February 2020 - corEtan akAsHah

Saturday, February 29, 2020

Cara tangkap gambar cantik untuk promosi buku/produk
February 29, 20200 Comments
Macam mana nak ambil gambar cantik?
Meh Kasha kongsi teknik santai

Teknik Klik sekali sambil duduk menunggu servis kereta pon boleh. Gunakan ruang yang ada depan kita.
Kebetulan ada meja hitam dekat Service Centre ni. Cantik lah buat sign buku untuk di poskan kepada yang nak membeli.

Baiklah kita mula langkah-langkahnya.
1. Kosongkan meja dihadapan kita. Kebetulan meja plain hitam. Lagi mudah kerja. Jadi kasha alih air teh tu ke tepi dulu.
2. Nak nampak kelainan?
Sengetkan sikit objek yang kita nak klik tu. Kadang lagi bersepah lagi menarik. Kreativiti penting tak tak perlu belajar beria. Kaedah cuba jaya sahaja.

Tips Tambahan
Kalau ada cermin mata ke atau bunga atau pen bolehlah jadi hiasan
3.Rajin edit?
Kasha suka gunakan apps picsart. Untuk android phone free download di playstore.

Tips tambahan
Tambah tulisan. Cikgu lokman al harraz ada kongsikan tips, bila tambah tulisan bahagian nama kita gunakan tulisan format lain. Baru nampak highlight sikit

4. Dah siap ...
Simpe dan menarik kan? Kalau menyunting dan mengambil gambar boleh buat kita ralit buat perkara positif dari membawang dalam hati, apa salahnya. Hehe.

Selamat mencuba

#kashatutorial
Reading Time:

Friday, February 28, 2020

Cara buat slide cantik cepat dan mudah
February 28, 20200 Comments
Apa khabar Malaysiaku hari ini?
Apa khabar wallet kita hari ini?
Apa khabar iman aku hari ini?

Tanya lah mana satu. Huhu
It's a monday blue

Ada yang nak siapkan slides presentation untuk meeting, kelas, taklimat tapi dah tak sempat nak buat cantik-cantik? Ada masa lagi nak buat tapi stuck?

Jom!
Kashah kongsikan 1 web yang kita bolih download template power point menarik.

1. Pergi ke slidesgo.com
2. Pilih template (ada banyak kategori)
- popular
- education
- business
- marketing
- medical
- multipurpose
Jadi pilihlah mana yang sesuai. kalau Kasha terus pergi kategori popular. Maksudnya ramai fownload slide tu. Paling cantik lah tu.
3. Pilih Download a power point template  (dicadangkan muat turun guna komputer @ laptop)
4. Buka file yang telah dimuat turun dan akan keluar template power point macam biasa dan dan dah boleh digunakan.

5. Cuma edit  ikut tulisan yang kita nak. Nak tambah gambar pon boleh.

6. Ha dah siap... (10minit siap kalau dah ada content)

Banyak lagi web yang boleh bantu sediakan slides menarik seperti
1. canva.com - edit online
2. Prezi  -awal-awal je rajin pakai, lepas tu malas.
3. Powtoon - menarik juga cuma syarat dia perlu kesabaran yang tinggi cari tools dia
4. Biteable.com - info animation presentation

Ikutlah keselesaan, mana yang mudah. Banyak tool lain yang boleh guna. Ini cuma cadangan sahaja.

Dapat sesuatu? Sila kongsikan
Sama-sama share manfaat.
InsyaAllah

Oleh
Akashah Kassim

#kashatutorial
#carabuatslidescantik






Reading Time:

Thursday, February 27, 2020

Buku paling laris @SMO Bookstore
February 27, 20200 Comments
SIRI BERCAKAP DENGAN CERMIN terbitan Galeri Ilmu tersenarai carta paling laris di SMO bookstore Kuala Terengganu

Tahniah penulis dan pembaca
 - Seadanya kuterima
- Sakitnya tu disini

Turut tersenarai buku Hidup biar smart dan Mr Mama juga terbitan galeri ilmu.

Semuanya bermula dari Seminar Penulisan Mega Bonda Nor. Alhamdulillah

Kalau belum baca lagi, sila ke kedai buku berdekatan atau dari penulis sendiri.
 Jom!
Reading Time:

Saturday, February 15, 2020

Perangi Hati
February 15, 2020 2 Comments

Buat sahabat ...
Kadang fikiran yang menuduh melulu
Sudahnya menyangka yang bukan-bukan ibarat peluru
Bermati-matian memburu

Ya sudah tentu
Bukannya dia telah mencuba buat tak peduli
Cuma pabila diasak berkali-kali
Kubu hati bukan cuma berasap, boleh buat jadi berapi

Buat sahabat ...
Peluru fitnah selalunya menuju mangsanya sepantas kilat
Ada masa bom dengki meletup tanpa simpati
Maka bertempiaran segala janji dan terbongkarlah kubu pertahanan yang dibina selama ini

Lalu apa yang harus diperbuat?
Berperanglah dengan hati sendiri.
Pujuk dia bertenang
Supaya dia tak terlajak rugi

Masih tak tak berubah?
Kembalilah pada Tuhan
Maha mengetahui apa yang tersembunyi
Baik di langit mahupun di bumi


#jom
#coretanakashah2020
Reading Time:

Tuesday, February 04, 2020

Misi Mengutip Kreativiti
February 04, 2020 4 Comments





Sesekali menumpang kemegahan alam ciptaan Tuhan
Ada jiwa yang telah terpujuk dek keindahannya
Dari lensa akashah

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.