February 2009 - corEtan akAsHah

Sunday, February 22, 2009

sudut seloka
February 22, 20090 Comments
urm dalam mengexplore2 bende alah dlm internet terjumpe lak seloka dahulu kala..
entah la terase cam best jer..haha pesal la bole tersangkut lak ngan pantun ni..no comment...
dalam nak release tension ni layan gak nak berpantun ni..erm layan je la..layan je la kasha..

apa diharap padi seberang
entah berbuah entahkan tidak
entah dimakan pipit melayang
apa diharap kasihnya orang
entah berbalas entahkan tidak
entahkan sayang sudah menghilang

dari jauh ternampak bayangan
bila dekat sudah menghilang
apa kah kasih bertambah sayang
tertunggu dikau bila nak datang

puas ku tunggu puas ku nanti
menunggu di risik menunggu ditanya
akan ku susul menyelam hati
terubat jua rasa kerinduan nya

Sepat dikail dalam paya
dapat saekor ikan puyu
rindu hati ku jua tidak terkira
menanggung rindu menehan sendu

burung pipit terbang melayang
terbang hingga di pohon sena
tersimpul kasih terjerat sayang
kedatangan mu penawar duka

ramai orang mengail tenggiri
dapat saekor cantik warna nya
terpaut kasih rindu menanti
terpaut cinta badan merana

jangan ditimba air di bendang
makin ditimba penuh juga
cinta terukir ke anak dagang
sampai masa ketemu jua

hamba di sini menanggung rindu
neng disana memendam rasa
kasih dan sayang memecah rindu
terukir indah membalut jiwa

burung murai terbang bertandang
pipit hinggap di pohon sena
datang menjenguk datang lah sayang
esok jangan menagih hiba

anak bugis membuat kota
kota terbina di bukit cina
kata hamba kata di kota
bukan sekadar secebis bicara

dari jauh nampak bertiga
rupa nya bayangan sekadar cuma
ku titip sendu menehan duka
orang di sini tak ambil kira
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.