Hari ini keputusan rasmi MIPAC TVET 2026 diumumkan.
Dan keputusan untuk projek DestinAI Canva?
Tak ada Gold. Tak ada Silver. Tak ada Bronze.
Haaa… pendek kata, tak ada apa-apa anugerah pun. Hahaha! 😂
Tapi tak apalah. Kashah tetap nak abadikan pengalaman ini dalam blog. Sebab bukan semua perjalanan perlu berakhir dengan pingat untuk menjadi satu kenangan yang berharga.

Cerita Penyertaan Pertama Kashah
Sebenarnya, ini merupakan penyertaan julung kali Kashah dalam MIPAC TVET 2026, menerusi kategori Short Video Instructor.
Kashah mempertaruhkan projek DestinAI Canva, satu pendekatan mikropembelajaran menggunakan video podcast santai untuk membantu pelajar TVET, khususnya dalam bidang pelancongan, mempelajari penggunaan teknologi AI dan Canva.
Idea ini datang daripada pengalaman Kashah sendiri sebagai pensyarah.
Bila mengajar pelajar, kita tahu bukan semua orang suka belajar melalui nota panjang atau mendengar penerangan yang berjela-jela. Kadang-kadang, video pendek yang santai, mudah difahami dan boleh ditonton berulang kali lebih dekat dengan cara pelajar belajar hari ini.
Jadi, daripada sekadar berkongsi tutorial di TikTok, Kashah cuba membawa pendekatan tersebut ke pertandingan inovasi pendidikan TVET.
Daripada buat video untuk suka-suka berkongsi ilmu, kali ini kena fikir pula tentang objektif pembelajaran, elemen inovasi, keberkesanan dan macam-macam lagi.
Barulah terasa cabarannya! 😅
Alhamdulillah, Sampai Juga ke Peringkat Akhir!
Satu perkara yang Kashah syukuri ialah projek ini berjaya melepasi proses saringan sehingga ke peringkat akhir.
Pada 11 Oktober 2026, Kashah berpeluang melalui sesi penilaian akhir.
Bagi orang yang pertama kali menyertai pertandingan ini, dapat sampai ke tahap tersebut pun sudah memberikan pengalaman yang cukup bermakna.
Biasalah, walaupun selalu mengajar dan memberikan tutorial kepada pelajar atau peserta kursus, apabila kena bentang hasil inovasi sendiri di hadapan panel penilai, lain pula rasanya.
Kena yakinkan orang bahawa apa yang kita hasilkan bukan sekadar video yang cantik atau menarik, tetapi mempunyai nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Banyak juga perkara yang Kashah belajar sepanjang proses persediaan dan pembentangan itu.
19 Oktober: Keputusan Sudah Keluar!
Hari ini, apabila keputusan rasmi diumumkan, Kashah pun semaklah portal MIPAC TVET 2026.
