Terkesan dengan doa yang ditulis oleh ustaz ebit lew di status media sosialnya.
Tengah skrol2 facebook, nampak satu post warna pink ni. memang berbeza dengan post2 yang lain. Terberhenti sekejap jari nak skrol ke bawah. Baca, baca entah berapa kali kasha baca ayat tu.. Rasa macam2 dalam hati. Rasa macam nak nangis pon ada.
Ye la kan? Bayangkan keadaan kita di sana nanti. Tak tahu lagi kesudahan kita macam mana.. Ada tak sahabat kita yang ingat kat kita nanti jika tak nampak kita kat syurga? Dan ketika Allah bagi peluang nak tarik siapa? Ada kah kita golongan yang bertuah itu..
Samada kita yang menarik sahabat kita
Atau
Kita yang ditarik oleh sahabat kita
Semoga semuanya pengakhiran yang baik2..
#semogajumpadisyurga
Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia. Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd")
Al-Hasan Al-Basri berkata:
"Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti"
Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku.."
"Wahai Rabb Kami..Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"
No comments:
Post a Comment