December 2014 - corEtan akAsHah

Wednesday, December 31, 2014

Selamat buat semua
December 31, 20140 Comments
Khas utk semua.

Keluarga : Anda lah  yg terpenting dalam hidup saya..permulaan perjalanan hidup dari tak punya apa-apa.
                
Buat Sahabat : merata lokasinya. mungkin masih didepan mata, atau akan berjumpa dilain masa atau mungkin takkan mungkin kita bersua...Jangan lupe kan saya ya, bila suatu mase nanti kita terpisah.

Buat kawan2 : kawan gaduh mungkin juga, bersengketa, bertikam lidah ataupon kata...buat peneman lumrah hidup manusia...Maaf ya kalo saya ade silap dan salah, yg disengaja mahupun tak disengajakan.   
                     
Buat Musuh : Mungkin diam tanpa suara, memendam rasa... Maaf bila selama ini saya selalu salah dimata kamu, harap dari musuh bertukar aksara di lain masa.
            
Buat yang sayang pada saya : eh ada ke? hehe wah tak sangka.. apa pon, saya juga sayang pada kamu juga.

Buat orang yang prnah menyakiti saya: Saket pulak ati kite.. hmm..Terima kasih ya kerna sudah mngajar saya bgaimana utk terus bersabar. (walaupun kdg2 hilang gak sabarnya)      

Buat yang tak kenal dgn saya : Ha ni biasa kalau di alam maya. cuma beradu kata, bertukar idea..di  blog, atau mana2 media sosial pon.Terima kasih sebab setia save saya dalam contact kamu, walau pun kekadang saya buat kamu semua marah, suka update yg bukan-bukan.                        

Terima kasih semua sebab sudah ada dalam hidup saya, yg menjadikan tahun 2014 saya jadi ceria.

Terima kasih semua,,
              
Maaf juga dipinta (hehe macam hari raya pula terasa),
andai ada tersalah kata, terlancang bicara, baik sengaja ataupon tidak
andai ada yang terkata belakang dengan niat atau pon tidak,
atau tiada bicara juga tersentuh rasa dengan perbuatan

SELAMAT TAHUN BARU 2015

nota jari:
ok masa taip ni.. dekat keyboard ni macam ada serangga apa tah tengah buat lompat2 dalam ni.. asik dok berbunyi je mcm kita tengah menaip..
hmm mcm tanda2 nak beli laptop baru je.. eh eh.. baru pki 3 tahun.. haa baru cakap dia bunyi lagi.. misteri sangat tau
Reading Time:

Friday, December 19, 2014

Macam tu ke?

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.