November 2018 - corEtan akAsHah

Thursday, November 29, 2018

Puisi BN 2018
November 29, 2018 5 Comments


Suatu hari nanti, dia mungkin akan bercerita tentang engkau kepada seseorang. 

Tentang engkau yang telah menyerah. 
Tentang dia yang telah menang. 
Dia mungkin bercerita dengan bangga. 
Tentang kemampuannya membuat engkau jatuh cinta. 
Tentang galaunya hatimu mengawal rasa itu. 
Mungkin lukamu menjadi trofi buatnya. 
Mungkin tangisanmu menjadi lambang kehebatannya.

Biar! 
Biarkan dia terus berfikir apa-apa yang dia suka.
Biarkan dia terus mengukir cerita seenak rasa. .

Engkau... .
Engkau terus saja berpegang pada satu tali. 
Tali yang mampu menarik engkau kembali menemui diri. 
Tali yang mampu membuat engkau lebih baik lagi. .

Sedar! 
Engkau telah kehilangannya. 
Justeru jangan sampai engkau kehilangan engkau. 
Berkuatlah wahai hati yang baru saja dilukai oleh satu kenyataan. 
Bertahan!


(bonda nor, 2018)

Kali ini share ayat dari instagram bonda Nor..bukan hasil karya kasha.. ayat dia memang telus.
Macam kalau memanah dalam filem robin hood tu.. memang sepantas menusuk terus mati.
Tak berkias, tersusun dan tajam menikam.
Reading Time:

Tuesday, November 13, 2018

Yang jengah suka baca-baca
November 13, 2018 4 Comments
Baca
Bukan ayat berbunga
Faham
Jangan sampai membawang

Reka
Bukan tuju siapa-siapa
Hobi
Sekadar mengisi hobi lama

Mengayat
Tapi bukan mengurat
Menyusun
Jangan sampai mengarut

Jarak
Antara langit dengan bumi
Berbeza
Memang dah jurang antara benua

Kelam
Takkan terang biar puluhan cahaya
Sepi
Diam-diam tanpa bunyi

Peluang
Laluan dah pon terbentang
Pilih
Antara kanan atau kiri

Takut
Kadang-kadang tak sampai hati
Resah
Ada rasa bersalah menghantui

Padam
Kalau semudah button delete di PC
Buang
Risau sesal tak sudah nanti

Tertekan
Bila dah degil tak puas lagi
Berundur
Sayang bukan macam perahu boleh berundur

Harap
Ada satu petunjuk dihujung nanti
Tuhan
Allah kan ada disisi

(Akashah, 2018)
11.30 pm



Yang menaip bukan kerana nama
Yang jengah suka baca-baca
Yang tengok kadang jatuh suka

Yang mentafsir jangan sampai mengata
Yang terasa eh nanti sakit hati pula
Yang bahagia kau lupakan sahaja

Yang benar aku cuma mereka
Yang ikhlas dalam blog hamba
Yang mana bukan sasterawan negara

Yang bukan penglipurlara
Yang mengantuk bawa-bawa tidurle..

(akashah, 2018)
11.42
Reading Time:

Wednesday, November 07, 2018

Eco Tourism Summit 2018
November 07, 2018 4 Comments
Bila lama sangat mencari rezeki di perantauan. Rasa rindu pulak kat geng-geng zaman belajar dan kerja,  tup2 bila dah bertenang dengan kerja2 di sana..ada pulak jemputan ke sesi dialog ecotourism summit kat JB. fuh ibarat pucuk dicita ulam mendatang.. bak orang mengantuk disorongkan bantal.. zass.. terus bagi nama. huraayy!!!
seawal pagi dah tercongok kat holiday villa tu nak menghadiri sidang dialog. sebenarnya ni ecotourism summit kali ke7. memang belum pernah miss lagi pergi sini. 
ha dari kiri ada dayah kuasa dua di situ.. seat ala-ala dewan kuliah oi. bersedia untuk menerima info2 terkini. bukan main duduk seat barisan tengah.
gambar kenangan bersama pensyarah UTM.. Dr Ija dan Prof Amran
Eh? tn syed pon ada? kak rut pon ada. dengar cite, kak rut pon dah dapat sambung belajar PHD , biasiswa HLP next year. Jan pon ada tu.. telah rasminya jadi pelajar PHD bulan 10 aritu. (hah selamat belajar lah korang) kasha bila? adoi.. mungkinkah?
memang tak nak cerita pasal content ecotourism summit pon.. tengok gambar sebelum dan selepas je.
sebab content dia banyak sangat.. menarik dan boleh update nota terkini
lebih kepada eco-tourism dan sustainable tourism.

Sesi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, intipatinya adalah:
Keynote adresss : National Ecotourism Plan 2016-2025: The Ecotourism Clusters
by YBrs Mr Mohd Daud Bin Mohd Arif
Undersecretary, Tourism Policy and International Affairs Division, MOTAC
Ecotourism - by UNWTO comprises of art and culture also. The scope is wider not only for nature, flora and fauna.

Paper 1 : The intersection between creative tourism and cultural heritage:The Terrapuri Heritage Village Experience
by Mr Alex Lee Yun Ping ( Owner of Terrapuri Heritage Village and CEO Ping Anchorage Travel & Tour Sdn Bhd

Paper 2 : The Role of Local Authorities in Ecotourism: A case study of Majlis Perbandaran Taiping
By Puan Hanim binti Ramly
Head of Corporate Public Relations and Tourism Division
Majlis Perbandaran Taiping

Paper 3: Synergy between High Value Ecotourism and Conservation: The competitive edge of Tanah Aina
By Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil
President of The Association for the protection of the Natural Heritage of Malaysia (Peka) and owner of Tanah Aina Eco Resort

Paper 4 : Upscalling Community-based Ecotourism : Innovation and Inclusiveness in KOPEL Batu Puteh
By En Mohd Hasim Abd Hamid
Local Champion Miso Walai Homestay, Kinabatangan Sabah
Reading Time:

Monday, November 05, 2018

jangan tanya kenapa
November 05, 2018 2 Comments
bukan tak nak cerita
tapi jadi fobia

bukan tak nak buat
tapi tau sendiri hadnya

dari jejak kaki 
sampai muka dah rasa tebal seinci

Kerana kau takkan pernah faham
biar penerangan seluas lautan

dan sesetengah soalan tak perlu jawapan
biar karangan beribu helaian

bukan aku tak rindu
tapi takut selalu sampai muntah

Jangan tanya aku kenapa
Elak aku mula menipu bila kau tak percaya
Bimbang aku sembang salahkan orang

(akashah, 2018)
Reading Time:

Saturday, November 03, 2018

Riadah @ Forest City
November 03, 20180 Comments
Forest City 1, Pulau Satu, Gelang Patah, 81550 Johor Bahru, Johor (277.64 km)

Johor Bahru

ibu, ngah, sha, maya comel
Setelah minggu-minggu yang sibuk, lama rasanya tak menjejak kaki di bumi Johor. Balik kali ini, sha merangkap mak maya, cakap siap2 nak ajak pergi Tg Piai, tapi niat dihati kita lebihnya nak pegi tempat lain pulak. Pulau Kukup ke Forest City ke?so difikirkan nak bawa ibu, nampaknya forest city lebih sesuai. So,  Masa tu hujan kat pontian tapi degil gak gerak ke gelang patah. alhamdulillah masa sampai ke destinasi tu tak hujan. nampaknya cuaca merestui. ceh ceh.
Layanz cuti di forest city. Sesuai jalan2, pusing2 snap sana-sini.dah lama rasanya hakak tak tolak kerusi roda ibu, rindu pulak. Kalau tak dulu, petang lepas kerja mesti jogging tolak ibu keliling taman. haha . berpeluh gak lah basah baju sebab tu pakai track suit je (so jangan kecam hakak pakai macam tu). sape kecam nanti dia makan 5 kali tak kenyang. hahah padan muka.
Forest City ni adik-beradik la dengan Danga Country Garden & R&F Tg puteri kategori kawasan dia. opps lagi satu Eco World. cuma dulu post gambar kat FB. kat sini takde lah. Dia memang bina landscape untuk kawasan perumahan elit. So sape kaya boleh beli apartment situ. Kaya lah duit tak tau nak letak mana wei. tabur je. 
 Dah pindah baru berjaya jejak sini. padahal ulang-alik je pontian dengan pasir gudang memang lalu lah. sebenarnya sebelum ni dah ada cubajaya nak ke forest city ni tapi sudahnya sampai woodland.haha. itu tak boleh blah..
 gambar cantik-cantik ini guna hp ngah.. huawei.. 
hai cantik dan clear benor gambonya.
 muka bahagia walaupon sekejap aje.
gaya berselipar aje gi jalan. #aduakukesah
 alamak ibu lagi kurus ni macam mana?haha
Kalau bawa family bawa anak-anak , Nak swim ada kolam renang terbuka. rujuk gambar belakang tu.(untuk kanak2 sesuai lah).tapi jangan sibuk nak berenang kat tepi pantai pulak. (memang tak dibenarkan mandi tepi pantai tu.
ok nak balik dah. maya pon dah penat dan kelaparan tu. haha kesian dia.


Reading Time:
Halatuju Pelancongan dalam Bajet 2019
November 03, 20181 Comments
Bunyi tajuk entri kali ini macam serius sangat kan?
Bajet 2019 Malaysia telah pon dibentangkan. So nak tanya rasa apa?
betul ke orang kata ni?
kau dah makin tua bila kau mula berminat dengan bajet negara
ok lah sebenarnya entri ni saje nak kumpul info pasal bajet bagi industri pelancongan. 
Mana tau berguna untuk akan datang. Nak lari dari keadaan..sambung PHD ke?

Artikel 1: sedutan info: 

  • Fakta penting 1: Industri pelancongan menyumbang sebanyak 14.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM201.4 bilion pada 2017. 
  • Fakta penting 2 :Sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membawa masuk 30 juta pelancong asing yang bakal menyumbang RM100 bilion kepada ekonomi negara pada 2020
  • Bajet Pelancongan

  1. RM100 juta : geran sepadan kepada syarikat swasta untuk program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa dalam usaha meningkatkan angka ketibaan pelancong.
  2. RM20 juta diberi kepada Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk jalinan kerjasama dengan hospital swasta terkemuka.
  3. RM500 juta : subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus untuk pinjaman Tabung Pelancongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) RM500 juta yang disediakan SME Bank.
  4. Taraf Pulau Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan diperkembang manakala Pulau Pangkor akan dijadikan sebagai pulau bebas cukai.
  5. Kemudahan bebas cukai kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham di Pulau Pinang bai menggalakkan lagi sektor pelancongan kapal persiaran
  6. Khazanah Nasional Bhd diberi tanggungjawab menerajui projek itu dengan kerjasama Think City dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menerusi program pemuliharaan dan pembugaran bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara
Sumber: BERNAMA

Info Grafik 1: 
sekarang banyak je info grafik pasal bajet bagi yang malas baca  visual learner. cepat dan mudah kan? lagi senang paham kot. rasanya sama je input bawah ni dengan artikel kat atas yang biasanya orang baca tajuk je. (haha mengakulah)
Sumber : MOTAC
Cuma nak tanya dah hilang ke MTTP 36 juta 168billion menjelang 2020 tu? 





Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.