Skip to main content

pujangga berkata

Kecantikan diri bukan diukur dgn kulit putih melepak..
disolek bedak kompak jenama terkenal..
pipi & bibir yang merah..
alis mata yang lentik..
fesyen baju moden & terkini..
inilah yang biasa digambarkan dlm tv @ internet..
hakikatnya BINTANG yang SEBENAR memiliki keanggunan SEJATI..
cantik akhlahnya..
lembut tutur katanya & baik budi pekerti..
bila keanggunan ditampilkan dgn cara yang betul akan terserlahlan pesona yang sebenar dalam diri kita..

wanita dipandang cantik pada wajah,
dikata penyejuk hati andai berbicara indah,
tapi kecantikan sebenar adalah terletak pada hati
hati yang memancarkan keindahan
dan hati juga yang menjernihkan wajah tampaknya indah


kenapa UJIAN datang MENDUGA???
indah tersusun madah saudara,
memang betul apa yang dikata
Allah datangkan kesusahan kepada kita,
bukan saja-saja,
tetapi ada hikmah belaka..
bersabar tempuhi segala derita sengsara
untuk menggapai kejayaan di hari muka

ujian tanda ingatan
perlu ditangani dengan kesabaran
usah jatuh dan putus harapan
kerana hidup ini penuh onak disepanjang perjalanan

Comments