January 2023 - corEtan akAsHah

Monday, January 16, 2023

Aku Datang Ya Allah
January 16, 2023 3 Comments
Baru lagi rasanya mendengar hasrat Bonda Nor tentang projek tabung dana umrah saat pertemuan online pembuka tirai 2023. Katanya bagi perjalanan November, tup tup bertukar kepada bulan Mei.
 
Allahuakbar,
Laju rasanya degupan jantung, Terasa sejuk semua jari jemari. Berdebar! Sedang berkira-kira untuk menyertai perjalanan bulan Mei, Eh tiba-tiba beranjak sebulan awal lagi iaitu kepada bulan April.

Ibaratnya macam masih terkial-kial mahu memanjat tangga,
Tapi tuan rumah dah siap berhidang lauk di meja,

Bukan bulan Ramadan,
Menjalani ibadah puasa 6 Syawal di tanah suci.
 
Semakin hampir,
Dekat sahaja timelinenya,
Sama laju dengan masa membuat keputusannya,

Siapa yang tidak teruja,
Saat membaca dan mendengar perkongsian mereka dalam naskah Aku Datang Ya Allah,
Menatap gambar, malah menyelusuri pengalaman,
Malah ada yang telah berkali-kali dijemput ke sana,
Istimewa.

Apa lagi saat menonton,
Perkongsian video di status dan story,
Daripada mereka yang pernah pergi,

Malah entah berapa kali doa telah dikirim,
Agar nama sendiri tersenarai dalam yang dipanggil,
Cuma entah doa siapa yang makbul,
Kita pun belum tahu,
 
Ya Allah,
Jemputlah kami ke rumah-Mu,
Aku tahu semuanya dengan izin-Mu.
 
Kita cuba bersama,
Semoga Dia beri laluan yang terbaik buat kita,
Bismillah...

Yelah ...
Tanam impian dah lama,
Cuma usaha tak berapa ada.
Semoga menjadi asbab yang baik ke sana.
 
Banyak cara Allah nak jemput,
Sudah dipanggil dan terpanggil,
Semoga dipermudahkan,
Insya-Allah.


Aku memenuhi panggilan-Mu ya Allah,
Aku memenuhi panggilan-Mu,
Aku memenuhi panggilan-Mu.
Tiada sekutu bagi-Mu.
Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kerajaan adalah milik-Mu.
Tiada sekutu bagi-Mu.

***
Terima kasih Bonda Nor atas inisiatif menganjurkan projek dana umrah melalui sistem onpay. Kumpul melalui jualan buku, dan suntikan dana menabung di akaun yang kita sendiri malu nak korek nanti. Yelah nampak baik duduk diam di rumah tapi kerjanya online shopping aje. Doakan cukuplah apabila sampai waktunya.


Reading Time:

Sunday, January 08, 2023

Kembara Semangat Pahang Jan 2023
January 08, 20230 Comments


 *Jemputan untuk menyertai Program "Kembara Semangat" Peringkat Negeri Pahang.*


*_Program Kembara Semangat kini di Pahang !!!_*


_Perpustakaan Dar al-Hikmah, IIUM Kuantan_ dengan kerjasama _Bonda Nor Sdn. Bhd_ dengan hormatnya menjemput anda untuk menyertai *Program Kembara Semangat Peringkat Negeri Pahang.*


Program "Kembara Semangat" dikendalikan oleh Bonda Nor Sdn. Bhd merupakan sebuah program jelajah ilmu bertujuan menyebarkan kebaikan ilmu dan inspirasi menerusi program penulisan, motivasi dan literasi.


Antara program yang ditawarkan:

1. Seminar Wanita Bangkit

2. Bengkel Tulislah

3. Be Strong Circle (BSC)

4. Bengkel Perdana EKSPRES-I


Butiran program adalah seperti berikut:

*_Tarikh:_* 31 Jan - 1 Feb 2023 (Selasa - Rabu)

*_Masa:_* 9.00 pagi - 5.00 petang

*_Tempat:_* Grand Hall, Office of Campus Director, UIAM Kuantan


Untuk pendaftaran, sila tekan pautan berikut: 

Sini


*MASUK ADALAH PERCUMA !!!*


Bersama-sama ini dilampirkan poster program untuk rujukan anda.


Kehadiran anda amat kami hargai.


Jumpa awak di sana!!!


Terima kasih. Wassalam.


*_Urusetia Program "Kembara Semangat" Pahang_*

Reading Time:

Tuesday, January 03, 2023

Pintu dah buka, kunci je belum jumpa
January 03, 20230 Comments

Pintu dah buka seawal tahun. Kemain takwim pertama di hari pertama bekerja. Cuma itulah ... kuncinya untuk pulang belum berbayang. 

Andai belum bertemu bayangannya, mungkin tak lama lagi petah bercakap dengan arnab.  
Sempena tahun baru, PM baru, kerajaan perpaduan katanya, marilah kita mencuba lagi untuk sirih pulang ke gagang. 

Sementara itu, tugas yang digalas tetap berjalan seperti biasa. Didoakan apa jua tugasan dan pekerjaan yang diberi menjadi pahala ibadah ke sana. Amin.

Reading Time:

Sunday, January 01, 2023

Selamat tahun baru 2023
January 01, 20230 Comments

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia bernafas pada tahun 2023. Apa khabar semua? Dah mula buat list azam baharu ke tu? Soalan trending awal tahun ni. Kalau buka radio, mesti juruhebah pun buat soalan pagi yang itu juga. 

Nak teruskan azam lama, nak cipta senarai azam baharu, atau nak gabungkan azam baharu dan lama, silakan. Semuanya pilihan kita.

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.