Bila takde Geng Makan - corEtan akAsHah

Friday, February 23, 2018

Bila takde Geng Makan

Bila kasha tak ada geng nak makan kat kedai..  Bukannya takde kawan kat opis. Malas juga takde mood nak pergi kedai.  Kebetulan hari ini puasa.  Saje nak praktis sebab tak lama lagi dah nak bulan Ramadhan. (Ramadhan diperatauan, hahah) Harap dipertemukan Ramadhan akan datang ini. 
ok berbalik kepada topik diatas. Jadi penyelesaiannya berbuka masak apa yang ada. Malas fikir pelik2.  Siang tadi, Nampak Ana post gambar kat instagram dia sambal hijau. Kecur pulak.. nampaknya itu je yang mudah dan cepat siap kot. (Kalau dah sampai sempat snap gambar, cepat siap la tu)

As per request by hanim dan Uchu, asiklah tanya makan apa , berbuka apa? Mula bagi teaser ni je.. 9teka la sendiri. sebab masa diorang tanya kita dok menghadap kuali ni. kasha kata kejaplah nanti nak berbuka kasha snap. ini lah dia hasilnya.
Menu mudah aje, boleh la buat santapan berbuka puasa. ha cubaan asah skill snap gambar. Agak2 kan mana yang ok?yang backgound putih(ini kalau masak western ok la kan?) ke background tikar mengkuang (ikut tema sikit kan?tradisional.) hmm apa2 jelah, alhamdulillah kenyang berbuka ezeki Allah bagi hari ini. 
Sambal hijau.. cili dia pedas sangat. Tapi sedap jugak (puji diri sendiri nampaknya) nak kena tanam cili sendiri ni.. haha. macam tak jumpa je cili yang ibu pernah tanam kat kampung dulu. Pedas yang boleh dibendung.
drumet ayam pedas.kasi tambah2 lauk
ini kalau tak kenal tak tau lah, bukan main banyak.. 
kopi hanis atikah bagi. Sedap dan pekat.. masa bancuh tu tak payah etak serbuk banyak2 pon. dah sedap..(ok ni buat kasha tidur lambat lah malam ni agaknya). jangan esok bangun lewat dah le.. 
Cuma nak cakap.. takde la sedap mana pon, tapi kalau kamera kasha yang snap, semua pon jadi canik. (puji diri sendiri lagi)
mata tu takyah nak kelip2 sangat eh.. dah pi tido sana

Modified version sebab pdas sgt ssmlm. 😝😋

4 comments:

MiYOKO SuKi said...

sedpnya sambl hijau tu

Akashah Kassim said...

+MIYOKO SuKi
Kan lg sedap klu mkn ngan bubur panas2

Sayidah Napisah said...

perghhhh dapnyeeeeeee T-T // menyesal datang sini memalam buta. lapau lapau! hahahaha

Akashah Kassim said...

Hehe. Sayidah, Jgn masuk dapur tengah2 malam tadi.

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.