October 2014 - corEtan akAsHah

Friday, October 17, 2014

Bila Kesibukan menterjemah kebisuan
October 17, 20140 Comments
Kebisuan dalam kesibukan
Atau kesibukan mengundang kebisuan
Dari lahiriah terserlah keriuhan
Zahirnya nampak meriah
Hidup ini macam komputer juga
Adakala hang, tak cukup bersedia memancar idea
Macam printer.. Sampai masa habis dakwatnya..perlu diganti semula
Menyelam tahap opasiti yang dipendam
Atau transparensi yang cuba dipadam
Cubaan duplicate juga hambar pudar
Terlalu banyak cookies terbiar menyukarkan memori dipadam
Mengharapkan recovery muncul disaat turn down
Atau backup menyelamatkan keadaan
Mencetus interpretasi diri seorang insani
Backupnya amal jariah, ilmu yg disampaikan dan anak yg soleh
Yang perisiannya rukun iman dan rukun islam
Recoverynya alQuran dna hadith
Antivirusnya zikir dan selawat
Sampai waktu perlu di ugrade dengan qiam
Tetap berserah pada Power supplynya,Tuhan pencipta alam 
Kasha,jan,iza
Dorang ni layan je selfie di hr jumaat
Masok opis wat keje skola.. Iza n jan wat keje opis.. Pehtu kita cri teh ais sedap..kat sweet cafe

Hidayah, kak Ton, Kak Azimah
When people standing behind me, that means they try to hide something to make them cute.. Huu ex-classmate degree, dayah...bos kt opis kak ton yg jeles dgn pic snap by lenovo.. Dan kak azimah yg selalu ngelat nak jwb telefon kat meja dia.. Kasha je la jd telefonis wpun telefon bkn d meja kasha .bz sgt k.azmh ni tp dlm ape je situasi dia cool je..

Qasha,Qisha, Qasrina
Haha..ni masa mpg kt silka hotel.. Budaj kecik ni senang jaga.. Mata die cntik.. Elok je xnangis langsung.. Suap mkn.. Nyanyi2.. N hobi dia capai brg yg dia suka kat depan dia..
Kata mak dia..k.wan nani..serasi kot nama dekat sama

Sally and her Miaww
Ni miaw sally yg plg besar.. Dtg umah sally peh byk btol kucing die.elok je ltk dln sangkar .. Dtg kat sangkar dia .abis semua mengiaw..hehe comel je..patut la sally selalu senyum je wlupun hband dia jauh..ada pghibur hati yg byk

Rangga, azizah, layyan
Ranga dr sri lanka..  azizah dr bt pht dan Layyan dr kdah .
Ni lah supervisee bwh prof zainab..  
Baru jumpa prof rabu lps.. Huhu questionnaire da kena redo blk.. Too simple and too general katanya..ahad dpn kena jmpa lg ngan prof ..
Tunjuk progress.. 
Reading Time:

Monday, October 06, 2014

Saat Pantai Bicara soal Pulau
October 06, 20140 Comments
Bila kita nak biar gambar bicara memang rasa tak ceria cuma gaya yang ada. Rasa takde feel bila entry dalam blog ni bila gambar tanpa cerita. Macam xsama, macam ada yang tak kena. Jadi nak cerita juga lah.. 

Trip ke pulau kali ini banyak berubahnya. Nak kongsi sikitlah:

PERTAMA: pulau ni sudah diwartakan sebagai taman laut dan secara automatiknya masuk berbayar lah. Kena bayar fees. Paling kesian, kesannya pada penduduk pulau lah, once diorang punya boat landing baik je ke dinding jeti tg leman tu terus kena bayar..  dan dapat tau jugak hampir semua kelong kat kawasan perairan ini dah dirobohkan atas alasan yang tak boleh nak cakap lah  taman laut katanya.

KEDUA: disebabkan dah jadi taman laut, jeti tg leman pon dah berubah wajah. Waiting area dah ada tempat duduk ala2 terminal bas. dah ada kaunter bayaran tiket dan yang kasha suka tandas baru.. selesa dan bersih.. Haha tempat wajib singgah bila dah tiba jeti sebab jarak dari pasir gudang ke tg leman jauh dan takde berenti2 pon.hehe

KETIGA: yang ini kasha suka sebab kat camp site tu dah ada landmark dia sendiri.. Pulau Sibu, selfie time.. erk..haha


KEEMPAT: dapat merasa bawak bot dari jeti SIbu beradik hingga ke Pulau Kukus tempat snorkeling bergilir lah kami berempat bawa bot.. dan kasha bawa masa last sekali.. part landing ke tepi kita serah pada yang pakar..

KELIMA: Dah jumpa tudung senang nak pakai time swimming, snorkeling.. actually inner  tu nama nye inner ninja pakai dengan selendang, tapi agak ketat kat leher so kasha tak pakailah. jadi inner ninja yang hitam ni kasha guna dan agak selesa dan mudah, tak payah susah2 btolkan tdg.. cuma bulatt la mukanya..erk.. Yg inner magic biru n syria bunga tu plk memudahkan jgk. Untk xtvt drt. Sarung je .cuma die pndek sikit tggu la jmpa design lain nti bole beli..eh tetiba cite psl tdg byk


KEENAM: sibuk main lompat2 kat pulau kukus.. best shoot yang kat tengah tu , memang lah tak pernah wat lompat gini poyo plak rasanya.. tapi sesekali takpe kot.. ada life jacket pon buat cover.

ok lah meh kenalkan sape yang dalam gambar atas ni;

REZAL- satu-satunya opismate lelaki kt unit pelancongan yang tinggal.. dia jugaklah yang capture the best shoot tengah2 tu. terima kasih lah..actually bapa kepada Aira dan 1 setengah cahaya mata ni lapor diri kat poli saing kasha. tua banyak lah tahun tapi disebabkan masa awal2 jumpa tu panggil nama.. so sampai sekarang la lekat nama tu..

SALINA- panggilan manja dia kak sally. isteri pada zul, kalau elektrik naik  harga, confirm sally ni lah terang dengan panjang lebar sbb husband dia keje TNB.   berkacamata dan comel katanya, juga terkenal dengan jolokan MAK PENGANTIN bila kat pulau sibu ni. Dia akan control makanan to make sure semua orang dapat bahagian masing2..hehe :)  bagus betol.. kalau kasha, kasha yang abeskan dulu kot.hmm  dia jugak tuan tanah untuk trip aktiviti marine ni.. 


JAN: hah yang dok transform to ultraman dyna ni pulak kakak Jan.hehe..asal Sarawak. Sangat mesra dengan instruktor pulau sibu ni sebab dia berjaya dapatkan air kelapa muda pulau untuk minum. Naik motor keliling kampung tu cari kelapa.. Alhamdulillah dapat la dia minum air kelapa dan yang lain jugak dapat merasa.. kasha rasa sikit je.. tak minat sangat.  
Ok tu je cukup lah perisanya entry kali ini bila bukan stakat gambar bercerita.. Biar tulisan menggalas tugasnya semula.  Hambik ko tajuk jiwang abes



Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.