Bila ada waze - corEtan akAsHah

Friday, April 20, 2018

Bila ada waze

Sesi mengenal jalan ini agak mencabar untuk kasha.  22 kali lalu jalan yang sama pon belum tentu hafal..(yang bukan berturut-turutlah). Kasha selalu tanya sally, macam mana ko boleh ingat jalan? landmark2 kata dia.heheh awak rasa saya ada masa nak pandang kiri kanan masa bawa kete?
Ini teman jalan kita since 2012. larung aje lah kalau tak tau jalan. 
Perjalanan dari terminal bas balik ke rumah ditemani waze. (Padahal dah kali kedua tu , kelmarin baru g terminal ni) Syaratnya bateri hp kena ada lah dan internet jangan buat hal.  Alhamdulillah selamat sampai rumah.  Kalau tak mungkin jadi sampai ke Kemaman dengan baju balik kerja sehelai sepinggang. Biasalah kalau dah sensorang tu jadi aje. Alasan je lebih sebenarnya. Cuma sempat main hp lah menghadap kereta-kereta nak uturn balik dari terminal tu. Boleh tahan lama traffic light die.. sempat membawang satu dua cerita lah.
Lainlah kalau ada orang dok sebelah. Kasha sebut 'gps interaktif'.  Kadang kita cam jalan tu,  tapi nak double confirm. Sampai simpang,  nak belok ke terus ni?  Siap boleh ajak borak lagi.  Gitu lah ceritanya.  Jalan kt bandar JB dulu pon gitu.. Ini plak tempat baru. berdikari. Layan kan aje.Kalau tak, takde plak entri ni kan?
my interactive gps. awak ada?
Zaman dulu takde pon teknologi ini. Kiranya orang dulu2 hebat lah skill meng cam jalan kan?  Ataupon diorang bila tak jumpa patah balik.  Dan ada 1 lagi skill ringan mulut tanya orang sekeliling. Kalau tak hadap lah berjalan2 round sekeliling. Tawaf sampai jumpa jalan balik. walaupon yang guna waze ni pon kadang2 entah apa2 jalan hutan dibawanya kita. sama aje tawafnya.#jauhperjalananluaspemandangan
Hmm masuk minggu ini dah 2 minggu berturut bertapa kat rumah sewa ini.  Keterujaan nak balik kampung tu ada tapi keadaan tak mengizinkan.  #jangantanyakenapa .Duduk je lah diam2. ada hikmah disebaliknya.

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.