Kata Hari Ini - corEtan akAsHah

Saturday, April 14, 2018

Kata Hari Ini

Nampak mudah kan
Sewaktu bicara tentang hak
Bila menentukan kehendak yang lain
Sedang satu masa dulu
Kau juga pernah berdiri ditempat mereka

Bukan ceritaranya  sehari dua
Adakala teruja mengatasi segalanya
Dalam senyuman bersuara
Membuat perbandingan yang tak setara
Antara muara dengan benua
nak dipadan contoh manakan sama

Seperti lemaknya sang raja durian
Seulas dua menambah selera
Berasa indah nikmatnya sementara
Namun terlebih pening kepala penangannya

Entah kenapa
Tiada suara nak dilontar rasa
tak perlu lagi air mata 
Semuanya pembaziran sahaja
Baik diamnya menjadi senjata
Ada satu ayat biasa penyedap jiwa
Ada hikmah sebaliknya
Doa pada yang Maha Kuasa
Mencipta kebaikan disebaliknya
Supaya tenang dan redha

Kita minta cubaan sahaja
Namun dicanang satu semesta
Bila tiba masa yang hak meminta
Eh yang dinanti tak kunjung tiba
Yang ternampak sindiran cuma 
Eh belum kena kat dia.. 
Seronok agaknya atau memang adatnya
Diperlaku sebegitu rupa

Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba
Tapi bulan malu-malu menjelma
Atau menanti kucing bertanduk pula
Tanduk tak muncul, ekor dipotong pula

Nampak macam biasa
Tapi bukan bintang berkilau yang merasa
Nak tunggu tahi bintang agaknya
Buat hajat dan tutup mata
Hakikatnya menimpa bumi jadi apa?

Ibarat kata selalu menongkat dunia
Tak sampai kemana
Yang mudah, mudahkan sahaja
Lepas satu logiknya dua
Kenapa perlu didarab, bahagi atau dipunca kuasa? 

berpegang pada Yang Esa
Janjinya setiap duka ada bahagia
Setiap kesabaran menghadapi ujianNya
Berdoa agar ada perkataan yang bertukar hurufnya
Bila esok menjelma
Ceria bahagia sentiasa.. 

(coretan akashah,  2018)


No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.