Review Inner Magic - corEtan akAsHah

Saturday, July 19, 2014

Review Inner Magic

Kali ini nak wat review ke 2 online shopping. Seronok kan online shopping sebab kalau pergi kedai belum tentu dapat, membazir masa dan minyak kete je.(pemalaskah?)  Lagi pula, kerja sambil belajar ini, banyak benda nak kena buat, dengan online shopping mudah, jimat dan cepat, tak perlu susah cari parking, nak bayar parking..hehe.

Ada orang tak percaya guna tapi kasha suka je. Pertama sekali kita tengok follower dia ramai tak, ataupun yg like tu ramai tak..kalau ramai satu petanda yang baik. Kedua, siasat macam ala2 detektif Conan..Sebab kena la siasat dulu sebelum beli, tengok komen2 dan testimoni kat page tu. Bila da rasa yakin, teruskan je la order. Alhamdulillah setakat ni, semua yang kasha online shopping ok je.

Berbalik pada inner magic tadi, sebenarnya Kasha selesa sangat pakai selendang dari tudung bawal atau tudung sarung tu. Sebab tudung sarung kasha beli mesti awning dia patah.. nak pakai balik dah tak cantik.. hehe xpandai jaga sebenarnya. ye la, sape ajar gi basuh tudung awning pakai washing machine? haha sendiri mau ingat la. Cuma masalahnya bila pakai selendang tu muka boolat la..Jadi, bila jumpa inner magic lebih nampak muka kurus ok sikit mukanya bila padankan dengan selendang.

Salah satu dari item yang kasha selalu beli ialah inner magic scarf. Selalu bila kasha sebut inner orang ingat baju inner tapi ini sebenarnya inner magic ni scarf yang bahagian dalam untuk padankan dengan selendang. Mula-mula beli untuk diri sendiri je, orang kata nak cuba try test. Nampak macam cantik je orang kat page tu pakai. Bukan takde kat kedai-kedai ni inner magic cuma colour terhad dan material dia tak sama. Bila dah selesa dan pakai kat opis, ramai yang minat nak order sekali. Kasha pula kebetulan memang nak beli colour lain, so beli la secara berjemaah. Sampai la sekarang still beli lagi sebab dia dah keluar macam-macam patern yang boleh layan.

My Favourite Inner Magic <3 p="">



yang ni pulak cobaan menggabungkan warna yang agak contra dari selendang..  tips dia kena berani mencuba.hehe.. paling kasha suka colour hijau, oren dan pink 
    

terbaru .. beli inner paisley + strype berjemaah lg satu opis sempena raya..huhu

2 comments:

ieta mat sa'ad said...

waaa... memang cantiklah inner magic ni... memang cute je dgn muka Kasha.

Selamat hari raya ... Maaf zahir batin ya Kasha ^__^

Akashah Kassim said...

Huhu ieta.. Selamat hari raya jugak..:-)

st

P E N A F I A N

Pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.