August 2018 - corEtan akAsHah

Wednesday, August 15, 2018

Boleh masuk Arkib Politeknik Malaysia
August 15, 20180 Comments
Gambar ni di snap masa nak pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri tahun lepas
Mukadimah
Kita ini sebenarnya ada satu tabiat. Tabiat susah nak buang barang-barang lama.  Lepas tu lama2 boleh buat muzium sendiri. padahal simpan dalam kotak yang mana berteman anai-anai aje. Kalau duduk rumah yang tak pindah2 memang elok je la dalam kotak tu. Kalau berpindah-randah mesti usik2 juga lah. dan satu masa bila pindah banyak kali, kita akan buat keputusan yang sangat berat untuk let it go. fuh memang berat hati kalau jadi macam tu.
Rupabentuk surat tawaran diploma 2003. 
ok jom kita ke tajuk asal entri ni. Mengimbau kenangan suatu ketika dahulu.. Kemasukan diploma politeknik.bersaiz separuh a4. warna biru. Nak buka kena koyak kiri kanan dulu. Ha ni dah boleh masuk muzium politeknik dah surta tawaran ni.. Kalau ikut kan rupabentuk surat ini, macam surat daftar KWSP dulu, daftar akaun bank dan slip gaji kilang .ha macam ni lah. sekarang semua online. hahah
meh singkap sikit cite lama kita 
Ada seorang pensyarah bertanya apa 'expectation' masa '1st day' jejak kaki ke politeknik.cuba tulis dalam sekeping kertas...
09DUP03f032 - 09 kod pjb, dup utk kod diploma pengurusan pelancongan 03 mewakili tahun kasha masuk 2003.. F sampai sekrang jadi misteri 032 tu kasha orang yg ke 32 daftar masa batch tu untuk DUP.. 
Ini kad matrik pjb yang terjumpa time nak pindah aritu.. Bayangkan lah dari lepas diploma dekat 5 kali kot pindah..tapi artifak ni tetap ada..dari kulai pergi batu pahat pastu pindah pontian, pasir gudang pindah 3kali.. Smapai sekarang kat kuantan ada lagi..tapi xbawa lah gi sini..buat harta pusaka kat rumah pasir gudang. Yang lagi 3 sem ada lagi tu tapi tak terjumpa.kalau korek memang jumpa.sebab xbuang. Muka comel zaman remaja terpaksa diblurkan ..takut korang tengok masuk mimpi ngeri.haha.
hah teka mana kasha? muka tak reti nak senyum dah amik gambo menghadap matahari.masing2 semua tak nampak mata. umur 18 tahun.hahah terasa tua sangat dah ni?

Kasha menulis sebuah karangan. Panjang dua muka surat.tapi  tak dapat penuh lah ingat apa kasha tulis sepenuhnya. Tapi antaranya adalah seperti berikut:



"Saya bayangkan semua pensyarah tua-tua haha rambut putih macam professor seperti yang dimomokkan dalam tv 11 tahun yg lalu.. tapi terkejut besar, rupanya semuanya muda2 belaka"



Tak tahu la apa reaksi pensyarah tu masa baca karangan tu eh.. dia ingat lagi tak? Haha agak2 siapa pensyarah tu eh? Tak sangka pula akhirnya menjadi rakan sekerja pulak ..(sebenarnya kasha rasa pensyarah tu pon tak ingat dia yang suruh buat benda ni. sebab masa taip benda yang lebih kurang sama posting macam ni, dia rileks je. hahah.biarlah rahsia)



Tapi sekarang pensyarah lagi muda2.. Tak dapat beza dengan student. maybe 10 tahun akan datang, ada yang bakal jadi macam ni juga.. Jumpa student sendiri pula


Sekadar menyebut nama pensyarah yang terlintas dalam kepala: 
pn dayang (PA), pn maria, pn azila, pn zaiton, pn anita, pn wan linda, pn hanirah, pn imas, pn nora, tn syed,en zul, en yusdi, en azamrul, en kamal, en ismail, ustzh rohamiah,
Barisan legend lecturer pjb yang dah jadi rakan sekerja.alamak nape kasha nampak sebaya pulak? Adeh macam mana ni?
Nota kaki
Post ni dah lama tulis tapi tak publish2. Bila cik kasha da mula stress kat sini medium penawarnya  tambah2 ayat sikit.masuk2 gambar buat hiasan.. Jadi terpublish lah entri ni..
Argh memang stress..sampai tak tau nak buat apa,..amik lah selalu entri kasha ada mukadimah je, sekarang tambah nota kaki plak..esok2 tak tahu lah..

Reading Time:

Sunday, August 12, 2018

Late lunch @Jaman Tory Resepi
August 12, 2018 2 Comments
Bila mata tak pandai nak lelap.. Perut mula tunjuk perasaan.. Tekak pon jadi tak sedap. Cuaca bahang panas lain macam. Buat kasha capai hp dan mula menaip. Sumber gambar2 dalam hp yang nak di clearkan. Kalau tak berat sangat plak hp ni kang.. Baiklah ada blog boleh jadi campak2 gambo dan buat modal menulis. Tulis ajelah sebab dah paksa mata tidur dia tak nak. Ke sebab sibuk main hp dia xboleh tidur?
Ok jom cite sikit pasal kedai yang viral kat Kuantan ni
Jaman Tory Resipi
Deko kedai.. Banyak guna barang2 lama tahap boleh masuk muzium ni.ok la buat Hiburan menunggu makanan sampai
Kalau baca nama kedai ni, ingat owner orang jawa ke? Tapi bila Tengok logo kedai dia.. Rasa macam pelawak dulu tu, mat sentul.(pi google sana, sama tak?). Ahaa siap ada angkat tangan 1 tu..satu geng ngan orang Pekan kot. Hahah sukati lah.

Pergi kedai ni bulan 5 oi.lama gile baru nak post. Kenapa eh.jangan tanya lah sebabnya..macam2 hal.. Nampak tu menu kad dia.. Simple dan mudah baca.. Dan nak tunjuk juga deko kedai belaj belakang tu jugak.
Hah air kaler pink. Apa tah nama air nya lupa sudah.. Kontroversi sikit sebab makanan dah abes air hanim tak sampai lagi. Itu die dapat bukan main besar gelas..pusing 1 meja pon xhabis2. (oh masa ni makan lunch ramai2 ngan geng opis) abes tu mana gambo ramai2 kasha?alamak.. Takde lah sebab keadaan masa tu xberapa ada mood lagi nak gbar reramai. (pemalu la katakan)
 And again amik lago deko2 kat dinding. Cuma gambar makanan tak sempat amik..kasha makan daging salai.. Sedap la jugak.. Tu yang tak sempat amik gambo tu d
So boleh la visit page dia kat sini
Nampak tu kasha screenshot sekarang dah jam 2.00 pagi.esok nak gerak 8.30.. Ni tak tidur lagi.. Jom tidur


Reading Time:

Saturday, August 11, 2018

Entri BGB

Friday, August 10, 2018

Ngeteh @lilawadi kuantan
August 10, 2018 2 Comments
Pernah tak bila satu masa, kita terlalu sibuk dengan hal duniawi.. (ayat senang dia, keje..keje..keje).. Satu2 masa kita nak keluar dari semua tu.. (ayat mudah dia, persetankan semua ini). Lepas tu, cara mudahnya makan, jalan, makan.. Psychology needs je ni untuk seorang manusia bernama akashah.. Benda yang boleh hilangkan stress tapi bakal menambah kolestrol dan perut happy. Sape eh yang wujudkan perkataan perut happy ni?bila masa perut ada emosi?alasan je semua tu..
Ok done mukadimah entri kali ini
Jom patah balik ke tajuk asal
Boleh browse pasal restoren ni kat sini
Sebenarnya ini kali kedua makan kula cakes ni.tapi pertama kali pergi cawangan yang kecil sikit dengan kedai yang cuma jual limited menu..
Yang ini pula cawangan utama dia ..lebih tenang , tak payah beratur beria macam kat teluk sisek. Kasha pernah post pasal pergi kedai yang kecil ditengah bandar tu. Boleh gi kat entri di sini
Kelebihan dia,
senang sikit parking sebab ada ruang parking..
Tak payah beratur panjang..duduk kat meja dan tunggu dia datang amik order..
Ada tempat penginapan sekali (bedtel) kalau sape yang nak menginap.
Macam restoren biasa, ada menu western dan goreng2.. So sesuai lah bawa geng ramai2 .
Kasha pergi dengan hanim. Masa tu baru balik keje pk5 niat nak cari tempat makan baru.rupanya terjumpa kedai ini. Layan lah kek mangga die buat kali pertama.orang tanya sedap ke kasha? Definisi sedap kat lidah setiap orang berbeza.. Cuma yang pasti kek ini tak sesuai bawa pulang..kena makan kat situ. Hari tu rasa sikit je hanim punya. Cakap tak bz sangat area sini waktu lepas keje la.malam atau hujung minggu tak tau la macam mana.. Maklum la tak berapa keluar sangat malam.dah balik rumah memang tak keluar dah kalau takde benda memaksa.
Pergi  16 .7 tapi ini baru berkesempatan update.. Bz la katakan ..ye je.. Sekarang kurang sikit cari makan gini sebab da mula aktiviti riadah 3 minggu berturut ni . Tapi 3 hari je la seminggu.

Pernah makan ke kek viral ni?
Eleh, baca je ke?Cer komen sikit?
Silent reader Kasha tak kisah
Bawang reader?keh keh (jangan marah ha, hakikatnya semua orang membawang. Cuma xtau level bawang kita yang mana?bawang holland, bawang merah, bawang putih, atau bawang online(adoi)



Reading Time:

Wednesday, August 08, 2018

Riadah petang dengan Badminton
August 08, 20180 Comments
Korang kalau balik keje buat apa?
Bila dok sini, tak tau nak buat apa wei.. Sibuk cari makan je lepas balik keje..sampai rumah tidur. Ko rasa? bila semua tempat da explore.apa jadi lepas tu? Dia datang dulu penyakit alergik sebab keterlaluan makan seafood yang banyak. Bila dah jadi gitu, jadi malas nak makan lepas balik keje. dan tup tup Kak Zack ajak main badminton. On je la sebab dah lama tak jalankan aktiviti sihat ni. dulu rajin gak gi kompleks sukan. Free aje.. Sekarang sume kena bayar.. amik kau.. haha. mukadimah..



Berpetang dengan Badminton
Jadi dah jadi rutin lah, takde apa2 aral terus setiap selasa hingga khamis layan badminton kat court jalan ke Semambu. Tapi Gambar ni susun tak ikut turutan sangat pon.  
Hanim tanya " Kasha ko amik gambar simpan mana?" 
Kasha jawab " aku simpan dalam folder hp je, sempat nanti kumpul banyak2 aku post lah..lagipon sikit2 ada masuk insta n fbook"
Jadi itulah jadi entri ini walaupon dalam sibuk. Ni aje jadi penghibur wei. Dia akan rasa lega ..lega apa?
lega dapat lepaskan peluh..
lega dapat tulis dalam blog 
dan lega dapat buang koleksi gambar dalam hp dan simpan kat sini
Bila bosan amik gambar selfie 
(bosan la sangat, padahal gambo wajib tu)

Antara alatan permainan badminton 
mula-mula tak bawa raket sendiri, (tinggal kat Pasir Gudang), so pakai harta Kerajaan dalam seminggu. lepas tu kebetulan ada balik pasir gudang minggu kedua .. dapat la amik raket sendiri.
Court tu bila cepat dapatlah yang murah RM8 sejam (court biasa warna coklat), bila dah lewat datang lps 6.30 court tu jadi RM13. Kalau datang awal tapi penuh.. dapat rubber court (warna hijau) RM10. pehtu kongsi la 3 atau 4 orang.. Masa ini, baru rasa bersyukur dulu court free xsibuk pon nak main beria. haha..dulu sibuk buat latihan kardio je. 
Main ngan siapa aje?
Ok lah, kalau tengok gambar atas bawah ini, adalah geng biasa 
Hanim , Kak Zack, Lee dan NG. Kadang2 Shira join refer gambar atas sekali.
Kamera Trick
Dulu rajin buat kamera trick ni. masa pergi trip Pulau Sibu. Sekarang da tak gi dah..buat trick kat darat aje lah..ini trick biasa, agak ketinggalan zaman dah.. kashah nak kena explore baru lah teknik terkini.. (sedang belajar.. tak menjadi lagi, nanti dah berjaya kasha post baru atau update je kat entri ini.)
Aurat dalam gambar
Bila amik gambar kan? kadang lambat post tu bukan apa. kadang2 gambar tersingsing lengan lah apa lah..nak cover jugak.. edit2 sikit.. tampal tutup kat tempat berkaitan. tu pon kalau terlepas  
puas berpeluh
eh lupa amik gambar dalam court tadi.. jom snap kejap..
NG kata " oh nak tunjuk tudung basah dengan peluh ke?
haha ye lah tu.. dia kata " muka u dah ada V shape kasha 
heheh sama je semua orang akan rasa fit tu kalau bukan perubahan pada fizikal
Jemaah badminton bertambah dan ada yang cedera?
semalam.lepas percubaan main bowling nak tukar selera rasa macam x puas berpeluh. kita patah balik buat badminton.. so perkenalkan team baru, kak Ijan, dan Kak Del n geng cilik putih melampau.
eh siapa yang ada rupa tercedera disitu? NG katanya kaki dia macam terseliuh dan ada buyi krak.. tak tau nak cite macm mana.. soh die g jumpa doctor dan scan..bahaya tu kalau terus urut.
Bila main2 macam ini, kemalangan macam ini tak best.. so doakan yang baik2 aje untuk jalani hidup yang sihat. atau nanti balik rumah mengenang nasib.. murung pulak jadinya


Reading Time:

Sunday, August 05, 2018

Wassap call secara berjemaah
August 05, 2018 2 Comments
Bila dapat whatsapp video call ramai2..bila masing2 duduk jauh2 kan.. Dia punya rancak sembang lain macam. Tapi sembang je lah tak sesuai membawang.sebab suara kita keluar kuat kan? Itu nanti jadi forum perdana pulak kang.
Korang tengok tutorial sinar fm ni.nanti mesti dapat buat punya.kasha dah download dan  tolong cut video tutorialnya .tengok bawah ni.

So hakak pon dengan penuh tatasusila cuba buat group video call.

Cubalah..awal2 ni mesti excited lah nak buat..nanti sampai satu saat mesti jadi menyampah.. So sebelum menyampah cecuba..
Sebelum tu
Nak cuba tu tanya lah diorang boleh ke tidak?
Kan ada group.. Kang xpasal keluar situasi dan suasana yang tak elok dipandang kang dalam video. Kes kasha ni,  kita tanya la dalam group..cenggini gaya dia
Ha cukup 4 orang nak sembang..dah cantik dah tu..kebetulan diorang dah abes waktu keje pk5. Tapi still stay kat opis.. So pakaian dan situasi tu elok sopan je masing2.
Tapi part yang ngan adik beradik tu..(gambar hujung)memang kasha terjah je.. Rasanya kalau x bersedia diorang x akan angkat video call.so semua tengah elok untuk sembang2 dalam video
Kenapa tak boleh?
Kalau tak menjadi tu, pergi la update wassap tu dulu.k? Pergi kat playstore sana.
Selamat mencuba
Ada benda yang sesekali cuba buat kita happy
Ayat mudah dia.. "jakon"
Hehe
Last sekali..
Kenapa tak video call orang yang setia baca ni?
Hahah kena bagi reason ya? Nanti dapat #takhajak.keh keh..
  1. Kasha ni pemalu.hahah, xmalu ngan sesetengah orang je. Haha.
  2. Ok ..kan next time ada lagi.. Selagi blom menyampah dengan video berjemaah ni
  3. Alah, nak cakap apa tah, xtau.. Tadi tu cuba try test je.


Reading Time:

Saturday, August 04, 2018

Kena Kuat, Kena Buat
August 04, 2018 8 Comments
Kita Kena kuat, Kita kena buat
Cuma tak tahu nak buat kuat
atau
nak buat-buat kuat
Ceritanya cuma satu
Memang kena hadap

Buat sesiapa sahaja
bila kita sudah mula melangkah
Terus sahaja ke bergerak hadapan,
Orang putih sebut 'move on'
Sesekali hilang arah itu biasa
Tapi jangan lupa untuk
Kembali ke pangkal jalan

Kita kena rasa kuat,
Sebab apa pon tetap kena buat,
Cuma beza antara kita
hanya pada cara dan gaya
Samada kita
Berlari, berjalan, merangkak, atau bertatih
Yang pasti
peluh dingin
bahang hujan
bakal terasa
Sesekali pelangi bakal menjelma,
Ribut tak segan2 muncul jua,
tanpa diingini banjir kilat sesekali menyapa

InsyaAllah kita kuat
InsyaAllah dapat buat
Sebab
kita kena yakin
Allah kan ada jaga kita
(akashah'18)
1.06 pagi
3 Ogos 2018


Rindu tak pernah berhenti
Terjumpa..


Reading Time:

Wednesday, August 01, 2018

Cerita kek bulan 8
August 01, 20180 Comments
Gambo bawah ini bukan main filter.berangan aje lah sebab yang real tak dapat begitu pon. Hehe. Ada viral kat facebook, kalau letak gambar tak real.kalau kita hilang orang tak jumpa.sebab apa?sebab real xsama langsung.heh?adoihai serius benor awak pon. berpandangan jauh sangat tu.. 

Sinonimnya kek dengan hari lahir.. 
Hari yang sama , orang yang berbeza..

Birthday Boy: Mujahid Putra
Anak sedara.. Tak sempat lagi berjumpa.. 
Cuma walau tak berjumpa lagi ..last 2 week jumpa dah ada beli kek kat dia.. Cuma tanpa sebab beli kek. Haha.bukan 1 pulak tu ..sampai 2..

Birthday girl: kak leen
Kj.. Eh sama tema.. Tanpa sengaja
Masa ni.esok nak audit SIRIM.layanz..

Macam biasa kat sini memang ada belon2 gitu.
Tak nak cite panjang2..biar gambar je berbicara
Reading Time:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.