Topeng duniawi - corEtan akAsHah

Sunday, October 29, 2017

Topeng duniawi

Gambar sendiri edit kat insta story. Jgn termimpi

kehidupan didunia ni
Kita memegang pelbagai watak
Menutup satu wajah dengan topeng tersendiri
Tanpa kita sedar sendiri
Membawa peranan berbeza
Walaupon jasad dan roh kita  satu

Topeng anak/ibu/bapa
Apabila berada bersama keluarga
Ada kasih yang perlu diberi
Kadang terleka terlepas sendiri

Topeng seorang hamba
Lantikan khalifah dimuka bumi
Yang pastinya sejak roh ditiup lagi
Besetuju Mematuhi perintah Ilahi

Topeng pekerja/pemimpin
Lantikan duniawi
Kadang melebihi apa yang sepatutnya ukhrawi.. 
Kuasa dan pangkat kadang dikaburi

Topeng seorang sahabat/saudara
Memang tak boleh dinafi
Sentiasa perlu disisi
Menyokong dan memberi motivasi

Yang mana topeng pilihan hati
Biar apa pon 
Yang pasti
Suatu ketika nanti
Topeng jenazah akan dikuburi
Bakal menghadap azab atau nikmat dialam kubur
Meniti satu titian siratul mustakim
Ke syurgawi
Atau
Sebaliknya? 

(akashah,  2017, 11.27 malam) 



No comments:

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.