Salam muafakat Johor
Lama rasanya tak post apa2 dalam ni
Pembuka tirai posting 2017
Banyak berita gembira.. Alhamdulillah..
-rumah siap dapat kunci 2016.. Cuma banyak benda nak kena buat sampai membawa ke 2017 tak dapat masuk lagi
Throwback post kat fb jap
Melangkah setapak lagi
InsyaAllah sebulan dua lagi..
Ibu gigih panjat tingkat kedua
Semoga diberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..
Alim pon sedia dari shah alam drive ke bumi Pasir Gudang
Biar tiada lagi ayahanda di depan mata
Tapi pasti dia tersenyum gembira
Akhirnya teratak sendiri telah tersedia
Semoga semuanya dipermudahkan sentiasa
#semogatenangdisana
- dr 41 ke 44..
Throwback validasi.
Tahniah semua @memyselfizaahmad @maria.ayei @salinasipellizan @nurhidayahzulkifliofficial @naidaham5826 dan kak @lynnnadzari (kita xde amik gambo plak ms tu) #alhamdulillah
Gambar ke6 tu muka nervous tggu giliran nak masuk bilik temuduga
Saya rasa saya nampak lebih ceria bahagia dengan warna pastel
Ada juga berita yang mendebarkan.. Menunggu penempatan 16hb Januari. Biar je la dok sini senyap2.. Tak boleh bayang kalau tak dapat rasmi rumah dan cita2 nak bawa ibu dok rumah tu tak dapat.. 😮Semoga diizinkan Allah. Amin
Untuk kesihatan, pembuka 2017 dipenuhi dengan sakit kepala.. Tak tahu la kenapa.. Dah masuk 6 hari tak berhenti sakit kepala.. Kalau ikut gambar ni sebab tension? Hah? Sampai sekarang masih sakit kepala.. Maybe doktor dah rindu kat kita ni.
Perginya seorang insan yang dipanggil ayah.. yang memegang amanah ayah kepada 7 orang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki dan memimpin isteri...
Lunas sudah tanggungjawabnya dialam fana , lenyap sudah segala kesakitan angin ahmar ditanggung selama 11 tahun.. semoga itu menjadi asbab penghapus dosa..insyaAllah
kini, yang dulunya menjadi amanah bakal menjadi amalan pahala berkekalan buat seorang insan bernama ayah di alam barzakh.. semoga tenang disana
Coretan amanahmu,
Beberapa saudara terdekat juga telah menghadap Ilahi
2016 juga.. Geng gaduh dah takde..
Patutlah tiba2 penuh hp saya dengan gambar dia minggu ni..kebetulan kan..
Macam comel je berbusana tu kan sampai shoot banyak kali
Siapa nak melayan hobi snap2 gambar sana-sini lepas ni
Nak kritik bila kita edit something kat komputer walaupon tanpa diminta?
Siapa lagi nak ajak amik gambar jetty, pasir, pokok, pantai, pelangi kat Pulau Sibu?
Siapa lagi nak ajak lawan perang mulut?
Nampaknya tak lama lagi sebelah meja saya bakal bersih..
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
2010-2016
Jika kami disini sedang bersedih atas perkara ini
Kurang 1team marine, team jenjalan
Di sebelah sana, pihak keluarga menangis kegembiraan diatas perkhabaran ini
Semoga setiap langkah selepas ini menjadi lebih baik dari sebelum ini.
Boleh la ada alasan pergi Sarawak lepas ni.. (ini ayat poyo)
Tahun orang kahwin👰
Alhamdulillah setakat ni pergi rumah orang kahwin dah takde dah orang tanya, ha ko bila lagi? Heheh.. Bagus lah da ada transformasi adab dan sensitiviti.
No comments:
Post a Comment