2013 - corEtan akAsHah

Wednesday, December 18, 2013

puisi maafkan aku 2
December 18, 2013 2 Comments
maafkan aku
mungkin kataku tidak selembut baldu
nadaku tidak berlagu merdu
bukan qariah dunia
bisa bertarannum indah 
apa lagi penyanyi 
pakar berirama syahdu

maafkan aku
satu masa aku lebih menerima
dari memberi
terlebih memuji
dari menasihati
dalam luar sedar
aku lancang mengeji
dari memperbaiki

maafkan aku
tiada harta berjuta
nak memberi biaya
cuma sedikit ilmu
berkongsi buat panduan diri

maafkan aku
saat gembira aku alpa
saat bahagia terlalu memuja
tanpa sedar ada hati terluka
ada insan berendam air mata

maafkan aku
hanya dengan puisi aku bersuara
bukan berpandang muka
apa lagi berbicara
bertentang mata
bimbang niat hati
tidak seiring bicara

maafkan aku
jika esok hari
tiada sapaan mesra
jika satu hari nanti
hilang senyuman diwajah
kerna kita insan biasa
emosi bercelaru tak tentu masa

maklumnya Maha pemaaf itu
adalah pencipta yang Esa tiada dua
yang sangat pemaaf itu kekasihnya
Nabi Muhammad Rasul akhirnya
berdoa agar aku juga berteladankan baginda
bersikap maaf tidak bersyarat
tidak kira masa...

nukilan asli; akashah : 23:04 waktu malaysia 15 Disember 2013

p/s : puisi maafkan aku 2 terhasil susulan puisi maafkan aku yg jadi post yang paling tinggi view dalam blog..



Reading Time:

Friday, December 13, 2013

Kursus Inovasi ICT dalam PdP
December 13, 20130 Comments
10-13 Disember 2013

kursus kursus kursus
induksi..ppk..cpcm..

Kursus CPCM yang tak bosan punya..
fasilitator / penceramah : +Eimiza Faisha Azmi 

actually mana2 kursus yg kami pergi jarang dapat yang bosan.  kenapa mention kami ? sbb hampir semua kursus ada kasha dan k.lin berasama..
Nak tahu kenapa x bosan?hah ni petua-petua yang boleh di ikuti:
  1. duduk bahagian paling depan..ni kak +Lynn Nadzari  bagi motivasi. cikgu kata dulu makin dekat ngan cikgu makin berkat ilmu.
  2. datang dengan niat yang betul. walaupun kita ada sedikit ilmu, jangan berlagak pandai sebab kita datang dengan niat yang betul..nk belajar bkn nak cari salah orang
  3. Kalau mengantuk, RESET MINDA semula.. hehe dan pilihlah kursus yg betul dan betul2 kita minat..huhu

Dalam kursus ni ada group presentation.. ahli group yang sempoi dan sporting


yg kat atas ni penggunaan padlet.com http://padlet.com/wall/eventwall2
website ni actually bole guna sebagai course outline alam maya.. 
kira ni course outline versi orang muda la..
at least paper less kan..
jimat.. xpayah sibuk print.
bole click link.. upload nota ..tgk youtube direct kat situ je


ni pulak blendspace..
nama pon blend kan abis kita campur semua dalam satu..
macam tu jugak dgn blendspace.com ni
kena daftar as student or lecturer
masukkan je semua:
  1. prezi - cara baru buat slide presentation
  2. sparkol - bole wat montaj
  3. youtube
  4. padlet 
  5. youtube
  6. drive google -simpan document dlm internet.. no more handwriting bro.. sy suka sy suka
nak masuk cidos pon boleh...


juri sedang khusyuk memberi markah.. paper less sgt kan.. 



penutup kursus dengan pulut .. serawa dan kek.. Alhamdulillah rezeki hari ini
Reading Time:

Thursday, December 12, 2013

my first sparkol
December 12, 20130 Comments


seminggu kursus inovasi ict dalam pdp.. permulaan kursus dengan flu yang teruk..
ni je la hasil asal bole.. ok la kot.

baru je selesai kursus , penggunaan sparkol sbg montaj. Apa yang perlu ada:

  1. sign up dulu guna email
  2. akan automatic download dalam komputer .. lama sangat proses download ni, sbb internet x bape laju.. 
  3. yang tak bestnye kena guna free trial 7 hari je bayangkan la kalau poli bagi at least satu program satu user free da ok da.. huhu untunglah kalau dapat.. tggu dia unblock youtube dulu pon susah.
  4. pastu bole lah explore.. 
  5. perlu kesabaran yang tinggi nak publish jadi video.. kalau komputer slow gi la bawa upgrade dulu,. hahah buang la program yg da xguna dlm komputer tu
  6. kreativiti n daya imaginasi yg tinggi.. 


Reading Time:

Monday, November 04, 2013

salam muharam...maal hijrah
November 04, 20130 Comments
1434 hijrah sudah berlalu,
muncul pula 1435 hijrah,
semakin sayu sambutan maal hijrah terasa,
tidak seperti tahun yang sudah.
bukan percikan bunga api dilangit yang aku ingin lihat,
bukan dentuman mercun yang ingin kudengar,
kerna itu bukan cara kita,
selaku seorang hamba setianya,
khalifah dilantik didunia,


sempena tahun baru islam..



Reading Time:

Sunday, October 06, 2013

cubaan pertama: quote with artwork
October 06, 2013 2 Comments

cubaan pertama menggabungkan puisi bersama gambar
tak lupa bawa sekali preve kesayangan
nak ajar preve berpuisi jugak.. 
bole gitu?

komen untuk cubaan pertama ni:
agak complicated di situ.. 
tulisan sepatutnya lagi timbul
ni gambar plak lebih-lebih

mcm ada yg tak kena
tak tahu kenapa asik tema hijau je
mungkin dah terbawa-bawa dengan tema projek & interpretasi
inovasi hijau dalam pelancongan

so entry kali ni bertemakan
 inovasi hijau dalam coretan

p/s: wet shoes 4 pasang kat atas tu beli saing kat jb tapi malangnya kasha punye sebelah da hilang dalam tasik tu.. aptb.. 


Reading Time:

Saturday, October 05, 2013

Sekitar Project Presentation Jun 2013
October 05, 20130 Comments
BUP 6: Perangkap Nyamuk 

DUP6B: FLOKINA

DUP6A: Perangkap Minyak

BUP6: Dynamo Charger

DUP6B: WARMOSOCK 

DUP6A: Belonkak

DUP6C: Safety Jacket

BUP5: Speedy Cleaner

Reading Time:

Thursday, September 26, 2013

bila kata bercerita
September 26, 20130 Comments
ayat ni keluar bukan setakat tulisan sahaja.. memang sedang meluah rasa. hmm klu bole sila terasa..

di satu sudut dan ruang.. cuba berfikiranhhhh  positif.. mgkin itu tdk disengaja.. mungkin ada satu kata iaitu karma.. pernah juga aku begitu
ya Allah..tlg hilangkan rasa ini segera.. agar ditenangkan jiwa..jauhkan diri ini dari sifat mazmumah dan hiasilah diri ini dgn sifat mahmudah

p/s: kali ni rasa mcm x baik plak bole wat entry mcm ni bersama ayat "sila terasa".. argh geram.. nak tido.. semoga esok tiada lagi rasa tu dalam hati ni.. amin..
Reading Time:

Monday, September 23, 2013

zikir terapi diri 2
September 23, 20130 Comments

perasan tak lagu kat blog ni.. Astaghfirullah.. lagu tu dari album pertama zikir terapi diri oleh HH ni..

ini album zikir ke2 dari HH .. yang pertama elok dok dlm kete.. bosan sensorang balik kg layan zikir ni.. melalak la tu sensorang dalam kete.. dah nama pon sensorg kan sumbang ke tak sumbang diri sendiri yang dengar.. hahah baik sangat kan dengar nyanyi zikir.. lalala... tu la jiwanya memang dah kat situ.hilang ngantuk..so lepas ni ada la peneman baru dalam kete.

zikir rabbi zidni ni agak unik sikit sebab guna irama lagu p.ramlee.. lagu patah hati.. klu perasan la.. dan dlm byk2 list dlm album ni.. zikir ni plg best dgr..tak macam yg pertama byk yg best.maybe blom hayati lagi kot...( abeslah pasni kat opis kasha ttp telinga pki headphone merah ..jgn kcu huhu)

masa teaser rabbi zidni kuar kat youtube excited nak beli..konon nak beli online mcm zikir terapi pertama tu.. tapi mcm xde lak offer beli satu je.. dia offer dua(zkr terapi first ddgn yg ni).. so tertunda beli.. ahad lepas kebetulan la plak.. termintak lak tlg kak maria carikan dan kebetulan dia ada kat kedai buku tu.. alhamdulillah dapat la dgr isnin ni..hehe..

Reading Time:

Monday, September 02, 2013

Coretan akashah?
September 02, 20130 Comments
Mencipta susunan aksara satu persatu..
Jari menari hati berdetik..
Meniru lagak irama dan lagu..
Mencerna satu kata menyusun kalimah..
Jiwa seakan merintih..
Hati umpama langkah yang mula bertatih..
Jika tersungkur cuba untuk bangkit semula..
Cuba mentafsir apa yang bergelora..
Menangkis suatu yang tak biasa..
Kerna setiap satu ada batasnya..
Cuba mengikis walau rasa rasa berbisa..
Pedihnya mungkin tak kekal lama..
Biar ia jadi bersahaja..
Satu makhluk jiwa seakan meronta..
Berperang antara dua..
Kadang berpadu menjadi satu..
Mencari satu arah ke timur atau utara..
Yang pasti perlu kembali pada letaknya tanda..
Pada haknya..
(Akashah, 2013 - 12.46am)
Reading Time:

Thursday, August 29, 2013

Sibu island trip
August 29, 20130 Comments
23-25 ogos.. Bw pljr diploma ke latihan amali di pulau sibu. Pergi dengan kaki dan lutut yg masih sakit dan jg demam yg belum kebah. Namanya pon tanggungjawab..layankan aje la.
Sebenarnya setiap sem pergi pulau sibu. Bezanya kali ini, bw anak PA pula DUP3C. Alhamdulillah selesai sudah 3hari latihan amali water confident, snorkeling, boating, kayaking dan hitaming (sesi mggelapkan muka). Nampaknya berjaya glap mukanya.
Reading Time:

Thursday, August 08, 2013

Salam Kemenangan Salam Lebaran
August 08, 20130 Comments
Tiada kata seindah bahasa
Tiada ucapan penghias bicara
Tiada kegembiraan seindah Syawal
Salam Lebaran Buat Semua


Tika cahaya pelita menerangi halaman..takbir raya mula dialunkan.. Tika ibu sibuk menyiapkan juadah lebaran.. Kanak2 bermain bunga api bersorak keriangan.. Saat rumah di hias rapi.. 

Baju baru cantik berwarna warni.. Sanak saudara mengatur ziarah utk beraya esok hari.. Tanda Ramadhan akan berlalu pergi..tahniah atas kemenangan ini buat semua umat muslimin

p/s; mungkinkah kita bertemu ramadhan yg penuh ketenangan dan keamanan ini lg? 
Reading Time:

Friday, August 02, 2013

Kisahnye kursus advertising tourism
August 02, 20130 Comments
5hr brkmpung di ancasa hotel..
Bersahur berbuka rotate lauk tu juga..
Tggu juga menu istimewa..
Terbaik kat hotel ni katanya..
Namun semua hampa belaka..
Mungkin juga..
Tak kena lidah org kg agknya..

2 minggu lg nk raya
Orang sibuk persiapan raya..
Kita dok la mghadap komputer..
Menelek adobe photoshop..after effect dan illustrator..
Yg xde mouse terkial2 mengira..
X tggl juga software tak ada..
Dah lappy tak nk terima..
Processor.. Hardisk.. Grafic card masalah utama..
Terima je lah apa yg ada..

Dr hairi cikgu razak..tnaga pngajar hari berlima..
Mengajar kami yg tau hy pd software py nama..
Kira nk jd zero to hero lagaknya..
Master utk trio- adobe misi utama..
Tgk la mlm presentation hasilnya..

Teka- teki penceria suasana..
Kuih raya promote tetap sedia..
Buku istimewa grafik byk salah eja (edisi pertama dicerita)..
Tak kisah pon mesej tu yg utama..

Segmen terakhir touching2 mesti ada..
Kata2 buat pencetus minda..
Perkongsian ilmu moga dibrkatiNya..
Terselit jg salam hr raya..
Juga tak lupa sesi gile glamer..
Da sume pantang jumpa kamera..
Lebih lagi cermin besar kt dpn mata.
Berbelas keping jgk jadinya..

Nukilan khas kursus advertising tourism;
 akashah 2013

Gaya2 comel kononnya 

Pose meletops

Group Hatic
Hahah
Sijil pose
Again

Sekadar berkongsi satu rangkap kata yang menarik minat pd penutup majlis:
Jika membenci saya akan menjadikan anda sempurna..
bencilah saya seribu kali supaya anda mnjadi seribu kali sempurna..
jika menyayangi saya menjadikan anda sempurna..
dgn tgn terbuka sayangilah saya seribu kali pon
supaya anda mnjadi seribu kali smpurna 
(dr hairi 2013)
Reading Time:

Saturday, July 20, 2013

Kursus PPK di penghujung ramadhan
July 20, 20131 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Ni nak habaq mai, tgh rileks2 cheq selak2 web esis. terkejut sat tgk ada info katweb esis ni

hahah.. pehal tetibe ckp penang.. k balik ke normal..
Bole bayang x kursus masa mood da nak blk kg?
advertising tourism? kang jadi aidilfitri tourism kang..

29.7- 2.8.. masa tu ada pdp lagi tau.. 
wpun ada sharer dlm subjek, tp xde makna sume tu
nak tau sebab apa?
sebab semua sharer pon kena gi kursus ni jugak (jan dan k.lin)

maknanye akn senyap sunyilah opis minggu tu
sbb rmi yg kena g kursus ppk 
kasha,iza, k.lin, jan, 

yg plg penting student confirm dgn BAHAGIAnya
boleh cuti awal, sbb lect pon xde..
isk isk untung la
kena ganti la kelas nye.. erk..byk ok seminggu tu


Reading Time:

Friday, July 05, 2013

Penerbitan buku seni dan alam
July 05, 2013 6 Comments
Alhamdulillah, hasil penulisan selama ini berbaloi. Terhasil juga sebuah buku seni dan alam karya sulung terbitan PIS.. Lama juga tunggu buku ni siap dicetak. Banyak proses da dibuat. Semakan oleh dewan bahasa dan pustaka pon bukan sekali dan berperingkat. Pemilihan gambar dan caption bersesuaian pon ambil masa agak lama. Perkara paling penting. Kena rujuk dengan taman negara johor tg.piai buat saat2 akhir sbb sumber penulisan dtg dr tg piai..sbb confuse masa tu.jadi nak citer jugak la serba sedikit ttg buku ni.

Sebenarnya tujuan buku ini diterbitkan sempena untuk dipersembahkan kepada Raja Zarith Sofiah permaisuri Sultan Ibrahim. Buku ini telah pun dipersembahkan ketika majlis Malam Kurnia (Raja Zarith Sofiah Award) bertempat di PERSADA convetion centre. Bertepatan dengan latarbelakang baginda yang meminati bidang seni, politeknik mengambil inisiatif untuk menghasilkan penulisan seni dan alam dalam pelbagai subtopik.

Antara subtopik yang terdapat dalam buku ini ialah:

  1. Seni Persekitaran
  2. Perspektif Alam melalui SImpulan Bahasa
  3. Seni Ukiran Kayu Tradisional
  4. Penggunaan Seni dan Alam dalam Bahasa
  5. Tenaga Suria dan Kelestarian Alam
  6. Seni dan Pelancongan bercirikan Kelestarian Alam
  7. Seni dalam Air
  8. Nilai Seni Bunga Siti Fatimah
  9. Matematik dalam Seni
Antara sutopik yang tersenarai, Seni dan Pelancongan bercirikan Kelestarian Alam merupakan hasil penulisan bersama Akashah dan kak azila . Terima kasih kepada kak ila sebab memberi kepercayaan sepenuhnya untuk menulis bersama. Penggunaan sumber Taman Negara Tg. Piai diketengahkan dalam aspek penulisan yang lebih menonjolkan konsep interpretasi awalnya.. Tapi nak memudahkan pembacaan, interpretasi terpaksa diubah.. hmm sedih..

Penulis lain turut terlibat khasnya dalam JPH ialah Jan, Yati dan Faizal.. Tahniah untuk semua.

Buku Hijau Sangat kan?
Overview Seni dan Pelancongan
 
                 

Reading Time:

Thursday, June 20, 2013

jerebu di pasir gudang
June 20, 20131 Comments
teruk jugak indeks udara kat pasir gudang mencapai 190 ipu.. ni la jadinya..
bau macam ada org bakar sampah kat luar tu
kalau kurg minum air, maka semua doktor kat pasir gudang ni sibuk tak lama lagi..


Reading Time:

Thursday, June 06, 2013

terUji lagi..
June 06, 2013 2 Comments
Hikayat Preve & tuannya..

Sekali lagi entry berkenaan dgn makhluk besi silver ni.. 2 hari bercuti rehat, naik2 cuti nasib kurang baik menimpa. Kebetulan plak hari tu, memandu buka tingkap, sebaik tiba pintu pagar politeknik bukan disambut kompang ke apa ke? bersambut bunyi tayar ..mcm ada benda tersangkut.. haish da rase lain macam da masa tu.. rupanya amik ko, skru test pen patah lebih kurg 7cm da tembus bahagian tayar kat tepi tayar.. da xdpt diselamatkan da tyrnye.. kena tkr baru.. tampal pon xmenjadi.. melayang lagi duit nye.. haish




Reading Time:

Friday, May 24, 2013

Bahan PdP: Galerry walk dan place mat
May 24, 2013 2 Comments
Mukadimahnye: kedua-dua kaedah ni memang sesuai utk pengajaran dewasa dan bekonsepkan OBE yang mana pelajar lebih aktif dari guru.

apa yg penting: Gallery walk digunakan utk membincangkan subtopik yang berlainan utk setiap kumpulan, yang place & mat pulak biasanya utk membincangkan topik yang sama utk semua kumpulan.


sesuai digunakan dalam kelas tapi kalau setiap subjek seminggu sume guna kertas majung, takut jadi fobia lak ngan kertas majung.hehe

KAEDAH GALLERY WALK

Cadangan alat yang boleh digunapakai:

- kertas majung ( ikut bilangan kumpulan)
- pen marker ( 3 warna kasi cantik sikit )
- ahli kum yang tulisan cantik, pandai dan suka melukis
- ahli yang bagi idea
- ahli yang berkeyakinan utktlg tampal kat dinding
- dan plg penting gembire :) utk buat presentation

Gambar sebelah ni: proses tgh melorek dan mencantikkan (touch up) peta minda yg dibuat . Ha nampak tak ada tangan2 yg diberi anugerah melorek tu?hehe

Proses:
1. Kump diberi topik mengikut pembahagian subtopik berlainan
2. Buat perbincangan bersama ahli
3. Tulis hsl perbincangan dalam kertas majung mengikut kreativiti ( biasa sng buat peta minda la, tgk kesesuaian)
4. da siap? tampal kat dinding, sorang akan tinggal utk prsent mewakili kumpulan
5. Ahli kumpulan yg lain akan melawat hsl pmbntgn kumpulan lain mengikut pusingan jam smpi habis
6. klu rase mcm ada nak tambah, bole terus tulis kat situ.

KAEDAH PLACE & MAT ACTIVITY
Alatan: sama dgn gallery walk
Proses:
  1. Setiap kumpulan mesti ada 4 ahli mewakili A, B, C DAN E
  2. Tanpa berbincang, tulis jawapan mengikut tajuk yang diberi dlm masa 1/2minit
  3. Bila masa tamat, bandingkan jawapan ahli , dan letakkan jawapan yg sama di petak E
  4. Secara rawak, guru memilih mana2 kump utk membuat ringkasan ttg aktiviti
(yg ni xde gmbar sbnr)
Reading Time:

Thursday, May 23, 2013

Media kit / press kit
May 23, 20130 Comments
Saje nak kongsi pengetahuan baru.Sebelum ni tak pernah ldengar term media kit atau press kit ni . Tak tau pon kewujudannya.. sekali dapat tugasan kena sediakan bahan tu. Apa lagi kite gi la jumpa Mr. Google dan berjaya dapat contoh.. selain tu, rupenye housemate, cik iza pernah buat media kit  masa die belaja kat uitm dulu.. berpandukan dua rujukan yang membantu ni, kasha kenalah prepare media kit untuk RSZA.

Inilah hasilnya.. buat dlm masa 8 jam..pastu da mengantok..sambung tido le jwbnye ..huhu terima kasih juga buat kak lin dan kak logais sbb wat proof reading..


pasni nak tunjuk diterima atau nak wat tambah2 kuah ke sambal belacan ke? tu kita tgk je la pasni
gambar google: Press Kit
Apa itu MEDIA/PRESS KIT?
Merupakan dokumen yang mengandungi informasi tentang sesuatu perniagaan, produk atau acara.Biasanya digunakan untuk event dan biasanya wujud dalam pakej informasi untuk membantu wartawan menerbitkan penulisan.

Membuat press kit yang media suka
nak jawab soalan ni patutnya kena tanya reporter lah kan? Tapi kita wat research sendiri je la.
  1. Menerangkan keseluruhan acara - Pengenalan acara boleh gunakan konsep 5W1H, Who, What, Why, Where, When, dan How
  2. Fact sheet -pastikan info yang diletakkan senang baca, dan mudah faham. Kalau ada info graphic lagi bagus. Sediakan informasi yang terkini. Kalau boleh tak lebih dari 6 bulan.
  3. Latarbelakang Organisasi - penting gak ni, organisasi, partnership, penaja , kolaborasi.. apa2 je yang berkaitan
  4. Pencapaian dan anugerah - benda2 gini kena higlight jadi macam satu Wow factor bila menulis.. Apa2 yang ada TER.. PALING.. dan sewaktu dengannya kena hebahkan. hoho.
  5. Brosur/FLiers/Buku Program - Biasanya bila ada apa2 acara mesti bahan hebahan ni dah disediakan. senang kan? minta siap2 pada jawatankuasa untuk asingkan sikit untuk jadikan salah satu bahanpress kit.
  6. Gambar/video- yang ber resolusi tinggi. sekarang dah senang.. bagi je url gallery untuk event letak siap2 dalam press kit.Sebab biasanya mesti la bagi soft copy. Kalau rajin bagi la bentuk CD
  7. Contact - Ini jangan lupa in case ada benda dia nak minta ke? macam CD tetiba corrupt, atau ada maklumat terkini yang dia nak, taulah dia nak cari siapa kan?
Bila nak praktis Electronic Press Kit Weh?
Sepatutnya bila dah zaman segalanya dihujung jari ini.. Segala bentuk press kit should be dalam soft copy aje. Senang dia nak edit ..Kalau wartawan ada baca ni pon dia akan angguk setuju.. CEPAT EDIT, cerita pon CEPAT PUBLISH. kan? kan?
green concept lagi. Dah xpayah cetak kan?jimat dah kertas kat situ.
Reading Time:

Tuesday, May 21, 2013

Sistem punye wish
May 21, 20130 Comments
ha.. ni td buka esis.. pelik kenapa lambat sgt nak login. rupenye die nak kuarkan yg bawah tu? hehe
awal sehari ok.. 

mcm biasa juga x minta kek atau apa2 barang sbg hadiah
cuma doa yang terbaik dan alfatihah agar ditetapkan iman dihati
diberkati dan dirahmati.
senang je. :)

Reading Time:

Wednesday, May 15, 2013

Dia terluka lagi :(
May 15, 2013 7 Comments
Hari ni blk lmbt , gelap hujan lak tu.. nak parking dlm umah sekali ada bunyi..
pergh.. bukan sekali tp 2 kali bunyi tu.. langgar batu dinding rumah tu kot..
rasa cam skrg jgk nak kapak dinding batu tu,.calar abis kete bhgn depan tu..
bukan sikit.. bergaris2 dan dlm luke tu..

rupe dr jarak dekat.ek? bape duit nak terbang ni?
ibarat kata pepatah..luka di kereta nampak calarnya, luka di hati sape yg tau? apa lagi luka dlm beg duit. (^_^)/

ok tu je nak citer

p/s : kpt n kpm bergabung.. pe jadi pasni? tunggu je la
Reading Time:

Friday, May 10, 2013

spore trip
May 10, 2013 2 Comments

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh..

amik pembuka post kali ni siap lagu bawaku pergi lagi.. sebab setiap kali gi spore mesti kena bw buku merah tu kan? ye la x sangka pon bole gi sana sampai 3 kali dalam 1thn stgh ni.. kena la jgn membazir entah bape puluh muka surat dlm buku merah tu.. takkan se muka je dok cop kat imigresen tu

ni sedikit gambar gi negeri Temasek ni .. tp singa tu (merlion park) baru sekali ni jumpa.. da tu 1st time n 2nd time asik dok g USS je.. transformer x abes2.. ni baru gi kat mercu tanda dia


Cermin ajaib.. jd hantu jap.. arggh.. takot x?hehe

ini tiket masuk science centre singapore, ini dipanggil kraftangan @ ole2 yang xyah sibuk2 nak g cari kat kedai. simpan lah.. wat kenangan

haa kepala mesti nak senget ek? ni puteri x menjadi namanya.. kuning uh rmbutnye

Marina bay

patutnya gmbr ni ats sekali, tp halal la ni k..pintu masuk science centre
game 

merlion park


p/s: sdg terfikir, kenapa kat negara orang, tempat mcm ni berpusu-pusu orang sibuk nak masuk sampai beratur bagai nak rak. tapi dalamnya nak lawan kt Malaysia bole tahan jugk.. tp kat sini? hidup segan mati xmau je lagaknya

Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.