July 2020 - corEtan akAsHah

Monday, July 20, 2020

Momen di Hujung Tanjung Lumpur
July 20, 2020 4 Comments
Cari tempat bergambar feeling-feeling tepi bot? Ini jawapannya, Hujung Tanjung, tanjung lumpur, Kuantan. Sambil lihat pemandangan laut biru sambil menikmati Celup Tepung Hujung Tanjung. Haa kalau nak datang sini waze je la nama kedai tu. 
Ni gambar masa shooting buku dengan kak Haryati Hamim. Tengok celup tepung dia tu kemain meriah kan tepung dia.

Yang bawah ni pula gambar masa bawa anak sedara. macam best caption kan gambar ni dengan lagu ' Sakit '

Kalau kau rasa tak dihargai
Tutuplah mata peganglah hati
Kalau kau rasa diri kau sunyi
Jangan bersedih aku disini

Walau hidupmu tumpas ku akan beri kerjasama
Bangkit wahai kawan hidup ini tak sempurna
Jangan selalu bersedih ku juga selalu terleka
Kesilapan lama bakal jadi rama-rama

Tapi aku sakit bila ramai keji
Sakit aku bukan sakit dihati
Jadi sakit aku pendam sendiri
Rasa sakit ini tak akan berhenti
Mengerti
Kuterpaksa hadap walau penat lari
Ku terpaksa jatuh bila penat diri
Ku terpaksa hilang walau ramai cari

Aku lupa ingatan
Jadi tolong ingatkan
Saat luar kawalan
Jadi tolonglah pesan
Tolonglah aku kawan
Aku ni manusia
Ku buat kesilapan
Ku manusia biasa
Percayalah
Ku yang berikan tangan
Jika engkau memerlukan
Jadi tolong jangan segan
Reading Time:

Thursday, July 16, 2020

Blog Kasha dah ada adsense!
July 16, 2020 5 Comments

Bergelar seorang blogger sejak tahun 2009, Kashah pernah cuba apply adsense ni dalam blog. Cuma masa tu ada sikap tamak haloba yang tinggi. Jadi sejenis kegigihan buat perangai klik iklan dalam blog sendiri. Nak cepat dapat income lah tu. Sudahnya email blog ni dah kena banned dengan adsense account. Jadi selama ini, blog ni tiada sumber pendapatan pun.

Alhamdulillah, waktu PKP Kashah join group blogger dalam whatsapp group bersama team fb blogger Ben Ashaari.  Rupanya ada cara lain nak dapatkan adsense wujud semula dalam account kita. Seronoknya dapat ilmu baru dalam group ni. 


Mudah sangat langkahnya, 
1. Tambah account email lain sebagai admin blog.
2. Apply adsense guna account tersebut.
3. Masukkan url blog ini dalam account adsense tersebut.
4. Tunggu email pengesahan.

Bunyi dia memang mudah, tapi Kashah hampir putus asa juga nak dapat reply dari admin adsense. Asyiklah sebut admin bercuti MCO COVID19. 
"Mungkin takde rezeki nak ber adsense dalam blog. haha. Tulis ajelah kan? Melayankan jari"
Alhamdulillah sihat lagi adminnya boleh proceed permohonan Kashah.hehe. Sejenis keterujaan! Sekarang blog ini bolehlah menjana pendapatan dengan satu klik di iklan yang terpapar setiap hari.  InsyaAllah doakan yang baik-baik. Cuma kena rajin menulis hari-hari untuk naikkan traffic.
"Nak post kat facebook pon segan kau! Mana nak ada traffic. Okay bye!"

Syukur dapat join group yang penuh informasi, perkongsian ilmu baru dan tak lokek berkongsi tips. Sekadar menyebut beberapa blogger yang biasa singgah komen, terima kasih diucapkan di atas sokongan kalian.


Reading Time:

Wednesday, July 15, 2020

Online Class: Penting ke Ringlight?
July 15, 20200 Comments
Ada yang tanya penting ke ringlight ni?
TAK PENTING PUN KALAU AWAK DAH ADA
1) Pencahayaan semulajadi / Cuaca elok
Biasanya ada meja duduk menghadap tingkap Cahaya akan terpancar dalam visual dengan pancaran cahaya matahari dari situ. Memang nur semulajadi yang patut disyukuri.
kredit: gambar set meja online Cikgu Amla.
Lain pula ceritanya kalau meja awak depan tingkap tapi menghadap dinding atau rimbunan pokok besar, jawapannya YA PENTING GUNA RINGLIGHT.
Matahari tak keluar pada waktu malam, cahaya bilik pula suram ala-ala bilik hotel atau cuaca mendung pada waktu siang menyebabkan kita perlu ada gadget ni.
2) Kamera PC/LAPTOP/SMARTPHONE yang mantap.
"Saya baru beli laptop minggu lepas. Tak cuba lagi kamera okay ke tidak."
Kalau versi ini, biasanya dah tak perlu ringlight. Laptop zaman sekarang dah canggih dan cantik visualnya. Smartphone pun serupa. Lagi canggih. Cukup sempurna untuk nur berlebihan diwajah.
Kalau sejenis setia dengan smartphone atau laptop lama, mungkin awak perlu ringlight ini. Macam laptop Kasha lama (haha nak bagitau setia la tu) jadi visual gelap banyak sebenarnya bila dalam online.
Alternatif lain, beli external web camera. Hahah bahagian ni kita cerita lain kali.
Okay, di sini nak kongsikan info harga gadget online ini:
Ringlight size sederhana (yang bulat tu)
- boleh tukar 3 jenis cahaya.
- Kuning, putih, putih kebiruan
- Datang 1 set bersama pemegang smartphone. Jadi stabillah hp ketika live.
- harga RM31












Stand ringlight
- boleh laras ketinggian untuk orang bercakap sambil berdiri. Tinggi tu
- fungsinya untuk memegang ringlight tadi.
- harga empat belas ringgit

Pergi cari di kedai aksesori telefon, bukan di kedai kamera (mahal oi!).
Kalau di Kuantan, beli kat Al-murah, IM5
Kalau di KL, lagi banyak kedai gadget besar.

Berani lagi? Beli di shopee.
(Tapi tak recommend sebab risau pecah lampu, tak function usb lah. Kena tunggu lagi)
Ok baru satu part pasal gadget pencahayaan, InsyaAllah nanti Kasha sambung lagi

Reading Time:

Tuesday, July 14, 2020

Beza baru dan baharu
July 14, 2020 7 Comments
Apakah perbezaan istilah 'baru' dan 'baharu'?
Itulah biasanya guna baru je mudah. Cuma kadang-kadang tu kita perasan ada penggunaan baharu digunakan ketika penulisan. Jadi terfikir juga kan apa beza dua istilah ni.  perkongsian
 
Alhamdulillah hari ini, ada perkongsian daripada cikgu tatabahasa kita, Ustazah Rohamiah.

Jawapannya:
Baru - digunakan jika ia berkaitan dengan masa.
Contoh -
Saya baru sampai.
Dia baru sahaja lalu


Baharu - untuk selain dari masa.
Contoh -
Generasi baharu,
Buku baharu,
pengantin baharu
Reading Time:

Monday, July 13, 2020

LOGO Golden Circle Bonda Nor
July 13, 20200 Comments

Ok entri malam ni, Kashah nak copy paste pengumuman Bonda Nor tentang logo Golden Circle Bonda Nor.
Simpan sini logonya, kalau tak payah juga nak mencari next tine. 

Alhamdulillah, ini logo GCBN yang rasmi. Cantik, kan! Terima kasih Ojan, tolong design logo ini. 😍

GCBN. Golden Circle Bonda Nor.

Istilah ini cetusan idea guru saya yang mulia, sifu Haji Mohd Faizul Ikhwan Erusan. 

Kemudiannya, saya sendiri yang decide apa yang dimaksudkan dengan GCBN. Ia berdasarkan pengalaman saya mengendalikan program mega Bercakap Dengan Cermin. 

Masa ni saya sedar betapa perlunya support group buat para penulis yang baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan agar momentum semangat mereka dapat dikekalkan. 
.
.

Maka saya mula serius memerhatikan isu-isu yang yang timbul, lalu saya rumuskan kepada 2 masalah utama. 

1. Ada orang nak jadi penulis, ada cerita yang baik untuk dikongsikan tapi tak tahu macam mana nak tulis. 

2. Ada orang dah siap buku, tapi buku tak laku. 

Jadi, inilah sebabnya saya tubuhkan GCBN. Nak cuba tawarkan bantuan berdasarkan sedikit ilmu dan pengalaman yang ada. 
.
.

Masalah pertama akan dibantu sama-sama oleh team Akademi Bonda Nor. Kami sediakan bimbingan mana termampu. Sampai buku siap, Insya-Allah. 

Masalah kedua pula akan cuba dibantu oleh team Dropshipper Bonda Nor. Bila buku dah siap dicetak mengikut piawai kualiti yang kami persetujui, Insya-Allah pasukan ini akan bantu mempromosi. 

Idea asasnya, begitulah. 
.
.

Jadi sekarang, peringkat pertama sudahpun mula berjalan. #ROADTOGCBN 

Ada yang dah mula ambil personal coaching direct Bonda Nor. Ini batch elit. Memang dalam satu sesi, saya layan dia saja! 

Untuk PC, ada yang ambil pakej sekali saja. One touch session. 

Tapi ada yang ambil pakej penuh. Ada 5 sesi personal coaching termasuk dengan mentor dan editor. 

Ada juga bimbingan secara berkumpulan. Ya, mereka dah pun bersama-sama team atau koloni untuk Group Coaching Online. 

Bahkan semalam hampir 400 peserta daripada 8 koloni sama-sama berkampung dalam Seminar Penulisan Mega Bonda Nor Online! 

Allahu Akbar. Meriah dengan segala jenis lebah! 😍
.
.

Team Personal Coaching tak join group coaching pun tak apa. 

Tapi dalam #RoadToGCBN, yang group coaching tetap perlu join at least sekali personal coaching dengan Bonda Nor. 

Tujuannya untuk saya semak sendiri dan pastikan konten buku yang nak diterbitkan itu benar-benar berkualiti.
.
.

Siapa yang terbitkan? 

Penulis boleh pilih untuk cuba nasib usulkan pada penerbit. Ini memang cerewet sikit sebab penerbit sangat selektif sekarang pilih buku untuk diterbitkan. Kalau nak cepat, boleh juga secara swaterbit atau self published. 

Untuk swaterbit, Insya-Allah saya akan bimbing secara PERCUMA setiap proses yang perlu dilalui. Ya, saya ada pengalaman selama 13 tahun dalam bidang penerbitan ini. So, tak perlu risau ya. Saya cuba bimbing mana terdaya. 
.
.

Pemasaran macam mana? 

Sama ada diterbitkan oleh penerbit atau swaterbit, insya-Allah team Dropshipper Bonda Nor tetap akan bantu promosi dan pasarkan buku-buku Akademi Bonda Nor dan Golden Circle Bonda Nor. Ini kelebihan utama kalau buku terbit di bawah program GCBN! 
.
.

Macam mana nak join #ROADTOGCBN? 

Buat masa ini, personal coaching secara direct dengan Bonda Nor sudah ditutup pengambilannya. Saya akan buka semula nanti, Insya-Allah bila team pertama ini selesai. 

Group Coaching Online juga sudah selesai dengan berakhirnya Seminar Penulisan Mega Bonda Nor Online semalam. 

Insya-Allah, kami akan buat bengkel bersemuka mengikut koloni tidak lama lagi. Kita bagi team Akademi Bonda Nor rehat dulu ya. Kesian mereka masih keletihan kendalikan program mega semalam. 
.
.

Selepas bengkel penulisan bersemuka bersama team ABN mengikut koloni nanti, tuan puan boleh sertai pula Bengkel Penulisan Mastery yang akan dikendalikan oleh saya sendiri Insya-Allah. 

Set see first FB Bonda Nor dan team Akademi Bonda Nor agar tak tertinggal sebarang info program nanti ya. 
.
.

💕 GCBN - Golden Circle Bonda Nor 💕

Insya-Allah, ini platform untuk kita sama-sama terus menulis dan cuba sediakan pelbagai bahan bermanfaat untuk masyarakat. 

Tabur bakti sambil mengukuhkan ukhwah sesama sendiri. 💪💪
Reading Time:

Saturday, July 11, 2020

Seminar online terbesar -SPMBNO
July 11, 20200 Comments
11 JULAI - Pembelajaran dalam talian bukan lagi perkara mustahil buat masa kini. Pelbagai platform dan media tersedia secara percuma mahupun berbayar membuka peluang buat pemburu ilmu di luar sana.
Sabtu lepas menyaksikan seminar online terbesar dimana ia menghimpunkan peserta Group Coaching Online daripada 8 Koloni Akademi Bonda Nor dari seluruh negara. Jumlah tersebut menghampiri 400 peserta menyertai seminar tersebut.
Sesi percuma yang dihadiahkan oleh Bonda Nor kepada semua peserta yang pernah menyertai group coaching penulisan online sebelum ini mengikut koloni masing-masing.
Menghadiri seminar dibawah Bonda Nor tidak pernah pernah lepas dari kejutan. Peserta dikejutkan dengan penampilan khas tetamu jumputan iaitu Ustazah Asma' dengan perkongsian ilmu bermanfaat buat peserta. 

Manakala slot kedua, melalui zoom conference menyatukan barisan peserta dan mentor Akademi Bonda Nor. Wajah-wajah peserta dapat dilihat menerusi skrin dengan tema mengikut koloni masing-masing.
Add caption


Pengumuman penganugerahan oleh Bonda Nor turut memberi kejutan kepada peserta. Antaranya ialah
1. Peserta Terbaik mengikut koloni
2. Review Buku Terbaik
3. Perlantikan 7 perantis baharu Akademi Bonda Nor


7  PERANTIS BAHARU AKADEMI BONDA NOR,  ABN

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah terpilih.

Sedikit info tentang ABN

1. Akademi Bonda Nor bukan entiti yang bussines oriented. Ia merupakan satu perkumpulan penulis yang diketuai oleh Bonda Nor dalam melahirkan lebih ramai penulis dengan genre dakwah santai. Ia juga bertujuan untuk meninggikan pandangan masyarakat terhadap elemen dakwah itu sendiri.

2.Cadangan penubuhan Akademi Bonda Nor diusulkan oleh CEO Galeri Ilmu, Tuan Haji Mohd Yusri Yusof berdasarkan prestasi Bonda Nor dari segi penulisan dan pemasaran sebelum ini.

3. Sehingga kini seramai 49 penulis dilantik sebagai mentor dan perantis ABN dan perlantikan ahli baru ini menjadikan bilangan penulis adalah 56 orang.
Reading Time:

Wednesday, July 01, 2020

CABARAN BUKU IMPIAN (TUKAR GAMBAR KEPADA COVER BUKU)
July 01, 2020 3 Comments
Hari ini Kashah sertai Cabaran Buku Impian
𝗖𝗜𝗞𝗚𝗨 𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘 - 𝗕𝗨𝗞𝗨 𝗦𝗢𝗟𝗢 𝗜𝗠𝗣𝗜𝗔𝗡
Ehem ...  Berangan kan percuma.

Warna Pink? Hahah
Mempunyai sebuah buku dengan nama sendiri tercatat di hadapannya. Bahagia rasanya.

Sememangnya indah memasang impian!

Namun disebalik keterujaan tersebut, perlu menyedari menjadi seorang penulis punya tanggungjawab yang besar.

𝙋𝙚𝙣𝙪𝙡𝙞𝙨 𝙥𝙚𝙧𝙡𝙪 𝙨𝙚𝙣𝙩𝙞𝙖𝙨𝙖 𝙥𝙤𝙨𝙞𝙩𝙞𝙛! - sabar dan tidak cepat melenting. 
Aduh! Baru lepas gaduh dalam telefon sekejap tadi.

𝗠𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗸𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶
Memilih kata yang indah dan bahasa yang baik biasa diterima pembaca. Penulisan dengan ejaan yang penuh mampu memudahkan pembacaan.

Fuh! Dengan cabaran dunia segalanya online, kadang terjebak juga dengan singkatan masa kini
On9 - online
Xtvt - aktiviti

𝙈𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙗𝙧𝙖𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜 𝙙𝙖𝙣 𝙗𝙤𝙣𝙙𝙞𝙣𝙜
Siapa kita di mata pembaca? 
Jom! Mulakan langkah pertama adalah menggunakan profil picture di laman sosial dengan gambar sendiri dan bukan gambar serangga, objek atau lain-lain. Tunjukkan professionalisme dirim

Akhir sekali, doakan angan-angan yang dilakarkan ini bakal menjadi nyata.
InsyaAllah.


𝙉𝙖𝙠 𝙩𝙧𝙖𝙣𝙨𝙛𝙤𝙧𝙢 𝙜𝙖𝙢𝙗𝙖𝙧 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙗𝙪𝙠𝙪?
1. Pastikan ada gambar cover yang dah siap 

 Kawan-kawan boleh mencuba apps canva untuk edir gambar. Kashah buat ni guna Picsart.

2. Pergi ke link berikut
https://diybookcovers.com/3Dmockups/

3. Pilih template, kemudian tekan next

4. Browse(1) gambar tadi,  tekan upload (2)
Tunggu sehingga 100%(3) complete baru tekan next lagi. 

5. Pilih PNG atau JPEG untuk download gambar buku yang telah siap menjadi buku. Kalau guna PNG lebih mudah edit lagi next time sebab format transparent.

#Cabaranbukuimpian
#lebahnaning
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.