September 2013 - corEtan akAsHah

Thursday, September 26, 2013

bila kata bercerita
September 26, 20130 Comments
ayat ni keluar bukan setakat tulisan sahaja.. memang sedang meluah rasa. hmm klu bole sila terasa..

di satu sudut dan ruang.. cuba berfikiranhhhh  positif.. mgkin itu tdk disengaja.. mungkin ada satu kata iaitu karma.. pernah juga aku begitu
ya Allah..tlg hilangkan rasa ini segera.. agar ditenangkan jiwa..jauhkan diri ini dari sifat mazmumah dan hiasilah diri ini dgn sifat mahmudah

p/s: kali ni rasa mcm x baik plak bole wat entry mcm ni bersama ayat "sila terasa".. argh geram.. nak tido.. semoga esok tiada lagi rasa tu dalam hati ni.. amin..
Reading Time:

Monday, September 23, 2013

zikir terapi diri 2
September 23, 20130 Comments

perasan tak lagu kat blog ni.. Astaghfirullah.. lagu tu dari album pertama zikir terapi diri oleh HH ni..

ini album zikir ke2 dari HH .. yang pertama elok dok dlm kete.. bosan sensorang balik kg layan zikir ni.. melalak la tu sensorang dalam kete.. dah nama pon sensorg kan sumbang ke tak sumbang diri sendiri yang dengar.. hahah baik sangat kan dengar nyanyi zikir.. lalala... tu la jiwanya memang dah kat situ.hilang ngantuk..so lepas ni ada la peneman baru dalam kete.

zikir rabbi zidni ni agak unik sikit sebab guna irama lagu p.ramlee.. lagu patah hati.. klu perasan la.. dan dlm byk2 list dlm album ni.. zikir ni plg best dgr..tak macam yg pertama byk yg best.maybe blom hayati lagi kot...( abeslah pasni kat opis kasha ttp telinga pki headphone merah ..jgn kcu huhu)

masa teaser rabbi zidni kuar kat youtube excited nak beli..konon nak beli online mcm zikir terapi pertama tu.. tapi mcm xde lak offer beli satu je.. dia offer dua(zkr terapi first ddgn yg ni).. so tertunda beli.. ahad lepas kebetulan la plak.. termintak lak tlg kak maria carikan dan kebetulan dia ada kat kedai buku tu.. alhamdulillah dapat la dgr isnin ni..hehe..

Reading Time:

Monday, September 02, 2013

Coretan akashah?
September 02, 20130 Comments
Mencipta susunan aksara satu persatu..
Jari menari hati berdetik..
Meniru lagak irama dan lagu..
Mencerna satu kata menyusun kalimah..
Jiwa seakan merintih..
Hati umpama langkah yang mula bertatih..
Jika tersungkur cuba untuk bangkit semula..
Cuba mentafsir apa yang bergelora..
Menangkis suatu yang tak biasa..
Kerna setiap satu ada batasnya..
Cuba mengikis walau rasa rasa berbisa..
Pedihnya mungkin tak kekal lama..
Biar ia jadi bersahaja..
Satu makhluk jiwa seakan meronta..
Berperang antara dua..
Kadang berpadu menjadi satu..
Mencari satu arah ke timur atau utara..
Yang pasti perlu kembali pada letaknya tanda..
Pada haknya..
(Akashah, 2013 - 12.46am)
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.