Google+ Followers

Kelakar katanya

Buat Akashah!!! 

Lebih baik diam 
Dari berkata-kata
Bila lidah kau lebih tajam 
dari sebilah pedang

lebih baik kiranya
 cedera yang terlihat luka berdarah
Mudah dirawat,  tiba masa sembuhlah ia
Dari sakit hati yang lukanya terpendam
Takut nanti tertanam parutnya dendam

Bukan bodoh menilai
Jika yang kaca digelar berlian
Bukan buta melihat
Jika yang biasa disebut berharga
Bukan tuli mendengar
Jika yang bising dianggap penghibur halwa telinga

Aku sedang mencuba
Tapi persepsi cuba menjadi dalangnya
Aku hanya insan biasa
Mungkin tidak perlu lagi bual bicara 
Cuma buat sekadar yang ada

Apa pon rintangannya Akashah
Ingat
Allah kan ada
Bukan bersandar manusia
Sebab sibukkan persepsi manusia
Kita lupa
Ada penilai yang lebih Agung
pencipta kita
(akashah,  2018)



Share:

Bila takde Geng Makan

Bila kasha tak ada geng nak makan kat kedai..  Bukannya takde kawan kat opis. Malas juga takde mood nak pergi kedai.  Kebetulan hari ini puasa.  Saje nak praktis sebab tak lama lagi dah nak bulan Ramadhan. (Ramadhan diperatauan, hahah) Harap dipertemukan Ramadhan akan datang ini. 
ok berbalik kepada topik diatas. Jadi penyelesaiannya berbuka masak apa yang ada. Malas fikir pelik2.  Siang tadi, Nampak Ana post gambar kat instagram dia sambal hijau. Kecur pulak.. nampaknya itu je yang mudah dan cepat siap kot. (Kalau dah sampai sempat snap gambar, cepat siap la tu)

As per request by hanim dan Uchu, asiklah tanya makan apa , berbuka apa? Mula bagi teaser ni je.. 9teka la sendiri. sebab masa diorang tanya kita dok menghadap kuali ni. kasha kata kejaplah nanti nak berbuka kasha snap. ini lah dia hasilnya.
Menu mudah aje, boleh la buat santapan berbuka puasa. ha cubaan asah skill snap gambar. Agak2 kan mana yang ok?yang backgound putih(ini kalau masak western ok la kan?) ke background tikar mengkuang (ikut tema sikit kan?tradisional.) hmm apa2 jelah, alhamdulillah kenyang berbuka ezeki Allah bagi hari ini. 
Sambal hijau.. cili dia pedas sangat. Tapi sedap jugak (puji diri sendiri nampaknya) nak kena tanam cili sendiri ni.. haha. macam tak jumpa je cili yang ibu pernah tanam kat kampung dulu. Pedas yang boleh dibendung.
drumet ayam pedas.kasi tambah2 lauk
ini kalau tak kenal tak tau lah, bukan main banyak.. 
kopi hanis atikah bagi. Sedap dan pekat.. masa bancuh tu tak payah etak serbuk banyak2 pon. dah sedap..(ok ni buat kasha tidur lambat lah malam ni agaknya). jangan esok bangun lewat dah le.. 
Cuma nak cakap.. takde la sedap mana pon, tapi kalau kamera kasha yang snap, semua pon jadi canik. (puji diri sendiri lagi)
mata tu takyah nak kelip2 sangat eh.. dah pi tido sana

Modified version sebab pdas sgt ssmlm. 😝😋
Share:

Padlet @Class

Hari ini masuk kelas teori lagi.. Nama kelas Cultural Diversity. 'Bertuah' sangat dapat ajar kelas teori gini yang mengulang-ulang benda teori dan konsep dalam alam pekerjaan. Nak elakkan kebosanan tunjuk slide, tak sempat lah kasha nak buat soalan Kahoot hari ini. So, idea nak guna padlet aje lah.
Padlet tu apa?
Aplikasi Padlet ialah web 2.0 yang boleh memerlukan capaian internet. Ia digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Padlet boleh digunakan untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi tujuan pembelajaran. Keistimewaan pembelajaran melalui Padlet ialah bahan pengajaran dan pembelajaran seperti teks, grafik, animasi, video dan pautan URL boleh disampaikan dan digunakan. Elemen-elemen tersebut sangat membantu murid dari segi pemahaman dan mengingat pelajaran dengan mudah. 
 Ini lah rupabentuk padlet tadi. Konsep online whiteboard lah. Dari kita pakai whiteboard @ sticker paper tampal kat kertas majong. Jadi kita manfaatkan keghairahan pelajar pegang Handphone tu dengan mengakses padlet untuk share idea secara online. 
hahah handphone yang tak boleh lekang dari tangan.
 Ada juga yang internet slow, kita mintak dia guna komputer. Nasib baik dapat kelas kat TECC(Technology Enable Collaborative Classroom) , jadi senang lah sikit.
Ha gambar kat atas ni masing2 tengah sibuk menjawab dalam padlet
step guna padlet
  1. login padlet guna gmail account kat sini
  2. Dia akan kluar dashboard. Rujuk gambar bawah
  3. Nak create baru click make a padlet, kalau nak buka yg kita dah buat just click kat senari padlet yang terpapar kat dashboard tu.
  4. dah siap bagi url kat student button tambah warna pink untuk bagi diorang add dia punya part.

Ini rupa bentuk dashboard padlet. ha tu antara padlet yang kasha pernah buat
Bagus ke guna padlet ni? 
ikut pengalaman kasha lah banyak kebaikan dia
  • kalau kita project padlet kat screen akan memberi lebih menambah keseronokan dikalangan pelajar. sebab dia nampak apa yang dia tulis, kawan2 dan pensyarah dia tulis secara langsung. Walaupon boleh je tengok kat hp masing2. Tapi perasaan dia tak sama.
  • Boleh direct comment, boleh like terus.
  • kat padlet boleh letak video, gambar, text, link
  • Eco-friendly-xpayah beli majong paper, solatip, marker pen.sebab lepastu takpayah fikir nak buang2 kertas mahjong kan.
itu je perkongsian penggunaan web2.0 yang kasha guna dalam kelas. Nanti kalau rajin, boleh post lagi guna benda lain plak.
Share:

MOOC kedua pulak

Salam.. 
Menghadap komputer berejam dari pukul 10 pagi dalam 4.15 pm gitu baru siap 1 chapter.
 Kali ini merupakan MOOC kedua bagi kursus semester 1 jugak macam kat bawah ni. Bezanya kali pertama buat 1 chapter, kat sini buat full chapter. Kena buat chapter 2 dan 6. Kewajipannya dulu 1 chapter 6 video (3 sendiri,  3 youtube).. 
Siap carta gant lagi tu. Besar perancangannya. Kita yang nervous tengok

Kalau 7 chapter masak lah 42 video nak disiapkan.. Chapter yang lain pensyarah lain buat.  haha menghadap le nak buat untuk 7 chapter.. part video paling malas nak buat.
Program : Diploma Pengurusan Pelancongan
Kursus     : DTM1013 Fundamental of Tourism & Hospitality
Tema pink pulak ya..  Haha

ini pula video sendiri yang dihasilkan untuk MOOC
Isi kandungan kena tunggu publish katanya. sebab tak siap lagi.
Jenguk posting pasal mooc pertama akashah kat sini

update terkini
1/3 diberitahu platform sbjek sama ngan poli lain.. haha ko rasa nak rasa apa masa ni?
Perumpamaanya macam ni lah lebih kurang. .

rasanya macam orang dah promote teh ais kat satu kedai ini sangat sedap.. pastu kita beria pergi, dah order.. bila nampak waiter hantar teh ais, ingat kat meja kita tapi rupanya meja orang lain.. dan baru dapat tahu itu adalah gelas teh ais terakhir kat kedai tu.
 SYMP
Share:

Poster vs Gallery Walk

First time kena ajar subjek semester 1 ni, nama subjeknya ialah Tourism Malaysia. Ikutkan kalau mengajar orang dewasa kita kena gunakan kaedah pedagogi. Ha masa KIPA kat Genting Highland dulu ada belajar. Nak guna kaedah teknologi terbatas sebabnya kelas ini lokasinya kat Level 5. Internetnya slow sangat. Jadi kita kena pelbagaikan kaedah lah.
Sebenarnya kaedah ini sesuai jika kita ada subtopik berbeza tapi masa dalam kategori yang sama. Contohnya untuk kelas ini, kasha buat camni:
Topik Tourism Attraction in Malaysia
  • Marine Park
  • National Park
  • Historical Sites
  • Prominent 
  • Theme Park
  • Beach and Island Resort
  • Highland

Gallery Walk is discussion techniques that enable student s to be actively engaged by roundly walk in a classroom. They work in small groups to share ideas and respond directly by writing any additional information. Combination of using text and graphics resources such as the poster with gallery walk will encourage student creativity in the classroom.
(ni ayat tulis kat facebook tadi.. so copy paste je lah, maaf dalam english pulak.. dalam BM boleh rujuk entry kasha dulu2 kat sini
ini antara 4 group yang bentang poster presentation and gallery walk tadi. antara 4 group ni, ada 1 group yang agak tersusun sikit poster dia. dan print saiz A3 yang sebenar. 
ok lah walaupon ada content yang missplace
Tak leceh ke?
haha ok je cuma ada lah leceh jugak, sebabnya:
PERTAMA:  kita kena observe poster dia tu dalam 3 minggu. Masa dalam 3minggu, ada pula yang tak bawa laptop. Haha nak tunjuk denngan Handphone je katanya. HP dia kecik aje.tengok wasap bolehlah. Ini poster dia suruh kita tengok pakai HP.sebenarnya ada alternate way macam guna kertas majong dan marker. tapi fobia lah kertas majong ni. So cuba try concept baru.

KEDUA: Miss, saya tak print lagi!!! Adoi dah hari pembentangan tak print lagi. Itu belum lagi cakap saya punya poster hilang dari laptop saya. masalah kita ke tu? uhhai.
ada 3 group yang bermasalah macam tu, jadi gallery walk transform jadi presentation biasa. Sebab kena teruskan juga. Malas nak tangguh. Layan je lah korang. output ada ok la tu.

Share:

Asyik Makan Aje

Cantik dipandang
Buat apa aje hujung minggu? 
Aktiviti setakat ini,  Makan2 and jalan2
Misi ke Kula Cakes.Nak tau detail dan lokasi pi usya fb dia kat sini .
Sebenarnya kedai kek ini merupakan kali kedua kasha dan hanim terjah. Kuasa viral info kat web ni,  bagitau kedai ini #mestipergi.  Sebab katanya popular dengan mango cheese cake dia.
Tapi malangnya,  Masa pertama kali datang haritu  ramai orang dah beratur panjang depan kedai.. Kita duduk jap kat meja tepi tu,  tak jugak beransur kurang orang beratur. Makin bertambah adalah.. Jadi,  Terbantut rasa nak makan tu dan kami terus balik.
Jadi,  untuk kali ini kami cuba nasib lagi dan alhamdulillah line clear.. Belum ada situasi orang beratur panjang macam ulat gonggok.. So atur langkah terus masuk ke kedai dan cepat2 pergi order.. Kebetulan ada 2 je meja kat bahagian dalam(ada aircond, sejuk sikit),   1 meja kosong terus lepak kat situ. Dan tak sampai 2minit duduk,  snap sana sini,  da mula ramai orang beratur panjang sampai ke luar..  Good Luck korang..
Sebenarnya kami singgah sini cuma Nak rasa je. dalam hati masih sedar fakta yang kek dan kalori tak dapat di pisah..ni pon sebab kuasa viral lah..
Menu anim: mango cheese cake
"Ok la.. Tak manis nice..  Cake nya dibekukan.." kata hanim.
(actually mangga tu die da blend siap2 dan bekukan macam lengkong la teksturnya)
Kasha:nutella pavlova
Pavlova dia ringan (ayat shu)  , yg penting xmanis nak combine ngan nutella biskut kat bawah dia yg kuat manisnya.. " -kasha
kasha ni jenis xminat buah,  popular mcm mana pon..tetap  X order menu kek viral tu.  hehe sebab tu order nutella.. Boleh le layan.
Parking dia nasib2 je,  kedai die kecik je tapi jadi buruan bagi food hunter.sebab da tersenarai tempat mesti pergi bila tiba kuantan dalam google kan.masa observe tengok pon kebanyakan yang datang ni pon ramai orang luar. Nampak lah gaya food hunter tu. Haha macam kitorang gak.. Kira memang nak tau betul ke sedap? Dan masing2 nak #wearehere kot? 😝😝
Itulah die cerita late lunch kitorang ari sabtu.late lunch katanya mkn kek ko hado? Tekak orang tak sihat nak makan kek..  😂 layankan aje..
Dah kenyang,  jalan pulak
Lepas dah 1 , nak watpe lagi tak tau.  Jalan2 kat tepi pantai aje lah..  Cicah2 kaki kat air.
Rindunya alahai nak berendam..  Dapat cicah pon jadilah kan? Tapi bukan cicah,  ni da kira celup..  Abes kaki seluar basah..  Tulah die bila dah jumpa air kalah budak2.
Kalau takut dilambung ombak,  jgn berumah ditepi pantai
Tengok gambar ni teringat peribahasa ni
Model lensa kasha
Muka comot as usual.mata merah tu tanda mengantuk nak tertido sebab dapat angin laut.lagi2 lepas makan ubat batuk (dari doc sedap mata memandang semalam. 🙇)
Hari ni xde idea nak snap celah2 pokok ni sebab belakang2 tu banyak kete..  Orang park terus kat atas rumput padahal ada je parking bertar..  Kat belah sini plak ada orang tengah sambut birthday.. Siap bertema lagi merah putih..  Meriah sambut die 1 family.. Siap ada backdrop lagi.  Seriusly tema dia cantik tepi laut alas putih ngan merah2..  Kalau muka kasha ni tak malu,  dah lama mintak izin snap backdrop die. Tepi pantai,  angin2.. Sejuk je. Hehe tapi sebaliknya lah.  Heheh pandang aje dari jauh


Share:

Kelas Teori Bosan Kan?

Teori dan Bosan Berpisah Tiada
Bila kita pernah jadi student, kita tau lah konsep kebosanan tu. Lebih2 lagi bila last day class, mood masing2 dah ke laut, bulan bagai. siap da ada yang whatsapp tanya "ada kelas ke Miss Jumaat ni?" haha melampau, last week baru bagi cuti, ni nak cuti lagi.
Cultural Diversity merupakan subjek yang kalau sorong bantal tu, confirm boleh tido nyenyak lah.  So, fikir jap ingat student je ke yang bosan, pensyarah pon terbawa2 sekali kalau subjek tu semua tulisan je.
Video Biteable.com
Bila nak bagi mood student yang dah ke laut tu, kita tarik jap dia ke daratan balik.. hah camne?
buat brainstorm sikit pasal topic ni, daripada sebut satu persatu, baik tayang video aje.. video animasi ni kasha create guna web 2.0 je, tak payah download software pon.. tu yang mudah tu.  
 https://biteable.com/
  1. login/signup guna gmail account
  2. Pilih template yang kita nak
  3. Edit aje tulisan
  4. Kalau pilih template yang ada gambar upload gambar yg kita nak
  5. Nak senang tengok video tutorial sini
  6. Untuk download kena poat kat youtube baru save. 

Ha mana Video biteable kasha?
Nama pon short video, ini jelah simple video yang kasha buat.
Kasha pegang benda ni je bila mengajar kat sini

"the way to entertain yourself by doing what you mostly like"
nak bagitau jugaklah,  dulu lepas download kasha selalu edit kat powerpoint tutup watermark biteable tu letak nama kita ke apa ke? Cthnya camni
 Tapi disebabkan takde microsoft office 2013, tak dapat lah edit cenggitu kan? ..  Haha (rindunya lah ngan office 2013) sebab boleh edit video jugak selain edit gambo.  😭😭😭😭
Tapi kena bersyukur kan, buat2 ada (tu je lah ayat kasha)
Tadaa, ini lah hasilnya walaupon tak sehebat pakar.

Respons student?
Miss, ulang lagi.. tetiba rasa macam kat tadika plak.(diorang kata gitu lah)
tadika pon tadika la dek oi.. janji dari mood  Tadi yang kelaut tu nampaknya dah berpatah balik ke darat kan?
Dan akhirnya
So sesi brainstorm berjaya dibuat.
selalu pinjam speaker unit, kat sini pinjam terus dari ICT, gedabak speaker dia.. huhai.. leceh sikit la nak pasangnya, baik ada student yang rajin tolong pasangkan dan simpankan jugak.. rasa macam alien plak speaker ni.. huhu. Bunyi dia terbaik.. penting ni untuk tayang video ngan kahoot untuk penutup nanti.
Dan laptop tu, laptop sendiri lah beli thn pertama keje kat poli dulu..  Alhamdulillah boleh guna lagi walaupon bukan jenama buah epal. Haha 😝😝. Laptop zaman belajar master tu. Harap boleh berjasa lama lagi. 
Kasha ada sebut Kahoot 
Kahoot adalah satu aplikasi permainan berasaskan pembelajaran yang menyeronokkan. Soalan yang terdapat dalam aplikasi ini sebenarnya di buat oleh kita sendiri dengan beberapa pilihan jawapan
(tu ayat google, bukan ayat kasha)
 Penutup kelas. Layankan aje kahoot. Muzik kahoot ni sebenarnya yang menghantui.. 
buat kita Rasa nervous nak jawab
Selalu x inform pon ada hadiah.. 
Bila dah kuar keputusan baru bagitau 
"Tahniah Fizah.. Nti dtg office.. 
Tuntut hadiah ngan saya eh.". 
"Alaa miss x cakap pon ada hadiah"
"Haha memang saje xnak bagitau.korang kan mood nak balik Kg
Selamat bercuti untuk student2 "
#cutisemkatanya #sedekahjumaat
ni video masa buat kahoot last week, masa kat bilik tecc.
Kelas yang tadi kasha tak berkesempatan buat rakaman video masa game kahoot sebab tadi ada "pengawas" datang monitor. Jadi tak ingat pulak nak amik video tu. (nebes agaknya) 😆😆.tapi gambar tetap ada. 
*sebenarnya nak buat animation video ni ada banyak je web 2.0 yang kita tak payah nak install software.  Cuma kena rajin explore lah..  Antaranya macam powtoon, pretzi ke?  Next time, kalau ada peluang dan level kerajinan kasha nak update pasal powtoon,  maybe boleh la cite pasal video powtoon pulak
*manakala,  kalau games selain dari kahoot,  kita boleh guna cramp ataupon quizizz.  Ha tu pon ok gak..  Layan gak diorang main benda2 gitu dalam kelas..
*Sekarang ni cuma kelemahan yang kita jumpa ialah line LAJU ke TIDAK..  Kalau tak LAJU,  feeling tu tak datang..  Macam minum teh ais lah..  Kalau tak sedap teh nya feeling sedapnya teh ais tu hilang..  😂😂😂

ok dah tu je la nak cite.. 
#jommakan
makan je mana tak gemok?hehe
Share:

Jika tak nampak saya disyurga

Terkesan dengan doa yang ditulis oleh ustaz ebit lew di status media sosialnya.
Tengah skrol2 facebook,  nampak satu post warna pink ni. memang berbeza dengan post2 yang lain. Terberhenti sekejap jari nak skrol ke bawah. Baca, baca entah berapa kali kasha baca ayat tu..  Rasa macam2 dalam hati.  Rasa macam nak nangis pon ada. 
Ye la kan? Bayangkan keadaan kita di sana nanti. Tak tahu lagi kesudahan kita macam mana.. Ada tak sahabat kita yang ingat kat kita nanti jika tak nampak kita kat syurga?  Dan ketika Allah bagi peluang nak tarik siapa? Ada kah kita golongan yang bertuah itu.. 
Samada kita yang menarik sahabat kita
Atau
Kita yang ditarik oleh sahabat kita
Semoga semuanya pengakhiran yang baik2..  
 #semogajumpadisyurga

Diriwayatkan, bahawa : 
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb.. 
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman: 
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah" 
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd")

Al-Hasan Al-Basri berkata:
"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti"

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis: 

"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku.."

"Wahai Rabb Kami..Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
Share:

Buku pertama beli 2018

Bila kasha dah buka online diary ni, waktu malam...   maknanya tak boleh nak tido. Badan sakit, bukan sebab jalan jauh tapi benda yang dah lama tak jadi dah berlaku..  Hmm bahaya betul.  Dulu selalu jatuh tapi sebab kaki tak balance..  Sekarang kat tempat baru,  sebab kerusi lah pulak..  Tapi yang tak boleh blah,  jatuh sopan ok..  Jatuh bersimpuh. Ha ko cukup sopan ke tidak tu?  Bila tahan seluruh badan pakai tulang belakang,  esoknya bangun terus sakit tangkap angin sampai ke kepala. Kadang2 Blur je pandangan..  Tapi boleh kawal lagi le.. Plus ulser..  Spoil mood kita.. 

Ok berbalik pada buku pertama Kasha
Bila lunch tak tahu nak makan apa? Time ulser,  kasha cari bubur lah. Patutnya bubur MBrown,  tapi kat Kuantan xde..  Terpaksa cari bubur McD..  Boleh le dari takde..  Waze yang paling dekat kat Mega Mall..  Kalau jalan kaki dekat gak ngan Poli ni,  cuma nak melintas jalan besar kang nervous.  So drive aje.. 
Masuk dari pintu tepi,  direct terus kedai buku..  Wah,  ada Kedai Buku Popular!!!  Menarik tu,  ada bahan boleh dibaca..  Ada book hunting jap gi sambil kaki dah melangkah cari makan tengahari..  Usai sesi menjamu perut, lalu balik kedai Buku tadi dan misi mencari buku yang dihajat bermula.. 
Senang je nak cari buku ni
Dia kat bahagian buku bukan fiksyen.. Terus je tuju kat area tu,  capai 1 naskah dan terus ke kaunter..  Waktu tengahari di kedai buku bukanlah peak hour untuk peminat buku.. Jadi,  tak perlu nak tunggu lama,  bayar dan buku pon dapat..  Alhamdulillah
Best sangat ke kasha buku tu? 
Best ke tak sesuatu buku tu,  subjektif bagi setiap individu..  tapi entah kenapa untuk masa ni,  buku tulisan dari penulis Bonda Nor ni memang dah lama menggoda hati kita nak beli dari dia post cover kat FB dia.  Buat masa ini banyak ayat2 motivasi dia tu shoot terus ke hati.  Kalau ulser kat hati,  ini lah ubatnya agaknya lah kot. Hehe 
Kuasa satu Ayat
Percaya atau tidak
Hanya kerana satu ayat 
yang kita baca
Boleh jadi buat redakan hati
Tapi kadang2
Hanya sebab satu ayat 
yang kita lafaz
Boleh buat hati tersentap
Sesekali
Dek penangsn satu ayat
Orang tujukan pada kita
jadi ubat penawar duka
Macam itulah
Hidup manusia
Ada deria merasa
Ada akal berfikir
Mana yang boleh ditapis,  dijaga
Mana yang boleh dikongsi,  berpahala
Biarkan ayat @ tulisan kita
Menjadi penyumbang amalan
Kita ke syurga
Bukan asbab ayat @tulisan kita
Menarik kita & orang lain
Ke Neraka, Nauzubillah minzalik
(akashah, 2018)

Dapat plak coretan karya 2018 untuk posting kali ini.. Kepada yang baca posting ini,  harap doakan yang baik2 untuk kasha..
Xnak jatuh lagi..  Sakit oi..  #jatuhhatilaincerita
#jangankecam
Share:

Yang Baik didekatkan..

Januari dah pon berlalu, 
Februari mula menjenguk pula, 
Begitu sekejap masa berlalu,
tak sampai 100 hari Ramadhan pula bakal menjelma.. 
(eh jadi pantun plak ye,  tak plan plak rupanya jadi pantun) 
Tengah makan cakap yg baik2 supaya yg baik2 masuk dalam perut,  "orang kata"
Berbalik kepada tajuk diatas
Pernah tak kita rasa,  lambat sangat apa yang kita hajat tu nak terkabul?  Rasa macam dah nak dapat..  Tapi bila sedar-sedar rupanya makin jauh. Ha kan?  Mungkin kita tak cukup doa agaknya..  Kata ustaz kalau doa kena specific..  Contohnya macam nak baju biru,  kena sebut baju kurung biru turqoise sutera..  (ha baru baju tu dapat) .. Bila tak specific macam beli kat lzda lah,  mintak biru dapat merah..  Ceh.. 😨😨..
Muka sedih sangat tu. .Sampai asyik kena tegur je.. Percaya kita kurus,  walaupon orang cakap gemok,
Kalau tak kurus kita doakan orang tu gemok. Haha gurau.. Hp kita je yang ngaku kita kurus.cth cmni lah. 
Dan juga,
Kita nak yang BAIK2,  minta yang BAIK2,
TAPI Kita tak tahu apa yang TERBAIK untuk kita..
Kadang apa yang BAIK itu dekat,  kita nampak,  kita kejar sangat2.
Tapi kita tak tahu yang TERBAIK itu masih tersimpan dan tersorok jadikan ia jauh dari kita.. Jadi sama2 lah kita doa semoga yang JAUH tu segeralah Didekatkan..  Dalam bentuk rezeki dan nikmat yang Allah nak kurniakan kepada pancaindera kita sebagai manusia..
Sebaliknya pula,
Tanpa kita sedar yang JAHAT terlalu hampir dengan kita,  malah dah macam kejar rapat macam bayang2..  Huish takutnya,  nauzubillah..  Biarlah segera dijauhkan dari diri kita.
Yang sebenarnya,  niat yang salah pon bakal mengundang gejala2 JAHAT ni mendekati kita..  Kadang ada aura negatif tu sesekali hadir menarik unsur2 yang TAK BAIK tu datang kat kita..  TAK AJAK tapi dia macam MAGNET.. Maka JAUHKANLAH segala unsur, aura,  magnet yang mana semuanya mula dengan HATI DAN NIAT..
Entahlah nak cakap kat diri sendiri sebenarnya,
hidup merantau ni,  jaga diri elok2..
Sedar diri,  jangan nak kacau orang tak tentu hala (ada rupa mcm pengacau ke?)
Risau tu ada..  Resah pon kadang menjelma..  2R ni yang bahaya..  Takut tambah lagi 1 huruf S-Susah hati,  susahkan orang..   
Ok panjang jugak kasha merapu,  jom 🍩 



Share:

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

akaSHa. Powered by Blogger.