2009 - corEtan akAsHah

Saturday, November 07, 2009

IS-BANGHURIS HOMESTAY
November 07, 2009 2 Comments
sekarg ni tengah sibuk siapkan research on Banghuris Homestay...bole tahan gak pening n kusut wat bende alah ni...macam tak siap2..ingatkan lepas jumpe supervisor merangkap dekan tu cepatla sikit siapnye..rupenye lagi banyak kene alter..huhutapi takpe dayah n nuha ada...seb bek la sem ni research wat berkumpulan..alhamdulillah lah...





Overview of Banghuris Homestay

The study focusing on the collection of data in order to complete the research on Social and Economic Impact on Homestay Tourism in Banghuris Sepang, Selangor. The Banghuris Homestay village, located in the Sepang district of Selangor, 60km from Kuala Lumpur or 35km from the Kuala Lumpur International Airport. The area comprised of three villages: Kampung Bukit Bangkung, Ulu Chuchuh and Ulu Teris with total number of homestay participants are 50. 15 and 10 house each village.

Within these communities, a total of seventy five families are able to accommodate up to three hundred people at any given time. Although the predominant language within each village is Malay, the younger generations are bilingual and able to translate, when necessary, for the elders in the village. Traditionally, these villages survived on a subsistence lifestyle; however after opening their homes to the world, they began to revolutionize their economy while still maintaining their basic way of life.

According to the operator of Banghuris Homestay as president of Selangor Homestay Association, Haji Basir the homestay development begins when the Ulu Chuchuh villages awarded as ‘Kampung Terbaik Peringkat Selangor’ in 1993. This recognition leads to increasing visitor arrival to the villages for have a look the village environment and beauty scenery. From top of that, they come out with ‘Program Pelancongan Desa’ in 1996 which give income to the local people. At that stage, 18 houses participated with the program after project and proposal presentation approve by the ministry. When the program developing, it attracted Bukit Bangkung and Ulu Teris villages to join with Ulu Chuchuh in 2003 and become as Banghuris Homestay.

For a minimal cost of RM60.00 per day, the program provides travelers from around the world with comfy accommodation, tasty cuisine and the opportunity to integrate into the daily workings of a Malay village. The Banghuris Homestay Program has also set aside 13 acres of agricultural space for a fruit orchard. With a population of over 3,000 Banghuris folks will definitely fascinate visitors with their way of life, culture and their tradition.

Based on record, highest total number of foreign tourist were from Japan (4519) followed by Indonesia (150) and Singapore (147). Meanwhile total number of domestic tourist is 1849 with total revenue RM 118,235 compared to foreign tourist total revenue is RM 306,360. (Banghuris Homestay Annual Report, 2008)
The Banghuris Homestay also offers a host of agro tourism activities. Visitors will be taken for an educational tour to the coconut, star fruit, guava and palm oil plantations. A visit to the orchid and hydroponics vegetable farms is also being lined-up for visitors. The sudden interest in the village in 1993 brought about positive response from the village leadership, comprising the village headman, village Development and Security Committee (JKKK) and the Women Advancement Group or well known as ‘Kumpulan Pembangunan Wanita’ or KPW which was established by the Selangor Agriculture Department.
Reading Time:

Friday, November 06, 2009

rahsie email?
November 06, 20090 Comments
Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya adysyammohdsaid@ yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Ady Syam Mohd Said Dia menggunakan alamat emelnya sebagai adysyam@yahoo. com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
Contoh: adysyam2001@ yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@ yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
Contoh: abc123@yahoo. com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..

la ye ker? kene lebih terbuka la lepas ni..huhu...
Reading Time:

Thursday, November 05, 2009

Promoter tak berdaftar
November 05, 20090 Comments

salam..saje je nak promote album terbaru hafiz hamidon kat my blog ni...
comment sikit la cover die ni..huhu cam berangan pon ade...
papepon semoga sukses tok album ni..huhu kene support ni..moral support..
tak tahu ler ni ke tak album nyer yg btol...layan je la...


skarang ni ngah final exam sampai 15hb 2009...ada lagi 2paper..pastu kene present thesis
tajuk nye tentang Banghuris homestay..keje ulang alik ke library pwtc..cari bahan
dalam pada membaca untuk exam bosan tercipta lah satu sajak..urm tak tau la bole dikategorikan sajak ke apa...tapi kalau buat lirik lagu pon bagus kot...jual kat komposer..agk2 diorg nak ke beli.hhuhuh..just suke2 je ni

" Mungkin aku bukan tercipta untukmu,
apa lagi untuk memilikimu,
tapi jauh disudut hatiku,
ada suatu suara yang menyatakan,
rinduku untukmu,
satu jiwa yang meronta,
rasa sayang buatmu,
namun di suatu tika yang lain,
rindu itu perlu dibuang jauh,
sayang itu harus di lupus,
tapi entah kenapa,
cukup sukar untuk dicerita,
tak seringkas senada suara,
mahupun sepanjang bual bicara,
mungkin juga semua itu hanya mainan minda,
usikan jiwa dan belaian rasa.... "

nukilan serikandi.....

huhuh tu la die...sekali nak gak jadi cam citer SEPI tu..ada sajak2..wah best nyerr
tapi ada ke komposer nak lirik ni?haha..serabut je kot...janji puas
selalu wat sajak just penuh dlm desktop jer..kalini terasa nak upload plak

ok la..sape2 yang mengunjungi blog ni..wish me luck for exam and presentation Thesis
n semoga dapat kerja yang diredhai Allah..ye la nak bantu family...byr hutang...tu yang paling penting..ptptn...
Reading Time:

Sunday, October 18, 2009

Malam pra graduan
October 18, 20090 Comments
Pose di main entrance of Holiday Inn

unik...


Chinese set dinner...
di hotel uitm
Reading Time:

Friday, October 16, 2009

HIID 2009
October 16, 20090 Comments


Tetibe je rase nak wat laporan pasal innovation competition kat Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan 10hb yang lalu...asalnya bukan la ikhlas sangat nak masuk competition tu, just terpaksa rela masuk sebab bawah subjek nye projek..lect suruh join n terpilih masa pra-presentation...memang macam2 gak dugaan masa wat bendalah ni..dengan tak dpt join program..huhu byk gak fulus abis masa wat preparation...ha tido pon tak cukup tau..sakit pinggang tak ilang agi...

Actually, for the frequent time, our batch will be as bahan ekperiment because the first batch who attend with this competition. Befor this only culinary, hotel n food service course attend this competition..so tired but gained more experienced in the competition...
masa judgement tu, entah apa yang aku merepek masa time judging tu.. bertubi-tubi gak soalan dr hakim tu..opss lupa lak ni group nyer not individual.. cam bese la ahli group nyer...aku, linda, ana, dayah, n pet... so dorang la yang bersama2 merealisasikan innovation yang dibuat untuk projek kami yang bertajuk "keep tasik chini Alive!!!"..haha masa pilih tajuk pon bole jadi isu..nak yang bombastik...last2 tu la hasilnyer...heheh bole tahan la...

yang bestnye tu, lepas dah setel sume, pegi la main plus word game ngan linda, dayah. bole lak menang...dapat la hadiah game ular
tu...tgah2 main tu..dapat berita yang ranking group kitorang ialah 25 dr 35 group yang bertanding..n just dapat pingat gangsa jer..huhu tak tahu la perasaan masa tu nak nagis ke ketwa ke terharu ker...last 2 dalam on the way balik umah..masing2 tak dapat tahan nak ketawa tak berhenti dalam kereta...nak release tension kot...aduhai entah berbaloi atau tak,...yang pasti lect kata boleh tambha marks tok group nanti...
Reading Time:
Sekadar Untuk Renungan
October 16, 20090 Comments


Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN' , tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN .

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE' , adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT '

Pejam mata dan renung lah diri, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...


"mengkritik tidak bererti menentang,

menyetujui tidak semestinya menyokong,

menegur tidak bermakna membenci,

dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"
Reading Time:

Thursday, September 10, 2009

trip untuk sem ni...
September 10, 20091 Comments
untuk semester ni rasenye duit byk dilaburkan tok trip assignment...urm takpe la untuk blaja kan..so rasenyer nak mengabadikan memori ciptaan ku sendiri...di beberapa tempat yang pegi tok sem ni...

aritu gi genting..haha tibe gak tempat yang org kata best sgt tu...kalo nak tahu my comment about that place?its suitable for capturing picture..huhu..if gi sana sensorng or berdua je tak seronok..tapi gi ramai2 best la jugak... yg penting budget dpt kurnag 2days 1night just pay rm50..but not included with tambang bas n makan2.. tp fikir2 semula duit ptptn ni dah sumbangkan kat owner genting tu kan...



pastu pegi lak tasik chini..ha yg ni budget kene kuar lebih sikit...termenung jgk pas balik tu..tp assignment punyer pasal, terima je la..at that time was my first time drive chevrolete(haha btol ke eje ni?), rase bangga lak kalo tu kete sendiri...
and time perjalanan balik singgah FELDA Lakum..jenguk family angkat kat situ...



sepatotnye kene pegi kelantan, tp cancel sebab ada perubahan pada code kursus..haha..nasib baik jimat sikit duit..tp kene pergi organisasi lak banyak.. wat masa ni..duit pon da kering,,pasni tak tahu la nak cekau budget mana..da la x rajin pegi part time..hehehe..o baru ingat tok independent study kene pergi homestay banghuris...duit lagi.....erm wat masa ni tu je la...
Reading Time:

Sunday, August 23, 2009

Solat Terawih
August 23, 20091 Comments
Solat Terawih
Apa itu solat Terawih?

Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir. Ia disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.

Solat Terawih sentiasa dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan baginda menggalakkan kaum muslimin supaya mengerjakannya. Begitu juga, para sahabat dan tabi’in selepas baginda. Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah. Di dalam hadis soheh, Rasulullah s.a.w. bersabda;

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Sesiapa mengerjakan qiyam Ramadhan kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)[1]

Maksud qiyam Ramadhan di dalam hadis di atas ialah menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah. Menurut ulamak, secara khususnya qiyam Ramadhan terhasil dengan mengerjakan solat Terawih iaitu solat sunat yang disyari’atkan khusus dalam bulan Ramadhan. Namun secara umumnya segala jenis ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadhan dengan niat untuk menghidupkan malam-malam itu sama ada ibadah itu berupa solat sunat, bacaan al-Quran, berzikir, menuntut ilmu dan sebagainya, semuanya dapat dianggap sebagai qiyam Ramadhan.[2]

Berapa bilangan rakaat solat Terawih?

Segolongan ulamak berpendapat; bilangan rakaat solat Terawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan;

ما كان رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة
“Rasululllah s.a.w. tidak pernah menunaikan solat sama ada di bulan Ramadhan atau bulan lainnya melebihi dari 11 rakaat”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jumhur ulamak-ulamak mazhab Imam Syafi’ie, Imam Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal berpandangan; bilangan rakaat solat Terawih ialah 20 rakaat tidak termasuk witir. Mereka berhujjah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan lainnya dengan isnad yang soheh dari sahabat yang bernama as-Saib bin Yazid r.a. (السائب بن يزيد) yang menceritakan;

كانوا يقومون على عهد عمر في شهر رمضان بعشرين ركعة
“Umat Islam pada zaman Umar menunaikan solat Terawih di bulan Ramadhan 20 rakaat”.

Begitu juga, Imam Malik meriwayatkan dalam al-Muwatta’ dari Yazid bin Ruman;

كان الناس يقومون في زمان عمر بن الخطاب بثلاث وعشرين ركعة
“Orang ramai menunaikan solat Terawih pada zaman Umar bin al-Khattab sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Terawih dan 3 rakaat Witir)”.

Bagi Imam Malik; solat Terawih ialah 36 rakaat tidak termasuk witir. Beliau berhujjah dengan amalan penduduk Madinah. Berkata Imam Nafi’; “Aku mendapati orang ramai menghidupkan malam Ramadhan dengan (mengerjakan solat) 39 rakaat, mereka berwitir dengan tiga rakaat darinya”.

Jadi dalam mengerjakan solat Terawih ini terdapat keluasan bagi umat Islam. Mereka boleh memilih sama ada ingin mengerjakan 11 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi s.a.w., atau 23 rakaat sebagaimana yang dilakukan oleh kaum muslimin di zaman Umar r.a. atau mengerjakan 39 rakaat sebagaimana amalan penduduk Madinah.

Berkata Syeikh Mahmud Khattab as-Subki dalam kitabnya ad-Din al-Khalis; “Beramal sebagaimana yang dikerjakan pada zaman Nabi s.a.w., Abu Bakar r.a. dan awal pemerintahan Umar r.a. adalah lebih utama dan lebih baik iaitu dikerjakan solat Terawih sebanyak lapan atau sepuluh rakaat tidak termasuk witir. Yang afdhal berikutnya ialah menunaikannya sebanyak dua puluh rakaat sebagaimana yang diamalkan di hujung pemerintahan Umar r.a. dan pada zaman pemerintahan Usman dan Ali r.a.. Qiyam Ramadhan (yakni solat Terawih) adalah ibadah yang digalakkan (yakni sunat) dan tidak terdapat nas dari Syarak yang membataskan bilangan rakaatnya. Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda;

عليكم بسنتي وسنة الخلفاء المهديِّين الراشدين تمسكوا بها وعضُّوا عليها بالنَّواجذ
“Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafak yang mendapat petunjuk (selepasku). Berpegang lah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham-geraham kamu…”. (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari Abi Najih al-‘Irbadh bin Sariyah r.a.)[3]

Mana lebih baik, melakukannya bersendirian atau berjamaah?

Jumhur ulamak berpandangan; menunaikan solat Terawih di Masjid secara berjamaah adalah lebih baik dari mengerjakannya di rumah sendirian kerana solat secara berjamaah adalah salah satu dari syi’ar Islam sebagaimana solat hari raya dan juga kerana banyak pahalanya di mana ia melebihi dari solat sendirian sebanyak 27 darjat.

Para zaman Nabi s.a.w., para sahabat baginda mengerjakannya secara berjamaah di Masjid. Malah Nabi s.a.w. juga turut berjamaah bersama mereka walaupun diperingkat awalnya sahaja iaitu selama tiga malam. Sama halnya pada zaman Khulafak ar-Rasyidin iaitu solat Terawih dikerjakan berjamaah di masjid.

Imam Muslim meriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- خَرَجَ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ، فَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلاَتِهِ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ يَتَحَدَّثُونَ بِذَلِكَ، فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَخَرَجَ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- فِي اللَّيْلَةِ الثَّانِيَةِ، فَصَلُّوْا بِصَلاَتِهِ، فَأَصْبَحَ النَّاسُ يَذْكُرُونَ ذَلِك، فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ، فَخَرَجَ فَصَلُّوْا بِصَلاَتِهِ، فَلَمَّا كَانَتِ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- فَطَفِقَ رِجَالٌ مِنْهُمْ يَقُولُونَ: الصَّلاَة، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- حَتَّى خَرَجَ لِصَلاَةِ الْفَجْرِ.فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقَبْلَ عَلَى النَّاسِ، ثُمَّ تَشَهَّدَ، فَقَالَ: "أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ شَأْنُكُمُ اللَّيْلَةَ، وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ صَلاَةُ اللَّيْلِ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا.
“Rasulullah s.a.w. keluar pada satu malam (di bulan Ramadhan) ke masjid, lalu menunaikan solat (yakni solat qiyam Ramadhan atau Terawih). Beberapa lelaki (yang kebetulan berada di dalam masjid) ikut sama bersolat dengan baginda. (Besoknya) orang ramai bercakap-cakap tentang hal itu menyebabkan lebih ramai yang berkumpul di masjid (pada malam kedua). Rasulullah s.a.w. keluar pada malam kedua (untuk menunaikan solat) dan orang ramai turut bersolat dengan baginda. (Besoknya) orang ramai menyebut-nyebut lagi hal itu, menyebabkan semakin ramai yang datang ke masjid pada malam ketiga. Rasulullah s.a.w, keluar lagi (pada malam ketiga untuk menunaikan solat) dan orang ramai turut bersolat dengan baginda. Pada malam ke empat, (semakin ramai yang datang) sehingga masjid menjadi sempit sehingga tidak dapat menampung orang ramai. Namun pada malam ke empat itu Rasulullah tidak keluar. Walaupun beberapa lelaki melaungkan “as-Solah!”, baginda tetap tidak keluar. Sehinggalah (apabila menjelang subuh) barulah baginda keluar untuk menunaikan solat subuh. Selesai mengerjakan solat subuh, baginda mengadap orang ramai dan berucap kepada mereka; ‘Sesungguhnya aku mengetahui keadaan kamu malam tadi. Namun (aku sengaja tidak keluar untuk mengerjakan solat bersama kamu kerana) aku bimbang akan difardhukan ke atas kamu solat malam, lalu kamu tidak mampu mengerjakannya’”. (Riwayat Imam Muslim)

Sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki berpendapat; mengerjakan solat Terawih di rumah adalah lebih baik kerana Rasulullah s.a.w. bersabda;

صلوا أيها الناس في بيوتكم؛ فإن أفضل الصلاة صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة
“Tunaikanlah solat wahai sekelian manusia di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling baik ialah solat yang dikerjakan oleh seseorang di rumahnya kecuali solat fardhu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Tsabit r.a.)

Sebahagian ulamak yang lain pula membuat perincian bagi masalah ini untuk menghimpun antara hadis-hadis di atas di mana menurut mereka; jika sekiranya seorang muslim itu penghafal al-Quran dan tidak ada sebarang gangguan (di rumah) yang akan menghalangnya dari solat terawikh serta ia tidak rasa khuatir akan lumpuh solat di Masjid tanpa kehadirannya, maka baginya solat di rumah adalah lebih utama. Namun jika dikhutiri perkara-perkara tersebut berlaku, maka solat di Masjid adalah lebih utama.[4]

Bacaan di dalam solat Terawih

Disunatkan memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat terawih, begitu juga di di dalam solat-solat yang lain sama ada solat fardhu atau sunat. Ini kerana Rasulullah s.a.w. bersanda;
أفضل الصلاة طول القنوت
“Solat yang paling baik ialah yang lama berdirinya” (HR Imam Ahmad dan Muslim dari Jabir r.a.).

Maksud lama berdiri itu ialah; memanjangkan bacaan al-Quran di dalam solat kerana tempat bacaan al-Quran di dalam solat ialah ketika kita berdiri (sebelum ruku’).[5]

Namun jika kita menjadi imam hendaklah mengambil kira keadaan makmum di belakang kita. Janganlah keterlaluan memanjangkan bacaan hingga menyusahkan makmum di belakang kerana ada di antara mereka yang dhaif, tua, sakit, sibuk dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah dipendekkan bacaan sesuai dengan keadaan makmum itu.

Sabda Nabi s.a.w.;

إذا صلى أحدكم للناس فليخفف؛ فإن فيهم الضعيف والسقيم والكبير، وإذا صلى أحدكم لنفسه فليطول ما شاء
“Jika seseorang dari kamu menunaikan solat dengan orang ramai (yakni menjadi imam kepada mereka), hendaklah ia meringankan solatnya kerana di kalangan mereka itu ada yang dhaif/lemah, sakit dan tua. Tetapi jika ia menunaikan solat seorang diri, maka perpanjangkanlah solatnya mengikut yang ia kehendaki” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Namun perlu diingatkan; maksud memendekkan bacaan bukanlah dengan terlalu pendek seperti membaca satu ayat yang pendek umpamanya membaca “سبح اسم ربك الأعلى”, kemudian terus ruku’. Sekurang-kurangnya ialah dengan membaca satu surah yang pendek seperti surah al-Kausar, al-Kafirun, al-Ikhlas dan seumpamanya atau membaca tiga ayat yang menyamai panjang surah-surah pendek itu atau membaca satu ayat panjang yang menyamainya.

Rujukan;

1. Al-Jami’ as-Saghier, Imam as-Suyuti dan Syarahnya Faidhul-Qadier, Imam al-Minawi.
2. Nailul-Authar, Imam as-Syaukani, juz. 3, bab Solati at-Tarawikh.
3. Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, juz. 6, hlm. 46.
5. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 261-265.

Nota hujung;

[1] Al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 8901.
[2] Rujuk: Nailul-Authar (juz. 3, bab Solati at-Tarawikh), Faidhul-Qadier (hadis no. 8901), Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi (juz. 6, hlm. 46).
[3] Ad-Din al-Khalis, juz. 5, hlm. 162 (Dinaqalkan dari kitan al-Fiqh al-Wadhih, jil. 2, hlm. 623).
[4] Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 264.
[5] Faidhul-Qadier, hadis no. 1275.

* info di copy dr blogger laman fiqh anda...untuk dikongsi bersama sempena ramadhan
Reading Time:

Monday, July 20, 2009

yuhooo
July 20, 20090 Comments
Semester baru da bermula..tup2 da minggu ke-3 rupenyer..
macam2 da jadi wpun da 3 minggu bermule..
n for this sem, i'm not be able 'cuci mata' anymore..huhu
n becoz of that make it so bored..
hope i'll get something attracted me in the future..

musim org mengamuk?
huh..diorang ingat diorang je ble mengamok..
i'm also can lor..
so what?
n maybe they br tersedar dr tidor kot...
banyak sangat bermain dengan api, sampai lupe minyak tanah tu ada di tangan orang len..
huh watever la....
hope Allah bagi aku kesabaran yang tinggi..

paling xbest result x lepas dekan lak...
buty alhamdulillah la sbb still 3 pointer above..
kire timbalan dekan la..tp tak de lak angrah timb dekan..haha
n independent study ble lak supervisor ngan dekan..
insya Allah bole kot...

tp best gak blom masok sem baru dapat 2 pasang kasot baru hak2
tu pon sebab kaki tak baper best lagi
tak pasal2 kena beli guard kaki lak..
urm tu pon satu hal kaki da macam ni
bole lak dak2 ni ajak gi nek ledang agi
isk3 apa tak serik ke aku da gi dolu
menyusahkan diorang..?memang question mark betol la...
Reading Time:

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT DATANG KE ALAM WARISAN
May 19, 2009 6 Comments
ALLAHUMAZUKNA MUTA BA AI’TI NABILYI, SALALLAH HUALAIHI WASALLAM
YA ALLAH YA TUHAN KAMI
KURNIAKANLAH KEPADA KAMI
KEINGINAN YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH
UNTUK MENGIKUT JEJAK LANGKAH RASULULLAH S.A.W

AWALAN PERMULAAN NYA
WA AKHIRAN PENGHABISANNYA
WAZZAHIRON WAZZARIHIM WABATINAN WINIT BHAT
WA,KHOILAN PERKATAANNYA
WA,FIR’LAN PERBUATANNYA
WA IBADATAN IBADAHNYA
WA AMALAN SOLIHAH DAN JUGA AMAL SOLEH

BISMILLAH..HIRROHMANIROHIM
PUCUK LAKUM SELERA LAKUM
LEBAH LUMRAH
DARI DAGING
HATI PERUT KAU HABIS KU RANTAH
LIDAH KAU HABIS KU PATAH
LIDAH KAU BERKATA
LIDAH KAU KELU
HATI KAU BERKATA
HATI KAU HANCUR
TANGAN KAU MENGGAPAI
TANGAN KAU TERKAPAI
KAKI KAU MELANGKAH
KAKI KAU SLANGKAH
KU SEMANGAT ROH SEMAYAN
KU TUTUP TAPAK TANGAN KIRI KU

SELAMAT DATANG KE ALAM WARISAN
DALAM ALAM WARISAN INI TIADA KETAKUTAN
KERNA YANG ADA DALAM ALAM WARISAN
HANYA KEBERANIAN, HANYA MEREKA YANG BERANI BERJUANG SAHAJA
BERADA DI ALAM WARISAN
HANYA MEREKA YANG BERANI BERSUARA DAN BERDIRI BERHADAPAN DENGAN MUSUH
ADALAH MERAKA YANG BERANI DARI SEGALA KETAKUTAN
LANTARAN ITU KETAKUTAN ANDA KAMI UJI
KEBERANIAN ANDA JUGA KAMI UJI

SELAMAT DATANG KE ALAM WARISAN
DALAM ALAM WARISAN INI TIADA HASRAT BENCI
KERNA YANGG ADA DALAM ALAM WARISAN
HANYA KASIH DAN SAYANG
KERNA YANG ADA DALAM ALAM WARISAN INI HANYA PERPADUAN
KERNA YANG ADA DALAM ALAM WARISAN INI HANYA SIH DAN SAYANG
BISMILLAH



ini antara bait bicara en.norazam masa kursus fasi yang smpat di salin, prgh 5,6 kali dia baca still tak penuh gak tangkap...ingat kan nak mintak ngan die pas abis, tgk2 dia da xde...laju gak die menghilang...
 akhirnya dengan bantuan blogger SR Foto singgah kat komen kasha, dapat lah yang penuh

Reading Time:

Monday, May 11, 2009

Berakhir sudah sem 5
May 11, 20091 Comments
bismillahirahmanirrahimm...
hehe diam tak diam da penghujung pon sem 5..cam tak caye jer...
paper 6 subjek layan je la kan sem ni..haha..tp sem ni pon byk gak menyusahkan org len..
tak best gak tu...sory pada sape yg disusahkan...nanti raya mintak maaf lagi ekh..
kita face to face minta maaf..hehe tu pon kalu panjang umur...

n hope sem ni nye result bole improve la sikit..wpun agak susah sikit...
at least lepas dekan cam sem lepas best gak...
hehe..dapat serumah naik pentas lagi cam sem lepas...
insya Allah..da usah

urm best nyer kan...insya Allah kalu dapat tersenyum lagi bonda dan ayahnda kat kampung tu...
hehe kan best tu...hehe cayok2...

tp dlm pada tu byk gak bende yg tak best tok sem ni...
-ada ke jam baru beli rosak sia2 je bercalar sebab advance nye hal...
-lagi satu kasut hitam hancur dek program tu...
-no comment la pasal tu..x ble ckp lelebih...
- urm ade lagi satu hal yg tak setel2 lagi smpi skrg..maybe tak payah disetelkan kot...agknye la

mende la mengarut sorg2 ni..k la...tu ar coretan wat hujung sem ni...
tunggu next sem lak...haha
Reading Time:

Friday, April 24, 2009

renungan bersama
April 24, 20090 Comments
Saje nak mnulis ni...da lama tak menulis..nape dalam hidup ni kadang2 kita tak boleh terima kenyataan..walaupun kadang2 perkara tu da jelas di depan mata...mungkin sebab kita tak nak dikecewakan..ataupon kita tak nak berputus ase...hai tak tau la..dalam hidup ni kadang2 kita menang...kadang2 kita kalah...
kita juga selalu menyalah ertikan satu2 pandangan tu..tak selami lagi dah mula memikirkan yang negative..haha aduhai..ni namanye terlebih berfikir..tak baik sebenarnye...kene ubah persepektif minda tu..kecik sgt..kadang2 kita tak nak beri peluang kat org lain tok bagi pandangan...ye la kalu dah anggap diri tu hebat...astagfirullah..mana la kita hamba Allah ni nak hebat sangat hidup kat bumi Allah ni..
urm entahla maybe next time kena ubah prinsip tu kot..haha susah ke nak ubah prinsip..insya Allah boleh kalu ada kemahuan...at least niat dah ada..kalu ada usaha boleh punye...
ish tak mo la citer yang sedih2 ni..kita bukan nyer nak bersedih just sebab benda yang kita cipta sendiri reka..just pejam mata..wat macam benda tu tak pernah terjadi pon dalam hidup ni..haha boleh ker? tapi tak mustahil kan. bak kata cikgu dulu, kalu niat kita kuat dengan usaha insYa Allah Allah akan bantu kita nak ahadapi apa pon yang kita lalui dalam hidup ni...
hehe tetibe jer panjang lak kan aku menulis kali ni..haha..mungkin sebab terase cam lama tak menulis...huhu..silap lak menaip...dah lama tinggalkan dunia penulisan...sebab terase macam berada dalam dunia khayalan..tapi sebenarnye best apa dapat wat camni..hehe at least ade gak ruang dalam hidup ni kita nak luahkan..hehe kalu la cikgu bahasa melayu time kat sekola dulu bace mesti banyak merah ni..bahsa pon tonggang terbalik...tapi apa ada pasal..skrg ni bukan tga ujian karangan pon.hehe degilnya ko kasha...
peduli la apa org nak kata...uiks ganas lak rasenye..jiwe tengah kacau le tu...ye la asyik kita jer nak jage ati org, ade ke org nak jaga hati kite...pesal la plak emosi terlebih ni..kene jumpa counselor ni..haha..hai tak tahu ler..
urm tu dulu la wat mase ni..puas hati aku..hehe...next time tambah agi..sape tak puas hati?ha sukati la...
last sekali, semoga Allah berikan aku kekuatan untuk menjalani hidup ni.and harap tak mudah berputus ase, jauhkan aku dari kekecewaan.. saket tu kalau kecewe wat kali ke berape tah..isk3..ntah la..
Reading Time:

Thursday, April 23, 2009

Memilih...
April 23, 20090 Comments
Rase terpanggil nak buka topik ni...
dalam hidup ni apa pon kene pilih takde la sume nak amik jer..
ye la kadang2 ade org yang pengaruh kita wat sesuatu keputusan tu...
tapi ade kala kita wat keputusan tu sendiri...
senang ke wat pilihan..hahah..
memilih antara baik da buruk
antara realiti dan fantasi
antara kenyataan dengan kepalsuan...
haha..tak tau la

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Reading Time:

Saturday, April 11, 2009

pujangga berkata
April 11, 20090 Comments
Kecantikan diri bukan diukur dgn kulit putih melepak..
disolek bedak kompak jenama terkenal..
pipi & bibir yang merah..
alis mata yang lentik..
fesyen baju moden & terkini..
inilah yang biasa digambarkan dlm tv @ internet..
hakikatnya BINTANG yang SEBENAR memiliki keanggunan SEJATI..
cantik akhlahnya..
lembut tutur katanya & baik budi pekerti..
bila keanggunan ditampilkan dgn cara yang betul akan terserlahlan pesona yang sebenar dalam diri kita..

wanita dipandang cantik pada wajah,
dikata penyejuk hati andai berbicara indah,
tapi kecantikan sebenar adalah terletak pada hati
hati yang memancarkan keindahan
dan hati juga yang menjernihkan wajah tampaknya indah


kenapa UJIAN datang MENDUGA???
indah tersusun madah saudara,
memang betul apa yang dikata
Allah datangkan kesusahan kepada kita,
bukan saja-saja,
tetapi ada hikmah belaka..
bersabar tempuhi segala derita sengsara
untuk menggapai kejayaan di hari muka

ujian tanda ingatan
perlu ditangani dengan kesabaran
usah jatuh dan putus harapan
kerana hidup ini penuh onak disepanjang perjalanan
Reading Time:
psikologist..jadi ke?
April 11, 20090 Comments
smentara ade line free lagi ni...just nak share something..

sume orang pernah lalui saat camni kan..
confuse dgn diri sendiri..mungkin dalam masa yang sama kekeliruan tu bole menyebabkan kita wat decision yang salah...terikut2 dengan perasaan...aduhai cakap pasal perasaan la pulak...ni yang payah ni..sebab silap2 haribulan jadi perasan..

urm kita abaikan je pasal tu..berbalik pada tajuk confuse pada diri sendiri tadi..macam mana kita boleh tak kenal diri kite sendiri..org kata tak kenal maka tak cinte..so maknenya kite tak cinte kan diri kite ke?alahai kuar bab cinte la plak kan...ni lagi satu topik sensitif..malas nak citer panjang..kite skip pasal tu..heheh ( kalu artis die ckp no comment)

apa-apa pon kalu dari psikologinyer, kita takkan tahu apa kekuatan dan kelemahan yg ade pada diri kite, tp kite bole cungkil bakat yang ada pade diri kite,,..kadang2 org lain akan perasan sebenarnya kita ade kebolehan tu, so pandai-pandailah ringankan mulut bertanya..ha ni pon satu kena pilih sape yang kite nak tanya tu,,,bukan kaki ampu..kalu dapat shbt baik kite..biasenye org yang dkt ngan kite perassan apa kekuatan n kelemahan kiter..sama2 la kita gunakan peluang pada bakat kite dan perbaiki kelemahan yang kite ade tu...
Reading Time:
study week!
April 11, 20090 Comments

Urm akhirnya tiba juga study week! 
Pejam celik, pejam celik sem 5 dah nak abis pun. Pergh that means u will face big responsible Kasha! uikk wake up2...byk main je sem ni..aduhai pe nak jadi..

just nak ingatkan diri sendiri:-
- jangan main2. byk tugas menanti tu wei..
- jangan asyik nak mengamuk jer ( sabar sikit kasha...istigfar byk2)..jangan sampai ulang bende yang same cam dulu...
- sedar diri (haha bile la nak sedar diri, ish3 pe la...).yg ni susah sikit..kena letak cermin paling besar pon, belom tentu sedar...hehe...u still in ur dream land...huhu...
- jangan asyik nak down je...kuat semangat sikit kasha! insya Allah u can do it, biar la apa org nak kata asalkan cite2 tu mesti dikejar..aduhai tu lagi satu bala tu..eh silap challenge...

papepon be urself kasha...jgn lupe Allah...tu yang penting...

huhu rase cam ape lak tulis untuk diri sendiri..tp ok pe..
urm tu je la kot...
Reading Time:

Thursday, April 02, 2009

Penghujung Sem 5
April 02, 20090 Comments

Assalammualaikum...
.pe la macam biasa hujung2 sem ni banyak la assignment, test dan presentation menanti.
Tapi sesekali rase down pon ade gak atas sebab2 tertentu.

Video ni pulak sebenarnye time program kgo tapi da di adaptkan untuk asignment kitorang untuk teamwork.huhu dorang tak tau pon.ni just part of the role play.nak letak byk2 tak larat la nak upload.nak mengedit benda alah ni lah buat aku demam 3 hari..aduhai.entahler resultnye takde la hebat sangat.tapi bole la bagi amatur macam aku ni.urm tapi comment dr lecturer lak wat down...sebab ada part dalam video cakap tak kuat...yang ade muzik ok ler...



Ni video time eksen2 cari target untuk program.huhu
.
Reading Time:

Thursday, March 12, 2009

trip ke kuching
March 12, 20090 Comments

Assalammualaikum..
hehe..mesti time korang baca tajuk blog ni ingat offer untuk pergi trip gi Kuching kan? sebenarnya saje nak kongsi pengalaman trip kitorang ke Kuching.
* Nak tau Biler? 13-15 Feb yang lalu...
* sape kitorang? (0822,0824,0825,0826,0827,0828)... (hah nombor apakah itu?

As a tourism student, kitorang apply lah ilmu yang ada arrange sendiri trip gi Kuching tu dari A sampai Z..
* Pengangkutan? okla dapat special rate dr MAS airlines pergi balik RM226..kire ok la dapat harge tu dgn
service yang ok. masa kat sana plak kitorang sewe van ngan driver sekali...
* Penginapan? Budget sikit..just nak duduk je kan...so rm52...ok la..tp kecewa sikit sebab tibe sana ada pakcik tu cakap ada tempat yang boleh deal lagi murah..tp xpe at least we have the experienced..

Ni lak antara tempat yang kitorang gi kat sane...
* Sarawak Culture Village...gi sana ni tempat wajib yang kene gi..best tau...byk la yang menarik kat situ

* Water Front...ha ni pergi 2 kali versi siang ngan malam sekali...time siang tu dapat la merase naik bot kat sungai Sarawak yang ada buaye..seb baik xde...

* Muzium Kucing...banyak sangat kuching dalam tu...replika la...tapi dalam byk2 tu ada 1 yang menarik kat situ...gambar kuching ngan description die...ada kaitan ngan life kite..best bacer die...

* Muzium sejarah, seni, dan lain...time ni gi nak abiskan masa tunggu flight nak balik..

* Pottery...kalu nak cari pasu..masing2 shopping 50% la katakan...memang la berbaloi..

* Pasar minggu...ha satu bende yang kena bawa balik kat pasar ni IKAN TERUBUK MASIN...

* Kilang Kek lapis Sarawak... pon xbole tak beli..sebelum tu kitorg rase macam2 jenis kek lapis..da macam berayer plak...pastu baru la beli...hehe

* Serikin-pasar ni banyak jual barang murah...cuace panas giler...tp maintain jer...ngan payung...kalu cam nak beli barang kat sini lagi best la...

ada banyak lagi tempat nanti la tunggui ana ke linda ke pet ke dayah ke rin tambah lepas ni

Bab yang paling tak best...flight yang patutnye pukul 8.30 bole delay lak ke pukul 11.30..pergh rase cam ape dok kat airport lelame...seb baik dapat makan free hehe...

cakap pasal makan..byk btol makanan yang tak pernah jumpe kat semenanjung macam
mee kolok, nasi ayam penyet...lakse sarawak..nasi goreng ninja...nasi goreng dabai...n byk lagi la..sume kitorg rse..memang la melantak je kan...opps kureng sikit bahase..sorry

bab air lagi la macam2 warne air kitorang try..
pet kata air jagung best...
dayah kate air laicikang die tak macam kat sini
kasha kata air teh c beng special die...manis giler..xbole layan...
linda minum air gandingan ideal....dayah minum air de tamu...warne warni cantik dan layan...
pastu ade gak macam2 la name air...
tu je la wat mase ni...lain2 akan di tambah kemudian...
Reading Time:

Sunday, February 22, 2009

sudut seloka
February 22, 20090 Comments
urm dalam mengexplore2 bende alah dlm internet terjumpe lak seloka dahulu kala..
entah la terase cam best jer..haha pesal la bole tersangkut lak ngan pantun ni..no comment...
dalam nak release tension ni layan gak nak berpantun ni..erm layan je la..layan je la kasha..

apa diharap padi seberang
entah berbuah entahkan tidak
entah dimakan pipit melayang
apa diharap kasihnya orang
entah berbalas entahkan tidak
entahkan sayang sudah menghilang

dari jauh ternampak bayangan
bila dekat sudah menghilang
apa kah kasih bertambah sayang
tertunggu dikau bila nak datang

puas ku tunggu puas ku nanti
menunggu di risik menunggu ditanya
akan ku susul menyelam hati
terubat jua rasa kerinduan nya

Sepat dikail dalam paya
dapat saekor ikan puyu
rindu hati ku jua tidak terkira
menanggung rindu menehan sendu

burung pipit terbang melayang
terbang hingga di pohon sena
tersimpul kasih terjerat sayang
kedatangan mu penawar duka

ramai orang mengail tenggiri
dapat saekor cantik warna nya
terpaut kasih rindu menanti
terpaut cinta badan merana

jangan ditimba air di bendang
makin ditimba penuh juga
cinta terukir ke anak dagang
sampai masa ketemu jua

hamba di sini menanggung rindu
neng disana memendam rasa
kasih dan sayang memecah rindu
terukir indah membalut jiwa

burung murai terbang bertandang
pipit hinggap di pohon sena
datang menjenguk datang lah sayang
esok jangan menagih hiba

anak bugis membuat kota
kota terbina di bukit cina
kata hamba kata di kota
bukan sekadar secebis bicara

dari jauh nampak bertiga
rupa nya bayangan sekadar cuma
ku titip sendu menehan duka
orang di sini tak ambil kira
Reading Time:

Thursday, January 01, 2009

pertama....
January 01, 20090 Comments
assalammualaikum pembuka kata,
salam blogger buat semua,
post pertama pembuka ceria,
moga meriah juga hendaknya...

#PERTAMA

huhu rase macam tak percaya jer akhirnya dapat jugak wat blog ni...
lecehnye cuma kena create email google laks.. sebab asalnya dah guna yahoo mail.
sempena tu gak blog ni leh gak wat sampingan luahan hati ..
cewah..
pebende tah aku kan merepek dalam blog yang ini...
tunggu je la
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.