March 2011 - corEtan akAsHah

Tuesday, March 29, 2011

JALAN CERITA INTERVIEW SPP -PPPT DH41
March 29, 2011 22 Comments
Assalamualaikum, buat kali ini nak citer sikit pengalaman masa pergi interview kat spp pada 29hb Mac 2011 di Putrajaya. Lama betul tak pergi sana sampai sesat-sesat terbabas. Ditambah dengan terminal bas yang baru di Bandar Tasik Selatan. Memang luas giler, jenuh gak nak berjalan, pastu mengada-ngada tak  nak naik lift, naik tangga, dapat la nikmat kesakitan kaki sekarang kan. Yang paling tak boleh tahan, boleh pula terlepas stesen, macam orang baru masuk bandar jer, hehe.Pastu gelak kat diri sendiri.

Malam tu, penginapan dan makanan ditaja khas oleh kak Laily kat presint 9.huhu terima kasih ye.Selesa dan enak sekali. Tidur pon lena jer.Perut pon kenyang lepas sesat2 barat.


Esok pagi sebelum bergerak pukul 6.45pg, dapat lagi tajaan sarapan pagi milo panas.hehe.yang penting masa tu dah start sakit perut sebab nervous sangat. Interviewnye pukul 10, so lepak dulu kat JPA, tempat k.laily kerja, sempat online dan tengok berita terkini sambil menyuap karipap.(yg ni pon ditaja)hehe. Hati rasa nak pergi ke tingkat 2 bahagian kaunter (jenguk tempat keje lama) tapi rasa nervous nak interview mengatasi segalanya, so biarkan je la. Sebelum ni pernah kerja kat bahagian pencen menguruskan fail-fail pesara kerajaan (khidmat singkat)

Akhirnya, dalam pukul 9 gitu sampai kat kompleks JPM, amik pass terus ke kat blok b3. sampai je, die minta kita susun sijil mengikut yang dinyatakan dalam surat. Nasib baik dah susun siap-siap dari rumah, kira tak banyak nak kena buat sementara tunggu die semak. (Kalau tak berpeluh juga nak menyusun tambah gabra nanti).Dalam masa yang sama, terserempak dengan Nas, die pon interview jugak tapi bilik lain.

Kasha dapat bilik 10 dan ditemuduga oleh Tan SRi (die tak bagi tau nama) dan Tuan Syed Sheikh.Dapat tau plak just bilik tu je interview dalam bahasa inggeris. ok..bertenang.
Untuk sesi pukul 10, giliran no.2, masuk biase la, bagi salam dan die akan suruh duduk. (Jangan lupa senyum sikit walaupun senyumanmu palsu belaka) ooh lupa bagitau, masa Kasha ni dia panggil interview sorang-sorang. Cuma terkini (2019) banyak buat secara berkumpulan. Mungkin sebab calon terlampau ramai. Jadi mungkin menjimatkan masa.

Pastu bila dah duduk, Tan Sri tu terangkan sikit la pasal tujuan dan jawatan interview ni. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi a.k.a pensyarah politeknik. Ok la tak nak citer banyak sangat dan meleret2, ini adalah antara intipati soalan:-
  1. introduce diri
  2. working experience(ni memang sangat penting sebab kite mesti tau ape yang kite buat, so besedialah dari awal. Untuk bekas pelajar politeknik, kelebihan disitu sebab praktikal 5bulan di industri. Buat bisness online pon cerita je, dropship ke apa ke? Kasha ada je cerita jual bahulu online masa tu. Zaman tu bisness online baru lagi tak macam sekarang). Sebab sekarang politeknik menuju ke arah IR4.0. Jadi kalau mampu menonjolkan diri anda sejenis yg up to date dengan teknologi, tunjukkanlah.
  3. Politeknik (komen sikit pasal pembelajaran di Politeknik sebab kasha lulusan poli jugak. Jadi sekarang, pembelajaran politeknik berkaitan TVET, baca sikit lah TVET dalam bidang masing-masing)
  4. Penyelesaian masalah (dia akan bagi situasi masa jadi pensyarah nanti, macam mana nak selesaikan)
  5. Sanggup ke posting jauh (yang ni sume tau kan jawapan yang paling tepat patut diberi. Walaupun 😨 bakal bahagiamu deritaku😂😂)
  6. Sebelum tamat, kena buat mock teaching sikit. Haa gasaklah berdiri depan pintu dan memulakan lakonan gaya cikgu-cikgu. Masa tu, ambil je apa-apa topik yang kita selesa. Tak lama pon. Sikit-sikit je.
Time last nak balik, punyalah berjaga-jaga ingat ambil folder sijil, tapi bole lupa pula ambil handbag, haha so clumsy kan? Tan Sri tu tegur soh amik.Hehe malunyer.Insya Allah dah buat yang terbaik, sekarang hanya berdoa dan minta dimurahkan rezeki.
Bila keluar dari bilik, masing-masing pandang. Kenapa? Wei! Kena cakap english ke?kuatnya sampai ke luar dengar. Dah, kena mock teaching dalam tu dalam english.. Berdiri depan pintu. Berlagak macam dalam kelas. Jangan cakap slow2 katanya. Hadap aje lah.

Ada jugak kawan2 yang lain masuk bilik temuduga,
- kena tanya pasal Tourism Planning yang bayak step tu. Class en. Hafiz tu, memang favourite soalan time exam.
- Pasal produk pelancongan pon ada jugak.
- Kesimpulannya, takde pon pasal isu semasa. (tapi bersedia je la, just in case kan).
Persaingan ramai, kekosongan kita tak tau, so tunjukkan apa yang terbaik. Berdebar jugak, tak boleh yakin sgt, walaupun kita macam yakin jer dapat kan.
Doa je la banyak-banyak.Yang baca ni nanti doakan jugak yer.terima kasih dan Assalammualaikum.(skrg ni da ada kat bp, pk 5 tadi smpi, nak stay lama2 kat sana tak tau nakwat apa,baik balik)

Pesanan penaja:
- rajin2 le jenguk pengalaman orang lain sebelum temuduga. at least ada gambaran awal tentang temuduga. 
taklah terkejut dengan cerita org lain bila dah tibe kat putrajaya
- join forum khas ni. baca, sangat membantu:
pegawai pendidikan pengajian tinggi
- nak lagi baik, cuba dapatkann isu semasa, kabinet-kabinet Malaysia, pentadbiran,. lagi satu mesti la pasal politeknik @ kolej komuniti. 
- cer test sikit, Berapa jenis politeknik? ada berapa politeknik premier? ada berapa politeknik metro? Politeknik konvensional? heheh..

- nak pakai baju apa ye? ni biasa sangat orang nak tau. pakai la baju kurung bagi perempuan, sebolehnya tag nama pakai (tulisan putih, latar hitam), kasut tutup, blazer kalau ikut tatacara pakaian baju kurung tak sesuai dengan blazer. umpama macam pakai baju melayu ngan blazer. so, up to you lah.
Bila pakai macam tu aura pekerja kerajaan tu dah ada, sampai pegawai yang semak fail tu kata.. Awak dari jabatan mana? Huhu saya pernah berada di Jabatan Pencen. Tapi cerita lama encik😂😂. Jadi jangan malu2 nak ber OOTD macam pegawai kerajaan. 

Update 2019
Wah ini post kasha masa 2011.. Sekarang da berlalu 8 tahun pun. Alhamdulillah post ni antara entri popular menjelang temuduga SPP PPPT 41 Ya.

Alhamdulillah Kasha pon dah 8 tahun berada di sistem politeknik dan telah berkhidmat di 2 Politeknik berikut:
1. politeknik Ibrahim Sultan, Johor (2011-2017)
2. Politeknik Metro Kuantan, Pahang(2018-kini)
Semoga menjadi rujukan dan bekalan pahala untuk kita akan datang.

 lekat sini gambar interprem bersama pelajar. Bukan karoke.

Spp masih dalam proses ambilan pensyarah baru. Dia buka runcit-runcit ikut batch nampaknya bagi memenuhi keperluan Politeknik baru dan pensyarah yang telah berpencen. jadi kepada yang tersesat ke sini, semoga berjaya.
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.