli lah banyak mana pon..
mesti last2 tinggal 1 aje..ko rasa pening tak?
sama tak kes ngan korang? pompuan je paham benda2 ni.hahah
Baru-baru ini nak sambut raya, ada offer kat bazar raya kerongsang tudung 
RM10 10 biji PERCUMA 10 biji kerongsang.
maknanya jatuh rm0.50 la sebiji..eh, apesal murah sangat?
berulang kali juga lah mengulang ke bazar sebab adik beradik pon nak jugak.
benda ini.
apa lagi petik jangan tak petik. meriah memetik kerongsang. 
Kalau tak cukup gak tak taulah. kepala 1 aje pon.
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.