Bila kasha dah buka online diary ni, waktu malam... maknanya tak boleh nak tido. Badan sakit, bukan sebab jalan jauh tapi benda yang dah lama tak jadi dah berlaku.. Hmm bahaya betul. Dulu selalu jatuh tapi sebab kaki tak balance.. Sekarang kat tempat baru, sebab kerusi lah pulak.. Tapi yang tak boleh blah, jatuh sopan ok.. Jatuh bersimpuh. Ha ko cukup sopan ke tidak tu? Bila tahan seluruh badan pakai tulang belakang, esoknya bangun terus sakit tangkap angin sampai ke kepala. Kadang2 Blur je pandangan.. Tapi boleh kawal lagi le.. Plus ulser.. Spoil mood kita..
Ok berbalik pada buku pertama Kasha
Bila lunch tak tahu nak makan apa? Time ulser, kasha cari bubur lah. Patutnya bubur MBrown, tapi kat Kuantan xde.. Terpaksa cari bubur McD.. Boleh le dari takde.. Waze yang paling dekat kat Mega Mall.. Kalau jalan kaki dekat gak ngan Poli ni, cuma nak melintas jalan besar kang nervous. So drive aje..
Masuk dari pintu tepi, direct terus kedai buku.. Wah, ada Kedai Buku Popular!!! Menarik tu, ada bahan boleh dibaca.. Ada book hunting jap gi sambil kaki dah melangkah cari makan tengahari.. Usai sesi menjamu perut, lalu balik kedai Buku tadi dan misi mencari buku yang dihajat bermula..
Senang je nak cari buku ni
Dia kat bahagian buku bukan fiksyen.. Terus je tuju kat area tu, capai 1 naskah dan terus ke kaunter.. Waktu tengahari di kedai buku bukanlah peak hour untuk peminat buku.. Jadi, tak perlu nak tunggu lama, bayar dan buku pon dapat.. Alhamdulillah
Best sangat ke kasha buku tu?
Best ke tak sesuatu buku tu, subjektif bagi setiap individu.. tapi entah kenapa untuk masa ni, buku tulisan dari penulis Bonda Nor ni memang dah lama menggoda hati kita nak beli dari dia post cover kat FB dia. Buat masa ini banyak ayat2 motivasi dia tu shoot terus ke hati. Kalau ulser kat hati, ini lah ubatnya agaknya lah kot. Hehe
Kuasa satu Ayat
Percaya atau tidak
Hanya kerana satu ayat
yang kita baca
Boleh jadi buat redakan hati
Tapi kadang2
Hanya sebab satu ayat
yang kita lafaz
Boleh buat hati tersentap
Sesekali
Dek penangsn satu ayat
Orang tujukan pada kita
jadi ubat penawar duka
Macam itulah
Hidup manusia
Ada deria merasa
Ada akal berfikir
Mana yang boleh ditapis, dijaga
Mana yang boleh dikongsi, berpahala
Biarkan ayat @ tulisan kita
Menjadi penyumbang amalan
Kita ke syurga
Bukan asbab ayat @tulisan kita
Menarik kita & orang lain
Ke Neraka, Nauzubillah minzalik
(akashah, 2018)
Dapat plak coretan karya 2018 untuk posting kali ini.. Kepada yang baca posting ini, harap doakan yang baik2 untuk kasha..
Xnak jatuh lagi.. Sakit oi.. #jatuhhatilaincerita
#jangankecam
No comments:
Post a Comment