April 2017 - corEtan akAsHah

Saturday, April 08, 2017

Ilmu ikhlas
April 08, 20170 Comments
Melepaskan sesuatu tapi masih ralat......ikhlaskah?
Berbuat amal untuk disanjung....ikhlaskah?
Meminta maaf tapi nada menyindir...ikhlaskah?
Redho tapi terselit dendam.....ikhlaskah?
Sesungguhnya ilmu ikhlas itu paling susah sebenarnya....
rumusan buku ilmu ikhlas
Teringin jugak nak baca
Reading Time:

Tuesday, April 04, 2017

Bulan April dah datang
April 04, 2017 2 Comments
Alhamdulillah masih ada usianya lagi pada bulan April atau Rejab ini.. yang pastinya empat bulan dah bergerak untuk suku pertama tahun 2017.. Banyak juga cerita telah tercipta.. Nak cakap ada yang bersejarah ..
Nak bercerita ni bukan apa cuma nak meluah rasa..
Cuma bermetafora
Bayangkan kalau kita baru belajar buat teh ais.. Letak uncang kopi.. Mesti lah cikgu tegur kan? Dan apa kaitannya kita nak cakap cikgu tu CEREWET sebab tu lah tak KURUS.. Nampak tak?di mana hubungkait antara teh, cerewet dan kurus? Hmmm
(cerita ini masih metafora, xde kena mengena dgn sy yg gemok) cuma mintak fikir, sebab kita sebagai student yg kononnya kurus belum tentu lagi jadi model akan datang atau takkan gemok. Hmmm...
Lesson learned: bila belajar, jangan tengok siapa yang menyampaikan tapi kaji dan cari apa yang disampaikan
Sesungguhnya yang berlaku
Disekeliling kita banyak mengajar kita mengenai makna RESPECT
Contoh yang pernah kawan kasha bagi
Kalau kita ni peminat sesuatu kumpulan penyanyi, biarkan dia
Kenapa nak persoalkan, nak mencari kelemahan kumpulan tu dan cuba mempengaruhi untuk meninggalkan minat tersebut.. Rajin ko eh?
Kerana kita sendiri ada minat terhadap sesuatu yang orang lain tak paham kenapa? Kenapa wei ko minat sangat? Ha gitu..
Lessson learned:Cuba jadi seorang yang respect to each others
Berdikari..berdikari dan berdikari
Ramai yang menyebut.. Ya nampak mudah.. Alah benda senang.. Buat lah sendiri.. Alah itu pon tak tahu ke? Indahnya hidup jika berdikari itu semudah sebutan sebuah perkataan itu..berdiri di atas kaki sendiri
Dari proses Membuat rundingan hingga ke proses membuat keputusan,.. 

Kenapa adanya DISKRIMINASI?
Contoh situasi diskriminasi

Dari segi jantina ,
"agaknya deal takde lelaki, sebab tu dia buat sambil lewa"
"alah ini perempuan je yang tanya, bukan nak betul pon"
"hah perempuan ni bukan tau sangat pasal benda2 ni.. Klentong sikit pon takpe"
Wah penat seh dengar ayat2 diatas.. Sebab benda tu memang berlaku hanya sebab tak ada Lelaki 
Camne lah nak berdikari cenggitu?

 

Dari segi rupa?
Oh kalau cantik, comel ko buat cepat 
Kejam nya dunia..eh bukan persepsi wei persepsi..

Cerita demi cerita berlaku.. Dan kadang kekecewaan demi kekecewaan yang kita terima..

Sedangkan ada satu harapan besar yang perlu disempurnakan.
Tapi perjalanan ini tetap perlu diteruskan.. Biar berjalan, terjatuh sekalipun,
Biar berlari , tergolek sekalipun,
Perjuangan tetap diteruskan
Semoga munculnya syaaban dan ramadhan akan datang membawa sejuta kebahagiaan yang mengubat kekecewaan.
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.