Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

apa yang kita sayang minta Allah jaga

kita boleh bagi kasih
mampu curah sayang
kita boleh jaga
bila dia ada depan mata

bila jauh mungkin beribu batu
cuma boleh bertukar cerita
mungkin dengar suara
atau gambar menambah perisa
tapi takkan sama
macam bertentang mata

Sebagai insan, seorang hamba
cuma doa yang ada
menjadi senjata, pengubat jiwa
mohon pada Allah
minta jaga dia untuk kita
sebab kita tiada kuasa
untuk muncul sekelip mata

ya Allah..
andai dia berduka
kau hadirkan buatnya teman
yang sekurang-kurangnya mengembalikan senyuman dibibirnya
jika dia diuji kesakitan
maka kau berilah dia kesabaran dan rasa redha
bila dia berdepan delima antara dua
kau pertunjukkanlah jalan terbaik antara semua
saat dia tak mampu menahan kemarahan
kau peringatkan dia dengan istighfar
buat penenang jiwa penyejuk suasana

sesungguhnya tiada aksara mampu disusun
tiada gambar seindah lukisan untuk dilakarkan
tiada puisi indah mahu disampaikan
tiada irama mampu dilagukan
bagi menyatakan rasa terhadap dia
yang sekian lama berjasa
yang setiap doan…