July 2014 - corEtan akAsHah

Monday, July 21, 2014

Review Zikir Terapi 3
July 21, 20140 Comments
bahan bukti cd ZTD1
Alhamdulillah akhirnya sampai juga order cd zikir terapi 3 HH ni..Sebenarnya, sebelum ini pernah beli zikir terapi 1 online dengan inteam kot masa tu... lepas daripada tu, zikir terapi diri2 beli kat kedai buku mph.tu pon kak maria tlg belikan.kirim kat dia.Dan yg ketiga usha instagram HH nmpak ada no contact sis dia jual cd..try la wassap.. ok la cepat juga balas wassap tu..hmm so ajak kawan2 opis sekali menjebakkan diri beli cd ni..3 orang je yang nak beli sekali campur kasha 4 la. tapi saja order  5 keping..sebabnya biasa mesti ada yang nak bila nampak nanti. bila dapat tu ramai lak yang nak tapi sape cepat dia dapat la kan.. request nak tandatangan sbb sblm ni beli online dpt sign..cuma sedihnya dia sign kat plastik cover..koyak abislah tp tetap simpan..haha tu la citer dia..

Kali ni order,dapat pada tarikh 20/7 pakej sekali dengan poster dan tandatangan dekat cover . Tindakan bijak, dia koyak siap2 plastik cover tu. huu kira dia dgr gak la masa complain untuk album pertama aritu kot.. cuma la kan..tenggalam kot tandatangan tu.. pakai pen kaler silver, background tu pon silver.. hmm no point la kan tandatangan pon.:( tp anyway tq pd k.anis tu sbb dah dptkan signature.


ok sekarang ni nak citer review pasal zikir yg ada dalam tu pulak.. pada kasha ok sikit la lagu kali ni banyak yang bole dengar dan best.sama macam ZTD1 dulu.dan yang paling suka la.. tajuk..hasbunallah..memang tu je la dok ulang selalu. tapi overall setakat ni ZTD1 adalah yg terbaik sebab semua sedap didengar n best. dan plg penting ada la lagu baru peneman masa drive balik kampung.hahah..

Kalau drive sensorang tu.. Dgr zikir ni memang layan je.. Dan secara tak langsung mesti ikut sekali bacaanya.. So feeling la ala2 tgh berduet..ekh.haha .. Dr melalak tak tentu pasal nyanyi lagu apa2.. At least abis satu cd ni.. Sjuk je hati.. Sbb zikir ni menyucikan hati.. Manalah tau andainya nyawa terhenti masa kita drive? Biarlah dgn akhirnya dgn alunan zikrullah.. Kena selalulah doa agar dihidup dan matikan dalam iman dan redhaNya..

Bila drive mlm pon..lalu tmpat yg sunyi.. Perasaan takut tu da bole campak tepi dah.. Sbb layan zikir ni.. Sbb kita lg fokus berzikir.. Sekurang-kurangnya takde la nak fikir pelik2.. Ataupon benda pelik tu nak folow kot.hmm insyaAllah xde.

Kadang2 bila bawa anak buah..buka cd zikir ni..mesti diorang akan ikut sekali nyanyi.. Pastu lelama  dia tidur.. Zikir terapi + aircond  = elok dia trtidur kat seat blkg tu.. Hah time tu xde la risau sgt dia berdiri ke buat stunt kat blkg time kita drive..huhu..

Looking forward to buy zikir zindagi: ustaz bollywood@ustaz hasni..


Reading Time:

Saturday, July 19, 2014

Review Inner Magic
July 19, 2014 2 Comments
Kali ini nak wat review ke 2 online shopping. Seronok kan online shopping sebab kalau pergi kedai belum tentu dapat, membazir masa dan minyak kete je.(pemalaskah?)  Lagi pula, kerja sambil belajar ini, banyak benda nak kena buat, dengan online shopping mudah, jimat dan cepat, tak perlu susah cari parking, nak bayar parking..hehe.

Ada orang tak percaya guna tapi kasha suka je. Pertama sekali kita tengok follower dia ramai tak, ataupun yg like tu ramai tak..kalau ramai satu petanda yang baik. Kedua, siasat macam ala2 detektif Conan..Sebab kena la siasat dulu sebelum beli, tengok komen2 dan testimoni kat page tu. Bila da rasa yakin, teruskan je la order. Alhamdulillah setakat ni, semua yang kasha online shopping ok je.

Berbalik pada inner magic tadi, sebenarnya Kasha selesa sangat pakai selendang dari tudung bawal atau tudung sarung tu. Sebab tudung sarung kasha beli mesti awning dia patah.. nak pakai balik dah tak cantik.. hehe xpandai jaga sebenarnya. ye la, sape ajar gi basuh tudung awning pakai washing machine? haha sendiri mau ingat la. Cuma masalahnya bila pakai selendang tu muka boolat la..Jadi, bila jumpa inner magic lebih nampak muka kurus ok sikit mukanya bila padankan dengan selendang.

Salah satu dari item yang kasha selalu beli ialah inner magic scarf. Selalu bila kasha sebut inner orang ingat baju inner tapi ini sebenarnya inner magic ni scarf yang bahagian dalam untuk padankan dengan selendang. Mula-mula beli untuk diri sendiri je, orang kata nak cuba try test. Nampak macam cantik je orang kat page tu pakai. Bukan takde kat kedai-kedai ni inner magic cuma colour terhad dan material dia tak sama. Bila dah selesa dan pakai kat opis, ramai yang minat nak order sekali. Kasha pula kebetulan memang nak beli colour lain, so beli la secara berjemaah. Sampai la sekarang still beli lagi sebab dia dah keluar macam-macam patern yang boleh layan.

My Favourite Inner Magic <3 p="">



yang ni pulak cobaan menggabungkan warna yang agak contra dari selendang..  tips dia kena berani mencuba.hehe.. paling kasha suka colour hijau, oren dan pink 
    

terbaru .. beli inner paisley + strype berjemaah lg satu opis sempena raya..huhu

Reading Time:

Thursday, July 17, 2014

coret-coret ramadhan
July 17, 20140 Comments
fuh.. kalau blog ni macam bilik dah berhabuk dan bersawang dah kot..hehe.. sebelum tu jom kasi bersih sikit..
hmm okay sikit kot tu. alhamdulillah tahun ini diberi kesempatan dan peluang untuk menikmati keindahan bulan mulia ini, Ramadhan al-mubarak. (hehe excited sgt le tu smpi tukar header jd gitu)
sempena bulan ini, juga merupakan bulan kelahiran saya ikut tahun islam. nak tau check tarikh lahir ikut bulan islam, cer check kat link bawah ni

ha, dr situ lah tahu, yg rupenye kasha dilahirkan dalam bulan Ramdhan.. , 3 Ramadhan. Jadi, ini tandanya lah kasha penyebab ibu kasha terpaksa ganti puasa sebulan la kan? ok, cerita bulan ni jgk adalah beberapa perkara yang biasa kita buat masa bulan Ramadhan je, bulan lain takde.

sAtU: Sahur & berbuka
confirm kalau puasa bulan lain, perasaan nak sahur tu takde melonjak-lonjak macam masa bulan Ramadhan.
Mesti makan siap2 dah mlm tu, kira sahur awal lah. malas die bukan main.. tapi bulan puasa mesti nak sahur sebab rasa macam tak lengkap..


dUa: Terawikh
solat terawikh ini pon cuma ada dalam bulan puasa ni je.. Biasanya orang pergi terawikh lepas berbuka, tunggu waktu isya' dan terus tunaikan solat terawikh. Nak rasa feel lagi, gi la wat kat masjid. Tapi tak setiap hari boleh gi masjid, lagi2 bila takde geng nak gi. kalau lelaki senang je keluar sorang2 pon tak kisah. Tapi bab perempuan ni, kalau gi terawikh tu jadi dosa dan punca orang lain dapat dosa, baik takyah gi. Buat je kat rumah. Nak tau kenapa cakap macam gitu. Kadang-kadang kita tak perasan pakaian kita dari kereta ke masjid tu tak menutup aurat, macam belengan pendek, kaki (hah nampak kaki tu dosa tau). Dari kita tambah dosa, buat diam2 kat rumah la terawikh tu.

tiGa: Tadarus Al-Quran

Sekarang da ada smartphone, jadi tak susah nak capai khatam Quran dalam masa 30 hari ni sebab kita bawa hp ni ke mana2.. senang dan mudah..download je mana2 apps al-quran kat google play tu.. bukannya tak baca al-quran masa bulan lain, cuma rasa nak khatam dlm sebulan tu memang sgt kuat. InsyaAllah semoga diberi kesempatan untuk tahun ini khatam 30 juz di 30 Ramadhan nanti. 

eMPat: Zakat Fitrah

Zakat fitrah dah kena bayar sendiri la bila dah bekerja ni. Tu dia nilai paling tinggi antara negeri kat Malaysia rupanya , RM8. Harapnya sampai la kepada penerima zakat yang sepatutnya. Sekarang ni kaunter zakat fitrah kat man-mana je ada, kat bazar ramadhan, shopping kompleks. Takde la alasan terlupa ke apa ke kan?

LiMa: Bazar Ramadhan
Dah lama x gi pasar lambak(org johor kata) atau pasar malam sebab tak suka sangat orang ramai-ramai berhimpit-himpit tu..so masa bulan puasa balik keje pkl 6.15ptg hampir setiap hari, so mem bazar la kita.HUu orang kata masa bulan puasa boleh jimat banyak..tapi kalau tak kawal nafsu.. membazir lagi ada
masa ni lah, kita patut fikit nasib umat islam palestin kat gaza tu yang tak aman, x cukup makan, minum pon susah.. kita kat sini terlalu mengikut nafsu. Apa kata wat 1 hari 1 menu.. takdelah membazir..kan ada 30 hari, dapatlah merasa menu berbeza tetiap hari. x lari ke mana pon bazar tu. 

Banyak sebenarnya aktiviti, tapi cukup kot 5 ni yang dikongsi. maca berbuka ramai-ramai kat kedai ke, dok depan tv sambil tunggu azan, dan macam2 lagi
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.