March 2017 - corEtan akAsHah

Thursday, March 02, 2017

Kenapa senyum?
March 02, 20170 Comments
Gambar bukan time pergi opis

Ramai yang tertanya-tanya
Kenapa hari ini kasha asyik dok tersengih2 aje seawal pagi😊😂😄😅😀

Tuang air senyum,  jawab soalan orang pon senyum jugak,  jalan2 senyum jugak..  Selalu jarang le nak nampak senyum meleret. Muncung + masam aje lebih..  (eh ye ke cenggitu? 😛)  tak sangka ada juga yang melihat kan? Ada jugak yang ambil berat.

Tambah lagi sangkaan si kawan, 
"wah tengah fall in 😍  love ke? "
Haha part fall tu dah selalu jadi,  yang 😍tu belum beralamat lagi ye.. insyaAllah suatu hari nanti😍😍😍

Biasalah jawapan stereotaip
"senyum itu sedekah, nak bagi duit kat semua orang tak berapa nak ada"
Itu ajelah balasannya kat empunya diri yang menegur.

Bila duduk diam,  teringat balik.kenapa eh?
Baru teringat..
Mungkin sebab malam tadi dapat jumpa arwah ayah buat pertama kali setelah dia telah pergi menghadap Ilahi sejak 2 September yang lalu. Selalunya, dengar cuma ibu dan adik beradik je mimpi.
Kali ini,  diri sendiri pulak rasa. Dalam mimpi tu,  ayah dah sihat, bangun dan boleh jalan. Teruja itu ada sebab tak sangka ayah dapat jalan semula.  impak dari tu agaknya sampai senyum tak sudah..
 
Cuma orang kata,  bila kita mimpi tandanya arwah mengharapkan kiriman doa untuk dia.  Ye la baru sibuk di padang festival layang2 seminggu dah lupa  😭 pula.

Alhamdulillah terlunas sudah apa yang perlu. InsyaAllah semoga pahala bacaan itu seawal pagi sampai kepada rohnya.

"Jika seseorang meninggal dunia,  terputuslah amalannya kecuali 3 perkara
Amal jariah
Ilmu yang dimanfaatkan
Anak yang mendoakannya"

#rindubertamulagi
#epilogseorangperindu
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.