Yasin @pondokbatu with DUP5A & DUP4 - corEtan akAsHah

Monday, October 23, 2017

Yasin @pondokbatu with DUP5A & DUP4

Setelah sekian lama berniat nak adakan Majlis bacaan yasin akhirnya terlaksana jugak.  Kita jadikan niat yang dihajat itu bagi beberapa tujuan dengan menjemput kelas Penasihat akademik,  DUP5A dan DUP4A seperti berikut:
1)bermulanya final exam jun 2017
2)masuk rumah baru. (dah 5bulan pindah, tak buat2 yasin oi)
3)sampaikan sedekah kepada arwah ayah,  kakak, dan atuk. (yg ini wajib sebab kenduri arwah ayah belum pernah buat kat pasir gudang ni)
Bacaan diketuai oleh ustaz hamdan, pensyarah JPA..  Alhamdulillah. Ada ustaz nak datang dihari cuti. Kalau tak nanti kasha yang lead student lelaki,  nampak macam ajaran pelik plak kan.

Antara gambar memeriahkan suasana majlis bacaan yasin di pondok batu kita..

Lagi satu cerita,  Tahun ni tak ada Majlis pra graduan ngan PA macam tahun sebelum ini.  Jadi amik la inisiatif sendiri,  kita wat majlis makan kecik2 aje untuk diorang..  DUP5A sebab diorang dah Last semester di PIS..  Sem depan dah latihan industri,  insyaAllah.lagipon tak kpernah pon keluar makan ngan budak2 ni dari sem 1.. Sebab cikgu dia ada huruf M yg besar..  MALAS. hahah. Ini kira jamakkan lah.
Sambil itu,  Salina Sipellizan dan Nur Hidayah Zulkifli turut mengambil kesempatan menjamu student ekspedisi dia,  dup4 merangkap student VIS Kasha , k. Lynn Nadzari dan kak Mek WanRosnani jugak..

diorang nilah penat mengurus ekspedisi langkawi dan bertanggungjawab terhadap kemunculan laman jauhar.. Kalau tak tak merasa lah jejak pulau lagenda tu
Selain pelajar,  ajak la sekali kawan2 yang berkelapangan pernah mengajar budak2 ni..  Kita segan nak ajak ramai sebab jamuan biasa2 je panggil budak2..

Alhamdulillah,  tercapai semua hajat yang diniatkan.. Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang.  Doakan dimurahkan rezeki boleh la jemput yang tertinggal..

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.