June 2016 - corEtan akAsHah

Saturday, June 04, 2016

Cerita Teater Muzikal Tun Sri Lanang
June 04, 20160 Comments
Ingat, orang Johor takkan mengalah Melawan bukan hanya pada senjata
Takkan hilang sekeping tanah bernama Johor
(Tun Sri Lanang)

Sabar orang-orang Johor Sabar, ....Orang Johor Tak Berperangai Begini... 
(Komeng)

Tiket murah, paling tinggi RM30.. Tu yang excited nak pergi
1. Bila kasha gi teater ni? tak tahu pon?
Sebenarnya teater ni 2 hari iaitu, 3 & 4 Jun yang lepas.. Yayasan Warisan Johor buat kat Persada Convention Centre, Johor Bahru.  kasha pergi hari pertama, 3hb . masa tu saing plak ngan VIP..MB Johor tu.. (kenal tak?)
Tak tahu ke? sebenarnya kasha pon tak tahu ada teater ni ha.. yg tukang share pasal teater ni, En. Faiz.. last2 tukang share tak pergi. hoho
2. Hmm Gi sorang ke? 
Aje gile gi tengok teater sorang2.. mestilah berkawan.. ajak ngah ngan sha gi.. nak jalan JB tu sndiri? memang tak lah..Walau dah berpuluh ratus kali gi JB, tak pernah pandai nak jalan sendiri.. Mintak ngah drive, kita isi minyak je.. 
Ngah kata gi sana jalan jem, so kena gerak awal.. ye la dari Pontian geraknya.. pk5..dalam 6.40 sampai..  ngeteh kat kedai jap.solat. snap sana sini.. masuk dewan..
eleh buat apa la tulis lagi.. taip2...
3. Best ke?
Kita ni tak pandai la nak komen sebagai orang yang pakar
Pakar sebagai pandangan penonton 
Part seating arrangement fail
Bayangkan, duduk cuma nampak kepala orang je... 
hilangkan mood yang tengah excited
masa die cakap free seating je memula dah rasa tak best.. hmm
nampak jelas cuma bila babak sultan masuk sebab pelakonnya duduk kat pentas yang tinggi sikit.
Best lagi masa tengok free kat stadium dulu, seating arrangement nye elok sikit.

Pelakon teater semua bukan main semangat..

jalan cerita pon ok
siap ada lawak2 lagi
biasa nama komeng tu mesti watak jahat, 
tapi dalam ni jadi watak kelakar plak
lagu pon best2..layan gak..

Audio ada la sikit terpeleot
biasa lah tu.. masalah teknikal

Cerita nye mengisahkan kehebatan orang Johor..

Siapa bukan orang Johor panas lah telinga, 
Asik kena puji je orang Johor ni..
Untuk orang johor mesti la berbangga
Haha baru tau sejarah Batu Sawar.


4. Gambar ngan artis takde?
Haha.. artis tu segan la nak bergambar ngan kasha.. takut tak muat handphone. haha ceh, tak apa lah.. dah tengok paling dekat dah.. takde gambo2.. 
Tapi ada la sikit video khas hehe.. tajuk dia taktau tapi ini dialog akhir watak tun sri lanang masa dia serahkan  tulisan dia kepada komeng, untuk orang Johor..orang Johor yang ini, (Kasha lah) memang suka ayat ni.. sanggup edit jadi video.. hehe.. nak rakam video sebenar tak boleh, yang depan mata pon xbape nampak. nak rakam apanye..



Biar sekarang aku menulis
Takut nanti aral melintang
Ditimpa sakit makrifat menimpa
Aku menulis
kerana aku masih ada rasa cinta
Kerana aku masih ada rasa rindu
Pada tanah kelahiran
Bukan nya keris dan lembing sahaja menjadi senjata kita
Perjuangan mesti diteruskan
Biarkan pun diatas selembar kertas
Kecintaan kepada bumi permai johor
Mesti dilestari sampai jadi warisan zaman berzaman
Karanganku ini mengangkat martabat bangsa
Beralah dimedan perang
Bukan mengalah tidak ber
Dengan aku terus menulis
sejarah kukarang
Akan aku pastikan
Kita mesti menang
Tidak akan pernah aku lupakan
Sekeping tanah yang bernama Johor 

5.Video rakaman?
Awal-awal dah kena sound, tak boleh rakam ye.. 
abes macam mana tangan ni gatal sangat nak merakam.. alahai..
tengok2 seat VIP dok merakam video.. dah la dok depan.. 
kita tak dapat video, kita rakam suara je..(tak penuh pon) boleh la ye..takkan suara pon nak saman jugak..keterujaan tuh dah tahap entah tak tau..



Sedikit penceritaan tentang teater ni.. tu pon copy paste je dari fb ywj
Teater Muzikal Tun Sri Lanang 

Cerita berkisarkan peperangan Batu Sawar suatu ketika dulu & orang2 Johor di jadikan tawanan di Acheh. Memperlihatkan Bangsa Johor mampu berdikari walau di mana mereka berada. 

Kebijaksanaan Tun Seri Lanang dalam menjaga Sekeping Tanah bernama JOHOR membuatkan Puteri Phang tertarik dengan sikap orang2 Johor

Pelakon = Tidak dapat di sangkal lagi, lakonan Azizah Mazhan, Dato Jalaludin Hassan, Bell ngasri & beberapa pelakon tambahan sangat memberikan rasa yang mendalam selain sedikit selamba dari Bell Ngasri mencuit hati

Taniah Yayasan Warisan Johor & Pengarah EN Onn Jaafar atas pementasan terbaik tahun ini. 

#MaufakatJohor
#SekepingTanahBernamaJohor




Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.