Kasha dan 3M - corEtan akAsHah

Friday, October 13, 2017

Kasha dan 3M

3M BUKAN MENULIS MEMBACA MENGIRA TAPI
3M YANG INI IALAH
MISI MENCARI MAHSURI
menyusuri lagenda mahsuri di Langkawi
1. Makam Mahsuri
Menurut tour guide trip ini,  jasad mahsuri tidak ditanam dibawah batu tanda kuburnya tetapi di.... (masih area perkuburannya.. 
Ha kenapa ye jadi gitu?  Diceritakan banyak aktiviti penyembahan atas tujuan memohon hajat dikawasan dianggap keramat.. Jadinya untuk mengelak perkara ni lah dia buat lagu tu..  Jadi siapa yang buat penyembahan dia sembah batu la katanya.. Wallahualam..

2. Telaga Mahsuri
Telaga mahsuri ni samalah macam telaga biasa.. Cuma kat rumah taman jangan kan kata telaga kolah pon tak menemu.. Pakai shower aje kita.. 
Disebabkan seharian perjalanan agak kepanasan la masing2.. Kena lah merasa kesejukan dari sumber semulajadi air telaga..
Kasha try menimba.. Haha lepas lah gaya orang kampung..  Basuh muka sikit kasi aura mahsuri ke muka.. Tu yang basah baju tu..  Minum direct aje dari timba telaga..  Kalau nak beli sebotol rm7.. Kat sini takde amik gambar sebab khusyuk sangat main air. 
 Ha ni bukti baju tu basah main air telaga tu

3. Tapak rumah mahsuri

Feeling2 je dok bawah rumah tu .. Ada beberapa cerita dirungkai
-kesah di tiang seri, (wei tengok gambar atas tu,  bukan main erat kasha peluk tiang tu ta.. Tetiba dia bole cite...  Hampeh)
-kenapa ada kawasan lantai yang jarang kayunya
- kisah menumbuk padi.  (heh tumbuk ke)


4. Dewan tempat acara berendoi yang dilangsungkan oleh keturunan ke 7 mahsuri,  Aisyah utk anak sulungnya (bulan 8).maknanya anak aisyah tu adalah keturunan yang ke8
- macam tu lagu dia.. Dengan yang datang pon nak tidur sekali ni.. Apa cite? 



5. Muzium
Tak dapat snap.  No camera katanya.. Dia tunjuk barang2 tinggalan mahsuri.. Macam gelang kaki,  keris yang digunakan untuk menusuk mahsuri..  Hmm dan ada la beberapa gambar dan tinggalan kat situ.. 
Hilangkan penat sekejap menonton video pengenalan lagenda mahsuri
Haa tak lupa juga masa permulaan masuk tu ada persembahan kebudayaan iaitu chak lempong dan gamelan.. 

Cuma yang jadi persoalan kenapa ada interpretasi pasal matahari?  Hehe.. Menjadi tanda tanya hingga sekarang.. Haha

No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.