August 2020 - corEtan akAsHah

Sunday, August 23, 2020

Syukur Seadanya
August 23, 2020 2 Comments

Kadang,takdir itu bahasanya bisu.

Mendatangimu, tak beri tanda.

Dan, ia selalu terjadi indah —

lantaran sifatnya yang sering

rahsia.


Teruji serupa apa sekalipun kau di

dunia, ketahuilah— di hujungnya

pasti terselit hikmah.


Yakini sepenuh jiwa,

kita ada Dia yang tak jemu

mengurniai cinta.


Ana Rohani,

syukur seadanya.


- mempersembahkan puisi dari Kashah yang sedikit terubat dengan batuk tak berkesudahan lagi ni. Doakan yang baik-baik.

-Kashah kongsikan satu puisi untuk renungan bersama. Best sangat dengan background muzik dia lagi memang terbawa-bawa sangat. 

- Paling penting mesej positif yang dibawa dalam puisi tersebut buat Kashah teruja untuk membaca puisi tersebut. Hahah ekslusif okay. 

-Kashah follow juga semua puisi beliau melalui telegram

https://t.me/byAnaRohani


Reading Time:

Saturday, August 15, 2020

Cerita Bengkel Penulisan ABN Kuantan
August 15, 20200 Comments

Alhamdulillah berkesempatan hadir bersama 25 orang peserta Bengkel Penulisan Akademi Bonda Nor Kuantan.

Semalam rasa macam tak larat sangat. Menggigil rasa seluruh badan, pucat tangan dan kaki. Hujung setiap jari tangan dan kaki mula membiru selepas makan ubat balik dari klinik.

'Kak Yati, nanti tolong datang poli. Bawakan bunting terus. Takut esok tak larat nak bangun'

Hari ini, berlangsung Bengkel Penulisan Akademi Bonda Nor. Penangan ubat malam tadi, dah lewat pagi baru tersedar. 

Awal pagi menonton live facebook slot 1 bersama AB Zulkifli, bersemangat menyaksikan penceramah menyampaikan slot ke -2 dengan story telling, Cikgu Amla, dan juga kegigihan pengacara majlis, Kak Rozi, Kak Azizah dan Kak Haryati yang tak putus melayan pertanyaan dan sibuk menjual buku-buku.

"Nak pergi juga ke? Larat ke drive tu?" tegur housemate sambil geleng kepala.
"InsyaAllah, boleh. Singgah jap sana. Nak cari ubat juga. Harap lepas bacaan suhu sana nanti"

Saringan kesihatan mengikut SOP keselamatan kursus oleh penjaga keselamatan hotel.

"Alhamdulillah. 36.3. Kalau 37 tadi dah tak boleh masuk dah." 

Nampak sangat agaknya berpeluh-peluh dahi sebaik masuk pintu utama hotel. 

Sebaik melangkah masuk ke dewan, gelombang dan aura ungu menyerap semangat Lebah. Mengumpul ilmu.
Semoga bermanfaat. Semoga meraikan majlis ilmu ini memberi asbab kita berjumpa di syurga. InsyaAllah.

Perkongsian slot Cikgu Online bersama fasilitator:
Lambat sampai, tapi sempat berkongsi beberapa tips penulisan menggunakan aplikasi HP
Kebiasaannya dalam kelas, laju mencari sumber penghawa dingin. Sejenis mudah berpeluh. Berlainan pada kali ini lebih cenderung menjauh darinya. Sejukkkk..

Ah! Sudah dengan bercakap dengan pelitup muka, lari pula ke belakang. Maafkan saya. Mujur tak teleng kepala masing-masing sebab kita ada strong wifi di hati... Ceh! chia chia chia. Hehe






Reading Time:

Thursday, August 13, 2020

Sejenis kerinduan yang tidak bernokhtah
August 13, 2020 2 Comments

Bismillahirrahmanirrahim ...

CORETAN AKASHAH - Rindu menulis bebas tanpa tema tanpa batas.  Tulis sahaja apa yang terlintas. Memuntahkan segala-galanya ... 


Ya. Memang puas! Aku boleh tersenyum lebar melayan nafsu amarah yang memberontak. Button publish ditekan semahunya akhirnya cerita tersebut dicanang kepada segenap penghuni di alam maya.

Waktu itu, bakal ada pihak yang makan hati. Silap langkah kata-kata menjadi bukti dan akhirnya memakan diri sendiri.

Pada diri ini, telah dititipkan pesanan dari guru - 

Menulis bukan medan membalas dendam. Penulis punya tanggungjawab terhadap tulisannya sendiri. (Bonda Nor)

Fikir dan renungkan ...

Andai tulisan itu merupakan kalam akhir yang aku coretkan, itukah yang nak dipahatkan sebagai kenangan waktu roh dan jasad berpisah menghadap Ilahi?

Seberapa banyak pula nak dikira andai itulah coretan yang mendapat paling banyak reaksi dan perkongsian. Nampak cantik pada trafiknya namun rupa-rupanya cuma mengurangkan bekal pahala dan berbakul-bakul dosa dikutip atasnya.

Pesan pada diri

Pesan pada hati

Pesan pada jari

Semoga pada setiap yang disampaikan adalah bermanfaat kepada orang lain. Disebarkan dan menjadi bekalan saat diri tidak lagi boleh menyumbang amal dan bakti.

Dari seorang Akashah

Yang menulis sebagai terapi diri

Yang mengharap bukan pencetus benci



Reading Time:

Wednesday, August 05, 2020

Bengkel Penulisan di Kuantan
August 05, 2020 3 Comments

Ini poster feeling-feeling!
Ramai yang masih simpan cita-cita menulis buku tapi sekadar dalam hati?

"Bukan apa, tulis pun dah banyak tapi semua simpan sendiri sebagai rekod peribadi"

"Malu. Eh bukan cuma tak pandai nak mula dari mana?"

Sebenarnya satu perkara yang kita selalu abaikan iaitu TIDAK MULAKAN dan akhirnya simpan dalam hati jadi bahan muzium sendiri.

Tips dia. Jalan terus!
Jom mulakan, jangan tunggu lagi.

Menulis dan bonusnya jadi bekalan apabila dah tiada lagi di muka bumi. 

Bengkel penulisan serentak mengikut semua zon satu Malaysia. 

Jadi orang Kuantan dan sekitarnya,
Jom klik link ini
http://tiny.cc/BPABN

Zasss!  Tak klik sampai bila-bila tak jadi awak ...

Reading Time:

Tuesday, August 04, 2020

Momen @ Bukit Layang-layang, Pasir Gudang
August 04, 2020 2 Comments
Lama rasanya dah tak menjejak kaki di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang. Kawasan rekreasi ini sebenarnya terletak tidak jauh dari Pusat Bandar Pasir Gudang.  (Naik kereta 5 minit dah sampai. Kalau jalan kaki berpeluh jugalah nak sampai tu).
Bukannya apa, bila musim Festival Layang-layang memang berjalan kaki jauh juga kalau tak dapat parking dekat.
Oklah, kita ni sejenis yang selalu teruja dengan tempat cantik-cantik ni. Tak sangka banyak dah landscape baru di kawasan ini. Jadi, apa lagi posing ya. Mujurlah ada model. Senang hakak nak klik-klik.
Satu lagi area taman kanak-kanak. Anyway, cuma bergambar je ni sebab belum boleh main lagi musim PKP ni kan? Comel kan design dan warna pondok comel tu.
Satu lagi yang menarik perhatian. Rasa nak landing je. Tapi tulah masa ma tengah tunggu kedai daging untuk masak raya korban buka. Kalau landing confirm habis daging kat kedai. Habislah!

Disebabkan waktu awal pagi tu takde orang, jadi pentas dia jadi tempat shooting tiga beradik ni buat konsert. 
Selamat menonton. Hahah
Ada hari kita disaji dengan rezeki kebahagiaaan
Ada masa kita dihujani ujian kehilangan 

Semoga setiap langkah dan tindakan kita hari ini dan akan datang
Jadi bekalan pahala yang mengalir walau ketika itu kita tidak lagi berpijak di bumi Tuhan.

Fikir elok-elok
Tulis cantik-cantik
Doa baik-baik

#coretanakashah


Tengah penat baru sampai drive dari pasir gudang ke kuantan pk 8 tadi. Tapi susah pulak mata nak tutup. Jam dah pukul 12.30. Esok keje oi! Jangan macam-macam mata.
Reading Time:

Monday, August 03, 2020

KLCC BURGER TIKAM
August 03, 2020 5 Comments
KLCC BURGER TIKAM

"Eh! Ni sejenis viral ni. Hahah"
" Order! Order! Kashah nak amik gambar. Kashah nak order nasi." Begitulah sejenis tak rasa puas kalau tak makan nasi. Tekak nak cari nasi juga sehari.

Harga berbaloi
Harga RM15. Nak bagi bayangan ketinggian burger ni, kalau duduk tu, setinggi paras kepala juga lah. 

Tak jatuh pula burger tu
Boleh dikira 5 kali burger biasa disusun menaik dan dicucuk pada sebatang besi. Sebab tulah dia sebut tikam kot. Jadinya stabillah kedudukan burger tu.

Ada salad, tomato daging, ayam, sosej, mayonis disusun berselang-seli. Makan berempat pun tak habis sebab yang lagi 3 orang dah melayan nasi goreng. Rasanya kalau budak laju je ni.

Kesimpulannya, recommended. Bolehlah singgah kalau lalu Chalok. Sebenarnya Kashah waktu ni dari Kota Bharu menuju ke Kuantan, jadi singgah makan malam. Perut dah lapar betul time tu.
Gambar gelap sikit sebab waktu tu dah senja.

 Ooh ada lagi satu menu yang sedap dilayan. Sotong goreng tepung dia.  Berbaloi makan walaupun alergik. Gatal lepas tu pun tak apa. Tapi murah je RM7 dapat seekor sotong. Ingatkan yang potong kecik-kecik tu je.

"Fuh! Mujurlah jauh. Kalau tak, mahu kita ni mengulang selalu kat kedai ni. Huhu"
Alhamdulillah... Rezeki hari ini.

Makan berempat. 3nasi goreng, 1burger klcc, air buah 1, nescafe ais dan 2 air suam. RM60. 

Layanlah sekejap lepas 8jam menghadap kursus sistem iFRP di Politeknik Kota Bharu Kelantan. 

Sila ke fb kedai tersebut
https://www.facebook.com/DNORA-Seafood-1429875423802115/

DNORA Seafood
Kampung Chalok Kedai, 
Setiu, Terengganu

Reading Time:

Sunday, August 02, 2020

Siling menangis
August 02, 2020 2 Comments

Ha gitu kemain tajuk.
Sebenarnya plan nak balik ke tempat kerja hari ini. Tapi malam tadi tiba-tiba nampak siling ni mula menitik. Dah lah semua orang balik rumah masing-masing. 

Tak lena tidur dibuatnya. Manalah tahu kan? Tetiba masa tengah tidur, siling jatuh ke? Haish rasanya setiap 1 jam  terjaga. Ibu dan Alim yang gerak 12 malam tadi ke KL pun da sampai jam 3.30 pagi. 

"Takpelah... Pagi esok try contact tukang paip yang betulkan paip bilik air bawah aritu" ayat melegakan hati.

Abis bangun pukul 7.30pagi, da mesej orang tu oi. 
'Boleh tak  tolong tengokkan siling rumah. Risau pulak lama-lama kalau tinggal'
Sekali dia tak available hari ni, jawabnya kena la menunggu esok.

Laju buka HRMIS apply cuti sehari lagi. Mesej penyokong dan pelulus cuti untuk makluman. 

Tolong doakan selesailah perkara ini esok. 
"Nervous wei! Benda-benda gini selalu jadi dan kena belajar handle sendiri." Layankan ajelah.
Kita merancang sebaik-baiknya. Namun halangan dan ujian datang tanpa salam. 

Apa-apa pun dia tetap datang menjengah dalam hidup kita.

Usaha, dan berdoa. Semoga semuanya baik-baik aje. InsyaAllah.

#posterpinjam
#coretanakashah

Reading Time:
Kredit RM50 DI E-WALLET
August 02, 2020 6 Comments

Apakah Program ePENJANA?

Ramai yang dah tahu, tapi mungkin ramai yang belum alert apaka ePenjana ni. 

Touch 'n Go eWallet diumumkan sebagai e-dompet rasmi bagi Program ePENJANA yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mempraktikkan transaksi serta pembayaran perbelanjaan tanpa sentuh dan selamat.

Ia juga merupakan inisiatif pemulihan ekonomi bagi membantu rakyat dan para peniaga yang terjejas ekoran pandemik Covid-19. Melalui program ini, pihak kerajaan akan menyalurkan RM750 juta kepada 15 juta rakyat Malaysia yang layak menerima insentif RM50 yang boleh diguna pakai di lebih 220,000 pusat perniagaan di seluruh negara yang menerima penggunaan Touch 'n Go eWallet.

Jadi, siapa yang layak memohon?



*Anda juga perlu berdaftar di aplikasi MySejahtera dengan menggunakan maklumat yang sama di akaun eWallet seperti Nama, IC dan nombor telefon.
Maknanya kalau cuma ada ewallet tapi takde akaun mysejahtera, tak dapatlah.

Info diatas kredit kepada laman web touch n go.

Jadi mari Kashah tunjukkan langkah-langkah untuk claim Ewallet ini.

Kalau dah daftar, sila buka e-wallet touch n Go anda

Step 1
Buka apps e-wallet. Akan keluar iklan 
Your RM50 epenjana is here. 
Jadi klik Claim Now!
Tengok baki tng kita cuma RM11.16

Step 2: PAPARAN seperi di bawah akan keluar. Klik i agree... Dan button claim now!
STEP 3: paparan status claim akan dikeluarkan seperti dibawah. Jadi tunggu masa je lah dia akan kreditkan ke akaun ewallet kita.
Update selepas sehari claim.
Nilai RM50 telah berjaya dikreditkan dalam akaun ewallet.
Pastikan guna sebelum 30 september 2020.
RM50 ni bolehlah buat bayar tol highway, minum tea , kedai runcit, bil, yang boleh guna ewallet. Rujuk servis gambar bawah. 
Ok nampak tu baki terkini RM61.16. 
SEKIAN.



Reading Time:

Saturday, August 01, 2020

Salam Aidiladha
August 01, 20201 Comments
Korban kali ni tak boleh tengok aje macam selalu. Selalu tumpang buat kat tempat kerja Ngah je. Ramai dah tenaga yang melapah. Kita tunggu dan tengok aje.

Projek Korban bersama Komuniti Scientex.
Keseluruhannya ialah 7 ekor lembu 🐮 dan seekor kambing. Ini merupakan kali pertama join bersama komuniti kawasan perumahan di Pasir Gudang. Join Group Whatsapp melalui group taman di Pasir Gudang.

Bayaran konsep kutu
Bayar transfer RM70 setiap bulan ke akaun yang ditentukan satu  nama bahagian lembu bernilai  RM700. Mula bayar bulan oktober 2019 tapi masa PKP haritu kasha bayar penuh je terus. Ada lebih sikit bila dah mula bekerja dari rumah.

Bagi yang berkemampuan nak buat seekor lembu (RM700 X 7). Ada juga ahli yang buat macam tu. Mungkin buat satu keluarga punya nama agaknya.

Pembahagian daging Korban
Pencerahan seekor lembu bersamaan 7 bahagian, maknanya seekor lembu dibahagi 7. Satu bahagian satu per tujuh. Dalam satu per tujuh itu,
1/3- untuk peserta
1/3 wajib diberi kepada fakir miskin
1/3 - sunat diberi kepada orang awam

Dan ada yang masuk untuk korban nazar, tuan punya tidak boleh ambil bahagiannya, semuanya diberikan kepada fakir miskin dan orang awam. Yang masuk aqiqah pula, 1/7 dia ambil semua bahagian dia. Tiada bahagian fakir miskin dan orang awam. 
Mula semangat datang surau pukul 10 dengan adik, Halim dengan senjata pisau di tangan. Bila datang, tengok belum sampai lagi lembunya.  Jadi balik rumah dulu.
Nampak perut alim je. Marah dia, kita tak snap muka penuh.  Aduhai maap

Mengikut SOP MKN, ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Johor 
"Semua lembu akan disembelih di ladang ternakan pada hari raya pertama dan lembu tersebut akan ke surau Al Raudhah di jalan kelisa belakang balai polis scientex."
Alim amik gambar penuh.

Kerja memotong, menimbang dan membungkus daging. Masuk group meja yang tangkas bebeno, sakit juga pinggang walau cuma sempat mengurus 3 ekor lembu sahaja sebab datang pukul 2. Kiranya terlepas satu jam, 3 ekor lembu siap dipotong dan ditimbang.

First time join dengan komuniti area rumah ni. 
Lain macam semangat gotong -royong dia. Tak rasa macam duduk taman, rasa macam kat kampung juga pembawakannya.

Alhamdulillah... Selamat menjalankan ibadah korban  kepada semua umat islam. Semoga amalan kita semua diterima.

Eh! Pakai blause je raya kali ni. Yelah seharian duduk melayan daging lembu.
Dah bau lembu. Fuh... 
Belanja sikit video sepanjang acara. Jemput tonton.

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.