January 2019 - corEtan akAsHah

Monday, January 14, 2019

Review buku Clear
January 14, 2019 6 Comments
Sejenis seorang akashah suka baca buku terbalik.  Eh bukan terbalik atas bawah tapi mula membaca dari bab belakang.  😝😝 hikmahnya bila berkurung sebab sakit mata,  hakak terpaksalah cari hobi baru selain membelek phone.  Selak-selak buku yang dah lama beli tapi tak habis membaca lagi. (maksudnya baca dengan tenang) 

Ok jom follow macam mana hakak review atau bedah (cewah)  antologi clear ni. 

1. Nona manis, I love U 
Nukilan Najla Adi

Satu karya penulisan yang terbaik dari seorang remaja dengan mengetengahkan permainan emosi dipermulaan cerita.  Penulis bijak bawa pembaca masuk dalam dunia rasa dia waktu itu.  Mengetengahkan tekanan emosi dalam 2 perspektif berbeza : 1) terbeban bakal bertambah tanggungjawab menjaga adik baru dan 2) tertekan dengan ibu yang bakal bertarung nyawa melahirkan adik baru..  Seterusnya lebih menarik bila plot twis berlaku sehingga kehadiran sicomel dalam kelyarga.  Haha should be Semanis Nona! Apa pon comel la nama timangan tu. 

2. Titik Kasih
Oleh : Fedtri Yahya

Wah dia menulis juga ya?  Yang tau dia pengacara, dan pernah tulis lagu. Kalau tadi penulis remaja,  dalam clear penulis  Artis pon ada eh. Hebat.  Penulisan melalui pemerhatian status seseorang.  Kita jadi tertunggu-tunggu apa cerita seterusnya sambil meneka cerita klise yang bakal berlaku.  Tapi tekaan ku meleset sama sekali.  nak tau kenapa? Baca lah!  Ada 1 status yang menarik perhatian
"dah lama tak sujud lama-lama macam ni.  Lain macam rasa... "

3. laluan Takdir yang berbeza 
Oleh: Rosmiena Che Mat

Membawa kisah si kembar yang menempuh situasi tak sama. Rasanya cerita ni sangat dekat dengan kita walaupun kita tak de kembar kan? Kita pernah je rasa terlewat dari semua sudut dengan rakan sebaya.  Apa yang menarik macam mana gigihnya dia menjalani,  menghadapi dan menerima semua situasi tersebut.  yes!  Sesungguhnya Allah sebijak-bijak pengatur jalan. 

4 & 5. Mutawif Junior & Ukhuwah dihujung amarah
Oleh: Abdul Muiez Rusli & ummu  nuris

Kisah penulis yang baru bergelar mutawif dan seorang lagi mutawifah yang membawa jemaah.  Seronok baca cara pengurusan jemaah oleh kedua -dua penulis.  rasa macam elok jadi kajian kes untuk pelajar pengurusan pelancongan sebab dekat-dekat je dengan kerjaya seorang pemandu pelancong. Terimbau juga kenangan masa bawa group orang besar-besar dulu.  Fuh.  terbaik penulisannya.  Bolehlah dijadikan 1 perkongsian pengalaman berada dibidang pelancongan. 

6. The Unseen Gift
Oleh : NadhirahArib

Kepada wanita yang belum menimang cahaya mata, mohon baca kisah ini. 
Kepada yang asyik merungut lambat dikurniakan rezeki ini,  tolong cari hikmah disebalik apa yang sering ditangisi
Kepada yang seronok sangat bertanya,  cuba teladani kisah dan cuba berhenti. Doa yang terbaik. 

Haha kasha ni cepat bosan..  Cukup 5 bab men terbalikkan buku. Kita patah balik ke depan. Haha. Banyak wei ceeita dalam clear ni bayar cuma rm20 tapi dapat 24 cerita berbeza.  Ko rasa?  Ini lah lain macam cara pembaca yang bernama akashah.  Ok jom sambung review dari muka depan pula. 

7. Posmen Cinta
Oleh : Bonda Nor

Ha,  kalau penutup buku tadi cerita dari anakanda..  Ni pula cerita bonda dia pula.  Ha tulah suka baca buku terbalik. Ha meh sini adinda buat review pasal kisah posmen cinta ni.  Wei,  tak sangka bonda nor nak buka kisah cinta dia.  Nampak gaya brutal disitu.  Kita yang baca dok tersengih-sengih membayangkan gaya penuh selamba bonda Nor masa tu.  Haha semoga jodohnya kekal sehingga ke syurga.  Nak tau cerita dia cemana? Pergi la cari buku clear! Haha giler lah.. 😝😝 ok ok serius.. 


8. Tekad seorang hamba
Oleh : Rafiuddin Rohani

Hasil karya salah seorang penyarah PIS.  Geng-geng PIS,  kenal-kenal gitu lah dengan penulis ini sebab pernah 1 tempat kerja dan menghadiri APC 2015 sekali masa tu.  Lepas baca perkongsian cerita dia,  baru tau macam mana seorang yang baru discover kekurangan pada usia remaja menghadapi perit dan kegigihan menghadapi semua dugaan. Ada 1 ayat yang boleh pegang " Menjadikan kelemahan sebagai medan motivasi penggerak kejayaan" ya.  Yang pastinya kelemahan tu tak ketara pon sebab keaktifan dia lebih terserlah.  Itu nampak dari jauh lah. 

Ok cemana? Da decide ke nak beli buku ni?  Kasha dah start nak jump to bab lain. Kalau tadi mula dari belakang,  sambung kepada depan.  Sekarang kasha nak cari tulisan seorang lagi staf PIS.  Sebenarnya buku ni kasha beli dengan beliau. Gigih terjah opis penulis lepas cubaan kedua baru berjaya.  Meh kita tampal gambar sikit.comel je ustazah kita. Hehe. Ok jom sambung review. 
9. The best student
Oleh: Rohamiah Muda

Penulisan dari ustazah membawa kita bahawa tempat pengajian bukanlah kayu pengukur untuk cemerlang. Tidak terus menjejak kaki ke Universiti awam tapi bermula dengan STPM selepas tamat SPM membuatkan rasa down sangat-sangat. Tapi bila Allah nak beri rezeki,  di mana-mana pon kita belajar,  kita mampu memperoleh kejayaan. Syaratnya kena berusaha. Selebihnya kita tawakal kepadaNya. Pada kasha pula,  Kisah ini perlu dibaca oleh pelajar  Politeknik sebab suka berasa merendah diri bila sebut "ala,  kita belajar poli je" . Mohon baca bab ini ya.  InsyaAllah twis sikit persepsi sendiri tu dulu. InsyaAllah kat mana pon kita berada boleh berjaya. 

10. Aku,  Dia dan Dia
Oleh:Abe Kumar

Wah.  Ada berbilang kaum juga penulis dalam clear ni.  1 lagi kisah menarik yang dibawakan oleh penulis.  Kadang-kdang rasa nervous bila wujud konflik.  Kadang-kadang ada rasa sweet..  Kadang-kAdang ada rasa nak nangis pon ada bila baca cerita dia.  Betum ni tak tipu.  Ni air mata bukan sebab sakit mata.  Memang betul menyentuh hati.  Entahlah korang nak ke rasa cenggitu? Cerita pasal apa agaknya? Hah gi la baca sendiri. 

11. Warna di dalam kepompong
Oleh: Aishah Abd Rahman

Yang ini pula, penulis bawa kisah menarik saudaranya yang merantau menuntut ilmu di luar negara..  Paling mencabar berbeza bahasa.  Jerman! Fuh..  Kita yang baca pon berpeluh melayankan tulisan kisah yang disampaikan.  Menarik. 

12. Diva yang Rebah
Oleh: Ezatul Marini

Mengikuti ceritera penulis ini yang sedang menyiapkan naskah MRS Papa mendorong kasha untuk review penulisan dari antologi clear.  So ini yang akhir la review dari 24 kisah.  Mata dah mula kelat walaupun dok menaip dalam bilik pakai spek hitam ni ha.  Haha.  Ok penulis kedua yang berkongsi cerita cinta suami isteri.  Seronok juga baca.  Haha nampak sangat menyibuk.  Memang geng penulis clear pencinta brutal ya? Hehe.  Apa pun semoga kisah-kisah seterusnya buat penulis lebih kuat menghadapi dugaan.  Waiting for Mrs Papa.  Semoga diberi kekuatan dan kegigijan yang berterusan.  InsyaAllah. 

Ok lah setakat ini review clear part 1. Doakan kasha sembuh sakit mata sepenuhnya.  Ni sakit berbalik-balik ni.  Banyak perkara jadi tertangguh.   Sekian,  selamat malam. 

Kemaskini 18 jan 2019: alhamdulillah, selepas 18 hari menempuh hari hilang nikmat mata yang clear, alhamdulillah hari ini mata kasha bebas dari warna merah dan simptom nangis tak pasal-pasal (sentiasa keluar air mata). Terima Kasih untuk doa yang tidak putus dari yang memberi doa.Cuma tiba-tiba level rabun silau naik mendadak. kalau pandang cahaya, macam berkabus je. (sedih la kena paksa diri pakai cermin mata yang kena up level power silau tu). Ok jom sambung review.

13. Sesudah Episod Derita
Oleh: Hayati Abu Hassan

Cerita bahagia selepas derita. Penulis membawa cerita yang biasa dialami dirinya sendiri dalam menempuhi cerita hitam dan dugaan yang ditempuh.  Penceritaan dalam kisah yang dibawa sesuai dangat dengan  ayat popular kat bawah ni 
" "Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari, Allah turunkan hujan...Puas kita menangisi kehilangan matahari tapi rupa2nya ALLAH nak hadiahkan pelangi yang indah..."
14. Kuasa atas Kuasa
oleh: Ammar Kamilin

Paparan kisah suka duka ibubapa dalam melihat kecemerlangan anak. Kegagalan sekali bukan kegagalan selamanya. Sokongan dari ibubapa penting dalam membentuk motivasi anak-anak. Dan akhirnya, perkongsian kejayaan selepas kegagalan di sosial media berjaya pula memotivasikan ibubapa yang lain dalam tindakbalas tentang kegagalan anak-anak. 

15. Memaknai redha
oleh: Ida Hani Ali

makin lama rasa banyak benda yang kasha hadam dalam mesej penyampaian setiap penulis. Kali ini ada 2 ayat yang buat kasha tersentak sekejap
Belajar untuk lepaskan beban supaya diri jadi ringan, mudah untuk terims rezeki lain
entahlah macam mana penulis mengulang-ulang perkataan bawah ni, sambil tu juga kasha mengulang-ulang ayat bawah ni dalam kepala. bacalah kisah dia.. sangat bermakna sesuai dengan tajuk tulisan
Redha dan lepaskan
16. Peluang kedua
oleh: Amna Sofe

Peluang kedua menceritakan bagaimana keadaan bila berlaku bencana alam. Perasaan takut bercampur baur saat menghadapi 1 keadaan di ambang bahaya. Kita yang baca ni pon terasa macam mana kalau kita yang ada kat situ?.

17. Suria kembali bersinar
oleh : Selasiah Saari

Cerita yang boleh dikaitkan dengan ayat dibawah. Meletakkan keadilan atas dasar sama rata atau mengikut syariat islam. #faraid
biasakan yang betul betulkan yang biasa
18. Hikmah Disebalik Ibrah
Oleh: ana Rohani

lagi cerita mengenai umrah. Cuma kali ini cerita orang yang berurusan dengan ejen untuk mengerjakan umrah. 2 perkongsian yang baik untuk dijadikan teladan. ya kadang bila datang kesusahan bertimpa, rasa amarah  datang yang buat kita berputus asa dan merajuk.

19. Tadbir dan Takdir Ilahi
oleh:Web Sutera

Dimula cerita pendidikan, kepada jodoh dan seterusnya meneruskan hidup dan keluarga di FELDA. kalau sebelum ini, semua penulis menceritakan kisah sendiri. Kali ini, penulis menulis cerita dari sudut orang lain. haha sebab tengok-tengok penulis lelaki. tapi watak aku dalam tu perempuan. ok tu je.

20. Doa untuk anak syurga
oleh: azuan Mohamed Isa

Penceritaan kisah menghadapi derita anak yang menanggung kesakitan dalam tempoh yang lama dan akhirnya sembuh sedikit demi sedikit.

21. Di Hujung Kesedaran
oleh: Aina syuhada

Cerita kehilangan dan nasib waris/keluarga selepasnya. Takaful?

22. Demi Cinta di Bumi Darul Hana
Oleh: Dr Mohd Khamizi aziz

ahaa.. melepaskan jawatan yang baru disandang sebagai doktor demi keluarga. seterusnya meneruskan kehidupan menjaga anak-anak?sura rumah @ mr mama. haha ada tengok buku dia yang mungkin mengetengahkan lagi banyak kisah mr mama tapi belum grab lagi. next time maybe.

23. Memburu Hikmah
Oleh Jaja Isa

reaksi bila bapa kahwin lagi lepas peninggalan emak? fuh.. ada konflik dan bagaimana dileraikan/ entahlah kasha tak dapat bayang..baca la

24. Mrs Pavlova
Oleh; Farizah Samsudin

Kisah menarik dari belajar kepada perniagaan. Fenomena Pavlova katanya

KENAPA KASHA BELI BUKU CLEAR?
best sangat ke buku tu kasha? sampai sanggup review panjang-panjang ni? hehe kalau dah minat menulis, membaca pon dah buat kita bahagia. Lebih-lebih lagi ada beberapa faktor kenapa kasha pilih buku CLEAR sebagai pilihan dalam susunan buku kasha dalam blog ni. Ha nak tau ke? Jom sambung baca cerita panjang berjela. 

Cerita pemilihan cover
Kasha perasan kaedah pemasaran yang Bonda Nor guna ni. Bila melibatkan pembaca dalam pemilihan cover buku clear ni. 350 komen bagi pandangan dalam pemilihan cover sebenarnya 1 teknik yang baik dalam pre-selling. Haha dia cuba mendekati potensi pembaca dengan melibatkan mereka dalam pemilihan cover. Nampak simple tapi sebenarnya sangat bermakna untuk pembaca.

Masa join Seminar Penulisan Bonda Nor pon dia ada pesan, bila nak menulis jangan berahsia.. Kongsi je semua. Bina bonding antara pembaca dan penulis. Tak kisah lah dari segi penulisan atau sedikit kisah peribadi. Fuh bila tengok macam ni.. rindu nak ajar subjek marketing dan consumer semakin membuak-buak. haha..

Ok kasha share sikit screenshot dari facebook bonda Nor. Nampak tak kat mana kasha komen. Dan alhamdulillah, idea kita nak dedua cover B dan C memang digunakan untuk buku Clear ni. 


Beli Buku dengan Penulis
Dan bila buku ni keluar, rasa excited nak baca dan miliki buku ni ada di tahap yang tinggi. Sanggup redah dari Kuantan ke Pasir Gudang nak jumpa Ustazah beli buku ni, walaupun sebenarnya boleh je beli kat Popular Berjaya MegaMall. Sebab apa? sebab feel beli dengan penulis berbeza. Dapat snap gambar san-sini, borak-borak sikit dan dapat lah sign. huhu.

teks highlighted terbaik
nikmat kebahagiaan lebih mampu dihargai oleh mereka yang telah teruji
setiap musibah menghadirkan hikmah apabila hikmahnya semakin jelas, kehairannya tuntas 

Footer & grafik comel
kasha suka footer dan page number tulis macam tu.. menarik
Ada imej-imej grafik yang menarik pada setiap chapter

Cuma
Jenuh nak baca nama penulis.. kecikkan mata sikit besar balik.. kecik balik haha ok kali ke4 baru boleh baca. maybe sebab bakground black and white jadi tulisan nama ppenulis berarna putih/hitam/purple dia tak naik. #lessonlearned
Reading Time:

Sunday, January 06, 2019

#bukanmenangis
January 06, 20190 Comments

Bukan aku menangis
Tapi asyik tak henti
Mengalir si air mata

Bukan contact lens
Rasa sentiasa Berpasir
dan rupa merah menyala

Bukan nak berfesyen
Berkaca mata hitam
Tak kira siang malam
Menyembunyikan mata yang
Semakin membengkak

Bukan tak kawan
Aku kena mengelak
Bimbang ramai menjangkit

Bukan bagi alasan
Cuma masanya yang dah tiba
Terpaksa berkuarantin sahaja

Labuhnya tirai 2018
Dengan peritnya diarrea
Pembuka tirai 2019
Ujian nikmat penglihatan pula

Jika ya yang dikata
Penyakit penghapus dosa
Alhamdulillah aku redha

Oleh itu mohon maafkan saya
Andai ada keterlanjuran
Gaya,  perbuatan mahupun bicara
Biar sengaja atau sebaliknya

Cerita yang cantik-cantik
Cakap yang elok-elok
Doa yang baik-baik
InsyaAllah Allah ada jaga kita
(akashah kassim,  2019)

Bila diri sendiri pon takut nak merenung mata sendiri dalam cermin.  Mula berfikir yang entah apa-apa. Macam cerita seram pon ada.  Mana tau tiba-tiba..

Ubat dah topup kali kedua
Esok nak kna follow up kali ketiga
Petua letak teh pon dah dicuba
Yang rasa sekarang hujung mata dah terluka
Pedih je rasa lebih-lebih lagi bila basuh muka
Nak tidur pon jadi tak kena gaya

Doakan cepat sembuh
Jenuh aih berkurung dalam rumah sewa
Nak balik pon mata tak berapa awas nak bawa kereta.  Hari tu sikit lagi nak langgar kereta sebelah.

"ok janji dah tak nak pegang phone tengok skrin dah.  Lama sangat rasanya tak baik-baik" gigih azam baru pada diri sendiri.  Tak cukup dengan itu,  semua akaun sosial media pon dinyahaktif.  Fuh.. Kau mampu? Tapi kan tak lama pon..  Kejap je da on balik.  Angan2 palsu. 
Cuba menyelak 1 demi 1 helaian buku-buku untuk dibaca, telinga tak betah mendengar gegaran handphone  bertalu-talu tanda ada kiriman pesanan yang perlu dibaca..
"argh!  Sabar kasha.  Mata tak elok lagi tu...  Sabar 1, sabar 2, sabar 3" tewas hakak dengan semua bunyi-bunyian yang tak henti memanggil
Satu demi satu kiriman dibaca.  Semuanya penuh cerita sakit.
"alahai,  macam sama je nasib kita.  dugaan awal 2019"
Kak yung..  Sakit mata berjemaah..
anak buah demam selsema..
Shufiah  kena chicken pop (weh,  da besar panjang baru kena eh?)
En Azam PMM ke IJN
Amalina diarhea
Ustaz Bakti surgery kat hospital UIA
Kak Del operation kat HTAA

musim dugaan dan ujian di awal tahun secara berjemaah.  Nampak tak?
Saje bergurau
"ni semua kena mandi bunga ni.  Biar cepat sikit baik. " Eh ye je aku bantai cakap mandi bunga. Haha hentam. Lain macam...

Apa pun semoga semuanya dipermudahkan, dipanjangkan usia yang bermanfaat dan diberi kesihatan yang baik untuk meniti satu tanggungjawab sebagai hamba Allah dimuka bumi...  Termasuk yang membaca ni.




Reading Time:

Friday, January 04, 2019

Jangan Percaya Sangat
January 04, 20190 Comments

TAPI kan....

KADANG-KADANGLAH 
BETUL JUGAK


Cuma kadang-kadang ni
biasanya  terjadi
BILA KAU ADA KAWAN
YANG PANDAI SNAP GAMBAR


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.