February 2023 - corEtan akAsHah

Sunday, February 19, 2023

PC2: Bina apps sendiri
February 19, 20230 Comments

Cerita malam tadi. Sesi personal coaching untuk publish apps bersama pelajar PTSB. 


Sebenarnya publish apps ringkas ini salah satu topik dalam kursus E-tourism untuk preparation booking and reservation. Chapter 3. Jadi apabila ada permintaan untuk sharing knowledge, kita on je lah.

Kisahnya diploma program lain pun ada buat inovasi ringkas begini. Cuma pastinya kandungannya dalam bidang masing-masing. 

Didoakan semoga mereka berjaya publish apps sendiri. Kiranya dalam hampir 2 jam setel dah sesi penerangan sambil mencuba. Eh jangan tanya mereka nak buat apa, spoil projek mereka nanti. 

Alhamdulillah.

Selesai. Relaks sikit buat sharing personal coaching. Puas dapat respon persoalan mereka satu persatu. Selebihnya kita serah kepada supervisor dan kreativiti mereka sendiri.


#kashahtutorial

#cikguonline

#buatappsmudah

Reading Time:

Tuesday, February 14, 2023

PC1: Personal coaching e-sijil guna Canva
February 14, 20230 Comments

Selesai sesi pertama online coaching untuk generate sijil dengan lebih mudah. 
Katanya dah lama berperang dengan diri nak siapkan sijil beratus sijil untuk Anugerah Kecemerlangan Pelajar, jadi dia kata terpandang story Kashah kat whatsapp. Tu yang dia nak join personal coaching. 

Kashah kata senang je step dia, kena ready 2 je benda. 
1. Senarai nama penerima sijil (bentuk excel).
Dah ready kena ada cara untuk save dia.
Haa tak sampai 3 minit pun terus siap.
Dokumen kedua yang perlu ready ialah
2. Design sijil
siapkan design sijil dalam Canva. Memang kena guna canva sebab nak siapkan sekaligus.
Katanya design dah lama ada. Tinggal nak generate je
haa lagi mudah.
Dan proses pun bermula 
step by step mengikut tip and trick tertentu

Dan akhirnya muka ada senyum sebab macam gitu je?
hehe semoga selesai semuanya. Amin


Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.