Bila Suka-suki Menggubah Musim Tahniah - corEtan akAsHah

Wednesday, April 11, 2018

Bila Suka-suki Menggubah Musim Tahniah

Fuhh berpeluh cik kasha ngan cik hanim layankan jambangan bunga ni. 😅😅😅.sementara hanim mengemas ruang tamu lokasi kami siapkan jambangan tadi.. Kasha jadikan kompilasi video. Video tergantung.. Takde rubrik markah kan?  Senyum aje lah. Jangan komen.. Dalam hati pon jangan. 
Sebenarnya bulan 3 & 4 ini penuh dengan musim Tahniah.
  • Tahniah dapat anak sedara baru. Lahir 10 April malam. Dia taknak kluar kat hospital pontian. Terpaksa transfer ke hospital jb. Baru kluar. 
nak kongsi gambo dari kejauhan. Request dalam group whatsapp.. Minta gambar baby katanya belum boleh tengok lagi. Bagi bibir aje. Kalau anak Dato Ct si comel pipi merah. Ni pula si comel bibir merah.. Tun Fatimah a. k. a Maya Alisha
Alamak tak sabo nak balik pegang baby 👶
Nape lah jauh sangat? Tunggu lah. Lamanya masa berlalu.  Nak balik oi.. 
  • Tahniah buat pengantin baru.selamat diijabkabulkan pada 24.3 kat rumah scientex pasir gudang.  Alhamdulillah syukur, dipermudahkan Allah atas urusan pernikahan keduanya, walaupon bertukar2 lokasi akadnya.
    Jutaan terima kasih kepada tetamu jemputan yang hadir kaum keluarga, saudara mara, kenalan, rakan2 jphpis dan jiran2. Harap maaf untuk semua kekurangan dan juga kepada yang tak diundang
    Kenduri pertama kat rumah sendiri. 
    Feeling dia macam kenduri anak bila tetamu tanya "mana tuan rumah?" dan orang bersalam (ayat lain ='salam keruk')nak balik dengan kita. Nampaklah rasa dah tua tu. Tq jugak geng rewang goodies dan teman berbelanja saat akhir iza, dayah, dan ija, Jiran sebelah-menyebelah dan pastinya anak2 sedara dan adik beradik.
Pengantin jahit sendiri baju dia. Balik 3hari sebelum kenduri dok menampal batu2 lagi dekat ruang tamu. 
  • Last week tahniah atas kenaikan pangkat untuk pegawai Politeknik ke DH44 & DH48. Syabas kengkawan (surayahanim,  rizal,  shufiah,  yatie, hanis atikah,  kak ira, kak  hariati, kak rut,  kak lin adan) cerita nervousnysa ramai kena tukar lokasi kerjanya. 
  • This week tahniah konvokesyen dak2 UiTM (uitm dihatiku,  meh salam sikit kat alumni ni ha)  -dulu ngah bagi jambangan bunga masa Konvo Master. Beruang biru pakai mortar board.tak tau lah harga dia. Hmm rasanya Norlina geng diploma pon konvo gak untuk Master dia kat Uitm..  
  • Dan esok tahniah Anugerah perkhidmatan cemerlang politeknik. (kasha dah pernah dapat dulu tahun 2015., so dah merasa lah jugak.  Sekarang turn kawan2 plak (rizal,  hanis -kejayaan berganda nampaknya,  kak aina,  kak ira,  en zul, wan, k. Del)  nanti dapat saham premium bernilai 1k.-😝😝 dah bole fikir lah nak buat apa?  Dulu kasha beli rantai tangan. -hehe teringin dah lama rantai tangan masa tu. Zaman belajo beli kat pasar malam. Tak tahan lama sebab gatal.  Alhamdulillah dapat gak. 
Patah balik bab menggubah tadi
adjust sikit bakat menggubah jambangan (first time cuba).  Google sikit youtube sikit. Tema bunga campur ngan fererro roche (betul ke eja ni?)nak sebut susah.. Nak eja pon susah. Apa yang senang?  Makan dia senang.
Ini kalau beli kat kedai nampak harga 70 gak lah..  Ok lah kan?  First time rupa gitu walaupon senget sikit. 
Biasanya Masa konvo, orang biasa jual bunga segar.  Lagi kebabom. Ada bau bunga segar. Tapi ini special lagi lah kan sebab DIY.. #untonglah
Menjadi tak,  jadi sambung balik cerita asal tadi pasal menggubah jambangan bunga.  Bila kita nak dapatkan dia bulat bersama2 bunga kita lekat guna lidi. Konon2  kelopak bubga pink yang balut cekelat tu pakai kertas tisu.  Pastu cucuk kat lidi..  Tak nak lidi tu direct cucuk kat coklat sampulkan pakai plastik. Semua blajo dari youtube. 
Tu aje nak cite sempena musim Tahniah. Dengan ucapan Semoga semua berita tahniah memberi cahaya kegembiraan berpanjangan buat mereka yang terlibat.kita tumpang sorak aje lah. Pon happy kan sekali. 
Oklah nak kena tidur awal. Esok kena bertugas kat karnival tvet pula.  Dah kalau update blog ni,  entah bila masanya boleh lelap kan mata..

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.